Pada tengah malam , di dalam bilik yang dekorasi yang sederhana, seorang lelaki tangah berbaring dengan menghadap siling bilik . Hari ini , dia baru sahaja berumur dua puluh lima tahun .
' Sistem , saya telah melakukan semua tugasan dan pelajaran selama ini yang kamu suruh . Apa hadiahnya?.'
Tiba-tiba , sebuah layar muncul di depan matanya . Di layar tersebut banyak sangat maklumat untuk dibaca .
[ Tahniah host kerana telah menyelesaikan semua pelajaran yang disediakan oleh sistem selama ini ]
[ Sekarang , host boleh memulakan perniagaan anda . Adakah host hendak menerima hadiah anda?]
'Ya'
Simon William telah mendapatkan sistem sejak dia lahir lagi . Sistem telah memberi pelajaran dan pengetahuan yang ada di seluruh dunia ini kepada Simon sejak nasih bayi lagi . Simon William mula memahami tentang sistem sewaktu berumur lima tahun selepas ayahnya menghilang tanpa jejak .
Sistem juga memberikan nasihat kepada dia ketika hendak membuat keputusan . Simon juga diajar pertahanan diri . Simon jarang bergaul dengan orang lain sehingga kini . Dia hanya bergaul dengan dangan ibunya dan sahabat baiknya. Walaupun begitu, dia juga seorang yang selalu mendapatkan tempat pertama sewaktu dia bersekolah dan telah menamatkan pengajiannya di universiti yang terkemuka .
Tetapi , walaupun dia telah menamatkan pengajiannya , dia tidak mendapatkan sebarang pekerjaan . Dia juga tidak mengetahui sebabnya .
____________________
Kembali ke waktu ini
[ Tahniah host!! Setiap hari pada waktu tengah malam , host akan mendapatkan pendapatan host selama setahun ]
' Menerima pendapatan selama setahun . Sistem , terangkan lebih jelas lagi ' kata Simon dalam hatinya .
[ Setiap kali host menerima pendapatan, pada waktu tengah malam , host akan mendapatkan wang anda selama setahun atau 365 hari . Tatapi host harus mendapatkan pendapatan dengan usaha sendiri . Merompak , mencuri atau berjudi tidak akan dikira .]
[ Contohnya, host menerima wang daripada hasil jualan sebanyak $10 pada setiap hari dan selapas tengah malam , host akan menerima $3650 ]
Selepas mendengar penjelasan dari sistem , Simon merasa teruja sekali tentang wang yang akan diterimanya nanti .
' Kalau macam tu ,untuk menaikkan masa untuk menerima wang , saya perlu buat apa ?'
[ Host boleh menaikkan level sistem dengan menyelesaikan tugas khas yang disediakan oleh sistem . Setiap kali sistem naik level , masa untuk menggandakan pendapatan akan bertambah selama satu tahun ]
[ Host , adakah host mahu memulakan perniagaan host ?]
'Ya'
[ Sistem akan membantu host untuk memulakan perniagaan host . Sistem akan membantu memilih lokasi perniagaan anda ]
' Baiklah. Tunjukkan peta kota ini kepada saya dan carikan lokasi yang dapat dilihat orang lalu saya nak beli bangunan satu tingkat '
' Selepas itu , saya akan mulakan dengan menjual barang keperluan harian . Bantu saya uruskan stok kedai '
Selapas sahaja Simon menyebutkan perkara itu , sebuah layar menunjukkan peta Kota Merald . Dalam layar tersebut menunjukkan lokasi yang diinginkan oleh Simon sebentar tadi . Terdapat lima lokasi yang ditandakan oleh sistem dengan harga sekitar 50,000 hingga 80,000 dollar .
' Saya pilih lokasi ini dan saya nak ini diselesaikan sebelum matahari terbit esok ' . Simon menandakan lokasi yang tidak jauh dari rumahnya . Dengan ini , dia boleh sampai ke lokasi tersebut sekitar 20 minit dengan berjalan kaki .
[ Oke host . Host mahu menamakan kedai dengan nama apa ?]
' Sebab saya akan mengembangkan perniagaan saya di masa depan , saya namakan Tezho '
[ Selamat memulakan perniagaan host ]
Selepas sahaja menyelesaikan urusan sebentar tadi , Simon terus berbaring di atas katil lalu menutup matanya dan tidur . Esok adalah hari bermulanya perjalanan Simon menjadi seorang yang kaya .