Download App
53.25% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 474: Gadis Beracun (1)

Chapter 474: Gadis Beracun (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Kalau ada sejumlah besar orang yang tercedera, bau darah yang tersebar di udara sepatutnya lebih kuat lagi. Jun Wu Xie hanya perlu menghidu udara di sekeliling sebelum dia yakin apa yang dilihatnya ini hanyalah lakonan semata-mata.

Fan Jin menggigit bibirnya. "Sewaktu kamu setuju untuk ke sini, niat sebenar kamu ialah untuk mengetahui siapa dalang di sebaliknya?"

Jun Wu Xie mengangguk lagi.

Fan Jin tiba-tiba terdiam. Sewaktu terlihat reaksi Qiao Chu dan yang lain, dia percaya yang mereka sudah mengetahui segala-galanya selama ini. Namun mereka berpura-pura tidak tahu dan melangkah masuk ke dalam perangkap musuh. Hakikatnya, satu-satunya orang yang tidak tahu apa-apa ialah Fan Jin sendiri sedangkan dialah sasaran perangkap tersebut.

Selama ini dia mengakui dirinya sebagai pelindung Jun Xie. Akhirnya Fan Jin sedar yang segala serangan yang menimpa Jun Xie, hampir kesemuanya adalah disebabkan olehnya. Perasaan bersalah yang dirasainya di dalam hati pada ketika itu, begitu menyesakkan Fan Jin.

"Apa kita nak buat selepas ini?" Qiao Chu nampak wajah muram Fan Jin lalu cuba menukar topik. Dia simpati dengan Fan Jin.

Jun Wu Xie mengecilkan matanya dan tiba-tiba bersuara, "Ye Sha."

Sebaik suara Jun Wu Xie hampir lenyap, satu susuk tubuh yang kelihatan seperti bayang-bayang tiba-tiba muncul di belakangnya.

Kelajuan lelaki itu begitu pantas sehinggakan Hua Yan yang berdiri di sebelah jun Wu Xie juga turut terkejut. Sewaktu Hua Yao dan Qiao Chu terlihat wajah Ye Sha, mereka terus kaku.

"Kamu….. kamu….. Bukankah kamu….." Qiao Chu tidak akan melupakan wajah itu seumur hidupnya. Kalau bukan kerana lelaki ini berkorban dan meletupkan dirinya di Puncak Berawan untuk menghalang dua orang musuh tersebut, Qiao Chu tidak akan terselamat. Tetapi sewaktu hari bersejarah di Puncak Berawan itu, Qiao Chu yakin yang dia telah terlihat lelaki itu hancur berkecai. Mana mungkin dia boleh muncul di sini dan langsung tidak apa-apa?

Mata Ye Sha tertumpu pada Jun Wu Xie. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Ye Sha langsung tidak mempedulikan Qiao Chu dan Hua Yao.

"Ini bukan dia," kata Jun Wu Xie secara tiba-tiba.

Mulut Qiao Chu dibuka dan ditutup sewaktu dia merenung Ye Sha dengan bingung. Namun Qiao Chu langsung tidak mampu bersuara.

"Cari lokasi Ning Xin," Jun Wu Xie memberikan arahan pada Ye Sha.

"Baik!" Susuk tubuh Ye Sha berkilauan sebelum hilang sepenuhnya.

Fan Jin, yang sudah pun berasa kecewa dengan pendedahan tadi, tiba-tiba merasakan dia tidak mampu lagi untuk berasa lebih terkejut.

"Jun Xie, kamu nak memburu orang-orang bernama Ning Xin dan Yin Yan pula lepas ni?" tanya Fei Yan dengan senyuman manis sambil dia memandang Jun Xie. Berdasarkan apa yang pemuda itu katakan tadi, seluruh kumpulan mereka sudah memahami keseluruhan situasi ini. Mereka juga tentulah sudah mengenal pasti dalang di sebalik cubaan membunuh ini. 

"Tak perlu terburu-buru," kata Jun Wu Xie sambil menggelengkan kepalanya sedikit.

Selepas apa yang Ning Xin sudah lakukan pada Fan Jin, Jun Wu Xie mendapat pencetus yang membawanya kepada beberapa petunjuk bagi satu misteri yang sudah lama difikirkannya. Dia mahu mengumpulkan lebih banyak bukti supaya boleh mendapatkan jawapan yang dia cari.

"Ning Xin ni siapa?" tanya Jun Wu Xie. Dia berpusing menghadap Fan Jin yang sedang muram. Sewaktu pemuda itu menyebut nama Ning Xin tadi, wajah Fan Jin kelihatan amat gelisah. Seolah-olah mendengar yang Ning Xin ialah dalang di sebalik semua pengkhianatan ini lebih sukar diterimanya berbanding jika dalang itu ialah Yin Yan.

"Dia anak Ning Rui dan Ning Rui itu pula ialah adik seguru ayah saya. Sekarang ini Ning Rui memegang jawatan sebagai Naib Guru Besar di Akademi Zephyr. Ning Rui amat rapat dengan ayah saya dan Ning Xin boleh dikatakan telah membesar bersama-sama saya dan Fan Zhuo. Selain itu….Ning Xin dan Fan Zhuo sudah bertunang, tetapi disebabkan keadaan kesihatan Fan Zhuo, dia perlu menjalani rawatan dan mereka jarang bertemu. Ning Rui pada mulanya menghabiskan masa dan usaha untuk mencari rawatan bagi penyakit Fan Zhuo. Malah dia juga selalu menjaga Fan Zhuo ketika itu. Mana mungkin dia yang lakukannya?" Fan Jin menggaru-garu kepalanya dengan kecewa. Dia benar-benar tidak dapat membayangkan Ning Xin sebagai gadis yang membuat rancangan jahat seperti ini dan merupakan seorang yang suka memanipulasi keadaan, apatah lagi untuk mengaitkan semua ini dengan imej gadis yang lembut dan sopan di dalam fikirannya.

Walaupun Fan Zhuo dan Ning Xin belum berkahwin lagi, Fan Jin sudah lama menganggap Ning Xin sebagai adik iparnya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C474
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login