Download App
91.46% Damon Revenge / Chapter 75: 75.

Chapter 75: 75.

Lantas General Manager Mateo kembali memandang ke depan. Menghadap mereka semua dan dekatkan mulut pada mikrofon tu lantas berucap.

"Saya Mateo Nestor, General Manager Haider Enterprise...mengalukan Presiden dan CEO baru Syarikat Vidmizir....Haider Zacharia selaku presiden dan anak beliau Damon Blaze selaku CEO..."lafaznya.

Seakan baru mendengar sesuatu yang buruk semua orang di situ bangun dengan terkejut. Kepala-kepala yang ada di situ berpaling ke arah pintu masuk ruangan sidang tersebut.

Dua orang pengawal tadi anjak ke tepi memegang daun pintu sewaktu dua beranak itu gerak masuk ke dalam.

Muncul lelaki lampai yang segak menyisir rambut hitam berkilat dedahkan dahi berdiri di sebelah seorang lagi yang turut hampir sama feature seakan klon. Hanya berbeza versi. Seorang muda. Seorang lagi sudah berusia.

Sambil menahan nafas takut masing-masing, mereka semua pandang dengan kening terangkat tinggi ke dua lelaki tu.

General Manager Mateo berucap. "Bagi siapa yang belum mengetahui, Tuan Haider Zacharia merupakan pengasas pertama Syarikat Vidmizir selama 30 tahun beliau menceburi bidang perniagaan ini. Sehingga la beliau alami kemalangan dan buatkan kuasa beliau dirampas dan digantikan dengan sahabat baik beliau sendiri."

Mereka yang terlibat dalam penyingkiran Haider sudah pucat lesi di situ. Tidak menyangka yang mereka akan berjumpa dengan lelaki ini sekali lagi. Ramai berfikir Haider sudah mati, sakit teruk la, koma la. Bagaimana lelaki ni boleh berdiri tegak seakan tiada apa-apa yang berlaku.

"Selamat siang semua."sapa Haider sewaktu Damon tarik kerusi dia ke belakang untuk beri ruang dia duduk di situ.

Mereka di situ kerling ke anak muda di samping Haider dengan kening berkerut.

"Kau anak dia?Jadi selama ni kau berpura-lura jadi orang lain?Untuk apa?"tunding mereka pada anak lelaki Haider yang biasa mereka nampak bercermin mata dan kelihatan kolot. Rupa-rupanya hanya menyamar!

Sambil menarik sengih meleret, Damon Blaze

a.k.a Mateo Nestor pandang mereka semua di situ.

"Suprise."sebut Damon dengan nada ceria jahat dia. "Macam mana? Okay tak?"soal dia.

Haider hanya duduk sandar tegak ke belakang dengan wajah senang hatinya.

General Manager Mateo serahkan mikrofon pada tuan mudanya sebelum berdiri di situ dengan tangan di belakang badan.

"Apa kata kita flashback balik?"aju Damon pada mikrofon tu. Buatkan suara dalam yang menenangkan hati bila mendengar berkumandang dalam bilik sidang tu.

Sambil Damon bercakap, dia mula berjalan mengelilingi meja. Dia pegang setiap kerusi yang di duduki oleh mereka satu persatu. "Apa yang berlaku sebenarnya dekat sini sebelum kita buat penutup?"

Mereka semua mematai langkah Damon dengan renungan takut.

"Suatu hari, di hari yang indah..datangnya seorang lelaki dalam hidup kau orang. Ajukan idea untuk bekerjasama dengan dia sama-sama majukan diri. Maka hidup harmoni la selama beberapa tahun sebelum orang-orang tertentu ni muncuk dan hasut fikiran kau orang semua. Rasanya siapa ya?"

Tersedak mereka dengan air liur sendiri mendengarkannya.

"Yes...betul...10 orang yang kau orang sibuk bincangkan tadi...hanya kerana 10 orang tu kau orang semua berani-berani lawan dan tikam belakang orang yang dah bantu kau orang hidup dan bina kerjaya. Sebaliknya apa yang dia dapat? Hanya sakit...kan papa?"Damon pandang Haider.

Haider hanya menarik senyuman nipis di bibir pucatnya.

"Dan sekarang...mari la saksikan beramai-ramai kejatuhan kalian semua.."Damon ajukan tangan ke skrin putih yang terbentang luas depan bilik sidang tu.

Dengan serentak semua kepala berpaling ke skrin tersebut.

Cahaya projektor memancar skrin tersebut dan mula memaparkan berita dan artikel yang banyak dalam masa yang sama.

Berita itu mengenai syarikat-syarikat yang dimiliki 35 orang pelabur di situ yang sedamg di sita dengan jabatan kutipan hasil dan cukai negara. Damon dan pasukan dia telah cipta satu penyumbanglewengan syarikat secara besar-besaran.

Bersama bukti yang betul dan bukti yang direka se real yang mungkin, 35 syarikat ini telah dituduh kerana memberi rasuah dan elak membayar cukai. Dengan itu setiap pemilik syarikat ini bakal di hadapkan ke mahkmah.

Selama yang boleh memandangkan Damon telah set up pelan penganiayaan besar-besar, ianya akan ambil masa yang sangat lama untuk disiasat. Mungkin berbulan...mungkin bertahun. Siapa tahu..

"Apa yang berlaku?Adakah semua ni benar?"

"Tak nampak ke...tengok la berita tu. Tengah live lagi tu.."tunjuk Damon.

"Tak mungkin..semua ni tak mungkin terjadi..!" teriak mereka di situ dengan cemas.

"Nafikan sebanyak mana yang kau orang nak..sebab nasib kau ada berakhir di belakang jerisi besi."

"Kalau kau humban kita orang keluar dari syarikat ni...siapa yang akan jadi pelabur dalam syarikat ni?"soal seorang dari mereka pada Damon.

Ingat tentang klien dan pelabur yang tarik dulu hari tu?Mereka sekarang berpihak pada Damon. Kira-kira 20 orang dari mereka. Jadi tiada masalah untuk syarikat Vidmizir berdiri sekiranya 35 orang ini tiada.

"Trust me...you no need to worry. The one that you should worry is yourself.."Damon palingkan kepala ke Mateo, general manager dia. "Arahkan mereka masuk."

Dengan patuh general manager Mateo angguk dan bergerak ke arah pintu. Buka saja pintu tu, berduyun-duyun pegawai polis dan pegawai dari jabatan cukai negera masuk. Tanpa berkata apa-apa mereka semua dapatkan setiap seorang pesalah dalam ruangan itu dan di gari.

"Tak semua ni salah...kami di fitnah..."

"Apa ni lepas la!"

"Haider...maafkan kami..tolong la.."

Gelut mereka semua di situ sambil di perhatikan oleh Damon, Haider dan Mateo.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C75
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login