Di lantai bawah, tempat dimana rakan-rakan separty Gaikuro sedang duduk menunggu kembalinya tank mereka itu dari ruangan Guild Master.
Ketiga mereka hanya duduk diam sambil sedikit berbual-bual kosong mengenai rakan party mereka itu.
"Hmm... Dia agak lama berada di tempat itu kan? Apa perlu kita memanggilnya?" Kata Shura.
"Rasanya tidak perlu. Lagi pula jika ada orang yang dipanggil oleh Guild Master pastinya atas urusan penting, jadi kita tidak patut mengganggu mereka" tegur Haru.
"Rasa-rasanya atas alasan apa sampai-sampai Rokugai-kun dipanggil langsung oleh Guild Master?"
"Ha! Jangan cakap yang sebenarnya dia pernah melakukan sesuatu jenayah dan sekarang lesen Guildnya akan dicabut!" Celah Kura dalam pembicaraan mereka.
"Pemikiran awak terlalu liar, apa seseorang seceroboh dirinya mampu melakukan kejahatan? Paling-paling tidak pun dia cumalah seseorang yang menggunakan tipudaya didalam ujian perekrudtan dan sekarang dirinya sudah kantoi lalu dia akan dipecat daripada Guild. He he he..." sindir Haru den jenaka kejamnya.
"Nanti dulu, Kalau begitu kita akan kehilangan Tank kita! Party kita ini akan merosot parah sehingga Rank kita juga akan terjejas!! Uwahhhh... macam mana ni! Rokugai, kenapa awak menipu didalam ujiannnnn...!!" Kata Kura sambil menangis kerana dengan mudahnya mempercayai gurauan Haru.
"Haru cuma bergurau sajalah Kura, Roku-kun pastinya cuma dipanggil kerana mahu disoal siasat oleh Guild Master atas sesuatu yang berkaitan dengan latar belakangnya saja"
"Betul ni?" Tanya Kura.
"Yah... lagipun tidak mungkinkan Rokugai tu terlibat dengan sesuatu yang besar. Jika tidak pasti raja sudah menemuinya" tegur Haru dengan secara tidak sedar meneka dengan tepat kenyataan.
"Hahhh... apakah dia akan terus di tempat itu untuk masa yang lebih lama?"
♦️
Sementara itu, didalam ruangan Guild Master...
"Haa... Haaa...HaCumm!!" [bersin]
"Ugh... rasanya ada orang sedang mengumpat saya dari belakang"
Saat ini, terdapat tiga orang sedang duduk bersama sambil mengadap sebuah meja mini yang berada diantara mereka. Atau tepatnya mereka sedang memandang ke arah sebuah objek yang terdapat diatas meja mini tersebut.
Objek tersebut adalah sebiji bola kristal putih lutsinar yang dipanggil sebagai Org Phone. Kristal itu sedang bersinar sambil memaparkan sebuah gambaran bergerak milik sosok seseorang yang sangat dihormati. Sosok didalam bola kristal itu tidak lain adalah Lord Ourus, sang raja bagi kerajaan Liveras ini.
Ketiga orang lainnya yang sedang berada di ruangan itu pula adalah dua remaja lelaki yang nyatanya adalah pahlawan Legendary ,dan yang terakhirnya adalah pemilik ruangan ini, sang Guild Master Azrul.
\\Oh, apa itu awak? Komander Azul? Rasanya ini adalah pertemuan pertama kita meskipun tidak secara langsung betul?//
"Heh, saya rasa terhormat kerana dapat berbicara dengan raja saat ini, tetapi anda tidak perlu memanggil saya komander. Lagi pula saya sudah lama bersara, bahkan sebelum anda naik takhta"
\\Meskipun begitu, anda tetaplah seseorang yang pernah menjaga kerajaan ini dengan baik jadi saya tetap akan menganggap anda seperti itu meskipun saat ini anda cumalah seorang Guild Master// jawab sang raja.
Untuk sesaat, Guild Master terdiam sejenak sambil sedikit tersenyum. Lalu tidak lama kemudian Guild Master kembali berbicara.
"Jadi, atas alasan apakah Sang Raja kerajaan ini sampai langsung mengunakan kaedah ini untuk menghubungi pahlawan yang berada disini? Pastinya itu bukan hanya kerana hal-hal simple kan?" Kata Guild Master Azul.
\\Hah ha ha... sebenarnya salah satu alasannya cumalah kerana saya mahu menguji Orb Phone yang baru sahaja saya terima ini. Hah hah hah...// jawab baginda raja melalui bola kristal.
"..."
Seketika, seluruh ruangan itu menjadi hening sepi kerana semua orang di ruangan itu membisu setelah mendengar penyataan yang dikeluarkan oleh sang raja.
\\Err... Ehem! Tetapi alasan lainnya pula kerana beta juga sudah menerima beberapa maklumat penting mengenai aktivitas tidak normal daripada efek Black Wave dan juga kedudukan 2 ancillary heros lainnya//
"Dua pahlawan lainnya sudah ditemukan! Itu berita baik, jadi dimanakah mereka?" Soal Gaikuro.
"Bertenang dulu Gaikuro, kita akan membincangkannya satu per satu dahulu" tegur Grei.
"Uk- Baiklah, maafkan saya yang mulia. Saya terlalu bersemangat"
\\Ahhh... Tidak mengapa, lagi pula ini memanglah berita besar//
"Jadi, boleh kita mula dengan berita mengenai aktivitas tidak normal daripada efek Black Wave? Saya pasti itu bukannya sesuatu yang remeh" kata Grei.
\\Um, mengenai perkara itu... nampaknya salah satu daerah milik seorang Bangsawan kerajaan ini telah mengalami sesuatu yang tidak biasa//
"Sesuatu yang tidak biasa? Situasi seperti apakah itu?" Tanya Guild Master.
"Terjadi sebuah wabak. Menurut daripada apa yang saya tahu, katanya terjadi Black Wave di daerah kekuasaan seorang Baron beberapa ketika sebelum kami tiba didunia ini. Black Wave itu berjaya diatasi oleh tentera milik Baron tersebut, tetapi nampaknya sisa-sisa bangkai monster yang terpengaruh dengan efek Black Wave gagal di urus dengan benar sehingga terciptalah wabak ini"
\\Ohh... Yuusha Grei, anda tahu banyak juga ya//
"Eerrr... Hanya sebatas itu saja yang saya tahu. He he..." nyata Grei.
\\Kalau begitu saya akan memberikan lanjutan daripada yang dikatakan oleh Yuusha Grei//
\\Wabak itu nampak sedikit rumit kerana ianya tidak hanya berpengaruh kepada monster sekitar, tetapi termasuk juga haiwan ternak dan manusia. Wabak itu membuatkan semuanya menjadi agresif dan hilang kawalan, dan meskipun masih belum ada kematian yang dilaporkan tetapi situasinya sudah mula meresahkan//
Chuunibyou mode active.
"Jadi, apa yang kau mahu kami lakukan mengenai wabak ini? Asal tahu saja, tidak ada satupun daripada kami ini mengambil jurusan kedoktoran di sekolah" kata Gaikuro yang dikuasai Chuunibyou mode.
Saat ini, didalam hatinya Gaikuro sedang berkata: "Chuunibyou mode tak gunaaaaaaaaaaaa!! Kenapa awak selalu sangat muncul disaat-saat yang tidak tepat!!"
"Hahaha... personaliti ganda miliknya sudah bangkit. Hai, Azathoth" kata Grei dengan santai.
"Ohh... Jadi inilah Azathoth yang katanya adalah sisi lainnya Yuusha Gaikuro"
Nampaknya kemunculan Azathoth secara tiba-tiba sudah bukan lagi perkara yang mengejutkan. Sepertinya semua orang sudah terbiasa dengan kehadirannya, apa sebenarnya yang berlaku?
(Sedikit penjelasan: Ini sudah sebulan semenjak saya memperoleh Skill Parallel Mind, dan dalam kurun waktu itu tingkat penguasaannya sudah meningkat dari awalnya E menjadi D. Lalu, Chuunibyou mode saya entah bagaimana berubah menjadi personaliti ganda didalam diri saya. Sehingga ada kalanya kami berubah tempat dan mengambil alih kawalan keatas tubuh saya)
(Sekarang saya tahu bagaimana perasaan 'Kumoko' [watak anime]. Rasanya agak hebat jugak, tapi pada masa yang sama ianya juga anih dan menyeramkan. Maksud saya, 'saya' [yang asli] kini merasa agak sesak didalam tubuh sendiri, ditambah 'saya' juga seperti tidak lagi memiliki waktu-waktu privasi kerana ada 'orang lain' sentiasa bersama saya [salinan dirinya sendiri tepatnya])
"Hei Azathoth, boleh awak kembali bertukar tempat dengan Gaikuro tak? Kami sedang melakukan sebuah mesyuarat penting disini, dan kami memerlukan Gaikuro untuk melanjutkannya" minta Grei.
"Lanjutkan saja, kami adalah orang yang sama. Lagi pula kami tidak dapat mengawal waktu pertukaran kami, tetapi kami tahu apa yang sedang difikirkan antara satu sama lain" Jawabnya.
"Oh, jadi boleh awak katakan apa yang sedang Gaikuro fikirkan?" Soal Grei.
"Dia kata: Sesiapa saja bunuh saya, cepat bunuh saya sekarang!!"
Itu memanglah apa yang sedang Gaikuro fikiran. Memang dirinya sedang memohon agar seseorang membunuhnya saat ini juga, walaubagaimanapun Azathoth berjaya menyembunyikan kenyataan dengan poke face.
"Ooookeeeey.... rasanya dia tidak mahu diganggu sekarang. Jadi mari kita lanjutkan saja ya"
\\Um, rasa itulah yang terbaik. Sampai mana kita tadi?//
"Kita berhenti saat aku bertanya mengenai tindakan yang mahu awak minta kami lakukan" Azathoth menjawab.
\\U-ohhh... Terima Kasih Azathoth. Baiklah, sebelum saya mengatakan itu saya mahu menerangkan mengenai lokasinya dua Ancillary Heros yang lain//
\\Sepertinya lokasi mereka juga berada didalam kerajaan ini. Pihak saya telah pun mengumpul maklumat ini melalui koneksi perdagangan sehingga meskipun maklumatnya tidak sepenuhnya tepat tetapi kita setidaknya dapat memperkecil kawasan pencarian kita//
"Kalau begitu dimanakah lokasi mereka menurut anda?" Tanya Grei.
\\Salah satunya berada di suatu tempat di arah timur kerajaan ini. Laporan yang saya miliki mengatakan bahawa lebih daripada sebulan yang lalu beberapa pedagang yang sedang melakukan perjalanan ada melihat munculnya sebuah pilar cahaya yang memancar tinggi ke langit di kawasan hutan sebelah timur, dan jika kita ikut keterangan yang diperololeh daripada Yuusha Gaikuro dan Kage no Yuusha, sepertinya itu memang ciri-ciri yang terjadi saat pahlawan dipilih. Ditambah lagi tarikh kejadiannya juga sama dengan munculnya Kage no Yuusha, jadi dapat dipastikan bahwa itu memang tanda kemunculan pahlawan//
"Jadi bagaimana pula dengan kedudukan pahlawan yang satu lagi?" Tanya Guild Master.
\\Dia berada di kota pelabuhan, kota Luna. Dengan kata lain dia berada dihujung Selatan kerajaan ini. Pahlawan yang ini telah dipastikan ketepatan informasinya kerana dirinya sedang berada di khalayak ramai saat pilar cahaya yang menjadi penanda pemilihan pahlawan muncul, jadi maklumat mengenai dirinya sebenarnya sudah tersebar luas//
"Jika begitu maknanya sudah 3 daripada 4 ancillary heros yang ditemukan, apa tidak ada sebarang petunjuk mengenai ancillary heros terakhir?" Tanya Guild Master.
\\Malang sekali tidak ada, berkemungkinan dirinya berada di kerajaan lain sehingga tidak ada informasi yang dapat kami cari mengenainya//
"Itu tidak mengapa, lagi pula setidak-tidaknya kita sudah mengetahui kedudukan setengah dari mereka. Ini juga sebenarnya sebuah kemajuan yang baik, betulkan Gaiku- Azathoth"
"..."
Tidak ada sebarang balasan terhadap penyataan itu, Azathoth hanya terus membisu sambil wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir dengan sirius.
"Hello... Azathoth-sama, apakah anda mendengarkan saya?" Panggil Grei.
"Huh, oh maaf. Aku hanya merasa bahwa semua kedudukan para pahlawan ini seperti memiliki coraknya tersendiri" jawabnya.
Sepertinya Azathoth memikirkan untuk melakukan sesuatu, tetapi apakah itu? Apakah yang corak yang difikirkannya itu adalah sesuatu yang benar-benar nyata atau cuma sekadar permainan kata?
"Corak?" Kata Guild Master kerana keliru.
"Ya, apa awak memiliki peta untuk seluruh kerajaan ini Guild Master Azul?" Nyata Azathoth.
"Peta kerajaan? Ya saya ada, akan saya ambilkan"
Tepat setelah beliau berkata seperti itu, sang Guild Master langsung membawakan peta yang dimaksudkannya dan membentangkan peta tersebut di atas meja mini yang sama dengan terdapatnya bola kristal yang dikenali sebagai Org Phone.
Lalu setelah peta dibentangkan, Azathoth langsung menunjukkan apakah yang terlintas di fikirannya.
"Lihat ini, ini adalah lokasi munculnya Kage no Yuusha. Jika dilihat dengan saksama maka kita lihat bahawa lokasinya berada di area sebelah Utara kerajaan ini betul bukan? Lalu dua pahlawan lainnya dikatakan berada di sebelah timur dan selatan kerajaan ini, jika kita lihat baik-baik maka kini terlihat dengan jelas bahawa setiap pahlawan muncul di setiap arah mata angin. Maka berkemungkinan besarnya pahlawan terakhir berada di sebelah barat kerajaan ini, iaitu hutan ajaib tempat tinggalnya para ras Elf"
\\Hmm... jika itu benar maka akan menjadi masuk akal mengapa kita tidak tahu lokasi milik pahlawan terakhir. Oleh kerana lokasinya berada di kawasan tempat tinggalnya para Elf maka kemungkinan pahlawan terakhir juga adalah bangsa Elf, sehingga wajarlah kita tidak memiliki sebarang petunjuk, mengingat sifat ras Elf itu memang tertutup//
"Betul tu, jika dilihat baik-baik semua ini memang tepat. Jika saja kita juga menyedarinya dari awal mungkin kita dapat mengerahkan beberapa pasukan untuk pergi menyiasat. Sang Pahlawan memang hebat" puji Guild Master.
(Heh he, jangan pandang rendah kepada otaku veteran seperti saya. Walaupun tidak sedang menggendalikan tubuh saya, kemahiran yang saya asah tidaklah sesederhana itu. Saat di dunia saya dulu saya sudah banyak maraton anime secara berulang-ulang semata-mata untuk mencari detail-detail kecil. Jadi jangan ingat hal-hal mudah seperti ini tidak akan mampu saya perasan)
"Ini memang agak masuk akal, tetapi bagaimana pula kita boleh yakin dengan kemungkinan ini? Ini cumalah sekadar hipotesis awak sendiri, dan mungkin saja semua kedudukan para pahlawan itu hanya kebetulan"
"Baiklah, akan aku tanya mu. Dimana tempatnya kau berada saat tiba di dunia ini Grei" soal Gaikuro kepada Grei.
"Itu... di istana. Saya dipanggil melalui ritual pemanggilan pahlawan yang dilakukan tepat di istana kerajaan. Terus mengapa?"
"Istana kerajaan itu berada di Ibu Kota Starlight betul bukan?"
"Um, itu betul"
"Jadi lihat peta itu baik-baik, secara kasar, ibu kota Starlight boleh dianggap berada ditengah-tengah kerajaan. Utara, Selatan, Timur dan Barat, mereka semua mengelilingi setiap arah disekeliling ibu kota. Jadi boleh disimpulkan bahawa tempat awak dipanggil berkemungkinan adalah titik rujuk bagi setiap lokasi para pahlawan"
"...!!" Grei terdiam ketika mendengar penyataan yang dikeluarkan oleh Azathoth. Dirinya terkejut sekaligus kagum dengan kemampuan analisa yang dimiliki oleh Azathoth. "Jadi begitu... saya tidak sangka pula hal sejelas ini hampir-hampir tidak kelihatan langsung. Awak betul-betul mengagumkan"
"Jangan puji aku dulu. Walaupun bagaimanapun ini masihkah hanya sekadar hipotesis yang belum terbuktikan, jadi masih lagi adalah kemungkinan untuk aku salah"
\\Walau bagaimanapun ini adalah kemungkinan paling besar yang kita miliki saat ini, jadi saya akan mula melakukan pencarian informasi bermula dengan kemungkinan ini//
"Tapi ada sesuatu yang membuat saya tertanya-tanya. Mengapa pula lokasi pemanggilan saya yang menjadi titik rujukan, dan bukannya tempat awak muncul?" Tanya Grei.
"Mana Aku Tahu!"
"Eh?"
"Tekaan ku, mungkin kerana cara datang ku itu sedikit unik sementara kau pula adalah cara normal. Sudah semestinya aturan itu akan mengikuti sesuatu yang normal daripada mengikuti sesuatu yang ganjil seperti ku" jawapan spontan.
"Saya semakin tidak faham" nyata Grei.
"Hahhh... cuba awak fikirkan baik-baik, Ancillary Heros itu ada kerana adanya Holy Hero, oleh kerana itu Holy Hero perlu muncul dahulu sebelum Ancillary Heros. Tetapi aku pula muncul setelah para Second Heros, apatah lagi aku muncul di atas langit. Patutnya kau bersyukur kerana bukan ras burung yang terpilih, jika tidak kita juga terpaksa mendaki gunung dan belajar cara untuk terbang"
"Jika tuan pahlawan berdua sudah selesai, apakah boleh kita melanjutkan mesyuarat ini?" Celah Guild Master.
"Oh, silakan..." nyata keduanya secara serentak.
Setelah semua pertanyaan dijawab, Grei akhirnya mula diam sambil sedikit merenungkan sesuatu dengan frustrasi.
Tiga lainnya pula melanjutkan semula perbincangan mereka sementara menunggu Grei kembali sedar daripada renungannya itu.
\\Baiklah, oleh kerana saya sudah menyampaikan segala informasi yang perlu diketahui oleh kedua pahlawan. Sekarang saya akan menyatakan alasan saya menghubungi yuusha berdua//
"Biar aku teka. Apa kau mahu kami mengurus masalah wabak dan pencarian para Second Heros?" Kata Azathoth mencelah penyataan sang raja.
\\Er... Tepat sekali... Memang itulah apa yang saya ingin minta... Yuusha Gaikuro, apa awak memiliki Skill pembaca minda?//
"Tida- Oh!"
Back to Normal.
\\Oh? Ada apa-apa masalah ke Azathoth?//
"Tak-tak, ini 'saya'. Madou Gaikuro, kami baru sahaja bertukar kembali"
\\Ehhh... begitukah? Jadi anda bertukar tempat seperti itu?//
Setelah semua perkara telah dikemukakan, semua itu akhirnya menghasilkan satu kesimpulan. Dan kini semuanya cuma tergantung pada keputusan yang dibuat oleh kedua pahlawan muda itu, oleh kerana itu ini merupakan sebuah pertimbangan yang cukup rumit untuk diputuskan. Gaikuro saat ini sedang berfikir dengan keras, cukup keras sehingga dapat kelihatan daripada gayanya yang seperti seorang pemikir.
Setelah berdiam diri selama beberapa ketika, Gaikuro akhirnya kembali berbicara dan mengemukakan pendapatnya.
"Ini akan menjadi sebuah misi jangka panjang, jadi adalah lebih baik jika saya dan Grei berpecah dan saling berbahagi peranan. Menurut awak bagaimana?"
"..."
Tidak ada jawapan daripada orang yang diajukan pertanyaan tersebut kerana dirinya masih lagi memikirkan tentang topik sebelumnya. Oleh kerana itu Gaikuro meneriakkan nama orang tersebut betul-betul disebelah telinganya.
"KOTEGAWA GREIIIIIII!!"
"Uwaaaahhhhh!!"
Dan begitulah cara terburuk untuk memanggil seseorang daripada khayalannya.
"Kenapa awak buat begitu!?"
"Apa awak sudah kembali? Perlu saya panggil awak lagi?"
"Haaa? Apaaa?"
"Apa awak sudah kembali? Perlukah saya panggil awak lagiiii...?" Gaikuro mengulangi perkataannya.
"Rasanya saya kehilangan pendengaran saya"
"Oops, apakah saya melampau sangat?"
"Haaaa?"
"Ah, lupakan. <Reback>"
"Ohh... ianya kembali berfungsi. Terima kasih,- meskipun awaklah dalangnya"
"Salah awak sendiri! Cuba terangkan secara detail mengenai apakah yang saya tanyakan tadi jika awak betul-betul mendengarnya!"
".... Okey, saya salah. Tolong katakan semula"
"Hahhh... Baiklah" Gaikuro mengeluh seketika lalu lanjut berbicara. "Oleh kerana wabah dan kemunculan second heros adalah sama-sama perkara yang penting saya mencadangkan agar kita berpecah dan saling memilih tugasan untuk menghemat masa. Bagaimana pendapat awak?"
"Berpecah ya, hmm... rasanya itu memang idea yang bagus. Memang lebih baik kita berbahagi, kerana meskipun kita bersama-sama kedua tugasan ini tidak memiliki jawapan yang pasti, jadi kita tidak tahu berapa lamakah yang kita perlukan hanya untuk menyelesaikan salah satu daripadanya. Jadi rasanya saya setuju dengan saranan untuk berpecah" rumus Grei.
\\Jadi begitukah pilihan pahlawan berdua. Baiklah, jika begitu saya akan memberikan bantuan semampu saya kepada kedua pahlawan. Baik itu informasi atau persedian, saya akan memberikan bantuan terbaik//
"Jadi, dikeranakan yuusha berdua memililih membahagi tugasan makanya anda berdua perlu saling memilih untuk melakukan tugasan yang mana" nyata Guild Master.
"Hmmm... betul jugak tu. Kedua-duanya sama penting dan rumit, jadi saya sukar untuk memilih" Gaikuro mengemukakan pendapatnya.
"Saya akan mengurus masalah wabak. Oleh kerana itu, saya serahkan pencarian para Second Heros pada awak" nyata Grei tanpa ragu.
"Apa awak pasti? Bukankah urusan wabak ini cukup susah, kita juga tidak tahu apa-apa mengenai penyakit yang ada di dunia ini. Tambahan lagi kita tidak tahu cara pasti untuk mengatasinya"
"Yahhh... Saya cuma merasa lebih baik memilih tugasan ini. Setidak-tidaknya saya tidak perlu berkeliaran tanpa tujuan yang pasti dan hanya menetap di suatu wilayah sambil melakukan uji kaji. Sementara tugasan pencarian para Second Heros pula hanya memiliki arah mata angin sebagai petunjuknya, jadi berkemungkinan ianya lebih sukar diselesaikan"
"Jadi rengkasnya awak cuma memilih pilihan yang selesa sajalah"
"Hehehe... itu betul. Tapi ini juga kerana saya merasa masalah wabak ini berkemungkinan merebak dan menjadi lebih berbahaya jika dibiarkan, jadi ada baiknya kalau ianya segera selesai"
"Hahhh... Baiklah, saya akan memilih pencarian Second Heros. Lagipun saya tidak tahu apa-apa berkaitan dengan penyakit. Yah, mengembara didunia ini juga tidaklah buruk"
\\Nampaknya kedua pahlawan sudah memilih, jika boleh saya ingin meminta agar anda berdua segera bergerak, tetapi saya harap anda berdua dapat menunggu beberapa ketika di tempat itu agar saya dapat menghantarkan beberapa bekalan dan bantuan untuk perjalanan pahlawan berdua//
"Itu tidak masalah, lagi pula saya memang akan menetap di sini seketika agar saya dapat melakukan upacara perpisahan dengan rakan-rakan party Adventure saya disini"
"Oh, jadi anda tidak akan mengajak mereka bersama anda?" Tanya Guild Master.
"Ha? Apa maksud awak?"
"Itu... bukankah anda dan mereka cukup rapat? Jadi saya menyangka bahawa anda berniat untuk mengajak mereka untuk ikut mengembara bersama"
"Jika memungkinkan saya memang ingin mereka ikut bersama, tapi apakah mereka ingin ikut? Ini akan menjadi sebuah perjalanan yang panjang, apatah lagi ianya cukup merbahaya dan berat"
"Mengapa pula tidak? Jika anda memberi tahu kepada mereka pastinya mereka akan dengan senang hati menerimanya"
"Macam mana anda boleh begitu yakin yang mereka akan setuju?"
"Kerana anda adalah Sang Pahlawan Legendary"
"Ha? Hanya kerana itu? Hanya itu saja sudah cukup untuk meyakinkan anda? Biar betul ni?"
"Yuusha Gaikuro, mungkin perkara ini tidak dirasakan oleh anda, tetapi semua orang didunia ini sangat mengagumi dan menyanjung tinggi Holy Hero seperti anda. Yang dewasa ingin bertemu dengan anda, yang muda ingin menjadi seperti anda. Di mata kami anda berdua adalah sosok agung, dan jika kami diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada kesah anda... Itu sudah menjadi suatu kehormat tertinggi bagi kami"
"..."
Gaikuro terdiam. Dirinya betul-betul terkejut dengan fakta yang didengarnya itu. Perasaan yang bercampur baur memenuhi hatinya. Sungguh tidak ia sangka, pandangan dunia itu terhadap dirinya sangat tinggi. Selama ini dirinya cumalah seorang pelajar sekolah menengah biasa tanpa sebarang kemampuan hebat, oleh kerana itu dirinya merasa tidak biasa jika dipandang tinggi.
Didunia asalnya dia cumalah seorang pelajar normal tetapi di dunia ini dirinya adalah seorang tokoh penting, jika difikir-fikirkan ini adalah sebuah perubahan yang sangat-sangat besar dan berlaku secara tiba-tiba. Banyak perkara didunia lamanya tidak ada didunia ini, dan banyak perkara baru yang perlu dirinya fahami untuk menyesuai dengan dunia ini.
Situasinya saat ini sama seperti seseorang Youtuber yang tiba-tiba menjadi Viral dan langsung menjadi artis, tidak ada sebarang amaran, tidak ada sebarang persediaan, dan tidak ada sebarang pengalaman. Semuanya terjadi dan berlalu tanpa dirinya sendiri.
"Begitukah... saya yang sekarang adalah seorang pahlawan, setelah mendengar hal itu secara lansung baru saya sedar. Saya bertanggungjawab ke atas keselamatan dunia ini... awak semua memiliki harapan tinggi terhadap saya. Heh he... saya ni cukup tidak peka juga ya kerana tidak menyedari kenyataan sejelas ini..."
Semua perkara itu terjadi tanpa dirinya sendiri, dirinya bahkan tidak sedar akan hal itu.
"Terima kasih"
Tapi sekarang, dia sudah menyedarinya.
"Terima kasih kerana menyedarkan saya"
Semangatnya kini membara kembali. Hatinya terasa hangat, jiwanya dipenuhi keyakinan. Menyelamatkan dunia, itulah misinya. Tanggungjawab ini adalah antara tanggungjawab terberat yang ada, hampir tidak ada yang mampu menampungnya. Hampir tidak ada selain pahlawan yang mampu menampungnya. Dan dirinya saat ini adalah...
"Saya seorang pahlawan. Gelaran ini bukanlah sekadar suatu pajangan belaka"
"Oleh kerana itu saya tidak boleh membuat budak-budak di party tu kecewa kerana langsung tidak diberikan peluang untuk ikut bersama saya mengembara" lanjutnya.
Dirinya mengambil tanggungjawab itu, dan dirinya akan melaksanakan ia dengan sebaik-baiknya. Itulah janjinya kepada dirinya sendiri.
"Okey, sudah cukuplah dengan semua adegan muhasabah diri ini" potong Grei.
"Kesimpulannya, kita akan tinggal sementara di tempat ini selagi menunggu kiriman daripada sang raja. Dan awak pula perlu berbincang dengan rakan-rakan awak. Ulasan selesai" lanjut Grei.
"Awak ni perosak suasanalah Grei!"
Dan dengan itu, mesyuarat mereka bersama sang raja pun berakhir dan ditutup.
Berlanjut di next chapter...
Chapter 2: Mesyuarat bersama Raja.
~The End~
— New chapter is coming soon — Write a review