Download App
62.71% DIA ATAU DIA? / Chapter 37: Bab 36

Chapter 37: Bab 36

Kami pulang ke rumah. Keesokan harinya kami berehat di rumah. Aku menyiapkan assignment. Haus... Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur. Kelihatan Sarah dan Qistina turut di dapur.

"Uii... Buat apa tu?" tanya aku. Aku membuka peti sejuk. Aku mengambil susu kotak itu lalu menuangkan ke dalam gelas. Aku meneguk susu itu.

"Buat churros." jawab Sarah.

"Kejap lagi nak buat donut pulak." kata Qistina.

"Uyyoo... Nak buat jugak..." kata aku.

"Buat lah." kata Sarah.

"Tadi awak cakap nak siapkan assignment. Dah siap ke belum?" tanya Qistina.

"Umm... Kejap lagi lah siapkan." jawabku, tersengih.

Kami membuat churros mengikut resepi. Kami juga tengok youtube. Hehehe... First time buat...

"Wah... Jadi!" kata Qistina, teruja. Aku menepuk tangan macam budak kecik dapat coklat.

"Kita rasa dulu eh?" Sarah merasa churros yang baru sahaja digoreng itu dan dicelupkan dengan chocolate.

"Sedap!" kata Sarah. Aku dan Qistina turut mencuba. Kami buat donut pula. Makan-makan... Kami layan Netflix pula. Dalam syok layan Netflix, aku teringat sesuatu.

"Ya Allah! Assignment aku!" aku terjerit kecil. Sarah dan Qistina menggelengkan kepala sambil memandangku. Aku berlari masuk ke dalam bilikku. Aku menyambung siapkan kerja. Dah la kena hantar esok! Aku menyiapkan kerja dengan secepat mungkin.

_____________________________

Seusai kelas, aku, Sarah dan Qistina ke library. Eiman turut di situ.

"Em... Korang. Kitorang nak pergi toilet kejap." kata Sarah. Aku dan Eiman hanya mengangguk. Sarah dan Qistina berlalu pergi. Aku bangun untuk mencari buku untuk di baca. Haih... Tinggi lah buku tu... Aku terjengket-jengket. Ha! Sesuatu terlintas di kepalaku.

"Eiman..." panggil aku, lembut. Eiman yang turut mencari buku berdekatan dengan aku, memandangku.

"Yes?" tanya Eiman.

"Tolong ambik buku tu... Tak sampai lah..." kata aku.

"Oh... Haha... Okay." akur Eiman. Eiman merapatkan diri dengan aku.

"Buku mana?" tanya Eiman.

"Tu..." aku menunjuk ke arah buku yang berada di rak itu. Dia teragak-agak untuk mengambil buku itu. Aku hanya menanti. Eiman memandangku. Eh. Kenapa dia tak ambil buku tu lagi? Takkan dia tak sampai kot...

"Err... Nayli." panggil Eiman. Aku memandang Eiman.

"Tepi sikit. Macam mana aku nak ambik buku tu. Ke kau nak aku peluk kau?" tanya Eiman, tersenyum nakal. Erk. Aku menjauhkan diri. Eiman tersenyum.

"Tahu takut..." kata Eiman. Dia mengambil buku itu. Aku hanya tersengih.

"Yang ni kan?" tanya Eiman.

"Haah..." jawabku. Dia memberi buku itu kepadaku.

"Thank you." ucapku.

"No problem." balas Eiman. Dia mencari buku. Dia mengambil satu buku di rak dibelakangku. Aku memusing badan dan merapatkan diri kepada Eiman. Dia memandangku.

"Dekat-dekat ni nak kena peluk ke?" tanya Eiman, tersengih. Dia perli aku ke?

"Eiii... Jangan lah macam ni..." kata aku. Eiman ketawa kecil.

"Gurau je..." kata Eiman.

"Buku apa tu?" tanya aku. Dia memandangku.

"Buku pasal ada seorang perempuan cute ni. Nak suruh seorang lelaki ni peluk dia. Tapi dia jual mahal pulak..." kata Eiman. Aku mengerutkan dahi. Tengok cover macam buku science... Lepas tu asal tiba-tiba ada pasal perempuan dengan lelaki tu pulak... Oh!

Aku memukul Eiman. Haishhh... Tak habis lagi kenakan aku... Eiman ketawa. Dah lah dalam library.

"Eii... Eiman ni jahat lah... Benci!" kata aku.

"Alah... Aku gurau je lah... Jangan lah benci aku... Nanti aku alone kalau kau tak nak kawan aku..." kata Eiman. Dia memuncungkan bibir. Aik. Tadi aku yang merajuk sekarang dia pulak yang sedih.

"Kau tahu tak? Sebelum aku jumpa kau, aku all alone. Takde kawan. Bila aku jumpa kau, happy lah sikit hidup aku." kata Eiman. Huh... Kesian...

"Happy sikit je?" tanya aku. Aku mencebikkan bibir.

"Aku ni boring ke?" tanya aku.

"Eh tak! That's not what I mean..." kata Eiman.

"Then?" tanya aku.

"Aku happy je dengan kau. Tapi kalau kau layan aku lebih sikit aku lagi happy." kata Eiman.

"Nak layan macam mana lagi?" tanya aku.

"Macam ni." Eiman mendekatkan dirinya dengan aku. Aku ke belakang. Uuuiiii... Dah langgar rak ni! Ish... Dia nak buat apa ni? Eiman meletakkan sebelah tangannya di sebelahku. Aku teragak-agak memandangnya. Dia merenungku. Aaaaaarrrrrggghhhhh!!! Hati ini... Hampir meletop sudah...

Aku ingin keluar dari situ. Aku memusingkan badan. Baru sahaja ingin melangkah, Eiman meletakkan sebelah lagi tangannya. Huhuhu... Kasihan lah kepada ku...

"Nak pergi mana?" tanya Eiman. Oohh... Main kasar ye... Sat na...

Aku memberanikan diri memandangnya. Aku mendekatkan muka aku. Eiman yang terkejut itu ke belakang. Aku merapatkan diri aku kepadanya. Eiman gelabah. Muka aku dan Eiman berjarak satu inci sahaja. Aku merenung Eiman. Muka Eiman macam takut-takut. Hahahaha... Padan muka! Kacau orang lagi! Aku ketawa lalu berjalan menuju ke meja dan meninggal Eiman di situ yang masih terkedu. Eiman yang tersedar dari lamunannya itu mengikuti aku. Rupanya ada seseorang yang memerhati kami dari tadi tanpa kami sedar.

"Oh... Nayli! Pandai eh?" kata Eiman.

"Baru tahu ke?" tanya aku. Eiman tergelak. Student lain yang sedang membaca di kawasan itu memandang ke arah kami. Haih... Tak sedar ke yang korang duduk dalam library? Suka hati je buat bising dekat library. Kalau dekat karaoke suka hati korang lah nak melalak ke apa. Kami memohon maaf dan mula membaca buku.

"Mia!" panggil seseorang. Suaranya agak kuat. Sekali lagi students pandang ke arah kami. Haizeq! Dia memohon maaf.

Haizeq mencampak beg Sarah ke tepi dan duduk di situ. Aku hanya menggeleng kepala. Haizeq hanya tersenyum memandangku. Alah alah cute!

"Dah lama ke kau dekat sini?" tanya Haizeq.

"Takde lah lama sangat. Johan mana?" tanya aku.

"Entah." jawab Haizeq.

"Mia, Mia..." panggil Haizeq. Aku memandangnya.

"Why?" tanya aku.

"You look extra beautiful today." kata Haizeq. Aku tergelak kecil. Kenapa dengan Haizeq ni?

"Apa yang cantik? Aku pakai macam biasa je." kata aku.

"I don't know. It's just you who look so beautiful." kata Haizeq.

"Oh... Thank you!" ucapku. Jom kita layan Haizeq bersweet- sweet.

"Welcome!" balas Haizeq tersenyum.

Eiman dari tadi terdiam. Aku sambung membaca buku. Tapi kan... Kenapa aku rasa macam ada orang renung aku? Aku memandang ke arah Haizeq. Ye! Dia yang pandang aku dari tadi! Aku menutup muka aku dengan buku itu. Haizeq menarik buku itu ke bawah.

"Jangan lah cover muka tu..." suruh Haizeq.

"Kau baca je lah buku tu tapi jangan cover muka kau. Aku nak tengok pun susah." kata Haizeq.

"Kenapa kau nak tengok aku?" tanya aku.

"Saja..." balas Haizeq.

"Tak elok tau tenung anak dara orang!" kata aku pula. Haizeq tergelak kecil dan tersengih. Aku sambung membaca. Haizeq memandang aku lagi. Mukanya bertongkatkan sikunya memandang aku. Eii... Aku rasa tak selesa lah... rungutku dalam hati.

"Err... Haizeq." panggil aku. Aku memandangnya. Dia mengangkat keningnya.

"Aku malu lah kau pandang aku macam tu..." ujarku. Haizeq tergelak kecil.

"Mia, Mia..." panggil Haizeq lagi.

"Ye, nak apa?" tanya aku. Dia memandang aku seketika.

"Ye? Nak apa, Haizeq?" tanya aku, lembut.

"Takde apa-apa lah." kata Haizeq. Dari tadi tersenyum-senyum. Sarah, Qistina dan Johan tiba di library itu.

"Lamanya pergi toilet." kata aku kepada Sarah dan Qistina.

"Kitorang pergi beli air untuk korang kejap. Lepas tu jumpa Johan." kata Sarah. Aku hanya mengangguk.

Aku memandang Eiman. Dia sedang khusyuk membaca buku yang dia ambil tadi. Aku tersengih memandangnya. Aku teringat lagi masa sekolah dulu. Masa dia buat kerja, aku selalu curi-curi pandang dia dekat sebelah aku. Haih... Betapa gediknya aku dulu... Patut lah Eiman tak suka.

"Ehem ehem." Eiman berdehem. Hahaha... Kantoi aku tenung dia! Aku tersengih.

"Best ke buku tu?" tanya aku sebagai topik perbualan.

"Best. Nak baca?" tanya Eiman.

"Tak nak. Kau baca lah. Aku malas nak baca buku science." kata aku. Baru sahaja Eiman mahu bersuara, Haizeq memotong.

"Meh aku cerita something dekat kau." kata Haizeq.

"Wah! Nak dengar! Cerita, cerita!" ujarku, gembira.

"Eh. Eiman. Kau nak cakap apa tadi?" tanya aku. Aku memandang Eiman. Haizeq memuncungkan bibir.

"Takde apa-apa lah." kata Eiman.

"Alah... Cakap je lah." desakku.

"Takpe-takpe. Kau cakap lah dengan Haizeq dulu." kata Eiman.

"Hm. Okay lah." akurku. Aku memandang Haizeq. Haizeq yang tadi memuncungkan bibir itu kini sudah kembali tersenyum memandangku.

"Okay. Cerita lah." kata aku.

"Eh. Cerita apa ni? Nak dengar jugak..." sampuk Sarah.

"Tak boleh. Mia je boleh." kata Haizeq. Sarah mencebikkan bibir. Aku tergelak kecil.

"Okay cerita ni pasal seorang perempuan ni. Dia ada seorang kawan lelaki. Lelaki tu suka dia, tapi perempuan tu tak suka lelaki tu. Habis." cerita Haizeq, tersengih. Aku mengerutkan dahi. Tak sempat aku nak hadam apa yang Haizeq cerita tadi. Apa yang dia cerita ni? Aku tak paham lah... And, asal pendek sangat cerita tu?

"Best kan cerita aku?" tanya Haizeq, tersengih.

"Eeeeiii... Cerita apa ni? Dah lah separuh jalan je! Satu pun aku tak paham." kata aku, geram. Haizeq ketawa.

"Hahaha... Saja gurau dengan Mia sayang I ni..." kata Haizeq. Humph! Sarah yang memandang ke arah kami mencebikkan bibir kepada Haizeq. Haizeq hanya buat tak tahu.

"Nayli awak takde class kan kejap lagi?" tanya Qistina. Aku hanya menggeleng.

"Awak nak balik terus ke kejap lagi?" tanya Sarah.

"Entah. Kita tak tahu lagi." jawabku.

"Kalau macam tu kitorang pergi dulu lah. Jom korang!" ajak Qistina. Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan bangun dari tempat mereka. Sarah mencari sesuatu.

"Awak cari apa, Sarah?" tanya Qistina.

"Beg kita." kata Sarah. Dia masih mencari beg nya itu.

"Oh. Aku campak kat sana tadi." kata Haizeq, selamba. Dia menunjuk beg Sarah yang sudah berada di atas lantai itu.

"Bye, Mia!" ucap Haizeq.

"Bye..." balasku. Haizeq keluar dari situ tanpa menghiraukan semua orang di situ.

"Haish mamat ni! Memang nak kena dengan aku! Dah la campak beg orang sesuka hati. Tolong ambikkan pun tak! Dasar syaiton! Siap kau." kata Sarah, geram. Aku, Qistina dan Johan tergelak kecil.


CREATORS' THOUGHTS
missmiaa missmiaa

Hi korang! Lama tak update. Sorry... Lately ni busy sikit. Raya kan... Oh ya! Selamat Hari Raya Aidiladha korang my dear readers! Jaga diri tau! Thank you sebab sudi baca cerita saya! A real thanks! Next chapter coming soon. Stay tuned, stay safe. Bye! ❤️❤️❤️

next chapter

Chapter 38: Bab 37

Aku dan Eiman keluar dari library. Kami tiada kelas selepas ini. Jadi kami bercadang untuk keluar.

"Nak pergi mana ni?" tanya aku.

"Entah. Nak lepak-lepak je kot. Kau nak pergi mana?" tanya Eiman.

"Mana-mana je lah. Aku tak kisah." jawabku.

"Kita pergi jalan-jalan lepas tu pergi cafe macam biasa nak?" tanya Eiman.

"Boleh! Jom!" jawabku, tersenyum.

"Okay!" setuju Eiman. Aku dan Eiman melajukan langkah. Aku sudah di hadapan Eiman. Eiman cuba melajukan langkahnya. Dia berkerut seperti menahan sakit.

"Nayli. Jangan lah laju sangat." kata Eiman. Sebuah kereta menuju ke arah kami dengan laju. Eiman yang nampak kereta itu cepat-cepat menarik aku. Aku yang tidak tahu apa-apa, terpaku. Eiman memandangku. Muka dia macam marah bercampur dengan risau.

"Nayli! Careful lah!" kata Eiman. Suaranya agak tegas. Hu... Tak pernah nampak dia macam ni.

"Err... Okay." jawabku. Tak tahu nak jawab apa. Eiman melepaskan pegangannya.

"Sorry. Aku bukan marah kau. I just worried." kata Eiman.

"Hm. It's okay. Aku paham." jawabku, tersenyum kecil.

"Kau okay tak?" tanya Eiman.

"Okay. I'm fine." jawabku.

"Serious?" tanya Eiman.

"Serious lah..." jawabku.

"Jom." ajak Eiman. Aku hanya mengikutinya.

_________________________

"Eiman. Sebenarnya kita nak pergi mana ni?" tanya aku. Dari tadi duduk dalam kereta. Pusing sana. Pusing sini.

"Hehe... Aku pun tak tahu sebenarnya." kata Eiman. Eiman tersengih. Ajak orang jalan-jalan sangat. Tapi dia pun tak tahu nak pergi mana. Haih... Nasib baik handsome... Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu. Aku memandang Eiman. Dia memegang perutnya. Muka dia berkerut. Aku cuba pandang muka dia tapi dia seperti ingin sorokkan mukanya.

"Kau nak pergi toilet ke?" tanya aku.

"Tak... Sebenarnya aku lapar..." kata Eiman, tersengih.

"Hmm... Kita pergi cafe terus lah." cadangku. Plan kitorang nak pergi jalan-jalan dulu baru pergi cafe. Dah Eiman lapar pulak. So kita tukar plan lah.

"Okay." akur Eiman. Kami menuju ke cafe. Tiba di sana. Kami menuju ke kaunter untuk order makanan dan minuman. Eh.

"Asyraff?" tegurku. Eiman memandangku seperti tidak percaya.

"Eh. Nayli." sapa Asyraff.

"What are you doing here?" tanya aku.

"Part-time." jawab Asyraff, tersenyum.

"Oh..."

"Nak order apa?" tanya Asyraff. Aku memesan makanan. Aku dan Eiman menuju ke tempat duduk. Aku perhatikan Eiman. Kenapa dia jalan macam tu? Kaki dia sakit ke?

"Eiman!" panggilku. Dia menoleh memandangku.

"Kaki kau berdarah." kata aku. Dia memandang kakinya. Patutlah masa berjalan tadi kaki dia sakit.

"Bukak kasut tu." arahku.

"Hah?" Eiman blur.

Aku membuka kasut Eiman. Banyak jugak lah kaki dia berdarah. Aku mengeluarkan tisu dan first aid plaster. Aku mengelap darah itu dengan tisu kemudian tampal plaster itu pada kaki Eiman. Eiman diam tidak terkutik dan hanya memerhati pergerakanku. Siap! Aku memandang Eiman. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Dah lama ke kaki kau sakit?" tanya aku.

"Kaki aku sakit masa dekat kolej tadi." kata Eiman.

"Kau nak pergi jalan-jalan tak? Kalau kau tak nak, kita cancel je lah plan kita." kata aku.

"Um... Tak payah cancel lah. Sikit je luka ni." kata Eiman.

"Aku takut luka kau tu makin teruk je. Nanti buruk pulak kaki kau. Lepas tu takde orang nak dekat kau." kata aku, tersengih. Eiman ketawa.

"Hahaha... Takpe lah. Aku okay je." kata Eiman.

"So... Jadi lah kau nak bawa aku pergi jalan-jalan ni?" tanya aku. Eiman mengangguk.

"Nayli." panggil Eiman.

"Yes?" aku menyahut panggilannya.

"That Asyraff... Is it him?" tanya Eiman.

"Hmm... Yes... Yang aku cakap muka and suara dia sama macam orang dalam mimpi aku tu..." jawabku.

"So... How?" tanya Eiman.

"Entah la. Aku tak comfirm lagi. Mungkin pelanduk dua serupa." kata aku.

"Kau tak takut ke kalau Asyraff tu memang betul orang yang dalam mimpi kau tu?" tanya Eiman.

"Yes. Sometimes aku rasa takut. Takut kalau betul-betul jadi macam dalam mimpi tu. Tapi... Kau kan ada. Kau lah jaga aku." ujarku, tersenyum. Eiman tergelak.

"Hey. Sempat lagi." kata Eiman.

"Hehehehe... Handsome kan Asyraff tu?" tanya aku. Aku tersengih.

"Ehem. Kenapa kau tanya?" tanya Eiman.

"Saja... Mana tahu... Dia boleh jadi boyfriend aku ke..." jawabku.

"Hmmm... Kau suka dia ke?" tanya Eiman. Mukanya berubah.

"Kau rasa?" tanya aku pula. Eiman terdiam tidak terkata. Muka dia nampak macam sedih. Hmm... Kenapa dengan Eiman? Dia suka aku ke? Ehh... Jangan nak perasan Nayli! Kang jadi macam dulu. Kau nak ke?

"Hey. Eiman." panggil aku. Dia memandangku.

"Kenapa kau diam?" tanya aku.

"Kau suka dia kan?" tanya Eiman.

"Eh. Sebenarnya aku takde perasaan dekat dia pun..." luahku.

"Serious?" tanya Eiman. Aku mengangguk dan tersenyum. Muka Eiman kembali riang.

"Ehem. Eiman." panggil aku. Dia memandangku.

"Kenapa masa aku cakap aku suka dia kau nampak macam sedih? And, sekarang kau nampak macam happy pulak..." kata aku. Erk. Kantoi... Ayok Eiman...

"Emm... Mana ada aku sedih." jawab Eiman.

"Ye ke?" tanya aku.

"Ye lah..." Eiman meyakinkan jawapannya. Dia tersengih.

Asyraff menuju ke arah kami. Dia mengambil tempatnya di sebelahku. Dia berjabat tangan dengan Eiman.

"Asyraff, this is Eiman." aku perkenalkan Eiman kepada Asyraff.

"Eiman, this is Asyraff." aku perkenalkan Asyraff kepada Eiman pula. Mereka hanya membalas dengan senyuman kecil.

"Boyfriend ke?" tanya Asyraff kepadaku sambil menunjuk ke arah Eiman.

"Eh. Tak. Kawan je." jawabku. Eiman terdiam.

"How old are you, Nayli?" tanya Asyraff. Emm... Soalan tu macam privacy, tapi jawab je lah. Umur je.

"20." jawabku ringkas.

"Oh. I'm older than you. I'm 22." kata Asyraff.

"Seriously? But you look younger than me!" ujarku. Asyraff ketawa.

"No..." Asyraff cuba menidakkan kata-kataku.

"What are you doing here, Nayli? Travel? Study?" tanya Asyraff. Hahaha... Soalan sama macam Eiman tanya aku hari tu masa first time jumpa dekat sini.

"Study. Dekat Murdoch." jawabku.

"Oh! Same! So... I'm your senior." kata Asyraff.

"I'm your junior. Senior, please give me guidance..." kata aku, tersenyum. Asyraff tergelak.

"Hahaha... Okay..." Asyraff bersetuju. Eiman mencuit bahuku. Aku berpaling.

"Aaa..." Eiman memberi isyarat supaya aku membuka mulut. Aku hanya menurut. Eiman menyuapku makanannya.

"Thank you!" ucapku.

"Welcome, my lovey dovey cutie!" balas Eiman. Aku tergelak.

"Em... Nayli. I have some work to do. Enjoy your meal!" kata Asyraff. Dia meminta diri untuk pergi sebentar. Aku dan Eiman makan makanan kami.

"Kau layan dia sampai kau ignore aku..." kata Eiman. Eiman buat muka sedih.

"Eh... Mana ada aku ignore kau." kata aku pula. Aku menidakkan kata-kata Eiman.

"Aku makan sorang-sorang tau tadi. Takde orang nak layan aku... Kau sibuk layan dia tu..." kata Eiman.

"Ala... Sorry lah Eiman. I'll give you anything. So, jangan lah merajuk..." kata aku.

"Anything?" tanya Eiman, teruja sehinggakan dia lupa yang dia tengah merajuk. Hahaha...

"Yes, anything. Kau nak apa?" kata aku.

"Your kiss." jawab Eiman. Aku membulatkan mata. Eiman tersengih.

"Eeyy... Gila ke? No!" kata aku pula.

"Kau kata tadi anything..." kata Eiman.

"Agak-agak lah, Eiman... Haram lah. Kita kena kahwin dulu. Baru boleh buat benda macam tu..." kata aku pula. Eh. Nayli. Apa kau cakap nihh...

"So jom lah kahwin! Aku dah ready ni!" kata Eiman.

"Ready for what?" tanya aku.

"Ready nak kahwin dengan kau lah! Cepat lah, Nayli. I want your kiss. And..." Eiman tidak menyambung ayatnya. Sebaliknya dia memandangku sambil mengangkat kening.

"And what?" tanya aku acuh tidak acuh.

"Kau rasa orang kahwin buat apa?" tanya Eiman sambil tersengih nakal. Oh My God!

"What the fish! Kau ni..." aku menjegilkan mata. Kemudian melentokkan kepala di atas meja. Oh! Tak sanggup! Malunya! Aaaaa...

"Hey, Nayli. Cepat lah. Don't let me waiting for you. Or, aku akan paksa kau kahwin dengan aku sekarang jugak." kata Eiman. Aku mengangkat kepala memandangnya.

"Eeeee! Tak nak kahwin dengan kau! Dirty!" ucapku. Eiman ketawa. Aku memuncungkan bibir. Aku tahu Eiman sengaja kenakan aku. Tapi... Haish!

"Gurau..." kata Eiman.

"Eee! Eiman! Agak-agak lah kalau nak bergurau pun!" marahku.

"Alah... Sorry. I know I'm overboard. Sorry, okay?" tanya Eiman.

"No." jawabku.

"Okay, okay. Aku janji tak buat lagi. Please, Nayli... I'm really sorry. Please..." rayu Eiman.

"Ish! Ye lah!" jawabku. Masih marah.

"Okay. Jom. Kita pergi jalan-jalan. Kau nak pergi mana, aku bawa. Kau mintak apa-apa je dengan aku." cadang Eiman.

"Hm. Ye lah." akurku. Kami bangun dari tempat duduk.

"Asyraff. Kitorang pergi dulu, tau. See you next time!" ucapku, tersenyum.

"Okay! Bye, Nayli!" balas Asyraff.

"Bye!" Kami melangkah keluar.


CREATORS' THOUGHTS
missmiaa missmiaa

Hi, korang! Sorry lah lambat update. Sebab minggu lepas saya duduk dekat kampung. Busy sikit. Sorry tau! By the way... How? Okay? Or not? Thank you sebab sudi baca cerita ni. Thank you so much! Next chapter is coming soon. Stay tuned, stay safe. Bye! Love you guys ❤️❤️❤️

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C37
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank 200+ Power Ranking
Stone 0 Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login

tip Paragraph comment

Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

Also, you can always turn it off/on in Settings.

GOT IT