Di pagi hari , Simon telah bangun dan pergi mandi lalu pergi bersarapan bersama ibunya . Simon hendak meminta ibunya berhenti bekerja semasa sarapan dan setelah ibunya mendengar permintaan anaknya ,dia merasa terkejut . Dia telah membesarkan Simon selama 25 tahun dengan wang hasil kerja dia sendiri . Dia merasa bimbang dengan kewangan keluarganya . Simon baru sahaja membuka kedainya dan belum stabil lagi . Kalau dia berhenti bekerja , Simon akan menanggung beban . Sebab itu dia tidak bersetuju .
" Ibu , Simon nak ibu berhenti bekerja . Sekarang Simon mempunyai pekerjaan dan di masa depan Simon akan mempunyai banyak wang . Jadi ibu tidak perlu bekerja lagi " kata Simon kepada ibunya .
Dia sangat berharap ibunya berhenti bekerja dan berehat di rumah . Ibunya selalu mangadu sakit badan dan ini menyebabkan Simon merasa risau dengan kesihatan ibunya .
Setelah ibunya mendengar permintaan anaknya dia terdiam sejenak lalu berkata " Simon , perniagaan kamu belum stabil lagi . Macam mana kalau tiba-tiba kedai Simon mengalami kerugian nanti . Ibu tak nak Simon terbeban waktu itu nanti ". Wajah ibunya menunjukkan wajah risau kerana permintaan Simon itu tadi .
" Ibu jangan risau . Simon tak akan pernah rugi " kata Simon dengan percaya diri . Lagipun dengan sistem yang boleh menggandakan wang hasil jualannya selama setahun , dia tak perlu risau tentang kewangannya .
" Simon tak bak ibu merasa penat dengan pekerjaan ibu . Ibu hanya perlu rehat je di rumah " kata Simon kepada ibunya dengan memasang wajah seperti tangah memohon belas kasihan .
Ibunya berpikir lagi . Dia tidak sanggup melihat anaknya risau tentang keadaan dia . Lagipula dia sudah tua dan tiba masanya Simon untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang anak . Jadi , dia hanya bersetuju dengan permintaan anaknya .
" Baiklah , nanti ibu akan pergi ke tempat kerja ibu untuk berhenti bekerja " kata Adriana .
Setelah mendengar jawapan daripada ibunya , Simon merasa lega . Sekarang ibunya tidak perlu bekerja lagi dan akan berehat di rumah sahaja .
Setelah selesai makan , Simon pergi ke arah kedainya . Ketika hendak sampai di hadapan kedainya , Simon melihat beberapa orang yang sedang menunggu di hadapan kedainya . Sepertinya mereka baru sahaja tiba di hadapan kedai itu . Mereka tidak kelihatan seperti mahu membeli di kedainya . Simon terus melangkahkan kakinya ke arah mereka dan menyapa mereka
" Selamat pagi , kamu semua menunggu di sini untuk urusan apa " sapa Simon kepada mereka . Simon memerhatikan mereka satu-persatu dan menemukan bahawa mereka semua masih muda lagi .
" Kami di sini datang untuk meminta kerja . Kamu ke letakkan iklan ni?" kata salah seorang daripada kumpulan itu . Pada malam tadi , mereka melayari laman web untuk mencari pekerjaan tetapi tidak ada yang sesuai dengan mereka .
Semua pekerjaan itu memerlukan kemahiran yang bagus dan berpengalaman .Waktu itu jugalah mereka melihat iklan untuk merekrut pekerja di sebuah kedai .
Mereka menginginkan pekerjaan ini untuk menyara keluarga mereka . Mereka tidak pernah menghabiskan persekolahan mereka dan terpaksa berhenti kerana tidak dapat membayar yuran sekolah . Mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga mereka .
Mereka datang awal supaya mereka dapat kerja ini dan mendapatkan gaji awal sebelum orang lain merebut pekerjaan ini .
Selepas mendengar kata orang itu , Simon baru teringat yang semalam dia menyuruh sistem untuk menyiarkan ikalan untuk merekrut pekerja. Tak sangka pulak mereka datang sepagi ini .
" Ya , saya adalah pemilik kedai ini . Nama saya adalah Simon William . Mari masuk dahulu ke dalam " kata Simon lalu membuka pintu kedai dan masu ke dalam . Kumpulan itu tadi pun ikut masuk dengan Simon .