Download App
41.17% Aramin The Phantom Of Darkcurse / Chapter 7: Volume 1-03

Chapter 7: Volume 1-03

Ketika Duke Ariastle mendapat berita mengenai isterinya telah keguguran buat wajahnya yang berseri sejak isterinya mengandung berubah kelam. Dia memandang ke luar tingkap pejabatnya dengan mata yang kosong.

"Ah....sayangnya tidak dapat melihat anak kecil lagi"

Bisiknya dengan suara yang sedih.

Mungkin dalam keluarga di Mansion Ariastle itu, Duke Ariastle lah orang yang paling gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran anaknya namun sayang....

"Duke Ariastle...?"

"Cancel semua plan sepanjang minggu ini. Saya akan pulang ke Mansion untuk mengurus majlis pengebumian anak saya"

Dia memberi arahan kepada setiausahanya sebelun bangun dari duduknya dengan aura disekelilingnya yang suram.

"Baiklah Duke Ariastle"

Balas setiausahanya yang entah kenapa berasa gerun melihat aura suram disekeliling Duke Ariastle. Namun dia sendiri tidak tahu kenapa dia gerun?.

***

Suara esakan seorang wanita yang begitu sayu sekali kedengaran di dalam bilik utama Mansion Ariastle ketika Duke Ariastle tiba.

"Hubby...anak kita..."

Kedengaran suara lemah Duchess Ariastle yang begitu lemah dengan wajahnya yang pucat. Membuatkan Duke Ariastle berasa susah hati akan keadaan isterinya itu.

"Shhhss...sayang. Sabar sayang, bukan rezeki kita mungkin untuk menimang cahaya mata yang baru.."

Dia memeluk isterinya yang berusaha duduk dari baringnya.

"Tapi hubby mahukan anakkan?..anak kita dah tiada hubby....esk...esk...esk.."

Begitu sayu sekali dia menangis sehingga membuatkan siapa sahaja yang mendengar suara tangisannya akan berasa simpati terhadap wanita cantik itu.

"Erm...Saya tahu. Jangan bersedih sayang. Kita masih ada Carl dan Cathrine"

Dia mengusap lembut kepala dan belakang isterinya dengan suara yang lembut. Hanya dengan isterinya itu sahaja dia akan selembut ini. Kerana dia benar-benar sayangkan wanita ini dan anak-anaknya. Walaupun dia juga berduka dan amat sedih akan kepergian anakmya yang belum sempat menikmati dunia ini namun sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga dia harus menunjukkan dirinya yang kuat dan tabah agar isterinya tidak terlalu bersedih sehingga menjadi selemah ini.

Namun sayangnya suami dan seorang ayah yang penyayang itu tidak nampak ketika dia memeluk isterinya, isterinya sedang tersenyum lega. Lega kerana berjaya menghapuskan bayi tak guna itu!.

****

Niat Duke Ariastle yang ingin melihat jasad bayinya tidak kesampaian apabila mendengar isterinya sudah mengarah jasad bayinya dikebumikan. Jadi hanya dapat melihat kubur tempat jasad bayinya disemadikan.

Dia memandang kubur kecil itu dan air mata mengalir ke pipinya.

"Maafkan ayah tidak sempat bertemu dengan anak ayah"

Bisiknya dengan suara serak sebelum mengusap kubur itu dengan penuh kasih sayang.

" Caiz Aramin De Ariastle. Itu nama yang ayah beri kepada Putra ayah"

Entah kenapa hatinya begitu kuat untuk memberi nama itu kepada anak ketiganya yang baru lahir. Semuanya disebabkan terserempak dengan buku sejarah mengenai nama-nama kerabat Kingsten yang disenaraikan sejak generasi pertama hingga generasi sekarang. Ketika melihat nama Putra yang hilang beratus tahun itu buat dia merasa ingin menamakan anaknya dengan nama itu namun sayangnya...

Ah...

Mungkin bukan rezekinya ingin memiliki seorang lagi anak.

Anak yang amat dia nantikan lebih dari anaknya sebelum ini buat dia benar-benar kecewa dan terkesan diatas kepergian anaknya itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C7
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login