Download App
25.53% Love Between Choices / Chapter 12: Bah. 5 : Pasang surut kehidupan

Chapter 12: Bah. 5 : Pasang surut kehidupan

Kemudian, mereka melawat Pantai Sanur untuk menikmati pemandangan petang sambil bersiar-siar sepanjang pantai itu. Mereka berjalan menyusuri pantai. Aisyah mula berasa jengkel berjalan dengan seliparnya di atas pasir pantai itu lalu menanggalkannya dan berjalan dengan berkaki ayam.

Amir dan Hakim turut melakukan perkara yang sama. Aisyah mendekati gigi air dan menghambur air laut dengan kedua-dua tangannya kepada mereka. Mereka dapat merasakan kedinginan air laut yang memercik kepada mereka menyentuh kulit mereka. Mereka cuba memberikan serangan balas namun Aisyah berjaya meloloskan diri.

Aisyah berlari sepanjang pantai. Amir dan Hakim saling bergilir memanggil nama Aisyah sambil mengejar dia. Mereka kemengahan dan Aisyah masih bertenaga untuk mengusik mereka berdua. Amir tidak dapat menahan geramnya dan tidak berputus asa untuk membalas usikan Aisyah itu.

Dia bermain helah dan saat Aisyah tidak sedar, tangannya direnggut oleh Amir. Aisyah yang terkejut segera mencapai tangan Hakim untuk menapatkan bantuan. Mereka saling bergurau-senda antara satu sama lain.

Selepas penat bermain, mereka duduk di atas pasir pantai sambil menatapi pemandangan laut yang luas terhampar di hadapan mereka. Mereka tiba-tiba serentak mengeluh selepas seketika termenung. Selepas mendengar keluhan antara satu sama lain, mereka memandang antara satu sama lain.

"Dah kenapa, semua mengeluh ni?" soal Aisyah.

Amir mengeluh lagi lalu mengomel, "Entahlah. Terkadang aku berfikir, jadi dewasa, kita patut bebas dari kawalan orang lain. Tapi ia tak semudah yang disangka."

"Yang kau, kenapa mengeluh?" soal Hakim pula kepada Aisyah.

"Hidup ni ada macam-macam pilihan. Tapi aku tak tahu pilihan yang mana aku patut buat?" comel Aisyah sambi merenung horizon antara langit dan lautan.

"Tak payah fikir panjang. Pilih je mana-mana," sampuk Amir.

"Sebab kalau kau fikir lama-lamapun, buat sakit kepala je. So, pilih je mana-mana. Silap, kita belajar. Jangan sesali sebaliknya goes on. Simple," sambung Amir lagi.

"That's how your life goes on. But not mine," balas Aisyah.

"Apa yang Amir katakan tu ada benar. Lebih baik berserah pada takdir daripada pening-pening kepala fikir, pilihan yang mana yang tepat atau terbaik?! Life is short," sampuk Hakim pula.

"Pilihan yang terbaik adalah yang ditentukan oleh hati kita sendiri. Jangan ikutkan ketentuan yang orang lain tetapkan mahupun menetapkan pilihan kita yang terbaik untuk orang lain sebab ia hanya menyeksa kedua-dua pihak tanpa bahagia." Amir berkata.

Kata-katanya itu mempunyai maksud yang mendalam seolah-olah lahir dari kekesalannya sendiri. Dia menatapi pemandangan di hadapannya yang seolah melihat sebahagian memori kehidupannya bermain di fikirannya ketika itu.

Mereka terdiam dan terbuai akan fikiran masing-masing.

Selepas seketika, cahaya matahari petang semakin mengufuk ke barat. Mereka beransur kembali ke kereta sambil membincangkan perkara yang mereka ingin lakukan seterusnya dan mereka memutuskan untuk mendapatkan makan malam kerana perut mereka sudah kelaparan.

Kereta mereka mula meluncur di jalan raya. Mereka melalui Pantai Matahari di Denpasar dan dapat melihat matahari terbenam dalam perjalanan mereka menuju ke sebuah restoran untuk makan malam. Hakim memberhentikan kereta di sisi jalan untuk menikmati seketika pemandangan itu.

"Wei, jom selfie sama-sama. Kita tak pernah ambil gambar bertiga," ajak Amir.

"Okey," balas Aisyah kemudian diikuti oleh Hakim.

Amir menangkap gambar sua muka dengan telefon pintar. Selepas beberapa kali kelipan, dia memeriksa gambar-gambar itu.

"Nak aku send kat Telegram kalian, ke?" soal Amir mendapatkan kepastian.

"Okey," jawab Hakim selamba kerana dia dan Amir sebelum ini telah saling bertukar nombor telefon.

"Aisyah? Nombor kau?" tanya Amir saat menyedari dia tidak mempunyai nombor telefon untuknya berkongsi gambar-gambar itu.

"Mana phone kau?" soal Amir lagi ketika perasan Aisyah tidak memegang sebarang telefon bimbit.

"Haah. Akupun tak ada nombor kau. And aku tak pernah nampak kau guna phone selama beberapa hari ni." Hakim turut kehairanan menyedari perkara tersebut.

"Aku tinggalkan kat bilik aku." Aisyah menjawab persoalan itu dengan bersahaja. Dia menyembunyikan kenyataan bahawa dia dengan sengaja meninggalkan telefon bimbitnya kerana ingin memutuskan segala bentuk komunikasi dengan dunia luar dan keluarga untuk sementara waktu sepanjang dia bercuti di Bali itu.

"Okey. Bagi je nombor kau dulu." Amir memberikan arahan.

Aisyah menurut sahaja tanpa membahas. Kemudian, mereka menyambung perjalanan mereka.

Selepas selesai makan malam, mereka memulakan perjalanan pulang ke resort mereka di Kuta. Amir mengalih alih tugas Hakim dan memandu untuk perjalanan itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C12
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login