Download App
55.55% Kiub Alam Semesta Kuno / Chapter 5: Bermulanya Perjalanan Baru

Chapter 5: Bermulanya Perjalanan Baru

Satu sosok pemuda tiba-tiba muncul di puncak sebuah bukit, dia memandang sekeliling. Mencari seseorang. Kemudian dia terdengar " Aku akan menjemputmu 7 hari kemudian". Dia kemudian mengangguk dan mula melangkah ke depan.

Pemuda ini adalah Peter. Kampungnya ada di depan, Edoras, perkampungan kecil dan terletak di tepi pergunungan Edoras. Penduduknya adalah majoriti berkerja di kawasan perlombongan besi. Berkultivasi adalah bukan keutamaan dia sini, seorang yang mampu berkultivasi walaupun hanya di ranah awal consilidated akan di anggap genius . Keluarga Peter juga berkerja di lombong besi. Hanya dia yang berkultivasi dalam seni bela diri.

Klan Petir Ungu telah datang ke kampungnya 3 tahun dahulu untuk mencari bakat dalam bela diri. Dan hanya 2 orang di kampungnya yang dipilih dan dibawa ke klan Petir Ungu. Semasa pemilihan murid inti klan Petir Ungu, dia dipilih oleh penatua Morris untuk menjadi murid inti pavilion pemurnian pil. Ini kerana menjadi seorang ahli alchemist akan menjadikannya seorang yang kaya. Seorang alchemist akan dipandang tinggi kerana semua ahli kultivator memerlukan pelbagai pil untuk mempercepatkan atau menembus penghalang dalam kultivasi.

Di hadapan Peter sebuah kampung kecil terbentang. Anak-anak kecil berlari-lari di sebuah taman kecil. Peter mengenali dengan jelas taman kecil. Zaman kecilnya pernah dihabiskan seharian di taman itu. Ditaman itu juga menjadi titik mulanya dalam kultivasi. Dia mengingati seorang kultivator yang datang ke kotanya 7 tahun dahulu. Kultivator itu berusia seawal 30 tahun. Kultivator itu membawa pedang besar di belakangnya dan dia menunggang seekor beruang besar. Kelihatan sangat mengangumkan bagi seorang anak kecil. Pemuda itu telah memberi Peter dan beberapa temannya buku pemula bela diri. Walaupun buku itu hanyalah untuk asas, tapi semuanya bermula dari saat itu.

Peter tiba di depan sebuah rumah. Dia memandang dari luar."Hurmmm.. aku telah kembali ke rumah. Setelah pergi nanti, aku tidak tahu bilakah kesempatan ku untuk balik lagi nanti".

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun keluar dari rumah dan memandang sosok pemuda didepannya. Dia kaku dan air matanya mula keluar.

"Peter...kamu kembali? Apakah kamu mendapat cuti dari klan?" .Itu adalah ibu Peter, Sofea. Dia hairan kerana sepatutnya sekarang bukan cuti untuk klan dan anaknya berdiri didepannya. Dia tidak menjangkakan kepulangan puteranya.

Peter tersenyum dan memeluk ibunya. Terasa hangat. Jika cederanya tidak disembuhkan oleh pil yang diberikan oleh gurunya, pasti sosok wajah ibunya akan sedih dan itu pasti sukar untuk diterima oleh Peter.

"Ayah dimana bu? Dia ke lombong lagi?"tanya Peter.

Ibunya mengangguk lembut. Lombong besi yang berada di hujung kampung menjadi sumber pendapatan utama bagi kampung kecil Edoras.Walaupun pendapatan dari berkerja di lombong tidaklah banyak , tapi itu adalah jalan terakhir bagi mereka yang tidak telibat dalam bela diri. Bagi mereka yang berkultivasi dalam seni bela diri, mereka kebanyakannya tinggal di Kota Wallux. Kota yang terdekat dari kampung Peter.

Peter kemudian meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke biliknya. Ibunya mengangguk. "Ibu akan memanggilmu setelah ayahmu balik.Beristirehatlah dulu" kata ibu Peter.

Setelah Peter memasuki biliknya, dia mengeluarkan kantung yang diberikan oleh Yoda semasa berada di puncak Gunung Petir Ungu. Yoda memberi pesan untuk dia memberikan kantung itu kepada ibubapanya sebelum meninggalkan kampung halamannya nanti. Peter menggunakan sense untuk melihat isi kantung itu. Peter terkejut, hatinya hampir tercabut. Terdapat beberapa ribu keping wang emas dan beberapa pil rank 1, Spiral Pill, di dalam kantung itu. Bagi manusia fana , wang emas dan spiral pill adalah harta yang sangat berharga. Wang emas dan perak adalah matawang bagi manusia fana untuk membeli barangan keperluan dan spiral pill adalah pil untuk memulihkan tenaga, membuang toxic dalam tubuh dan memperpanjangkan umur. Harta ini sangat berharga bagi mereka yang tidak berkultivasi.

Bagi kultivator, wang emas dan perak tidak berharga. Seorang kultivator lebih mementingkan crystal of life sebagai matawang dan mempercepatkan kultivasi. Crystal of life digunakan untuk membeli dan menukar semua barang-barang yang digunakan untuk kultivasi termasuk senjata dan teknik bela diri. Crystal of life terdiri dari Yellow Crystal, Blue Crystal, Meta Crystal dan Ancient Crystal.

Malam menjelang dan suara ibu Peter kedengaran memanggil Peter untuk makan malam. Ayahnya, Balboa, telah balik. Peter keluar dan menuju ke ruang makan, dia melihat seorang lelaki berusia hampir 50 tahun, tegap dan berotot duduk di kerusi. " Ayah..'panggil Peter lembut. " Hurmmm...berapa lama kamu akan berada di kampung?" tanya Balboa, suaranya tegas." 7 hari ayah..aku kemudian akan mengikuti guruku untuk sebuah misi" jawab Peter ringkas. Pada sangkaan ibubapa Peter ,dia masih menuntut di klan Petir Ungu. Pada masa ini Peter akan merahsiakan segalanya dari pengetahuan ibubapanya.

Sepanjang berada di kampung, Peter hanya banyak menghabiskan masa di bilik dan kadang-kadang keluar berbual dengan ibunya. Ayahnya seawal pagi sudah keluar rumah dan menuju ke lombong. Ayahnya sentiasa berkerja, dari pagi dan balik apabila hari hampir malam. Peter hanya akan berjumpa ayahnya semasa makan malam. "Orang tua ini terlalu berkerja keras sehingga mengabaikan kesihatannya" guman hati Peter. Hatinya sedikit terguris.

Dalam sekejap, 6 hari telah berlalu.

Semasa makan malam , Peter menatap ibubapanya dan berkata " Ibu..Ayah..aku akan mengikut guruku esok.Aku tidak yakin bila akan balik ke kampung lagi".

Ayah Peter mengangguk, walaupun riak mukanya tidak berubah, didalam hatinya kesedihan jelas terpancar. Peter adalah satu-satunya anaknya. Hati ibubapa aman yang tidak sedih saat berpisah dengan anaknya. Mata ibu Peter muka basah, jelas tidak dapat menahan sedihnya.

"Kamu harus menjaga diri di tempat jauh nanti nak. Ikut kata-kata gurumu. Jadilah seseorang yang disegani di masa depan. " kata Sofea, ibu Peter.

Peter mengangguk. Dia melihat Ayahnya kemudian memberikan katung yang diberikan oleh Yoda kepadanya. "Ayah..ini diberikan oleh guruku, untuk ayah dan ibu. Selepas ini, aku berharap ayah tidak berkerja terlalu keras lagi. Ini cukup untuk menampung belanja harian ayah dan ibu."

Balboa mengambil kantung itu dan mengeluarkan isinya. Isi kantung itu membuat dia terpaku kaku, ibu Peter hampir pengsan melihat wang emas beribu keping didepannya. "Ini....ini....terlalu banyak..apakah...hurmmm" ayah peter melihat anaknya. Lidahnya kaku, kehilangan kata-kata. "Ayah..ibu..rasanya ini cukup. Pil itu adalah spiral pill, akan memulihkan energy dan memanjangkan umur."

Malam itu terasa hangat untuk ibubapa Peter. Dia sudah berkerja berpuluh tahun tapi tidak mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu walaupun semua gajinya di kumpul.

Peter duduk bersila di katilnya.Hatinya gembira. Dia telah membuat sesuatu untuk membantu ibubapanya.Dia tersenyum puas.

"Nak..apakah kamu sudah bersedia untuk memulakan perjalanan baru dalam hidupmu?" Suara itu tiba-tiba terdengar dari penjuru biliknya.

Peter terkejut mendengar kata-kata itu. "Apakah guru tidak mengerti untuk mengetuk pintu. Guru akan membuatku mati terkejut" Peter mencibir bibirnya.

Yoda hanya tersenyum. "Apakah kamu bersedia pergi?" kata Yoda.

"Sekarang? bukankah besok kita akan pergi guru?"

"Tidak ada bezanya malam ini dengan esok.Kamu tetap akan pergi. Lebih cepat lagi bagus" jelas Yoda. Peter hanya mengangguk dan berkata "aku bersedia"


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login