Download App
85.71% ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 12: Bab 11 - Kalah Teruk

Chapter 12: Bab 11 - Kalah Teruk

Ryota dan Ryo Kembali berdiri bersedia untuk menyambung pertarungan mereka dengan Kapten Sargas.

Ryo berlarii laju memecut kearah Kapten Sargas dengan harapan ingin menyerangnya, Ryota dilihat tidak bergerak, membuka kekuda dan seakan terkumat kamit mengucap sesuatu. Partikel manas coklat mula kelihatan muncul mengelilinginya.

"Terra Rod!" Ryota menekan manasnya membentuk sebatang rod diperbuat dari tanah pejal seakan batu dihadapanya.

"Ryo!" Ryota melempar rod batu itu kearah Ryo yang sedang memcut kearah Kapten Sargas, Rod itu melayang tinggi menghampiri Ryo.

"ouh, senjata magis, boleh tahan" kata Kapten Sargas yang menunggu serangan mereka tanpa bergerak walaupun selangkah seakan ingin melihat kekuatan mereka apabila bekerjasama.

Ryo menolehkan kepala kebalakang melihat rod batu yang sedang menuju kearahnya, dia melonjakkan badannya keatas, menyambut senjata itu.

"hiyarghhh!" Ryo segera menghayunkan senjata itu kearah Kapten Sargas, namun dengan mudah hanya ditahan dengan pedang milik miliknya,serangan itu tidak mampu menghasilkan daya yang cukup.

"belum lagi" satu tumbukun padu menyerang dari arah kiri Kapten Sargas, Ryota melepaskan tumbukan dengan tangan kirinya yang disaluti tanah dan batu yang sangat keras.

"Dush!" serangan itu ditepis oleh Kapten Sargas. Sementara tangan kanannya sedang sibuk menghalang hayunan rod batu dari Ryo.

Kali ini pertarungan jarak dekat bermula dengan jarak tidak jauh dua depa, mereka bertukar serangan, hanyunan Ryo semakin laju menyasarkan bahagian kanan, manakala Ryota menekan posisi Kapten Sargas dari arah kiri.

"Bagus, bagus, teruskan, ho ho ho" Kata Tok Awarna, dia masih memerhatikan pertarungan itu, tidak banyak berbicara hanya memerhati pertarungan itu ingin membiarkan mereka merasai pertarungan yang sebenar.

"Nampaknya Ryota dah boleh bentuk senjata manas, walaupun tidak begitu kuat, tapi pencapaian yang hebat untuk pelajar tahap 1" bisik Tok Awarna melihat kearah Ryota.

Sebelum ini, Ryota memanipulasi manasnya untuk membentuk lapisan tanah dan batu keras pada kedua belah tangannya untuk menambah kekuatan serangan kearah Kapten Sargas, kini dia menfokuskan manasnya untuk mengekalkan senjata manas yang Ryo gunakan itu dan dia hanya guna sebelah tangan sahaja untuk lapisan batu dengan tahap minima.

Namun, serangan berangkai yang disangka mampu menekan Kapten Sargas. Dia masih dengan kemas dan pantas menghalang, menepis dan menyerang balas.

"Rasanya sudah cukup" kata Kapten Sargas. Dia menjarakkan dirinya kebelakang menjauh sedikit dari Ryo dan Ryota.

"Jangan lari!" Ryo dan Ryota tidak ingin memberi ruang pada Kapten Sargas Kembali mendekat kearahnya.

Namun….

Kapten Sargas tersenyum kecil melihat mereka berdua yang tanpa berpikir panjang cuba menghampiri dirinya,

"ZUSHHH!" Satu libasan pedang dilepaskan, pedang Kapten Sargas dikeluarkan dari sarungnya dilibas silang menyerang mereka.

Satu gelombang menghentam mereka, libasan itu menghasilkan gelombanga angin yang sangat kuat, berbahang panas seakan api, ia juga meninggalkan luka-luka pada tangan, kaki bahkan pipi mereka. Ditambah kini baju mereka koyak disana sini.

"Belum…lagi" Mereka berdua masih belum ingin mengalah, cuba untuk bangkit semula, kini membabi buta melompat tinggi menyerang Kapten Sargas dari atas manakala Ryo menyerbu darri arah bawah.

"Haaah, Prison Haze!" Kapten Sargas menghembus asap keluar dari mulutnya sebelum menyarung semula pedangnya. Kepulan Asap menyerbu kearah Ryo dan Ryota, mengikat tibuh mereka dengan asap kehitaman yang sangat padat.

"Erghh!" Mereka ditarik kuat menyembah bumi seakan diikat dengan magis Kapten Sargas, setiap anggota mereka telah dikelilingi dan diikat olehnya.

"Tap! Tap! Tap!" Tok Awarna menepuk tangannya, melihat pertarungan Ryo dan Ryota berakhir dengan kemenangan memihak Kapten Sargas. Dia berjalan menghampiri mereka bertiga.

"ho ho ho bagus Ryo, Ryota dan Kapten Sargas, terima kasih luang masa untuk hari ni" kata Tok Awarna kepada mereka bertiga.

Ryo dan Ryota bangkit semula, berdiri selepas mendengar suara Tok Awarna, badan mereka penuh luka dan lebam, baju dan seluar juga penuh kesan koyak.

"Ryota, nampaknya kamu dah semakin bagus tanpa guna tongkat magis" Puji Tok Awarna kepada Ryota sambil mengurut janggut putihnya itu.

"Ryo juga walaupun masih tidak mampu guna manas tapi kamu dapat bertarung bersama abang kamu dengan baik" sambung Tok Awarna lagi.

"Boleh saya mecelah sikit Master Awarna?" Soal Kapten Sargas sebelum membuang rokok yang dihisapnya ditanah lalu dipijak hingga baranya terpadam, belum cukup dari itu sisa rokok itu terbakar menjadi debu meninggalkan sisa putih sahaja.

"boleh aja Kapten" jawab Tok Awarna.

"Ryota, kemahiran menggunakan manas kau perlu dilatih lagi, bagus untuk kau pinjamkan manas kau untuk hasilkan senjata magis untuk Ryo tapi kau juga kena tingkatkan lagi agar kau juga dapat serang dan bantu Ryo dalam waktu yang sama" jelas Kapten Sargas panjang lebar.

"Ryo, walaupun kau masih belum mampu guna manas, tapi kau ada stamina yang agak tinggi, dan kemahiran pedang kau perlu diasah jangan tunggu manas sahaja cari jalan lain untuk dapat lingungi diri kau, pergi belajar memanah, atau bermain pedang, walaupun kemahiran biasa tanpa manas pun ada manfaat dimasa hadapan" sambung Kapten Sargas sambil memandang kearah Ryo.

"Baik, Kapten Sargas" ucap mereka berdua hampir serentak kepada Kapten Sargas.

Kapten Sargas berlalu pergi meninggalkan mereka bersama Master Awarna. Kini hanya Ryo,Ryota dan Tok Awarna sahaja yang tinggal di lapangan itu.

"Baiklah malam ni kita rehat je, untuk Ryo Tok nak kamu salin sihir pemula dari buku biru atas meja dalam bilik kamu dan nanti minggu depan jumpa Tok untuk semak apa yang kamu paham" Kata Tok Awarna sebelum belalu pergi, berjalan kearah rumah mereka, tanpa sedar malam hampir menjelang tiba.

Langit perlahan bertukar senja, sinaran matahari merah keemas an dapat dilihat di ufuk barat, perlahan Susana menjadi sunyi, nyaman, bunyi ungas dan seranga bersahutan kedengaran di pinggir hutan berhampiran rumah Tok Awrana, seperti biasa keadaan langit dunia yang kemerahan dan seakan retak seperti tidak mengesankan kehidupan harian mereka.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C12
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login