Download App
100% Selisih waktu / Chapter 11: Chapter 9

Chapter 11: Chapter 9

ZULAIKHA melepaskan lelahnya. Dalam masa sebulan ini, dia terkejar-kejar nak buat persiapan. Baru lega, apabila semuanya selesai dan berjalan lancar.

Bunyamin masih melayan tetamu yang hadir. Yang tinggal pun, saudara terdekat. Itupun, berat hati dia nak biarkan suaminya itu melayan tetamu seorang diri.

Selesai dia menukar pakaian dengan baju kurung pahang. Zulaikha keluar, dengan selendang yang menutup kepala. Lengkap menutup aurat, dia merapati suaminya sehingga Bunyamin cengang seketika.

"Abang...lalat masuk nanti. Biar, saya selesaikan. Abang, pergi salin baju." ujarnya pada Bunyamin, sebelum Bunyamin sengih panjang.

"Cantik isteri abang, sampai tak berkedip mata tengok." bisiknya di telinga Zulaikha sehingga merona merah kedua pipinya.

Terjengil mata Zulaikha, pada suaminya yang berlalu dengan ketawa kecil.

Yusof pun, tetap melayan tetamu yang hadir sebelum masing-masing pulang. Ra'il sudah hilang ke dalam bilik. Anak matanya, sempat menangkap kemesraan Along dengan Zulaikha.

Zulaikha nak masuk ke dalam bilik, malu. Jadi, dia keluar ke perkarangan rumah. Menapak ke jambatan semalam. Ya...malam-malam yang dia, sula bermonolog sendiri.

Langit yang gelap itu, tampak indah dengan hiasan gugusan bintang. Siapa tahu, cantik-cantik bintang itu sebenarnya panas berkilo watt. Nak cantik macam bintang, kena korbankan diri. Nak cantik macam bulan, perlukan matahari. Sebab, jauh nampak gah bercahaya. Tetapi dekat, lopak penuh di permukaan. Matahari, cantik juga. Tapi, sampai silau mata memandang. Argh...cantik sendiri sahajalah.

"Ika.."

Zulaikha memaling. Kelibat Yusof mendekat. "Apa?"Kehadiran Yusof, terasa tidak enak hingga dia mulai menjarakkan diri.

"Kau bahagia?" soal Yusof. Suaranya rendah.

Zulaikha mengangguk. "Aku bahagia. Kau pun apa, kurangnya. Dapat binikan..tapi, jaga isteri kau. Dia amanah Allah. Pasal hal yang lepas, aku buat tak dengar." ujar Zulaikha bersahaja.

"Kalau kau bahagia. Aku...akan cuba bahagia."

Dahi Zulaikha berkerut. "Apa maksud kau?" Nadanya, kedengaran keras. Yusof, masih sama seperti seminggu sebelum dia bertunang. Keruh!

"Aku baru sedar..aku sukakan kau." luah Yusof. Tersentak Zulaikha, sehingga dia menapak beberapa langkah ke belakang. Matanya melilau ke belakang, risau Ra'il atau Bunyamin mendengar luahan Bunyamin

"Aku isteri along kau. Jangan cakap bukan-bukan." marah Zulaikha. Hatinya, tak senang.

Berbahang wajahnya, rasa nak dimaki hamun sahabat baiknya. Patutlah, dia nampak perilaku Yusof berbeza dan seperti tidak setuju dia mempunyai hubungan dengan along. Sangka sebelum ini, mungkin sebab cemburu dengan abangnya. Sebab, apabila kita ada sahabat atau orang yang rapat dengan kita.Tetapi ada orang lain nak rapat juga. Semula jadi, kita jadi cemburu.

"Aku tahu. Tapi, aku tak mampu nak diamkan lagi!" Yusof tampak serabut. Hatinya yang tak enak, diserbu rasa marah. Marah pada dirinya sendiri, kenapa dia tak sedar perasaannya selama ini.

"Sebelum kita jadi kawan, aku pernah luah pada kau. Tapi, kau anggap aku kawan. Aku terima dan reda. Sampailah kau bertunang. Aku reda, dan pasrah. Aku tahu, Allah dah pilih jodoh kau sesuai dengan kau. Dan, kini Allah beri orang yang terbaik pada aku, dan aku terima dengan takdir ini, bahawa along jodoh aku. Kenapa kau tak boleh reda, macam aku?" marah Zulaikha, dengan suara yang ditahan-tahan.

Kerana lelaki yang berada di hadapannya ini, dia pernah menangis menahan perasaan. Kerana lelaki dihadapan ini, dia cuba melupakan dan kerana lelaki dihadapan ini, dia pernah hampir berputus asa untuk mempunyai pasangan.

"Kenapa kau tak luah pada aku, lagi sekali?!" soal Yusof. Mula mempersoalkan.

"Kau minta aku hancurkan hidup aku sekali lagi, selepas kau pernah tolak aku bergitu sahaja. Aku masih ada maruah!" marah Zulaikha.

"Aku minta maaf. Aku tak sedar waktu itu. Tapi, takkan kau tak perasan perangai aku time aku datang jumpa kau dekat taman?" Yusof bersuara lirih. Sesalnya, seakan tak terungkap.

"Waktu itu, kau dah bertunang bangang! Aku bukan perempuan yang musnahkan kebahagian orang. Dan, sekarang. Aku cintakan suami aku." Jelas Zulaikha. Sempat dia mencarut. Sakit betul hatinya.

Yusof terdiam lama. Zulaikha juga bergitu. Mungkin berfikir, dan mungkin tidak.

"Anggap sajalah kita selisih waktu. Terimalah Ra'il sebagai isteri kau. Dia wanita baik. Jangan hancurkan hati wanita, disebabkan perasaan kau sendiri." Akhirnya Zulaikha bersuara, apabila tiada kata putus antara mereka.

Yusof merenung ke dalam anak mata sahabatnya. Pandangan dulu yang dia tidak sedari, adalah pandangan seseorang yang mencintainya dalam diam. Tetapi, pandangannya kini sudah tidak seperti dulu.

"Dan.., aku bukan lagi sahabat kau. Sahabat yang terbaik sekarang ini yang kau miliki, adalah isteri kau. Ra'il. Hargai dia, sebelum kau kehilangan orang yang kau patut sayangi. Aku masuk dulu. Assalamualaikum." Zulaikha berlalu.

'Ya..selisih waktu antara dia dengan Yusof. Pernah mencintai antara satu sama lain, cuma tidak tepat pada masanya.

Dia mencintai Yusof, dikala Yusof menganggapnya teman dan sahabat. Yusof mencintainya ketika dia menjadikan Bunyamin sebagai sahabat dan suami. Maka, tiada titik yang bertemu atau bertaut.

Jika cerita dongeng pada zaman dahulu tentang, Nabi Yusof menikahi Zulaikha. Tetapi dia, menikahi Bunyamin.

~TAMAT~


Load failed, please RETRY

New chapter is coming soon Write a review

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C11
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login