Download App
39.02% Damon Revenge / Chapter 32: 32.

Chapter 32: 32.

Selepas sehari Xiana sedarkan diri, Xiana di minta untuk menghadap ke mahkamah untuk sidang akan kes Danish yang telah menyerang dan cubaan membunuh dia.

Selepas dua jam persidangan di jalankan, Danish di sabit kesalahan di atas penyalahgunaan dadah di bawah akta dadah dan racun, selain itu Danish turut disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh dan mencederakan. Yang memberatkan lagi hukuman itu setelah Danish di sabit kesalahan kerana cubaan meragut dan merompak. Dengan itu tiga kali ketukan di berikan oleh hakim, secara rasmi Danish di penjarakan selama lima tahun.

"Tidak! Anak ibu...."raung Ibu Xiana dengan sedih di dalam kandang saksi. "Danish!"raung ibu Xiana lagi sambil angkat tangan ke arah Danish yang dibawa keluar melalui pintu belakang.

Xiana yang perhatikan sudah menangis tersedu-sedu. Dia nak dekat tapi dihalang oleh dua orang lelaki yang diarahkan untuk mengawal dia sepanjang proses sidang itu diadakan. Mateo tak ada sebab lelaki tu perlu hadiri meeting di syarikat.

Lepas Danish hilang dari pandangan, Ibu Xiana terus pandang benci ke Xiana dengan bengis.

"Kau!"tunding dia dengan marah. "Anak tak guna! Kakak jenis apa kau sumbat adik sendiri dalam penjara! Bapak sendiri kau tak sanggup bela...inikan adik kau humban jugak!"terkam Ibu Xiana ke arah Xiana tapi tak dapat nak dekat sebab di halang oleh seorang dari lelaki yang mengiringi Xiana.

Bersama mimik muka sedihnya, Xiana menggeleng kepala menafikan tuduhan ibunya. Bukan niat dia untuk biarkan hal jadi rumit seperti ini!

"Ibu maafkan Ana.."sebut Xiana dengan sedih.

"Dia tikam kau tak mati pun! Tak mati! Kau tak kesian ke dengan adik kau tu!"jerit Ibu Xiana dengan lantang. "Warghhhhh...anak aku.." raung dia sambil dongak ke atas dengan trauma. "Apa la nasib aku!!"ibu Xiana tepuk dada berkali-kali.

Xiana bergelut hendak lepaskan diri dia dari pelukan lelaki di sebelahnya. Mahu dekati ibu dia dan melutut pada wanita itu untuk maafkan dia. Tapi setiap pergerakan dia berjaya di hentikan.

"Ibu jangan la macam ni.."rayu Xiana. "Maafkan Ana..."dia tak boleh buat apa-apa memandangkan bukti dan rekod jenayah yang di lakukan oleh Danish jelas-jelas tunjukkan adik dia bersalah. Sekalipun dia mohon untuk ringankan hukuman, mahkamah tak benarkan. Dia pandang lelaki di sebelahnya dengan renungan terdesak. Keningnya berkerut sedih. "Awak tolong la..benarkan saya dekati ibu saya..."minta dia.

Kian pandang Xiana dengan renungan serba salah. Dia nak, tapi mengenangkan arahan Mateo jelas-jelas beritahu untuk larang Xiana dari dekati mana-mana ahli keluarga Xiana, Kian tak boleh buat apa-apa. Dia sendiri tidak mahu Xiana dekati sesiapa termasuk ahli keluarga Xiana bila mengenangkan kejadian yang menimpa wanita itu.

"Maafkan saya cik..."ucap Kian dengan nada perlahan tanpa melepaskan Xiana.

"Kau bukan anak aku lagi. Mulai hari ni...aku mengaku kau bukan lagi anak aku. Apa nak jadi dengan kau. Jadi la. Hidup mati kau takkan lagi aku peduli. Pergi la kau mereput sendiri! Jangan cari aku lagi sebab aku takkan mengaku kau darah daging aku sampai aku mati!"sumpah ibu Xiana. "Sanggup kau buat anak aku macam ni! Binatang pun ada hati perut la."teriak ibu Xiana semasa dia dipaksa keluar dari situ.

Bagai hendak apa, bergelut Xiana dekat situ mahu lepas dari kekangan Kian. Lengan sasa di perutnya ditolak ke bawah dengan sekuat hati tetapi tiada gunanya.

"Ibu...maafkan Ana!"Xiana gapai tangan dia hendak dekati ibunya, namun pelukan pada badan dia terhadkan pergerakan dia. "Tolong la lepaskan saya...awak...sesiapa tolong la.."rayu Xiana di balik kekangan mereka.

Lalu muncul lelaki kedua di depan Xiana. Dengan tenang dia bersuara depan muka Xiana. "Tuan Mateo tunggu di luar...kita kena pergi sekarang cik.." beritahunya.

Xiana menggeleng kepala. Nafasnya naik turun kepenatan. "Tak..saya nak jumpa ibu saya...awak tolong la...beritahu dekat Mateo saya nak jumpa ibu saya..."rayu Xiana sambil cengkam kain baju lelaki di depan dia dengan terdesak sekali.

Kian pandang belakang kepala Xiana dengan kening berkerut.

"Maafkan kami Xiana... "

Kepala Xiana jatuh ke bawah tiada semangat. Tangannya melurut turun dari cengkamannya pada baju lelaki di depannya tadi.

Tanpa hiraukan rayuan itu mereka bawa Xiana keluar dari bilik sidang itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C32
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login