Download App
86.44% DIA ATAU DIA? / Chapter 51: Bab 50

Chapter 51: Bab 50

"Ya!" panggilku.

"Li!" sahutnya. Ala ala cerita hindustan, heroin panggil nama hero, lepastu berlari dekat hero, lepas tu berpelukan. Happy ending. Ahahaha. Mana ada. Gurau je. Happy betul dapat jumpa Alya ni. Dah lama tak jumpa.. Hampir setengah tahun tak jumpa... Kira lama lah tu. Ohohoho.

Hari ni ada buat doa selamat dekat rumah mek. Oh. For your information, 'Mek' adalah panggilan sebagai 'Nenek' yang digunakan oleh orang Kelantan. Ish. Berbelit BM aku. Senang kata, kitorang panggil nenek kitorang 'mek' la. Haaa... Faham-faham lah.

Suasana di rumah itu sungguh lah riuh rendah. Semua sibuk menyediakan makanan dan tempat untuk ahli masjid yang dijemput untuk mengetuai bacaan Yasin selepas membuka puasa.

Ahli masjid yang hadir dijemput ke meja makan untuk berbuka puasa. Kami semua turut bersedia di tempat masing-masing. Imam masjid membaca doa berbuka. Kami menikmati hidangan yang ditempah. Tempah je. Siapa yang rajin sangat nak masak-masak ni? Eh eh.

Bacaan Yasin berjalan dengan lancar. Semua yang hadir tadi berunsur pulang. Sekarang, tiba masanya untuk mengemas! Kami mengutip sampah yang tertinggal. Apasal banyak sangat sampah ni??? Tadi aku tengok semua yang hadir tadi buang sendiri sampah diorang. Haih. Ni mesti budak-budak ni yang tak reti buang sampah sendiri ni.

Aku menuju ke arah adik-adik aku yang khusyuk bermain game bersama sepupu-sepupunya.

"Hey! Boleh tolong orang lain buat kerja tak? Sedap-sedap je lepak sini main game. Orang lain penat buat kerja." mulalah aku membebel.

"Pergi kutip semua sampah tu. Tu, tu! Atas lantai tu! Sampah korang kan? Haa... Kutip-kutip. Haih. Nak kena lepuk ke sorang-sorang? Pergi buat kerja cepat!" arahku. Uish. Garangnya.

"Ala kakak... Jangan lah garang sangat. Dah macam singa dah. Nanti tak ada orang nak dekat kakak sebab garang sangat. Macam Kak Ros dalam cerita Upin&Ipin tu. Sampai sekarang tak kahwin-kahwin." balas adik aku. Aku tergelak. Mereka juga tergelak. Hahaha. Sempat lagi eh. Dah besar pun tengok Upin&Ipin lagi???

"Haish dah la. Pergi buang semua sampah tu cepat." kata aku.

"Okay, okay..." mereka akur. Aku mengatur langkah untuk menuju ke dapur semula.

____________________________

Huh! Aku menghembus nafas lega. Hari yang memenatkan. Aku berbaring di atas katil. Begitu juga Alya dan beberapa lagi sepupu aku yang akan tidur di sini sedangkan rumah mereka juga berada di Kota Bharu ini. Memang setiap kali balik sini, kitorang akan berkumpul di rumah mek. Mesti berebut lah tandas tu. Macam nak mandi tadi. Kena beratur dulu.

"Dah solat?" tanya Alya. Aku mengaku Alya rajin sikit daripada aku. Sikit je lah. Ehehehe... Alya ni tua setahun daripada aku. Tapi kitorang rapat macam sebaya. Aku tak panggil dia dengan panggilan 'kak'. Begitu juga dengan sepupu lain yang hanya berbeza 2-3 tahun.

"Dah." jawabku.

"Argh... Best nya baring." kata aku.

"Kan..." sahut Alya.

"Macam mana exam hari tu?"tanya Alya.

"Hm, macam biasa lah exam. Takde tak susah." jawabku. Alya tergelak kecil.

Alya memang pandai. Masa sekolah dulu dia selalu dapat nombor satu dalam kelas, UPSR 6A, PT3 10A, SPM 9A. Memang pelajar cemerlang. Memang dapat banyak tawaran dari universiti-universiti di Malaysia dan juga luar negara. Sekarang Alya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di New Zealand. Semua orang bangga dengan dia. Aku pun bangga dapat sepupu pandai macam ni. Tengok lah cousin siapa. Hahaha.

"So, macam mana dengan Haizeq?" tanya Alya. Hahaha. Dia tahu semua benda. Kitorang tak ada rahsia...

"Macam mana apa?' tanya aku.

"Ala... Any progress?" tanya Alya. Aku menggeleng, tersengih.

"Ala, kenapa tak confess je?" tanya Alya lagi.

"Hehe. Tak nak lagi lah. Mesti kena reject. Awkward lah nanti." balasku.

"Belum try lagi. Mana tahu jawapan dia?" kata Alya.

"Hmm... Nanti-nanti lah. Tak ready lagi." jawabku.

"Hm. Ye lah. Haa... Eiman macam mana?" tanya Alya. Aku mengangkat kening. Haih, mata dah tak larat nak buka ni. Kenapa Alya banyak tanya ni?

"Kenapa pulak dengan dia?" tanya aku.

"Macam mana dia sekarang? Dah lama Li tak cerita pasal dia." kata Alya.

"Oh... Kitorang makin rapat." jawabku.

"Aik. Ada apa-apa ke?" tanya Alya.

"Mana ada! Kitorang kawan je lah. Dah lah. I mengantuk lah. Nak tidur." bantahku. Aku sudah menarik selimut rapat ke dadaku.

"Okay, okay. Last question." kata Alya.

"Ha ye lah. Cepat." ajuku.

"Do you still like Haizeq? tanya Alya. Aku terdiam dan hanya mengangguk tanpa rasa malu. Alaah, mengantuk lah. Aku pejam mata. Dah tak boleh nak buka mata dah!

"What about Eiman? Do you have feelings for him?" tanya Alya lagi. Aku tersentak.

"Hm. Dah la. Tidur, tidur. Li dah mengantuk ni. Tak sabar nak sambut hari raya esok. Bye, goodnight." ucapku.

"Ye lah. Good night. Semoga mimpi Haizeq..." kata Alya. Haih... Sempat lagi.

Aku ada suka Eiman? Tak mungkin. Aku dah lama buang perasaan tu. Sejak dia kata dia suka Sarah dulu. Aku pun dah lupakan dia sampai lah kitorang jumpa semula. Hm. Dah lah. Aku nak tidur! Tak sabar nak bangun esok. Raya!

___________________________

Takbir berkumandang dari masjid berdekatan dan juga dari kaca tv. Hari ini, hari yang dinanti-nantikan oleh umat islam termasuk lah aku. Ala... Dah tak puasa... Sedih lah. Ye ye lah tu sedih. Aku tersenyum sendiri.

Aku sudah siap pakai baju kurung bagai. Begitu juga yang lain. Ada yang masih bersiap. Punya lah excited mandi pun awal. Raya punya pasal. Kalau tak, nak asar baru nak mandi. Ohoho...

Aku dan sepupu yang lain dipanggil untuk menghidang makanan. Menu hari ni, nasi dagang. Memang dari dulu, setiap tahun memang menu nasi dagang. Mak-mak kami yang masak. Mek pun turut serta walaupun sudah tidak berapa sihat. Sebab nasi dagang mek paling sedap!

Bapa-bapa dan sepupu-sepupu lelaki pulang dari masjid usai solat sunat hari raya. Kami menjamu selera.

Seperti biasa, aku, Alya dan sepupu yang lain menjemput tetamu yang datang beraya. Tetamu yang datang semuanya terdiri daripada saudara mara keluarga kami. Kami masih dapat duit raya daripada makcik dan pakcik kami. Ahahaha. Dah besar panjang, tak malu minta duit raya.

Aku membalas mesej yang mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepadaku. Begitu juga dengan Sarah, Qistina, Haizeq, Johan dan Eiman. Tadi diorang marah aku. Sebenarnya diorang buat video call tadi. Tapi aku decline. Ahahaha. Aku memang jahat. Lagipun masa tu aku busy. Jadi aku tidak bersalah dalam hal ni ye.

Petang itu;

Group:

Sarah:

- Eh Nayli asal awak decline tadi?

Qistina:

- Haah. Kenapa?

Haizeq:

- Sampai hati Mia😔

Aku:

- Ahahaha... Takde la, tadi kita busy. Korang pun tahu kan, setiap kali raya mesti ramai orang datang rumah ni.

Qistina:

- Oh haah lah. Lupa pulak.

Haizeq:

- Nanti free je call aku. Kalau tak, kau takkan jumpa aku sampai bila-bila dah.

Pffftt. Aku tergelak kecil. Haish! Ngada-ngada lah yang ni sorang!

Sarah:

- Eh call lah semua orang. Haizeq ni memang tamak lah. Nayli tu bukan kau punya!

Haizeq:

- Hek eleh

Aku:

- Haih... Dah dah la tu gaduh. Aku bertukar jadi singa betina kang baru tahu. Makan kora

"Chat siapa tu?" tanya Alya.

"Dengan diorang lah. Diorang marah sebab tadi Li decline video call diorang tadi." jawabku.

"Ohhh hahaha." Alya tergelak kecil.

"Jom." ajak Syahmi, sepupu aku.

"Jom pergi mana?" tanya Alya. Syahmi memandang kitorang dengan penuh makna.

"Ohhh... Dah tahu! Jom." kataku, lantas berdiri.

"Nak pergi mana ni?" tanya Alya.

"OOTD lah." jawab Syahmi.

"Ohhh... Jom, jom!" sahut Alya.

Kami berkumpul di hadapan rumah begitu juga sepupu yang lain. Siapa jadi mangsa? Mesti lah sepupu lelaki yang mana kitorang nampak. Dan aku. Ye, aku pun jadi mangsa. Alya pernah cakap, dia suka kalau jalan-jalan dengan aku. Dia cakap sebab aku pandai ambik gambar. Kalau nak pergi mana-mana mesti ada aku. Hm. Sedih ada, bangga pun ada.


CREATORS' THOUGHTS
missmiaa missmiaa

Hai korang! Lama betul tak release chapter baru. Sorry korang. Internet slow. I duduk dekat kampung. And I'm still stuck here sebab PKP. I harap korang tak marah I. I'm so sorry. Btw, ni bab baru. I tahu bab ni boring. Sebab tak menarik sangat, kan? Takpe, I akan buat yang terbaik next chapter dan seterusnya. I want to thank you guys yang selalu support dan baca cerita ni. I bersyukur sangat. Thank you, korang! Next chapter coming soon. Stay tuned, stay safe. Bye korang See you!

next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C51
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login