Download App
70.58% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 12: Volume 1-08

Chapter 12: Volume 1-08

'....Ah...betapa dia inginkan kehidupan yang normal dan biasa...tanpa menanggung semua ini dan melakukan semua ini...'

Bisik hati lelaki muda yang berdiri segak memandang tentera-tentera baru yang sedang berusaha mengawal spirit mereka.

Lelaki itu kelihatan amat kacak sekali.

Wajahnya amat bengis dan tegas. Namun tidak dapat menyembunyikan ketampanan wajahnya.

Aura kehebatannya juga boleh dirasai oleh semua orang yang berada dekatnya. Membuatkan semua orang akan memandangnya dengan kagum, memujanya, malah turut merasa iri hati?.

Tetapi siapa juga yang berani nak iri hati kepada lelaki yang merupakan Wira Perang dihati semua rakyat Kingsten itu.

Yups..

Lelaki tampan itu yang merupakan hero semua pengikutnya dan rakyat Kingsten sedang menghadapi dilema yang sangat membuatkan dia akan dibelasah teruk oleh abangnya jika mereka tahu. Iaitu dia sudah mulai bosan dan malas menjadi general menjaga sempadan disini.

Bayangkan sahaja sejak dia berusia 15 tahun dia sudah mendiami semua kawasan medan perang. Kini dia sudah berusia 200 tahun arh...

Bosan...

Dia nak balik ke Imperial Palace...

Dia nak jumpa abang, kakak dan adik-adiknya....!

Kenapa dia terfikir nak jadi general dulu ah?!.

Ohyeah...semuanya kerana ingin menjaga keamanan Kerajaan Kingsten.

Aiya...buat dia berbelah hati lagi mahu balik kah tidak sekarang ke Imperial Palace Kingsten.

Meskipun Kerajaan Kingsten merupakan kerajaan paling selamat dari diserang oleh kaum demon yang cannibal dan menjadikan kaum-kaum lain sebagai makanan mereka namun tidak bermakna dia akan mengambil ringan tugasnya.

Ya...dia tidak mengambil ringan tugasnya..cuma saja dia bosan...!

Urm..jawapan yang tepat!.

"Pagi General De Kingsten"

Tabik Adjutant Mo kepada lelaki yang memandang muka lelaki yang tegas itu dan entah kenapa dia merasa seperti general itu sedang geram dengannya. Tapi kenapa? Dia ada buat salah apa-apakah?.

Lelaki tampan itu memandang orang yang mengacau fikirannya sehingga melayang semua apa yang berlegar dikepalanya tadi.

"En. Pagi. Kenapa?"

Satu-satu keluar perkataan dimulutnya. Dia memang jarang mengeluarkan suara dan lebih membiarkan penolongnya yang berbual dan berurusan dengan orang-orang yang mahu berurusan dengannya.

Ah....disebabkan kemalasannya itulah dia telah digelar "Raja Jongkah Emas" yang kononnya kerana dimulut dia penuh dengan jongkah emas. Sebab itulah dia jarang membuka mulut mahupun bersuara.

"Ada surat dari Imperial Palace untuk General"

Jawab Adjutant Mo dengan suara kuat penuh kehormatan. Siap berdiri tegak seperti bersedia mahu berkawad. Malah wajahnya serius sekali. Namun sayang tidak dapat menyembunyikan matanya yang bersinar ketika berada di dekat idolanya!.

Siapa tidak kenal General De Kingsten yang merupakan salah satu barisan manusia magic yang berjaya mencapai level magic tertinggi iaitu Immortal Magician dan memegang status terkuat dan terhormat di dunia Magic!. Malah boleh dikatakan juga General De Kingsten ini berdiri sebaris dengan semua 'Penyelamat Dunia'!.

"Imperial Palace? Dari? Abang? Kakak? Atau adik?"

Dia menyoal dengan kening terangkat. Baru sahaja tadi dia terfikir mahu balik ke sana, sudah ada surat dihantar ke sini untuknya.

"Ya General. Dari Yang Mulia Emperor Kingsten V"

Jawab Adjutant Mo.

General De Kingsten mengarah Penolongnya untuk memerhati tentera-tentera baru yang masih dalam latihan mengawal Spirit mereka, sebelum dia mengarah Adjutant Mo menyerahkan surat itu kepadanya dan menuju ke pejabat.

Ketika dia mengeluarkan surat itu dari sampulnya yang dikunci oleh Magic aura abang sulungnya, dia terkaku terus melihat surat itu yang mempunyai lambang Kerajaan Kingsten iaitu Burung Gagak hitam yang melebarkan sayapnya dan berdiri megah diatas belakang seekor 'Beast Black Cat'. Dia merenung lama lambang disurat itu. Wajahnya berubah kelam, teringat sesuatu yang menjadi titik hitam yang menimpa keluarganya 100 tahun yang lampau.

Gagak hitam dan Beast Black Cat itu merupakan simbolik yang mewakili Black Magic dan Menanggal Sumpahan atau anasir buruk. Boleh dikatakan juga itu ialah lambang Dewa kepercayaan moyang mereka yang melindungi Kerajaan Kingsten daripada bahaya dan bencana.

Yang membuatkan emosinya tambah terganggu ialah disebabkan abangnya iaitu Emperor De Kingsten V, Maharaja ke5 bagi Kerajaan Kingsten, telah menggunakan surat berlambang itu yang memberi maksud ada perkara penting yang sedang berlaku tanpa pengetahuannya di sana.

Dia masih teringat lagi dengan jelas bagaimana cara abangnya diserahkan takhta pemerintah oleh ayahnda mereka 100 tahun lebih yang dulu, dimana ayahnda nya begitu lemah dan seluruh ahli keluarga mereka seperti hilang jiwa meneruskan hidup. Semuanya kerana kehilangan Putra bongsunya dan juga adik bongsu mereka. Musibah yang menimpa keluarga mereka itu telah menyebabkan ayahnda dan bondanya berkurung di Istana lama yang berhampiran dengan kawasan perkuburan Kerabat Kingsten di mana kubur kecil milik insan yang telah menjadi titik hitam dalam hidup mereka. Perasaan bersalah dan menyalahkan diri mereka masing-masing masih mengejar mereka sekeluarga walaupun semuanya lebih suka memendam perasaan itu dalam hati.

"Semua keluar"

Dia memberi arahan kepada pengawalnya dan Adjutant Mo dari pejabatnya.

"Baik General!"

Semua tunduk hormat memberi tabik kepada General De Kingsten sebelum keluar dari pejabat yang perlahan-lahan terasa sejuk dan apalagi bila Generap De Kingsten tanpa sedar atau tidak telah mengeluarkan aura Immortal Magiciannya yang hampir menyerang Spirit dan Mental pertahanan mereka!. Bahaya! General sedang dalam emosi yang tidak stabil! Mereka tidak berani mahu berada lama di sana ah...! Itu namanya cari nahas!.

( Daripada > Emperor De Kingsten V

MISI ELITE

MISI ABNORMAL ALERT!

¤ Aeri De Kingsten, sila kembali ke Imperial Palace secepat yang mungkin. Penyihir Tua muncul kembali dengan membawa berita buruk. Perang hampir serupa Sejarah Sumpahan beribu tahun mungkin akan berulang kembali. Ramalan itu yang dilihat oleh Penyihir Tua.

¤ Hanya itu yang abang dapat beritahu. Perkara yang lebih jelas akan Aeri tahu ketika sudah berada di Imperial Palace. Semua Generasi ke5 Kingsten dan Elder Generasi lama Kingsten juga seperti kamu diarah pulang ke Imperial Palace.

[ The Truth > Aqir De Kingsten, Leader Of Genarasi ke5] )


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C12
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login