Download App
92.98% Oh My Crush / Chapter 53: Chapter 53 : Serumah Sama

Chapter 53: Chapter 53 : Serumah Sama

Dua minggu selepas itu.

Secawan air coklat cadburry Bersama marshmallow yang masih panas Seth letak perlahan di atas meja ruang tamu kemudia dia ke dapur semula. Naera yang baru sahaja turun dari tingkat atas mengambil tempat di sofa. Seth kembali semula ke ruang tamu Bersama semangkuk kerepek kentang perisa hot spicy dan juga aiskrim KitKat vanilla honey bee. Senagaj dia hendak cuba perisabaru ni walaupun padahakikatnya Seth tidak menyukai rasa vanilla.

Seth duduk di sofa berhadapan dengan Tv, dalam erti kata lain di sofa yang sama dengan Naera. Kalau hendak difikirkan semula, Seth tidak pernah menyangka akan kenyataan yang dia akan berduaan dengan Naera seperti ini. Selama lapan tahun dahulu dia hanya terfikirkan saja mengenai kehadiran Naera ke dalam hidupnya saja.

Ya, sejak seminggu yang lepas, Naera sudahpun duduk serumah dengan Seth setelah Seth dapat tahu isu Naera dan Kade. Dia tahupun sebab pengintipnya beritahu Naera menginap di hotel budjet lepas keluar dari apartment mereka. Khuatir sekiranya sesuatu terjadi, itu yang Seth mengajak Naera untuk duduk Bersama di apartment Bersama dengan Sylas. Meriah la sikit penthouse ni dengan suara Naera sejak itu.

And...sejak hari tu juga Naera tidak lagi bekerja atau libatkan diri dengan Kade atau syarikat Caldwell. Gadis itu ambil keputusan untuk lapangkan fikiran sebelum memulakan rancangannya untuk selesaikan masalah keluarganya dan bersihkan nama baik keluarganya. Dan sepanjang masa ini Naera belum beritahu Seth mengenai rancangannya itu.

Penutup aiskrim Seth buka dengan cermat. Dia yang lihat Naera sedang khusyuk menonton drama series Netflix Sysphus. Kalau dia tukar siaran agak-agak menyinga tak Naera? Tapi itu la sekalipun dia nak tujar, alat kawalan ada pada gadis itu,

"Minumlah hot chocolate tu...sejuk nanti tak sedap pula.."pelawat Seth memecah kesunyian antara mereka berdua.

Naera memandang ke arah cawan di atas meja lalu memandang ke arah Seth.

"Kenapa?"soal Seth dengan kening terangkat tidak faham.

"Kenapa hot chocolate untuk saya, tapi aiskrim untuk awak?"soal Naera dengan kening berkerut tidak puas hati. Adakah ke!Yang sedap je Seth amik...dia hah!

Seth tersengih nakal. "Saja. Lagipun aiskrim ni saya beli semalam. Kalau tak makan sekarang bila lagi?"jawabnya. Satu suapan telah pun masuk ke dalam mulutnya. Pandangan dia tertumpa pada televisyen.

"Macam inilah, saya tak rasa macam nak minum hot chocolate...Kita tukarlah.."ujar Naera yang sudah mengesot rapat ke tepi Seth. Tangannya menggapai bekas aiskrim di tangan itu.

Membuatkan suapan kedua Seth terbantut. Dia pandang ke Naera. Kenapa confident sangat cik adik sorang ni?Tahu tak dia buat hot chocolate itu dengan sepenuh hati dan kasih sayang. Cawan hot chocolate di hadapannya di tolak ke arahnya. Sementara mangkuk aiskrim yang berada di tangan dia diambilnya.

"Lagipun awak bukannya suka vanilla.."sambung Naera bila Seth tidak memberi sebaeang respon.

Memanglah dia tak suka rasa vanilla, tapi tak bermakna dia tak akan makan. Suka hati je! Dahlah dia beli satu sebab nak rasa, Tak apa Seth...sabar...sabar. Eh!Mana Naera tahu dia tak suka Vanilla?

"Teringat saya tentang sushi tempoh hari.."sengih Seth semasa melihat Naera selamba menyuap aiskrim yang sepatutnya dia punya.

"Sushi?"Naera berkerut kening tidak faham.

Seth bawa kaki naik ke sofa lalu hadapkan badan ke Naera sambil menopang kepala pada headrest sofa. "Ha'ah...hari tu saya tersedar...macam mana awak tahu saya suka makan sushi..dan sekarang awak tahu saya memang tak suka vanilla?"katanya.

Naera berhenti dari menyuap aiskrim ke mulut apabila teringat akan perisitiwa di Di Clove lama hari itu."Oh..itu...of course la saya tahu"ujarnya dengan yakin."Awak kan crush saya...segala mengenai awak pasti la saya kenal"

Walaupun dia sedia maklum mengenai kenyataan itu, apabila mendengar sendiri dari mulut Naera, ianya buatkan dia berasa gembira dan senang. "Oh really?"soal Seth. "So kiranya awak ni stalker saya la?"

"Eh!Ada ke situ pulak.."Naera kembali menumpukan perhatiannya ke skrin televisyen. Sambil dia pandang skrin itu, dia tersengih. "Saya crush awak sejak tahun pertama saya di sekolah menengah. Sejak tu saya selalu update dan cari tahu mengenai awak dari pemerhatian dan juga tanya pada peminat awak yang lain...tapi saya setakat berani cari tahu saja...nak dekati awak segan."luahnya.

"Well...sekarang saya sudahpun jadi awak yang punya.."Seth depakan tangan dengan bangga sambil tersenyum.

Hal itu buatkan Naera ketawa. Dia palingkan kepala memandang Seth. Renungan penuh kasih jelas terpancar dari balik matanya. Tetapi senyuman sedih terukir di bibirnya. Ya, hati Seth milik dia tetapi jasad lelaki ini dimiliki ramai orang.

"Tentang hal tu...ada sesuatu yang saya nak awak tahu, Seth."mula Naera yang teringat akan rancangan dia.

Reaksi ceria Seth terus berubah sesaat kemudian apabila Naera berkata begitu. "Tentang apa?"soalnya berasa tidak sedap hati tiba-tiba.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C53
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login