Download App
1.71% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 17: Itu Ialah...Xi Mubai

Chapter 17: Itu Ialah...Xi Mubai

Editor: EndlessFantasy Translation

"Xia Zhi," Junting memanggil.

Xia Zhi berpaling ke arah suara itu.

"Senior." Katanya dengan senyuman yang terhenti sejenak selepas melihat lelaki yang menemani Junting di sebelahnya.

Aura kehadiran lelaki itu sangat kuat sehinggakan sukar untuk diendahkan. Walaupun sudah bertahun-tahun tidak menemuinya, dia terus mengecam lelaki itu.

Lelaki itu ialah...Xi Mubai.

Turut mengekor di belakangnya ialah pembantunya, Chang An yang dia baru bertemu beberapa hari lalu.

Mubai mengimbas ringkas remaja itu. Dia berasa seakan-akan pernah melihat lelaki itu.

Mereka hanya pernah bertemu sekali, ketika perkahwinannya dengan Xinghe.

Xia Zhi sudah membesar sepanjang beberapa tahun lalu jadi wajarlah Mubai tidak dapat mengecamnya. Namun Chang An dapat mengenal anak muda itu dengan sekilas pandang sahaja.

Junting mendekati Xia Zhi sambil tertawa. "Masa kamu memang selalu tepat."

Xia Zhi mengendahkan Mubai dan fokus kepada Junting. "Terima kasih banyak atas bantuan senior. Saya tak jumpa yang lebih baik di luar sana jadi terpaksa meminjam dari perpustakaan peribadi senior."

"Saya boleh pinjamkan kamu sejak dulu lagi kalau kamu minta, tapi saya rasa, kamu belum memerlukan bahan bacaan ini lagi." balas Junting.

Buku-buku itu memang terlalu maju untuk tahap Xia Zhi.

Xia Zhi cuma berkata, "Ini bukan untuk saya tapi kawan saya. Dia sangat hebat sehingga dia cuma mahu yang terbaik sahaja."

Junting terkejut dan membalas, "Siapa kawan kamu ini? Adakah dia orang yang sama dengan yang membuat permainan mini itu?"

"Ya, dia lah orangnya."

"Siapakah dia? Kamu harus kenalkan dia kepada saya nanti." kata Junting. Dia sangat berminat dengan identiti misteri kawan itu.

Xia Zhi mengangguk dan berkata, "Buat masa ini dia sibuk dengan hidupnya. Saya pasti akan kenalkan kamu apabila ada peluang nanti."

"Baiklah, saya pegang janji kamu. Ini dia buku yang kamu mahukan. Pulangkan kepada saya apabila dia sudah selesai dengannya." kata Junting lalu menghulurkan beg yang dipegangnya ke tangan Xia Zhi.

"Terima kasih, senior. Saya minta diri sekarang." Xia Zhi mengambil beg itu lalu bergegas pergi.

"Xia Zhi, tunggu!" Junting memanggilnya tapi dia sudah pun pergi. Junting ingin memperkenalkan dia dengan Mubai.

Junting jengkel berkata, "Orang muda zaman sekarang ni sentiasa terburu-buru. Dia tak kenal kah CEO Xi yang terkenal ni?"

Mubai bertanya, "Siapa lelaki itu?"

"Itu junior saya dari sekolah. Orang yang baik dan berbakat. Saya berniat mahu serapkan dia dalam syarikat kita kerana saya boleh nampak dia akan menjadi aset yang bernilai selepas sedikit latihan."

"Saya macam pernah melihat dia."

Chang An mengambil kesempatan ini untuk berdehem dan berbisik kepada Mubai, "CEO Xi, tadi itu ialah Xia Zhi."

"Xia Zhi?" Mubai memikirkan nama yang dia pernah didengarinya dulu.

"Dia sepupu kepada Cik Xia."

Semuanya terus jelas. Ia sememangnya kebetulan yang menakjubkan.

Junting terdengar perbualan mereka dan bertanya, "Siapakah Cik Xia? Dan macam mana kamu kenal Xia Zhi?"

"Senang cerita, katakan saja kami ada hubungan tapi saya tidak menyangka kamu berdua sangat rapat."

Junting sedar batasnya jadi dia cuma membalas, "Memang dunia yang kecil. Buku-buku itu pun kamu juga yang pilih."

"Saya cuma ambil beberapa buku dari rak buku kamu sahaja." Mubai mengangkat bahunya namun dia ingin tahu untuk siapa buku-buku itu.

Itu adalah antara buku-buku yang susah dalam koleksi Junting.

Boleh dikatakan Mubai sedikit jengkel ketika membuat pilihan itu. Pada asalnya, dia datang mencari Junting yang kemudiannya berkata dia memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan suatu projek. Jadi Junting meminta dia untuk memilih buku itu sementara Junting menyelesaikan kerjanya. "Memandangkan CEO Xi suka membaca, saya pasti junior saya boleh mendapat manfaat daripada pilihan CEO Xi," itu adalah kata-kata daripada Junting.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C17
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login