Download App
17.64% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 157: Pertunjukan Bermula (4)

Chapter 157: Pertunjukan Bermula (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas seketika, Bai Yun Xian diiring masuk ke dewan utama. Mo Xuan Fei menceritakan apa yang telah berlaku dan Bai Yun Xian terkejut sewaktu mendapat tahu rancangannya telah gagal sebelum sempat bermula.

"Mustahil..." kata Bai Yun Xian dengan perasaan tidak percaya. "Racun itu diajarkan kepada saya oleh guru saya. Di seluruh dunia ini, hanya guru saya dan anak-anak muridnya yang diajar cara menghasilkan penawar racun ini!"

Mo Xuan Fei dan Maharaja saling bertukar pandangan mendengar kata-kata Bai Yun Xian. Mereka memandang satu sama lain dengan sinis.

Ubat-ubatan Kumpulan Qing Yun mendapat pujian di seluruh negara kerana telah menyelamatkan nyawa dan membantu orang ramai. Kumpulan Qing Yun amat dihormati dan tempat mereka dianggap kawasan suci dalam bidang perubatan. Di sebalik semua itu, Kumpulan Qing Yun mengajar ilmu yang kejam tentang racun kepada para pelajar mereka?

Mereka berdua tidak menyoal Bai Yun Xian tentang hal ini dan hanya memikirkannya dalam diam.

"Jun Wu Xie pasti telah mendapatkan khidmat seseorang yang sangat berbakat untuk menguruskan krisis ini. Dia kini bersama-sama dengan Mo Qian Yuan, mengetuai angkatan Tentera Rui Lin masuk ke Istana Diraja untuk berhadapan dengan kamu. Yun Xian, jangan risau. Saya akan lakukan apa saja yang termampu untuk melindungi kamu!" Mo Xuan Fei menggenggam erat tangan Bai Yun Xian. Matanya dipenuhi perasaan kasih sayang.

"Datanglah kalau dia berani! Saya mahu lihat apa yang dia berani lakukan terhadap saya! Rama-rama Min sudahpun sampai ke Kumpulan Qing Yun dan guru saya sudah menghantar orang ke sini. Jika dia berani mengapa-apakan saya, guru saya tak akan lepaskan dia." Bai Yun Xian ketawa dingin. "Saya berniat mahu menguruskan masalah ini sebelum orang-orang Kumpulan Qing Yun tiba di sini. Tak mengapa jika rancangan jahat saya gagal, Kumpulan Qing Yun tetap akan datang."

Bai Yun Xian, dalam keadaan marah, tidak menyedari senyuman yang muncul di wajah Maharaja dan Mo Xuan Fei.

Menolak Bai Yun Xian ke depan ialah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan buat masa sekarang.

"Orang yang bebal tak kenal erti takut." Satu suara yang dingin kedengaran di pintu masuk dewan utama. Ketiga-tiga mereka berpusing untuk melihat siapa yang mengatakannya.

Mereka nampak Jun Wu Xie berdiri di muka pintu, dengan Mo Qian Yuan di sisinya. Tentera Rui Lin di belakang mereka sudahpun menewaskan seluruh askar pengawal Tentera Yu Lin tanpa membuat sebarang bunyi!

Jantung Maharaja terhenti seketika. Perasaan terkejut muncul dalam diri baginda sehinggakan tidak mampu bersuara. Mata Jun Wu Xie yang dingin dan tidak berperasaan itu membuatkan baginda berasa seram sejuk hingga ke tulang. Baginda tidak berdaya untuk memandang mereka, dan hanya mahu bersembunyi di sebalik singgahsana.

"Yang Mulia Ayahanda." sapa Mo Qian Yuan, tenang dan sopan tetapi dingin. Dia berjalan masuk ke dewan utama bersama-sama Jun Wu Xie.

Bai Yun Xian mengetap giginya sebaik terpandang Jun Wu Xie, dan jika tidak kerana Mo Xuan Fei memegang tangannya, dia pasti sudah berjalan ke arah Jun Wu Xie dan menampar gadis itu sebanyak dua kali.

"Kamu di s...sini…" Nada suara Maharaja tidak kedengaran berkuasa seperti selalu. Suaranya juga menggeletar sedikit. Setelah mendengar suara sendiri, Maharaja cepat-cepat cuba mengawal emosi dan kembali bertenang.

"Ayahanda, Anakanda ingin melaporkan terdapat pembelot di kalangan Tentera Yu Lin yang telah melakukan perbuatan khianat yang dahsyat. Perbuatan khianat ini bertujuan untuk memudaratkan rakyat jelata. Anakanda benar-benar risaukan keselamatan Ayahanda. Jadi Anakanda mengambil inisiatif untuk membawa angkatan tentera masuk ke dalam Bandar Diraja. Anakanda tidak berani memohon keampunan daripada Ayahanda, tetapi izinkanlah Anakanda untuk mengenal pasti serta menangkap pengkhianat yang menggunakan racun dalam usaha mereka untuk memusnahkan Kerajaan Qi dan membahayakan nyawa orang yang tidak berdosa. Setelah menangkap pengkhianat itu, Anakanda akan menyerah diri pada Ayahanda dan sanggup menerima apa sahaja hukuman!" Mo Qian Yuan terus melutut. Suaranya yang terang dan jelas bergema ke seluruh dewan.

Maharaja memaksa diri untuk senyum sambil bibir baginda menggerenyet. 'Sanggup menerima hukuman. Bukankah ini sekadar cakap kosong sahaja? Mo Qian Yuan membawa begitu ramai askar Tentera Rui Lin ke Istana Diraja. Walaupun Beta ini Maharaja, mana mungkin Beta mampu menghukumnya?'


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C157
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login