"Unni!! aku rindu Sowon unni!!" kata seseorang terus memeluk kakaknya. "Unni rindu kamu juga... tapi Mama tak ikut ke?" tanya sowon kepada adiknya, Umji. "Mama tak ikut sebab ada hal pasal bisnes katanya" jawab Umji.
"Tak apa lah kalau macam tu..jom kita masuk" ajak Sowon menarik tangan adiknya. Walaupun Sowon dan Umji adik-beradik tetapi mereka berdua ahli dalam satu kumpulan muzik iaitu Gfriend, Sowon sebelum nih pernah berkahwin namun berpisah kerana satu halangan, dia sangat mencintai suaminya, mereka saling mencintai satu sama lain sejak belum menikah tapi baru setahun berkahwin, banyak halangan menimpa mereka berdua, terpaksa berpisah demi keselamatan diri mereka sendiri.
Keesokan harinya, Di Music Bank
Kumpulan Gfriend bersiap-siap untuk persembahan selepas ini dengan lagu baru mereka berjudul "Fever", Sowon meminta kebenaran kepada staff untuk ke tandas, staffnya menyetujui permintaannya lalu memberi amaran jangan terlalu lama pergi tandas, Sowon tersenyum lalu menunduk pergi dari situ.
Sowon kelam kabut menuju ke tandas.. Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki tetapi lelaki itu sempat memegangnya daripada terjatuh, "Maafkan aku! aku perlu kejar masa sikit" geluh Sowon menunduk. "Sowon?", Sowon merasa suara lelaki itu macam kenal, tanpa ragu-ragu dia memandang lelaki itu, matanya terbeliak.
"Jihoon!" jerit hatinya. "Sowon? kamu ok ka?" tanya Jihoon. Sowon tidak memjawab soalan Jihoon lalu berpaling menuju ke tandas, tangan Sowon tertarik "Betul ka kita harus buat macam ni? tak perlu bercakap satu sama lain?" tanya Jihoon dengan hati tak sanggup berjauhan dari isteri tercintanya.
Sowon melepaskan tangan Jihoon dengan lembut, "Maafkan aku... kita harus lakukan.. aku pergi dulu" jawab Sowon pergi meninggalkan suaminya. Mereka belum bercerai lagi buat masa ini, jarang berjumpa satu sama lain hampir 2
tahun mereka tinggal berasingan.ini semua kerana desakan dan tekanan daripada peminat mereka sendiri.
Jihoon menunggu giliran persembahannya di bilik solekan, dia asyik memikir isterinya "Sowon... aku betul-betul rindu kamu, ingin peluk kamu, bersenorok dengan kamu dan aku tak pernah beri hati aku kat orang lain kecuali kamu, Sowon. aku harap ada peluang untuk pulih semula hubungan kita" kata hatinya melihat sekeping gambar perkahwinan.
Sowon mengangkat beg gelasnya secara tidak sangka buku dan dompetnya terjatuh lalu cuba mengambilnya, tindakannya terhenti seketika, matanya berkaca-kaca melihat foto perkahwinan dengan suaminya, "Maafkan aku.. aku juga tak sanggup hidup tanpa kamu" dia cuba pertahan tangisannya.
"Unni! lekas! kita nak bertolak dah.." jerit Umji. Sowon mengelap air matanya "Ya..aku datang!" jawabnya sambil menyimpan gambar itu di dalam bukunya. "Hey! tunggu!" Panggil Jungkook.
"Eh Jungkook? ada apa?" tanya Sowon. "Sebenarnya aku nak ajak kalian ke parti hari jadi Jimin hari khamis ni" senyum Jungkook sambil memberi sekeping kad jemputan.
"Oh..terima kasih.. kami pasti akan datang kalau tak ada hal nanti" senyum Sowon menunduk.
"Hey! kenapa lama sangat?" tanya SinB dengan hairan. "Tadi Jungkook bagi kad jemputan sempena hari jadi Jimin nanti" jawab Sowon sambil menunjuk kad jemput kepada member-membernya.
"Wahh... tak sangka kita dapat sekali" teruja Umji. Yuju tiba-tiba teringat sesuatu lalu bertanya kepada Sowon, "Unni..macamana kalau suami unni ada sekali?" Yerin sempat menyiku Yuju.
Sowon melihat gelagat member-membernya yang asyik mengingatkan dirinya tentang Jihoon.
Yuju menunduk "Maafkan aku..". Sowon tersenyum "Tak apa-apa... aku ok kalau suami aku ada sekali kat parti tu tapi tak lama lagi kami nak bercerai".
Member-membernya terkejut, "Betul ke kamu berdua mahu bercerai?" tanya SinB. "Kalau paksaan, jangan buat" kata Eunha memegang tangan.
"Betul kata Eunha... tolonglah.." kata SinB, member-membernya cuba memberi semangat kepada Sowon. Umji ingin menukar topik "Haaa...apa kata kita pergi Sungai Han dulu?" ajak Umji teruja. semua tersenyum sambil memandang satu sama lain
"Jom!!"
Di Sungai Han..
Mereka keluar dari van dengan teruja menuju ke taman, Sowon hanya berjalan seperti biasanya. dia berdiri di tebing Sungai lalu menghirup udara segar untuk menenangkan hatinya. Yuju memerhatikan Sowon dari jauh "Agaknya dia dah tenang.." katanya. "Mujurlah aku sempat fikirkan hal ni" angguk Umji. "Umji..jom kita beli makanan kejap" ajak Eunha.
Sowon cuba mengeliling kawasan itu terjumpa trak tteokbokki, dia tersenyum sambil berjalan menuju ke arah itu. "Makcik...nak satu tteokbokki" kata Sowon menunjuk jari telunjuknya. "Baik.. tunggu na.." jawab Makcik itu.
Sowon menunggu giliran makanannya siap, dia melihat sekeliling, matanya tertarik dengan pasangan sedang bermesra didepannya, dia teringat kenangan seperti itu dengan Jihoon ketika bersiar-siar waktu ketika dulu, jauh belakang pasangan itu terlihat sosok tubuh yang dia kenal tetapi dia tak pedulikannya.
"Kita ada makanan sekarang.. jom kita pergi makan kat situ" ajak Umji menunjukkan tempat itu. "Sekejap! mana Unni?" mereka mula mencari Sowon. "Hey! aku ada disini.." ujar Sowon melambai-lambai ke arah mereka.
"Apa yang unni beli tu?" tanya Eunha ingin tahu apa yang dibelinya. Sowon mengangkat makanan itu dengan senyuman lebar, menyuruh member-membernya meneka, "Bau seperti tteokbokki" hidu SinB. "Betul!!".
Bersambung...
Hai! Apa khabar?
Saya blueberry, gembira berjumpa dengan anda semua! Ini kali pertama saya mengarang cerita ini di tempat terbuka seperti app webnovel ini.. saya harap kalian menyukai novel saya serta jalan ceritanya dan saya juga ingin meminta maaf jika terdapat kesalahan ketika membacanya dan saya seorang OKU pendengaran.
Sekian Terima kasih...
Novel ini hanyalah cerita rekaan...
Teruskan mengundi yaa...