Download App
58.53% Damon Revenge / Chapter 48: 48.

Chapter 48: 48.

Tiga jam penerbangan itu buatkan badan Xiana penat yang amat sangat. Disebabkan dia bangun tidur secara mengejut dan perbezaan zon waktu benar-benar makan dia. Masa dia bertolak dari lapangan terbang subuh, sampai situ malam. Mereka patah balik masa macam tu. Konsepnya macam ni, tempat Xiana hari jumaat, sementara tempat asal Mateo khamis macam tu. Beza sehari walapun jarak tak jauh mana.

Sampai saja di airport Xiana dan tiga orang lelaki lampai tu disambut oleh pengawal keselamatan keluarga Mateo. Sebaik mereka di jemput, mereka di bawa terus ke hospital dimana ayah Mateo di tempatkan untuk menerima rawatan.

Disebabkan hanya ahli keluarga saja boleh masuk ke bilik rawatan pesakit pada malam tu, Xiana, Kian dan Ryan terpaksa tunggu dekat luar dengan reaksi masing-masing.

Xiana yang masih mengantuk tu duduk sebelah Ryan sambil sandarkan kepala di bahu lelaki tu.

Sementara Ryan sandar dekat dinding pejamkan mata sebab dia sendiri belum tidur sebab jaga Xiana untuk pastikan Xiana betul-betul tidur. Biasa jam 3 pagi baru boleh tidur . Masa nak tidur tu la Kian datang beritahu kejadian ni.

Sementara Kian hanya berdiri sandar termenung di dinding menghadap mereka berdua dengan tangan berada di poket kot yang dipakai.

Keluhan letih dilepaskan oleh Xiana sebelum dia buka mata tanpa alihkan kepala dari bahu Ryan. Sakitnya kepala dia!

"Tenat sangat ke papa Mateo?"bisik dia dengan perlahan.

Mata Kian bergerak memandang Xiana. Lelaki tu masih statik tak bergerak seinci pun.

Ryan yang dengar membuka mata lalu termenung memandang dinding di depannya. "Dia koma tak sedarkan diri...hanya alat bantuan pernafasan je yang bantu dia untuk terus bernafas selama ni."

"Macam mana kemalangan tu berlaku?"Xiana angkat kepala dia dari bahu Ryan lalu dongak memandang ke tepi muka lelaki tu.

Kian kedipkan mata sebelum tundukkan kepala memandang ke lantai sebelum bersuara. "Tuan Haider korbankan diri dia untuk selamatkan Puan Aisya."

Kepala Xiana tersentak ke Kian lepas lelaki tu bersuara buat pertama kali sejak penerbangan mereka.

"Masa tu kereta tu dah nak jatuh ke tebing, tuan Haider tanpa buang masa keluarkan Puan Aisya terlebih dahulu...masa dia nak keluar, kereta tu tergolek masuk ke tebing waktu tu jugak...masa tu Tuan Mateo tak tahu...dua hari lepas kejadian baru la kami berani nak maklumkan dekat dia. Sebab kejadian tu berlaku masa dia ambil exam..."

Tersentuh hati Xiana lepas dengar. Mesti Mateo sedih lepas dengar berita kemalangan tu. Sudahla lelaki tu satu-satunya anak. Kalau sesuatu terjadi pada orang tua dia mesti lelaki tu mental break down terus.

Kian angkat kepala lalu memandang Xiana sambil tersenyum nipis. "Nak tahu apa yang lagi menarik?"

Ryan pandang Kian dengan renungan ingin tahu. Dia bukannya lama kerja dengan Mateo. Baru tiga tahun macam tu, paling lama dekat sini Kian la yang dah jadi orang kanan Mateo selama enam tahun.

"Apa dia?"soal Xiana.

"Tuan Mateo tak pernah marah atau hilang rasional sepanjang peristiwa tu berlaku. Dia kekal tenang dan handle semuanya dengan matang seorang diri. Sehingga la sekarang, saya tak pernah nampak dia hilang rasionalitinya. Kekal tenang dan collected. Jarang saya jumpa orang macam Tuan Mateo." cerita Kian sambil senyum kepada Xiana.

Xiana ikut tersenyum bila Kian pandang dia. "Mesti dia seorang tuan yang baik pada awak semua kan?"

"You never know..."detus Ryan dengan perlahan.

"Kalau cik kenal lebih lama dengan Tuan Mateo...cik akan faham dia. Kalau baru-baru mungkin cik rasa dia seorang lelaki tak ada hati perut dan dingin. But trust me...all of that is his defences mechanism to protect his self from people who try to hurt him."jelas Kian. "Jadi cik...saya mintak...tolong jangan bencikan Tuan Mateo untuk apa yang dia dah buat pada cik..dia buat semua tu bersebab."

Ryan mengangguk kepala setuju. "Betul tu...cik patut percayakan dia lebih dari sesiapa dalam keadaan macam ni..."

Xiana pandang Ryan dan Kian silih ganti dengan muka tak pasti. Mendengar semua penjelasan itu buatkan Xiana tak tahu nak cakap apa. Yalah, bila di kenangkan balik apa yang Mateo dah buat, memang buat dia rasa sakit hati. Tapi lepas sakitkan hati dia, Mateo datang pujuk, Itu yang buatkan dia bingung sikit.

Tiba-tiba pintu bilik rawatan dekat sebelah Kian berdiri terbuka, muncul Mateo dengan wajah devastatednya berjalan keluar dari situ dan menyertai mereka dekat koridor tu.

Dengan serentak Xiana dan Ryan bangun menyambut kehadiran Mateo dan berdiri dekat dengan lelaki tu.

"Macam mana dengan papa awak?"soal Xiana masa pandang ambil berat pada Mateo.

Mateo pandang Xiana lalu angkat tangan menggosok tepi lengan itu lalu menarik senyuman nipis di bibir seperti terpaksa. "Aku tak rasa aku sempat rampas syarikat tu dalam masa terdekat ni.."ujarnya semasa pandang Xiana.

Kian dan Ryan tundukkan kepala lepas dengar berita buruk itu. Nak buat macam mana, dah bertahun lamanya Tuan Haider mereka terlantar macam tu.

Xiana yang dengar pula tersenyum. "Saya rasa saya ada cara macam mana nak dapatkan syarikat tu secepat mungkin..."

Serentak ketiga-tiga pasang mata di situ pandang terkejut ke Xiana.

"Dan saya harap awak semua sedia nak dengar apa yang bakal saya katakan nanti.."Xiana tarik senyuman kekok di bibir bila teringat tentang apa yang dia dengar dalam toilet tiga hari lepas.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C48
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login