Download App

Kotak Oktagon Misteri

"BAAAMMMM..."

Hentaman jalur cahaya itu ke bumi mengegarkan puncak bukit itu. Akibat hentaman itu Micheal terundur beberapa langkah dan jatuh tertiarap di atas tanah. Dia tidak tercedera tetapi telinganya berdesing dan kepalanya sedikit pening. Micheal terkejut. Dia tidak menyangka meteorit itu jatuh akan mendarat di depannya.

Micheal berdiri dan perlahan melangkah ke depan. Dia agak teruja. Dia sudah beberapa kali melihat batu meteorit di makmal ayahnya tetapi ini pertama kali dia akan melihat meteorit yang mendarat di depannya. Kakinya melangkah mendekati tempat meteorit itu terjatuh. Keadaan sedikit berhabuk dan asap putih masih menyelimuti tempat meteorit itu mendarat.

Beberapa detik kemudian, asap putih semakin menghilang dan cahaya hijau samar-samar keluar dari lubang kecil akibat dari hentaman meteorit itu. Cahaya hijau seperti lampu neon itu jelas datang dari sebuah objek bebentuk oktagon yang tertanam dalam lubang bekas hentaman itu. Objek itu yang sebesar bola bola sepak itu berbentuk oktagon dengan setiap sudut sisinya mengeluarkan cahaya nipis berwarna hijau.

"Hurmmm... ini bukan meteorit. Meteorit adalah batu dari angkasa. " Micheal hairan dan mula membandingkan bentuk kotak itu dengan batu meteorit yang dilihatnya dari makmal ayahnya sebelum ini.

Micheal melihat sekeliling , ratusan jalur cahaya lain jatuh bertaburan di seluruh kota Aselton dan kebanyakannya jatuh ke tengah laut. Suasana kota Aselton tiba-tiba senyap. Kebanyakan penduduk hairan dan panik dengan fenomena itu. Ramai yang menyangka itu adalah serangan atau ujian yang dilakukan oleh tentera. Tetapi melihat keadaan seperti biasa, tidak ada apa-apa yang membahayakan, suasana penduduk kota Aselton kembali normal. Walaupun ada yang masih melihat-lihat ke langit malam. Tidak ada apa-apa yang terlihat. Langit malam gelap dan di selimuti awan-awan hitam yang sepertinya akan hujan bila-bila masa sahaja.

Micheal melihat kotak berbentuk oktagon itu. Dia menguis kotak itu dengan kakinya. Tidak ada apa-apa yang berlaku. "Benda apakah ini?" Dia cuba mengingati jika pernah melihat benda seperti ini sebelumnya.

Di kejauhan, Markas tentera mula terang dengan cahaya di sekitar. Beberapa robot dan jet tempur mula berlepas dari lapangan terbang markas tentera. Kejadian yang berlaku beberapa minit lalu menarik perhatian pihak tentera kerana gangguan pada sistem radar. Sistem radar tentera adalah sistem radar tercanggih yang ada seluruh bumi. Meteorit sepatutnya tidak akan menganggu sistem radar tersebut tetapi beberapa minit lalu, sistem radar telah terputus selama hampir 40 saat. Ini menyebabkan seluruh markas tentera di kota Aselton panik dan mula melancarkan aktiviti ketenteraan dan mencari penyebab gangguan itu. Gangguan ini sebenarnya bukan hanya berlaku di kota Aselton tetapi di beberapa negara sekitar juga.

Rasa panik dan takut Micheal mula berkurangan. Fikiran rasionalnya mula muncul di kepalanya. Dia memandang ke arah markas tentera dan melihat cahaya jet dan robot mula berterbangan di sekitar kota. Dia tahu jika para tentera melihat objek itu, mereka akan merampasnya. Micheal tidak mahu benda itu terjadi. Objek itu adalah miliknya. Dia tidak mungkin akan memberikan kepada sesiapa.

Micheal mengangkat objek berbentuk oktagon itu dan memasukkan ke dalam begnya. Objek itu seberat lebih kurang 5 kilogram. Dia memegang teleskop pada tangan kirinya dan mula menimbus lubang bekas hentaman itu dengan rumput- rumput kering. Dia kemudian mula melangkah menuruni bukit.Melihat semakin banyak jet dan robot tempur memenuhi ruang udara kota Aselton, Micheal mula berlari menuruni bukit. Dia harus menyembunyikan objek itu.

8 minit kemudian , Micheal tiba di hadapan rumahnya. Itu adalah masa terpantasnya menuruni bukit itu. Dia terlalu terburu-buru. Peluhnya membasahi pakaiannya. Nafasnya kencang , jantungnya berdegub pantas. Micheal bukanlah seorang atlet. Berlari seperti dikejar hantu sangat meletihkannya. Setelah beberapa saat, Micheal melepaskan kasutnya dan segera memasuki kamar tidurnya. Datuknya belum balik lagi. Hanya dia yang berada di rumah.

Micheal meletakkan beg birunya dan segera mengeluarkan kotak berbentuk oktagon itu. Di bawah sinar lampu, dia kini melihat jelas bentuk kotak oktagon misteri itu. Kotak itu berwarna hijau pekat dan di tepi setiap sisi mengeluarkan cahaya berwarna hijau tipis.

"Benda apakah ini?" Kata Micheal hairan. Dia agak ragu apakah objek ini datang dari angkasa atau hanya objek yang dibuat-buat oleh seseorang untuk menakut-nakutkan penduduk kota ini.

Micheal mengoncang kotak berbentuk oktagon itu dan sepertinya terdapat sesuatu di dalam kotak itu. "Apakah ada harta karun?" Micheal tersenyum dan mengoncang kotak itu lagi. Dia cuba mencari apakah ada butang atau apa sahaja yang boleh membuka kotak oktagon itu. Tetapi tidak ada. Kotak itu hanya kosong dengan sisi licin yang berwarna hijau seperti batu zamrud.

Micheal melihat sekeliling untuk mencari sesuatu untuk membuka kotak itu. Di atas mejanya ada pisau lipat kecil berwarna merah. Dia mengambil, membuka dan mula menguis-guis lembut sisi kotak oktagon itu. Kotak itu masih utuh. Tidak terbuka sedikit pun. Micheal masih tidak berputus asa. Dia mula mencungkil sisi kotak itu lebih kuat dengan pisau lipatnya. Dia bertekad untuk membuka kotak itu dan melihat isi didalam kotak itu.

Tiba-tiba pisau lipatnya tergelincir dan menghiris kulit jari telunjuknya. Darah mula keluar dan menitik ke atas kotak berbentuk oktagon itu. Merasa sedikit sakit, Micheal meletakkan kotak oktagon itu di atas katil dan mencari pembalut luka di laci mejanya.

Di atas permukaan kotak oktagon, darah yang menitis mula perlahan-lahan menyerap ke dalam kotak itu. Tiba-tiba kotak oktagon itu mula memancarkan warna hijau yang memenuhi ruang bilik Micheal.

"KRACKKKK..."

Setiap sisi kotak berbentuk oktagon itu terbuka . Micheal terkejut dan terundur ke sudut biliknya. Dia melihat kotak itu. Ada sesuatu yang berada di dalam kotak oktagon itu.

"Itu cincin....." Micheal berkata sambil menghampiri kotak yang terbuka di atas katilnya. Cincin berwarna merah dan sedikit warna emas di tepi. Micheal terkejut . Dia tidak mengharapkan isi kotak itu hanya cincin. Dia lebih mengharapkan ada harta karun yang lebih berharga.

Selepas membalut lukanya, Micheal membelek-belek cincin itu. Sepertinya tidak ada yang istimewa dengan cincin itu. Micheal kemudian menyarungkan cincin itu ke jarinya. Dia mengangkat tangannya dan melihat cincin itu lebih dekat ke lampu syilingnya.

Tiba-tiba Micheal merasa sakit pada jarinya. Rasa sakit pada jarinya yang dia sarungkan dengan cincin merah itu. Dia cuba mencabut cincin itu tapi tidak berjaya.

"Apa ini??...." Micheal mula panik. Sakit pada jarinya mula berdenyut. Semakin sakit. Kepalanya mula pening dan jantungnya berdegub semakin kencang. Tangannya mula membengkak dan berwarna kehitaman. Micheal mula panik dan berusaha membuka cincin itu tetapi masih gagal.

Apa yang Micheal tidak tahu ,cincin itu mengeluarkan ratusan jarum halus dan menyuntik sesuatu ke jari Micheal. Micheal mula berteriak dan berlari ke ruang tamu rumahnya. Kepala semakin pening. Dia jatuh terbaring ke lantai. Pandangannya semakin suram. Badannya seperti akan meledak kesakitan.

Tiba -tiba Micheal melihat sepasang kaki kecil berdiri di depannya. Micheal terdengar kata-kata "Aku akhirnya mendapat tuan baru setelah jutaan tahun mengembara.." Kemudian semuanya menjadi gelap.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C2
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login