" siapa suami kepada pesakit?" tanya pembantu perubatan(m.a) kepada dayana dan mira.
" encik.. saya p.a pesakit.." dayana memperkenalkan dirinya.
" suami atau waris terdekat?" tanya m.a yang memakai tag nama ibrahim.
" suami pesakit tiada di sini..saya adik iparnya.." celah ikman yang baru muncul.
" owh.. begini encik.. pesakit sekarang ni dalam keadaan separa kritikal. doktor perlu bercakap dengan waris pesakit." m.a ibrahim memberi penerangan kenapa perlunya waris.
ikman mengerut dahinya. rambut lurusnya diraup ke belakang. tertekan.
" takpe encik.. sekarang saya selaku adik ipar pesakit akan bertanggungjawap sementara suaminya sampai." ikman membuat keputusan setelah berfikir secara mendalam.
m.a ibrahim mengangguk. dia mempersilakan ikman mengikutnya bertemu doktor.
" jef.. call along.." sempat ikman berpesan kepada jefri sebelum menghilang di balik pintu.
ikran menikmati minum petangnya di sebuah cafe mewah berkonsepkan kesenian itali. selepas selesai menandatangan kontrak persefahaman kerjasama dia antara kerajaan itali dan bertemu wakil dari rusia,dia ingin merehatkan mkndanya dengan minum santai sahaja. menikmati panorama pertukaran waktu. mengagumi ciptaan maha esa. panggilan daripada jefri mengganggu ketenangannya.
" hmm..." seperti biasalah ikran.
" tengku.. maafkan saya.." jefri meminta maaf terlebih dahulu kerana gagal dalam tugasnya. pakaiannya yang sudah bertukar warna dan bau sudah tidak diperdulk.
" sebab?" ikran masih tenang. kalau suda minta maaf pasti ada sebabnya.
" kami gagal menjaga keselamatan lady boss." seperti seorang askar yang gagal dalam perang keadaan jefri sekarang.
" cempaka dekat mana?" ikran menjangka sesuatu yang buruk pasti terjadi kepada cempaka.
" di hospital melaka. doktor jangkakan lady boss keguguran.." jefri berkata dengan kesal.
" detail.." ikran mahu mendengar keseluruhan cerita daripada awal hingga akhir.
jefri memulakan ceritanya dari saat cempaka menghubunginya dan dia mendengar pergaduhan sehinggalah cempaka ditemui. ikran yang mendengar sudah mengepal penumbuknya. kekura tangannya timbul akibat rasa geram. giginya diketap.
" sediakan kenderaan di klia." arahnya setelah tamat cerita jefri.
" umi.. datang hospital melaka sekarang.." pinta ikman di talian seperti merayu. dia kehilangan punca. dia jadi blur. kehulu kehilir dia berjalan sehinggakan membuat dayana dan mira yang diam sedari tadi menjadi pening.
" hmm.. umi akan sampai sebelum pukul 2
pagi.." ku najah membuat keputusan setelah mendengar dengan jelas cerita ikman. saat ini jiwanya seperti dipanah petir. air matanua tidak henti mengalir.
" tolong tengokkan keadaan cempaka.. saya dengan jefri ada urusan yang perlu dibuat.." ikman memberi pesan kepada dayana dan mira. dia memberi isyarat mata kepada jefri.
dayana mengangguk sambil memerhati kelibat ikman dan jefri yang hilang di balik pintu. dia dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas ini. habislah program malam ini.
putri bergegas meninggalkan perkarangan hotel setelah tamat show untuknya. dia meminta diri dengan alasan tidak sihat. nasha dan marsya juga turut serta menurut jejak putri. sebelum keadaan menjadi huru hara,baik mereka lari awal-awal. meminta perlindungan daripada ibu bapanya. bertindak awal sebelum cempaka mendedahkan segala-galanya.
" saya nak rakaman cctv ruang hadapan toilet perempuan dan saya nak maklumat model yang terlibat malam ni serta agensi-agensi mereka. " ikman memberi arahan di talian kepada pengurus hotel. dia mahu segala maklumat. sampai ke lubang cacing dia akan cari siapa yang menyebabkan kakak iparnya terlantar di hospital. perbuatan kejam dan tidak berperi kemanusiaan seperti itu haruslah mendapat hukuman yang setimpal.
ku najah dan puan rahimah sampai ketika cempaka selesai menjalani pembedahan dan dihantar ke unit rawatan rapi untuk pemantauan. doktor khawatir ada kecederaan sampingan yang tidak dapat mereka kesan sepenuhnya.
" macam mana keadaan cempaka?" tanya ku najah kepada dayana dan mira.
" keadaan cik puan sudah stabil.. doktor suruh tunggu sehingga cik puan sedar sepenuhnya. sekarang cik puan akan dibawa ke unit rawatan rapi.." cerita dayana dalam nada sedih.
ku najah menangis lagi. rasanya sepanjang jalan wanita ini menangis. sedih mengenangkan nasib cempaka. sudahlah keguguran. suami jauh pula. puan rahimah mengusap bahu sahabat merangkap besannya itu.
" awak ni.. kalau ditadah air mata awak tu dah lebih dua baldi dah rasanya.." tengku iqbal menceriakan suasana. mengusik isterinya. syukurlah menantunya tidak apa-apa. kalau sesuatu tidak diingini terjadi,bagaimana dia mahu menjelaskan kepada tuan fauzi keadaan anak gadisnya.
" biasalah bal.. orang perempuan.." tuan fauzi menyahut. dia hanya duduk diam di bangku khas yang disediakan untuk menunggu. penampilannya sebagai menteri sangatlah ringkas malam ini. mengenakan kain batik dan baju melayu sahaja. tengku iqbal masih boleh tahan lagi. mengenakan seluar dan baju melayu. betul-betul tiada rupa orang yabg berpengaruh.
ikran akhirnya sampai di malaysia tepat pukul 1 petang keesokan harinya. tanpa berlengah dia terus meminta pemandu menghantarnya terus ke melaka. dia ingi melihat sendori dengan mata kepalanya keadaan cempaka sebelum dia membuat tindakan lanjut.
nadia menangis di sisi katil cempaka. meluahkan kesedihan kerana tidak membantu cempaka sewaktu kejadian itu. mengutuk dirinya yabg gagal membantu sahabatnya saat dalam kesusahan. dia berjanji akan menuntut bela atas kehilangan cempaka.
cempaka yang masih mamai akibat kesan ubat hanya mendiamkan diri. jiwanya terasa kosong. sejujurnya dia mahukan sedikit ruang untuk bernafas. penat mencuba menjadk kuat saat melihat puan rahimah dan ku najah keluarganya memandangnya dengan riak sedih dan simpati. semenjak doktor memindahnya ke bilik ini, kelibat ikran langsung tidak muncul. setiap kali pintu terbuka,dia mengharapkan kehadiran ikran. namun hampa menyuluh hatinya. cempaka hanya menjawap sepatah apabila ditanya. jiwanya yang rapuh semakin rapuh.
dari kejauhan ikran melihat abi dan ayah mertuanya sedang berbual di perkarangan luar bilik cempaka. ikman,jefri dan dayana pula hanya duduk termenung di suatu sudut
" pa.. abi?" sapa ikran menghulur tangan bersalaman. riak keletihan jelas terpancar pada wajahnya.
" pukul berapa sampai?" tanya tengku iqbal. melihat wajah ikran,dia tahu anak sulungnya itu kepenatan. turun dari kapal terbang terus ke melaka. cara orang lelaki menunjukkan sayang selalu berbeza dengan cara orang perempuan.
" masuklah ke dalam.. ada umi dengan mama dalam tu.." suruh tuan fauzi sambil menepuk belakang menantunya. memberi semangat.
ikran mengangguk. sebelum menolak daun pintu,dia menarik nafas panjang. jantungnya berdebar. takut dia tidak dapat menahan rasa marahnya melihat keadaan cempaka nanti.
ku najah duduk berbual bersama puan rahimah manakala cempaka duduk bersandar di kepala katil sambil matanya memandang jauh ke luar jendela. bunyi pintu terkuak langsung tidak diperdulinya. fikirannya jauh menerawang ke peristiwa malam kemarin. tangannya dibawa mengusap ke perutnya yang kini sudah kosong. kasihan janinnya. belum sempat merasa kasih sayangnya terus diragut pergi.
ku najah dan puan rahimah serentak menoleh ke arah pintu yang terkuak. muncul wajah ikran. ku najah ingi menyapa ikran tetapi cepat-cepat dihalang ikran. dia membuat isyarat diam dimulutnya. ikran menyalami kedua-dua wanita itu.
cempaka pula langsung tidak memberi sebarang respon. mungkin masih tidak menyedari lagi kepulangan suaminya.
" sakit dekat mana?" tanya ikran melabuh duduk di sisi katil cempaka. tangan isterinya diusap.
cempaka yang terkejut mendengar suara itu mengalihkan pandangannya. air mata yang ditahan sedari terjaga mula bertakung melihat suami disisinya.
ikran menarik tubuh itu ke dalam rangkulannya. membiarkan wanita itu menangis di dadanya. belakang badan cempaka diusap penuh hati-hati. takut menyakiti mana-mana bahagian tubuh isterinya.
puan rahimah dan ku najah yang memahami keadaan itu beredar. membiarkan pasangan itu berbicara. melihat respon cempaka saat ikran muncul,barulah mereka mengerti. hanya kepada ikran sahaja wanita itu menunjuk sisi lemahnya. mereka semua menyimpan risau apabila melihat cempaka seperti tiada emosi setelah terjaga dari komanya.
setelah penat menangis,cempaka terlena di dalam pelukan ikran. merasakan cempaka yang terlena dalam pelukannya,ikran dengan perlahan membaringkan tubuh isterinya. dahi itu dikucup.
" tidur sayang.. abang akan balas setiap kesakitan yang sayang rasakan.." bisiknya perlahan penuh amarah.
setelah memastikan cempaka betul-betul terlena,ikran keluar untuk membuat perhitungan seterusnya.bara yang tersimpan dihatinya harus dilepaskan.
" cempaka macam mana?" tanya ku najah apabila ikran muncul.
" dia tidur.. umi dengan mama nak balik ke?" tanya ikran.
" belum lagi.. kenapa?" balas ku najah. dia tidak sampak hati meninggalkan cempaka sendiri. takut peristiwa nirina bakal berulang kembali.
" tolong jagakan cempaka boleh..." pinta ikran. wajahnya serius. dia sedaya upaya melindungi riak wajahnya agar tidak dapat dibaca ku najah.
" hmm.. jangan risau.. along balik dulu.. berehat mandi.." ku najah mengerti. ikran tentu ingin membersihkan diri. kerana risaukan keadaan cempaka,anaknya itu langsung terus ke hospital.
" malam nanti along yang akan temankan cempaka. umi dengan mama tak payah risau.." ikran mengambil tanggungjawap menemani cempaka malam ini.
semua yang ada di situ mengangguk setuju.
ikran memberi isyarat mata kepada ikman dan jefri. ada benda yang ingin diselesaikannya.
ikman dan jefri yang memahami menurut langkah kaki ikran. kedua mereka seperti pesalah yang bakal dihukum bunuh.