Hunner perlahan membuka matanya. Cahaya matahari menembusi celah-celah bumbung rumahnya yang hanya diperbuat dari daun pohon Eciplse yang disusun rapi. Meskipun tetap saja punya celah, itu jauh lebih baik dari tidak mempunyai tempat berteduh. Hunner lantas bangun dan duduk di tepi katil usangnya. Dia telah mandi sebelum tidur sebaik sahaja tiba semalam. Dia tidak menyangka akan terlajak tidur, mungkin disebabkan kepenatan. Matahari kini terpacak tepat di atas kepala, bahang haba mula terasa di sekitar.
Hunner melihat sekitar tubuhnya, beberapa lebam dan luka-luka kecil yang sudah kering menghiasi sekitar permukaan kulitnya. Otot-ototnya sedikit menyusut disebabkan tubuhnya kekurangan makanan selama tertimbus di dalam runtuhan. Sejujurnya dia tidak yakin berapa lama dia terkurung di bawah runtuhan, namun perkiraannya mungkin 4 atau 5 hari.
Hunner bangkit berdiri. Dia mencapai pakaiannya dan beberapa peralatan. Dia akan memasuki Kota Starlight untuk mencari pekerjaan lainnya. Membuang masa tanpa melakukan apa-apa akan memperlambatkan lagi usahanya untuk membeli Bloody Sun Elixir. Dia harus cepat membeli dan mencuba untuk membangunkan energy corenya. Jika dia bertuah, mungkin dia hanya perlu meminum sekali Bloody Sun Elixir. Dia perlu menunggu bertahun kemudian jika itu tidak berhasil untuk pertama kali, suatu penantian yang menyakitkan.
Hunner hanya tinggal di pinggir Kota Starlight kerana tinggal di kawasan dalam kota memerlukan kos yang agak tinggi. Hunner tidak akan mampu dengan hanya berkerja sebagai pelombong. Bagi mereka yang mampu tinggal di dalam kota, itu umpama syurga bagi para immortal. Itu kerana Kota Starlight mempunyai 2 Horling Tower yang akan memancarkan aura penyembuhan dan meningkatkan kestabilan energy core, meskipun hanya sedikit namun itu agak berguna.
Bagi rakyat biasa seperti Hunner, Horling Tower hanya sekadar bangunan cantik yang menghiasi persekitaran kota.
Perlahan, Hunner berjalan menuju ke sebuah bangunan 3 tingkat yang dikelilingi oleh ramai orang. Rata-rata adalah terdiri daripada rakyat biasa, hanya beberapa daripadanya adalah petugas yang mengawasi kelancaran semua aktiviti.
"Hunner, apakah kamu juga ini mencari pekerjaan baru? ".
"Iya. Lombong Helskey telah runtuh. Kebanyakan orang telah kehilangan pekerjaan. Apakah kamu melihat ada pekerjaan yang sesuai, Theron? ".
"Terlalu banyak pekerjaan yang ditawarkan namun itu tidak mudah. Kamu mungkin boleh mecari beberapa tanaman untuk di buat elixir, beberapa keluarga bangsawan memerlukan itu. Namun, itu tidak mudah dan berbahaya".Theron adalah antara pekerja yang berkerja di Lombong Helskey. Dia pernah berkerja bersama dengan Hunner beberapa bulan lalu. Di sebabkan usia mereka agak sama, mereka menjadi agak rapat selepas itu.
"Pemetik herba? Itu tidak mudah tapi bayarannya agak bagus. Aku akan mencuba melihat-lihat terlebih dahulu".Hunner kemudian menyisip di keributan lautan manusia, masing-masing mencuba untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik. Hunner mungkin akan mempertimbangkan untuk menjadi pemetik herba, tapi itu agak berisiko kerana dia perlu masuk ke dalam kawasan Greeny Forest yang di penuhi dengan binatang buas.
Sebuah skrin besar yang memaparkan ratusan iklan pekerjaan, dengan setiap pekerjaan mempunyai jumlah gaji yang berbeza. Bagi iklan pekerjaan yang mempunyai bingkai putih, bayaran 10 hingga 30 bronze akan diberikan. Manakala bingkai biru dan hijau menpunyai anggaran gaji antara 31 bronze hingga 1 silver. Bagi yang mempunyai bingkai merah dan hitam, jumlah upah tidak akan disenaraikan. Itu bergantung kepada rundingan antara mereka yang menawarkan pekerjaan dan orang yang menerimanya. Namun itu hanya diterima oleh para immortal, mustahil bagi para rakyat biasa untuk menyelesaikannya.
Bagi para immortal, mereka jarang muncul ke bangunan utama General Kota Starlight untuk mendapatkan pekerjaan. Kebanyakan mereka akan ditawarkan pekerjaan secara tersembunyi dari orang awam. Selama beberapa tahun, Hunner hanya melihat 3 kali para immortal hadir ke bangunan utama General Kota Starlight dan itupun adalah untuk menawarkan pekerjaan secara sementara kepada orang kebanyakan.
Mata Hunner tertumpu kepada beberapa iklan berbingkai putih yang menawarkan pekerjaan memetik herba, seperti yang dikatakan oleh Theron, itu agak banyak. "Ada 4 iklan untuk membeli tumbuhan Red Flowery. Itu agak mudah untuk didapatkan cuma itu jauh di dalam kawasan Greeny Forest. Aku perlu mencuba ini, rasanya ada ramai yang akan mengambil pekerjaan ini. Namun, itu bergantung kepada nasib".
Setelah mengambil beberapa iklan pekerjaan memetik herba, Hunner membayar 8 bronze kepada petugas di kaunter. Itu sejumlah wang yang agak banyak untuk dilaburkan, dengan harapan ianya akan mengembalikan sedikit untung. Semasa Hunner hendak menyisip di kebanyakan orang untuk keluar, keriuhan terjadi.
"Itu Tuan Muda keluarga Dyren, Tuan Muda Oswald, seorang immortal".
"Apakah dia datang untuk merekrut beberapa orang? Aku akan menawarkan diri jika Tuan Muda Oswald ingin mencari pekerja, itu jauh lebih mahal dan berbaloi".
"Seorang immortal. Aku tidak menyangka Tuan Muda keluarga Dyren akan muncul. Penampilannya sangat mendominasi".
Keriuhan yang muncul secara tiba-tiba menyebabkan Hunner ditolak ke tepi secara paksa. Dia tahu keluarga Dyren, itu adalah antara golongan bangsawan yang berada di Kota Starlight. Walaupun kedudukan keluarga Dyren hanya berada pada rata-rata, namun itu tetap saja golongan bangsawan. Meskipun Tuan Muda Oswald adalah seorang yang ego dan suka menunjuk, dia seringkali datang untuk menawarkan pekerjaan kepada orang awam dengan gaji yang agak mahal.
Walaupun Hunner tidak berminat untuk bekerja secara berkumpulan, orang lain pasti akan memikirkan sebaliknya. Hunner berlalu pergi, meninggalkan keriuhan di belakangnya. Dia harus menyediakan beberapa peralatan untuk memasuki ke kedalaman Greeny Forest, termasuk Smelly Elixir untuk menghindari binatang buas. Hunner telah beberapa kali masuk ke Greeny Forest dan dia agak tahu keadaan persekitaran di kedalaman hutan. Bahkan, nyamuk saja cukup ganas untuk melumpukan seseorang selama beberapa jam sekiranya digigit. Hunner perlu menyediakan peralatannya secara terperinci kerana Greeny Forest jauh dari Kota Starlight untuk berpatah balik.
Walaupun Kota Starlight tidak sebesar beberapa kota yang hampir, namun bahan-bahan yang dijual boleh dikatakan agak lengkap bagi rakyat sepertinya. Elixir kelas biasa banyak ditemui di kota dan ini memudahkan orang awam untuk melakukan beberapa misi pekerjaan.
"Aku perlu membeli Storage Orb yang murah, namun itu akan membuang beberapa keping syiling perak. Tapi itu akan banyak berguna di masa depan. Aku tidak seharusnya kedekut untuk itu kan?". Storage orb merupakan barang keperluan utama sekiranya seseorang ingin bergerak untuk misi jauh dari kota. Hunner tahu itu, namun selama ini dia mencuba untuk bersikap kedekut kerana itu tidak murah. Beberapa keping silver itu sangat berharga baginya.
"Sepertinya aku akan membuang beberapa keping silver untuk misi ini. Aku berharap ini akan berbaloi".Iklan pekerjaan yang di ambil oleh Hunner tidak mengatakan jumlah Red Flowery yang diperlukan, namun itu berjanji akan membayar 3 bronze bagi setiap batang Red Flowery. Itu agak lumayan jika nasibnya baik.