Download App
76.27% DIA ATAU DIA? / Chapter 45: Bab 44

Chapter 45: Bab 44

Di dalam kereta;

"Eeeee... Cute lah Anna, kan Haizeq?" tanya aku. Haizeq tersenyum.

"Haah." jawabnya.

"Kau rasa Anna ikut muka siapa? Mak dia ke ayah dia? Mak dia cantik... Nampak macam muda lagi. Ayah dia je kita tak tahu macam mana muka dia..." kata aku. Haizeq hanya mendengar kata-kata aku. Dia fokus pada pemanduan.

"Eh, Haizeq. Kenapa kau diam je? Kesian aku cakap sorang-sorang..." kataku. Haizeq tergelak kecil.

"Takde lah... Aku saja nak dengar kau bercakap beribu-ribu patah... Biar kau puas bercakap..." jawab Haizeq.

"Kau perli aku ke apa ni?" tanya aku. Aku memandang Haizeq tajam.

"Tak..." nafi Haizeq, tersengih. Heh! Ye lah tu! Aku malas nak layan Haizeq. Suka perli-perli orang!

"Haih... Bila lah nak jumpa dengan Anna lagi... Tak sabar ni." kata aku.

"Hahaha... Nanti kau call lah mak dia. Cakap nak main dengan Anna. And, nanti kalau kau jumpa dia, jangan lupa bawak aku jugak..." kata Haizeq.

"Buat apa nak bawak kau jumpa dia pulak?" tanya aku.

"Saja... Tak boleh ke?" tanya Haizeq.

"Tak boleh... Tu anak angkat aku..." kata aku.

"Eh. Anak angkat kita lah. Sebab tadi kita sama-sama jaga dia kan?" kata Haizeq.

"Heh. Aku tak nak share!" kata aku. Tak nak mengalah.

"Hmm... Ye lah... Anak angkat kau..." Haizeq jugak lah yang mengalah...

"Ye lah. Siapa lah aku ni. Siapa je nak share anak angkat dengan aku..." Haizeq membuat ayat sedih. Aku mencebik.

"Eh. Kau jangan buat ayat-ayat sedih pulak eh. Aku ni baik hati lagi mulia... Mudah kesian dekat orang. Haa... Aku bagi warning siap-siap..." kata aku. Kami terdiam seketika. Eh. Apa aku cakap ni? 'Baik hati lagi mulia'??? Hahaha.... Kami menghamburkan tawa.

Sampai di rumah sewaku, aku dan Haizeq masuk ke dalam.

"Assalamualaikum..." ucapku sambil mejejak kaki ke dalam rumah. Aku memandang sekeliling.

"Aik? Mana diorang?" tanya aku. Kipas dan lampu semua tutup ni. Diorang takde dekat rumah ke? Kereta ada je.

"Kenapa Mia?" tanya Haizeq yang sudah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu itu.

"Diorang takde dekat rumah..." jawabku, sambil mendail nombor Sarah. Panggilanku dijawab.

"Sarah." sapaku.

"Ye? Kenapa?" tanya Sarah.

"Korang takde dekat rumah ke?" tanya aku.

"Haah. Kitorang baru je keluar dengan Johan and Eiman." kata Sarah.

"Korang pergi mana?" tanya aku lagi.

"Keluar makan je." kata Sarah.

"Oh... Jap eh." kata aku lalu memandang Haizeq.

"Diorang pergi keluar makan. Nak join diorang ke?" tanya aku kepada Haizeq.

"Boleh je." akurnya. Aku kembali bercakap dengan Sarah.

"Emm... Kitorang pun nak pergi sana. Tunggu tau." kata aku.

"Hm. Okay. Join lah. Takpe. Kitorang tak sampai lagi ni. Cepat." kata Sarah.

"Okay." aku mematikan talian.

"Haizeq. Aku nak mandi dulu lah. Busuk ni." kata aku.

"Hahah... Pergi lah mandi." kata Haizeq.

"Emm... Kau nak stay dekat sini ke?" tanya aku. Haizeq menantikan kata-kata aku.

"Takde lah... Kita berdua je dekat rumah ni." kata aku lagi.

"Oh yeah. Takpe lah. Aku balik dulu lah. Aku pun nak mandi jugak." kata aku.

"Jangan ingat aku halau kau eh." ujarku.

"Tak... Aku paham..." jawab Haizeq.

"Okay..." akurku.

"Dah lah. Kau pergi mandi cepat. Aku balik rumah dulu." kata Haizeq. Sesuatu terlintas di mindaku.

"Haizeq! Tunggu jap." panggilku. Langkah Haizeq terhenti. Aku berlari mengambil sesuatu dan kembali beberapa seketika.

"Nah." aku menghulurkan jaket denim itu.

"Apa?" soal Haizeq.

"Ni... Jaket kau..." kata aku.

"Oh... Ingatkan kau nak suruh aku teman kau mandi tadi..." balas Haizeq.

"Ish! Mana ada!" nafiku. Haizeq tergelak.

"Oh yeah. Macam mana kau ada jaket aku ni?" tanya Haizeq.

"Aku minta nak basuh sebab aku nangis and basahkan jaket kau hari tu..." kata aku. Alah... Yang masa aku jumpa Asyraff dekat supermarket hari tu...

"Oh... That day. Okay. Thank you sebab basuhkan, babe." ucap Haizeq. Aku hanya membalas dengan senyuman. Kalau balas dengan senyuman je okay tak korang? Korang rasa Haizeq terima tak? Ehehe...

Haizeq pulang ke rumahnya. Aku membersihkan diri. Ye lah. Tadi berpeluh.

Aku mengambil sesuatu di bilikku untuk diberikan kepada Haizeq, Eiman dan Johan sebelum keluar dari rumah.

____________________________

Aku dan Haizeq melangkah masuk restoran itu. Kami mencari kelibat mereka. Kami nampak mereka sedang melambai-lambai ke arah kami. Eleh... Beria je. Macam dah lama tak jumpa. Hahahaha... kata hati jahat Nayli.

Haizeq mengambil tempat di sebelah Johan. Aku pula mengambil tempat di sebelah Qistina, iaitu berhadapan dengan Eiman. Dia tersenyum kepadaku. Aku turut membalas dengan senyuman yang paling manis. Eh eh. Senyuman boleh rasa ke? Fikir cute lah tu... kutuk otakku.

"Dah lama ke korang sampai?" tanya aku.

"Takde lah lama sangat. Baru 10 minit..." jawab Qistina.

"Kalau macam tu baik awak tunggu kita balik je tadi." kata aku.

"Awak lambat sangat. Kitorang lapar. So, kitorang pergi dulu lah." jawab Sarah pula.

"Hm. Takpe lah. Korang dah ambik makanan ke?" tanya aku.

"Not yet." jawab Qistina. Kami pergi mengambil makanan. Ye. Restoran layan diri. Jangan risau ye semua... Ni restoran halal... Kitorang dah pernah datang sini.

Aku beratur untuk mengambil makanan. Haizeq menghampiriku.

"Mia. Biar aku lah beratur dekat sini." pelawa Haizeq.

"Eh. Kenapa pulak?" tanya aku.

"Panjang ni. Kesian kau nak kena beratur panjang. Nanti penat." ujar Haizeq, lembut. Aku tergelak kecil.

"Eh. Dah kenapa kau ni? Sweet semacam." kata aku. Haizeq turut tergelak.

"Saja je. Cuba bakat berlakon. Amacam? Pandai tak aku berlakon? Boleh jadi pelakon tak?" tanya Haizeq sambil mengangkat-ngangkat keningnya.

"Dari segi paras rupa, kau pass. Tapi dari segi lakonan... Hm. Boleh cuba lagi." jawabku. Haizeq gelak.

"Eh dah lah. Betul ke kau nak beratur ni?" tanya aku.

"Yeah. Kau nak makan apa?" tanya Haizeq. Aku menunjuk makanan yang aku mahu makan.

"Tu. Nak tu." kata aku.

"Okay..." akur Haizeq.

"Thanks Haizeq. Aku nak ambik air. Kau nak air apa?" tanya aku.

"Latte." jawab Haizeq.

"Okay then."

Aku berjalan menuju mesin untuk membuat kopi. Kena beratur jugak. Nasib baik ada tiga orang je. Tiba-tiba ada sesusuk tubuh yang tinggi dan berbau harum berdiri di sebelahku. Alah... Korang mesti lah tahu siapa.

Aku mendongakkan sedikit kepala memandangnya. Kemudian kembali memandang ke hadapan.

"Sleep well last night?" tanya aku.

"Yeah. You? Takde mimpi-mimpi tu lagi ke?" tanya Eiman sambil memandangku.

"Takde. I had a sweet dreams last night. I dreamed of you." jawabku, sambil tersenyum. Eiman terkelu. Aku tergelak memandangnya begitu.

"Joke lah." kata aku. Eiman turut tersenyum. Giliran aku pula untuk menggunakan mesin kopi itu. Aku ingin melangkah ke hadapan. Tetapi Eiman mendahuluiku. Dia menghadapku sambil bertungkatkan sikunya.

Aku mengangkat kening. Hairan kenapa Eiman buat macam tu. Aku berpaling ke belakang. Nasib baik tak ada orang dekat belakang aku. Aku kembali memandang Eiman.

"How can I help you, my lady?" sapa Eiman berserta dengan Brittish accent-nya. Aku tergelak. Eiman kelihatan seperti menahan tawanya.

"Two cups of latte and a bottle of mineral water please." jawabku. Aku dan Eiman ketawa lagi.

"Ah! Tak jadi Brittish accent aku!" rungutku. Eiman membantu aku membawa minuman itu.

"Haizeq!" panggilku. Haizeq yang sudah berada di meja makan itu berpaling memandangku.

"Nah." aku meletak secawan latte itu di hadapan Haizeq.

"Thanks." ucap Haizeq.

"Welcome!" balasku. Aku kembali di tempatku. Makanan yang aku pesan tadi Haizeq telah letak di tempatku. Kami menikmati makanan masing-masing. Tiba-tiba sesuatu terlintas di mindaku.

"Ha! Ha!" aku ingin mengatakan sesuatu itu, tetapi mulut penuh dengan makanan. Mereka ketawa melihat gelagatku.

"Ya Allah Nayli... Makan dulu, baru cakap." tegur Sarah. Entah lah Nayli ni. Tak malu betul. Aku tersenyum lalu mengunyah makanan itu cepat-cepat dan telan. Uhuk uhuk. Tersedak pulak. Qistina menghulurkan airku. Aku meneguk air dengan perlahan-lahan. Huh! Baru boleh hembus nafas lega.

"Ha... Cakap lah apa yang awak nak cakap tadi." kata Qistina.

"Ha! Kita ada anak angkat!" beritahuku.

"Kitorang." Haizeq memperbetulkan ayatku.

"Ha ye lah. Kitorang. Kitorang ada anak angkat." beritahuku sekali lagi.

"Girl or boy? Cute tak? Umur berapa?" tanya Sarah dan Qistina. Aku menunjuk gambar Anna melalui phone aku kepada mereka.

"Wah... Cutenya! Macam mana korang dapat anak cute macam ni?" tanya Qistina. Macam pelik je bunyi ayat Qistina tu... Bisik hatiku.

"Anak angkat." aku memperbetulkan ayat Qistina.

"Ha ye. Sama je." jawabnya.

"Nayli. Nayli. Nayli! Nanti bawak kitorang jumpa dia jugak eh!" kata Sarah.

"Okay. Nanti kita bawak korang jumpa Anna." akurku.

"So... Korang jadi mak tiri je lah." kata Haizeq.

"Tak kisah lah mak tiri pun. Asalkan dapat jumpa Anna." jawab Sarah. Mereka menyerahkan phone aku semula.

"Nak tengok?" tanya aku kepada Eiman. Sebab tadi dia dapat intai sikit je. Sebab Sarah dengan Qistina serbu phone aku tadi.

"Nak." jawabnya.

Eiman mengambil phone aku daripada huluranku itu. Eiman swipe satu per satu gambar yang aku ambil bersama Anna tadi. Tiba-tiba perbuatannya terhenti apabila melihat satu gambar. Gambar aku bersama Anna dan Haizeq. Entah apa berada di fikirannya. Dia menyerahkan telefon aku kembali.

"Nanti aku bawak kau jumpa Anna." kataku kepada Eiman.

"Okay." akur Eiman. Dia tersenyum kecil. Kami sambung makan. Baru nak masukkan makanan dalam mulut, ada sesuatu lagi yang terlintas di fikiranku.

"Oh yeah. One more thing." kata aku. Mereka yang sedang makan terhenti dan memandangku. Aku mengambil sesuatu di dalam beg. Aku keluarkan tiga buah novelku. Ye, aku ambil novel ni sebelum aku balik ke Perth.

"Tada!" aku menunjukkan tiga buah novel itu kepada mereka.

"Wow! Aku nak!" kata Haizeq, teruja. Aku menghulurkan kepada Haizeq, Johan dan Eiman.

"Sarah dengan Qistina dah lama dapat. So hari ni aku bagi dekat Haizeq, Johan dengan Eiman." kata aku.

"Novel ni bestseller kan? Mesti best ni..." kata Eiman.

"Ya Allah. Sumpah best cerita ni. Penuh dengan emosi. Kalau korang baca mesti dapat rasa apa character dalam cerita tu rasa." kata Sarah.

"Sarah jangan bagi diorang spoiler eh. Biar diorang baca sendiri." kata Qistina pula.

"Yeah. I know." akur Sarah.

"Cover buku ni cantik lah. Kau ke yang pilih look ni?" tanya Johan.

"Yes. Nayli yang design. Dia cakap dia nak design yang plain, tapi menarik and kemas." kata Qistina.

"Korang wajib baca tau! Kalau korang tak baca, korang yang rugi." kata Sarah.

"Hahaha... Korang baca lah dulu. Harap-harap lah korang suka." ujarku.

"Thanks Mia!" ucap Haizeq.

"Welcome!" balasku. Haizeq mula membaca novel itu.

"Hey, Zeq. Makan lah dulu. Nanti baca lah." kata aku.

"Mia. Yang dekat belakang ni kena baca ke? Sorry. Aku tak pernah baca novel." kata Haizeq.

"Oh... Mula-mula korang baca sinopsis dekat belakang tu dulu. Baru boleh start baca." beritahuku. Mereka mengangguk-ngangguk.

"Dah makan." kataku.

"Nayli. Aku dah baca sinopsis ni. Looks like a sad story?" kata Eiman. Aku tersengih.

"Alah. Baca lah dulu..." ujarku.

"Okay..." akur Eiman.

"So proud of you" puji Eiman.

"Thanks." balasku. Kami tersenyum.


CREATORS' THOUGHTS
missmiaa missmiaa

Hi korang! Lama tunggu? Sorry... So, ni bab 44! Harap semuanya okay. And, nak tanya ni. Pada pendapat korang, okay ke kalau saya guna bahasa pasar? Please leave your opinion at the comment section. Anyway, enjoy reading guys! Thank you so much sebab sudi baca cerita ni. Next chapter is coming soon! Stay tuned, stay safe! Bye! ❤️❤️❤️

next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C45
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login