"Ouhh lek jangan marah aku akan buli kau sampai kau bunuh diri"Senyum jahat Adrean.
Aleeza baring di lantai penat mahu berlari lebih baik mati saja.
"Woi kau kenapa"Adrean yang melihat Aleeza mula tidak sedarkan diri.
Gadis itu penat.
"Heh kau nak mati ke ha bangun"Adrean menatap gadis itu.
Aleeza yang sudah pengsan di situ sudah tidak boleh berbuat apa lagi.
........
"Ahhh sakit"Aleeza yang baru saja bangun terus berada di bilik rawatan.
Gadis itu melihat surat dan cincin berada di atas meja.
Aleeza membaca surat itu.
Surat itu tertulis.....
Pakai cincin tu dan kau akan dijaga oleh hantu yang akan selalu dengan kau
~secret~
"Tapi bukan tadi Adrean nak buli aku ke"Gadis yang baru saja sedarkan diri terus pening.
Aleeza hanya memakai cincin itu tanpa rasa ragu-ragu tak kesah lah itu cincin apa.
Gadis itu keluar dari bilik rawatan.
Tiba-tiba se baldi air jatuh di atas kepala gadis itu.
Seluruh badan gadis itu basah.
"Haih"Aleeza mengeluh.
"Selamat sedar dari pengsan"Senyum Adrean yang melihat kejadian tadi.
"Kau gay ke?"Aleeza dengan muka muak.
"Ha sejahat aku tak lah sampai jadi gay"Adrean menjeling Aleeza.
"Dah tahu bukan gay asal kau yang bully aku bukan budak perempuan eeeee"Jijik Aleeza memandang Adrean.
"Bod*h ada orang upah aku untuk buli kau yang murah ni"
"Ouhh murah ouhh tak tanya pulak harga aku murah ke tak bukan aku nak kahwin ke apa pon"Aleeza berjalan meninggalkan Adrean.
"Tunggu lah kau waktu rehat nanti"Adrean dengan senyuman jahat.
........
WAKTU REHAT.
Aleeza yang mahu mengambil makanan tiba-tiba di tarik dua orang perempuan secara paksa.
"Ee apa ni lepaskan aku lah!"Marah Aleeza sedaya upaya bergelut supaya dilepaskan.
Dua perempuan itu membawa Aleeza ke belakang sekolah di mana tiada seorang pun disitu.
Aleeza ditundukkan di depan Nissa.
"Apa kau nak!"Aleeza yang melihat Nissa sedang berdiri di depannya.
Pak!
"Senyap lah mulut tu diam boleh sakit telinga aku!"Nissa menampar Aleeza sehingga wajah gadis merah.
Pak!
Pak!
Pak!
Tiga kali wajah Aleeza di tampar.
Gadis itu hanya mampu menahan sakit.
Bibir Aleeza mula berdarah.
"Kau dah lama pendam"Ucap Adrean yang baru saja sampai disitu.
*Ouh Nissa*Bisik Aleeza dalam hati.
"Ofc si*l ni menyusahkan hidup betul"Nissa memandang jijik Aleeza.
Nissa memegang kasar wajah Aleeza.
"Selesai kan dia"Ucap Nissa kemudian meninggalkan Dua perempuan itu dan Adrean.
Jejaka itu hanya mahu melihat apa yang mereka mahu lakukan.
Salah seorang perempuan menarik rambut Aleeza dan seorang lagi menyepak gadis itu sekuat hatinya.
Aleeza hanya senyap dan memeluk badan nya sendiri.
BEBERAPA MINIT KEMUDIAN...
Tangan di pegang nya pelan.Sebelah mata gadis itu lebam dipukul.
Aleeza sedang bersandar di dinding.
"Haih ni kalau makcik kalsom tengok ni mati aku"Ucap Aleeza seorang diri di situ.
Tinggg
Bunyi yang mampu menarik perhatian Aleeza.
Gadis itu menoleh ke atas dan melihat Drone terbang kepadanya sambil membawa sebuah kotak.
"Hmm drone apa dia buat kat sini"Aleeza bangun dan berdiri.
Drone berhenti betul-betul di depannya dan masih lagi terbang.
'Amik kotak tu'Suara yang keluar dari drone.
"Hemm suara Google"Aleeza mengambil pelan kotak diikat di drone itu.
"Ah"Badan Aleeza yang sedikit sakit.
'Hati-hati jangan sakit'Suara dari drone itu.
Aleeza membuka pelan kotak itu dan melihat pelbagai ubatan ada di dalam kotak itu seperti diborongnya satu farmasi.
Ada surat disebalik ubat ubatan di baca oleh Aleeza.
Aku tak pandai beli ubat jadi aku amik je apa yang aku nampak harap berguna.Jaga diri baik-baik cantik.
~secret hantu~
"Ouhh terima kasih hantu byee"
Aleeza sambil melambai tangan ke Drone itu.
'Bye I love you'Suara drone itu kemudian sepantas mungkin drone itu pergi.
"Wow biarpun suara Google tapi sampai ke hati"Aleeza sambil menggelengkan kepalanya.
.......
"Aleeza kenapa muka kamu berbalut calar semua"Ucap risau makcik kalsom.
"Jatuh tangga makcik ha"Aleeza dengan muka yakin.
"Betul jatuh tangga ni pelik betul"Makcik kalsom ragu-ragu.
"Betul lah makcik"Aleeza senyum.
"Hmmm yelah yelah"
"Aleeza nak tanya"Ucap Aleeza dengan pelan.
"Tanya apa"
"Makcik kenapa barang ni banyak sangat boleh cukup untuk dua bulan ni"
Aleeza sambil melihat ke meja yang dipenuhi barang makanan dan keperluan yang lain.
"Ha banyak sangat makcik pun tak tahu kenapa dia baik sangat makcik nak tolak tapi dah terbeli kan nak buat macam mana"Sekali gus makcik kalsom berkata.
"Dia? Siapa dia?"Aleeza dengan muka tanda tanya.
"Haih ingat tak yang makcik kata ada lelaki sebaya kamu tolong makcik alih kan katil"
"Ingat,dia ke makcik?"
"Hmm dia lah terkejut makcik tu ada lagi cuma makcik letak tempat lain sekejap"Makcik kalsom mengelengkan kepalanya.
"Kaya betul dia nama dia siapa makcik?"Aleeza tertarik dengan 'dia'.
"Haih kamu ni sudah lah pergi susun barang tu semua lepastu masak makan malam"
"Tapi makcikk nama je kann"Aleeza dengan nada sedih.
"Haih panggil je lah dia Hantu"Makcik kalsom memandang Aleeza.
"Hantu!? Kenapa mesti hantu makcik ada ke orang ber bin kan Hantu makcik"Kesal Aleeza.
"Haih bukan lahh dia suruh kamu panggil dia Hantu .Makcik mengaku kalau makcik cerita sikit pasal kamu ke dia"
Makcik kalsom senyum polos.
"Dia suruh makcik bagitahu Aleeza nama dia hantu macam tu"Aleeza dengan muka bersabar.
"Hemm ye dah sudah sudah pergi susun barang Aleeza"Makcik dengan muka tegas.
"Haih ye lah makcik"Aleeza pergi menyusun barang.
.......
KEESOKAN HARINYA
Aleeza yang berjalan ke pintu masuk sekolah dia melihat sosok yang membuatkan gadis itu terus badmood.
Jejaka yang memakai jaket kulit hitam dan tangan sebelah memegang beg nya seperti nak taknak kemudian tangan lagi satu memegang telefon.
Bila gadis itu melihat semula jejaka itu boleh tahan kacak mungkin orang tidak menyukainya kerana perangai setannya.
Adrean yang bersandar di pagar sekolah menarik sedikit perhatian Aleeza.
Baru saja memandang tempat lain tiba-tiba gadis itu ditolak sehingga jatuh oleh dua orang perempuan.
"Ishhh"
Tanpa di sedari Aleeza menjadi pusat perhatian semua yang baru mahu masuk ke sekolah dari jauh.
"Haih lemah lembut betul nak goda siapa kesiann kau salah tempat sepatutnya tempat kau bukan kat sini tapi kat bawah jambatan tu ha tahu bawah jambatan"
Ucap Seorang dari mereka.
"Kalau aku bawah jambatan kau pulak kat tong sampah"
Lawan Aleeza dan perlahan-lahan bangun.
"Berani kau eh"
Rambut Aleeza ditarik kuat.
"Lepas lah!"Marah Aleeza.
"Heh"Ucap Dingin seorang jejaka tiba-tiba.
"Adrean"Senyum salah seorang perempuan itu.
"Lepas kan rambut dia"Kata Adrean sambil melepaskan tangan perempuan itu dan rambut Aleeza.
Beg Aleeza ditarik diikuti juga badan gadis itu sekali gus ditarik mendekati dirinya.
"K_kenapa Adrean"Ucap perempuan itu.
"Dia korban milik aku siapa yang kacau aku bully dia jugak senang kan"
Ucap Adrean lalu menarik beg Aleeza seperti anak patung ditariknya pergi ke tempat sunyi.
"Korban?"Pelik Aleeza masih lagi tidak memahami maksud itu.
"Hmm korban aku sorang je boleh buli kau.Kau milik aku"Adrean sambil menatap tajam Aleeza.
*Seramm mamat ni*Bisik Aleeza dalam hati.
"Kalau macam tu aku pergi dulu"Aleeza yang laju laju mahu pergi dari situ.
"Ehhh"Adrean memegang erat beg Aleeza.
"Apa kau nakk"Kesal Aleeza.
"Kau teman aku dalam kelas"Ucap dingin Adrean.
"Mana boleh kan kelas berbeza lagi pun buat apa aku nak teman kau ishhh"Aleeza cuba melawan.
"Kau ni tak ingat ke aku cakap kau M.I.L.I.K A.K.U"Adrean terus menarik gadis itu mengikutinya sekali.
Ringan sangat.
"Lepas kan aku lahh"Kata Aleeza.
"No"Tegas Adrean.
"Please perut aku sakit sangat ni lepaskan sekejab je aku nak pergi tandas"Aleeza yang mula sakit perut tiba-tiba.
"Kau period hmm?"Tanya Adrean dengan suara lembut.
Lah!?
Malu Aleeza.
"Kau senyap aku sambung tarik balik"Adrean menatap wajah malu gadis itu.
"Ya lah ye betul aku aku"Malu mahu melanjutkan ayat.
"Okay aku faham now jom"Kali ini Adrean menarik lebih pelan Aleeza.
"Tapi le_"Baru saja mahu bercakap dipotong Adrean.
"Sabar"Adrean kali ini menarik Aleeza bukan ke kelas tapi ke kantin.
Sampai di kantin.
"Makcik bagi air cawan letak air panas tapi jangan panas sangat"Ucap Adrean kepada makcik kantin itu.
"Kau nak minum ke?"Pelik Aleeza sekali gus pening.
"Senyap kalau tak aku baling kau"Jeling Adrean.
Setelah makcik kantin memberikan air yang di mahukan Adrean.
Jejaka itu menyuruh Aleeza duduk di kerusi.
"Kau nak suruh aku buat apa"Aleeza memandang Adrean yang memegang cawan berisi air tadi.
Adrean mengeluarkan kain dari begnya dibalut cawan itu menggunakan kain itu.
Pelan Adrean seperti nak taknak meletak cawan itu diperut Aleeza.
Terkejut gadis itu melihat tingkah laku si pembuli Adrean.
"Pegang cawan ni,feel better?"Tanya Adrean sambil melutut dan memegang cawan itu.
Aleeza dengan wajah terkejut pelan memegang cawan diperutnya.
"Aleeza?"Ucap Adrean.
"Ouh hemm okay"Aleeza tiba-tiba tidak mahu memandang jejaka itu malu lah kan.
"Pandang aku Aleeza do you feel good or not?"Serius Adrean.
Aleeza memandang Adrean
"Yah okay aku okay tapi kenapa kau tiba-tiba baik this is your plan untuk buat aku bunuh diri"Tanya Aleeza dengan berhati-hati.
"Buat anak terus kalau nak suruh kau bunuh diri"Adrean dengan tatapan tiada perasaan.
"Ehhh apa benda dia ni"Aleeza membuat muka jijik.
"Senyap kalau kau dah tak sakit bagitahu aku sambung tarik kau masuk kelas"Adrean sambil duduk disebelah Aleeza.
"Okay"Pelan suara Aleeza membalas.
......
*Malu nyaa hari nii*Ucap Aleeza dalam hati buku menutup muka malunya dari guru kelas Adrean dan yang lain.
Adrean dari tadi hanya tidur di sebelahnya.
Tadi suruh teman
Kerana tidak tahan gadis itu mengambil beg dan mahu pergi dari situ.
Jejaka itu menarik pelan baju Aleeza supaya tidak pergi.
"Lepas Adrean"Bisik Aleeza di telinga Adrean.
"Milik aku,jadi kau tak boleh pergi duduk lah balik tidur macam aku kalau malu"Adrean sambil menarik baju Aleeza.
Semua disitu melihat mereka.
"Ouhh sorry"Aleeza duduk semula.
"Tidur"Ucap pelan Adrean.
Aleeza tanpa ragu-ragu mengikuti kata Adrean dia meletakkan kepala diatas meja dan menutup mata tanpa memikirkan guru dan lain didepan.
Krik
Bunyi seseorang mengambil gambarnya.
Aleeza membuka mata dan melihat Telefon Adrean betul-betul di depannya.
"Kau amik gambar apa?"Aleeza sambil menatap tajam Adrean yang matanya menatap satu sama lain.
"Gambar kau dah pergi sambung tidur"Adrean mengeggam telefonnya dan menutup mata.
Aleeza dari yang mahu tidur tadi terus segar dan mahu mengambil telefon jejaka yang juga mahu tidur.
Pelan tangan Aleeza mahu mengambil telefon dari genggaman Adrean yang menutup rapat mata.
"Pencuri,jangan amik gambar tadi cantik aku simpan je"Tahu saja jejaka itu yang Aleeza mahu mengambil telefonnya.
"Tapi kan"Aleeza cuba melawan.
"Tidur"Ucap Adrean sambil membuka sebelah mata.
Pelan Aleeza meletakkan kepala di meja semula.
Macam sekolah bapak dia!
..........
REHAT
"Nak pergi mana?"Tanya Adrean yang melihat Aleeza perlahan-lahan keluar dari kelas sambil membawa beg.
"Hilang"Aleeza menatap mata layu Adrean.
"Hilang? Kau memang nak mati awal ke sampai hilang"Tegas Adrean.
"Dari kau buli aku atau dari satu sekolah buli aku lebih baik aku hilang"Aleeza menatap serius kemudian memusingkan badannya dan mahu meninggalkan Adrean.
"Hemm kalau kau jalan selangkah lagi junior iras aku akan lahir"Adrean dengan suara dinginnya.
Aleeza laju memusing kebelakangan dan pergi ke jejaka itu.
"Kau fikir aku murahan sangat ha sampai kau nak buat macam tu cuba and aku akan anggap kau lelaki paling tak layak hidup"
Aleeza sambil menolak-nolak badan Adrean menggunakan begnya.
Adrean senyum tipis.
"Bagi aku kau mahal sebab tu kene mati. Nissa bagi aku duit tak cukup dengan harga diri kau so yah you are mine"Bisik Adrean ditelinga Aleeza.
"....."Entah kenapa gadis itu memilih untuk senyap
Aleeza membuat muka tiada perasaan.
Adrean menatap Aleeza yang tidak seperti akan membuka mulutnya.
"Jadi kalau aku akan buli kau ingat tu bukan aku sebab aku takkan buli kau yang mahal di mata aku"Adrean dengan nada lembut.
"Kau tetap akan buli aku kan"Aleeza menatap Adrean.
"Hmm jom ikut aku kita hilang sama-sama"Adrean menarik beg Aleeza.
"Kenapa baik dengan aku Nissa dah bayar kau kan"Aleeza yang ragu-ragu.
"Aku dah cakap apa yang dia bayar tu tak cukup jadi selebihnya aku yang nak buat bukan sebab arahan perempuan tu"Adrean sambung menarik Aleeza.
"Gila mamat ni"Aleeza mengelengkan kepalanya.
......
"Prince..."Panggil Nissa kemudian duduk disebelah Prince.
"Hmm"Jawab Prince yang sedang membaca buku.
"Nissa tak pandai yang ni boleh ajar kan"Nissa sambil menunjuk ke soalan yang sebenarnya.... senang.
"Tanya Cikgu"Dingin suara Prince.
"Alaa Nissa malu lah nak tanya Cikgu nanti Cikgu kata Nissa bodoh macam mana Prince"
Ucap Nissa yang mengepitkan suara dan membuat muka sedih.
"Mustahil Cikgu kata bodoh"Balas Prince.
*Sebab Cikgu takut dengan murid sendiri*Sambung Prince dalam hati.
"Tolong Prince Nissa takut je boleh tolong ajarkan"Nissa membuat muka ingin nangis.
"Hmmm okay"Kata Prince dengan muka tiada perasaan.
"Terima kasih,Prince baik sangat"Nissa terus mendekati Prince.
......
Paragraph comment
Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.
Also, you can always turn it off/on in Settings.
GOT IT