Download App
38.29% Love Between Choices / Chapter 18: Bah. 11 : Bertukar Bayu

Chapter 18: Bah. 11 : Bertukar Bayu

Hampir sebulan sudah berlalu, Aisyah dan keluarganya menguruskan ayahnya terlantang di rumah sakit. Akhirnya, ayah akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi. Aisyah duduk berkumpul dengan adik beradik dan ibunya.

"Ibu, jom kita balik kampung nenek? Rawat ayah kat sana," ujar Aisyah perlahan ketika duduk di samping ibunya di hadapan katil ayahnya.

"Kenapa?" soal ibu kerana merasakan ajakan Aisyah itu terlalu tiba-tiba.

"Hidup kat kampung, relaks dan tenang. Dapat memberikan mood yang baik sepanjang proses pemulihan," pujuk Aisyah cuba menyakinkan ibunya.

"Habis tu, rumah kita kat sini macam mana?" tanya ibu.

"Along stay kat sini. Sebab kita masih perlu duit untuk belanja dan kos rawatan ayah. So, Along akan cari kerja baru." Aisyah memberikan penjelasan lanjut.

"Kalau macam tu, biar je lah kita rawat ayah kat sini." Ibu cuba membahas.

"Haah. Kenapa nak kena balik kampung pula?" sampuk Angah.

"Tapi suasana kampung lebih tenang, lebih baik untuk proses penyembuhan. Maybe ayah dapat membaik lagi cepat kat sana," pujuk Aisyah lagi.

"Betul juga. Mungkin ayah akan lebih senang dengan suasana kampung," ujar ibu yang mula yakin dengan pujukan Aisyah itu saat mengenangkan asal mereka yang sememangnya orang kampung sebelum berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.

Malah, ibu turut terkenang akan hasrat ayah yang telah lama ingin kembali ke kampung sejak dia bersara tahun lalu namun tertangguh disebabkan menguruskan perancangan perkahwinan anak sulung mereka itu.

"Okeylah macam tu. Kita balik kampung." Akhirnya ibu bersetuju dengan cadangan Aisyah itu selepas mengambil kira hasrat lama suaminya itu.

"Lagipun, rumah arwah nenek tu, dah lama kosong. Nanti ibu suruh Mak Lang kau, tolong bersihkan rumah tu." Ibu yang teringat akan rumah arwah emaknya yang telah lama ditinggalkan sejak orang tua itu meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Keesokan hari, ayah telah dibenarkan keluar dari wad. Hakim dan Amir datang membantu Aisyah dan keluarganya selain itu turut melawat ayah untuk kali terakhir sebelum mereka pulang ke kampung.

"Eh, Hakim dan Amirpun datang." Ibu teruja melihat dua sahabat Aisyah itu turut datang membantu.

"Mestilah, Aunty. Kami datang nak tolong semampu yang kami boleh," ujar Amir yang senang hati dapat membantu mereka serba-serbi.

Mereka membantu mengangkat ayah duduk di kerusi roda.

Selepas segala urusan selesai, mereka beransur keluar dari hospital. Hakim menawarkan diri untuk memandukan mereka ke kampung Aisyah maka dia berlalu terlebih dahulu ke parkir kereta untuk memandu kereta ke pintu utama hospital. Dr. Faridz menghantar mereka sehingga pintu masuk hospital.

Sambil menunggu kereta tiba, mereka berbual dan saling mengingatkan antara satu sama lain untuk saling berhubung kelak. Dr. Faridz turut memperingatkan Aisyah mengenai keadaan ayahnya dan temu janji rawatan lanjutan yang telah ditetapkan.

Amir meminggirkan dirinya ke kawasan terpencil di ruang legar itu selepas telefon bimbitnya berdering. Selepas beberapa detik dia berbual di talian, Amir meminta diri terlebih dahulu kerana dia mempunyai urusan yang penting yang perlu ditanganinya segera. Sebuah kereta menjemputnya di pintu utama. Aisyah dan keluarganya sangat menghargai kehadiran Amir pada hari itu dan dengan senang hati membiarkan dia pergi. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka hanya mampu melambai pemergian Amir itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C18
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login