Download App
30.48% Damon Revenge / Chapter 25: 25.

Chapter 25: 25.

Lepas apa yang berlaku dan dengar, renungan dia terhadap lelaki di depannya sudah berlainan. Tiada lagi perasaan kasih mahupun cinta terhadap lelaki ni. Apa yang ada hanya perasaan kecewa dan patah hati saja.

"Kenapa termenung je...makan la."pelawa Isaac pada Xiana.

Mata Xiana tunduk memandang makanan di pinggan dia dengan renungan tak berminat sebelum pandang Isaac. "Macam mana kerja awak?Adakah semuanya baik-baik?"soal dia.

Sambil mengunyah Isaac pandang Xiana lantas tersenyum. "Okay...macam mana dengan sayang?Semuanya okay?Saya dengar company awak terima projek lagi.."ujar dia sebelum tunduk memandang makanannya semula.

Tangan Xiana naik memegang kaki gelas berisi jus orennya lalu di pusing-pusing gelas itu dengan tidak berminat. "Ha'ah...katanya projek ni bernilai 10 juta..untuk tu syarikat saya akan jual saham mereka dua hari sebelum projek tu di lancarkan.."maklum Xiana.

Tersentak terus kepala Isaac lepas dengar. Lelaki tu pandang Xiana dengan mata terbutang luas. "Serius?Banyak tu...dia orang akan jual saham tu terus?"

Xiana gerakkan mata dia dari kaki gelas tadi ke Isaac lantas memberi senyuman mesra terpaksa dia. "Ya...hebatkan?"

"Sudah tentu...kerja di syarikat bagus macam tu mesti la hebat..taniah la kalau begitu sayang.."Isaac capai tangan kanan Xiana lalu diramas lembut.

Serta merta mata Xiana gerak memandang tangan Isaac. Serta merta perasaan jijik menerpa perut dia. Terus kembang tekak dia rasa hendak termuntah. "Lama saya tak dengar cerita mengenai Elissa...apa khabar agaknya dia kan.."acah-acah hendak capai garfu, dia tarik tangan dia dari sentuhan Isaac.

"Biasa la sibuk dengan rekaan dia la tu.." jawab Isaac dengan bersahaja. "Macam la sayang tak kenal kawan sayang tu macam mana?"

Xiana yang dengar hanya menarik senyuman kelat sebelum capai gelas berkaki lalu sisip sedikit air kosong di dalamnya. Sambil itu dia pandang ke meja baris kedua paling hujung dekat depannya. Di situ duduknya Mateo enak menjamu selera. Sementara dia dekat depan Isaac...makan hati.

"Terima kasih untuk makan malamnya sayang...lain kali Bie pulak yang belanja ya." ucap Isaac semasa memandang terima kasih kepada Xiana.

Terus sebak Xiana lepas tengok senyuman tu. Betapa berharapnya dia kalau senyuman itu benar-benar ikhlas dan jujur.Dia berharap sangat apa yang sedang berlaku ni benar bukan lakonan semata. Kenapa Isaac sampai hati buat dia macam ni?

"Sorry...I need to go toilet.."pamit Xiana yang bangun dari situ sambil capai purse bersama.

"Oh..okay."angguk Isaac sambil menyisip wain merahnya.

Membelakangkan saja Isaac, air mata terus turun berjuraian di pipi Xiana. Perasaan sedih dan kecewa dia tu dah tak boleh nak dibendung lagi. Dengan bersusah payah, Xiana loloskan diri dari ruangan makan itu ke koridor yang membawa dia keluar dari situ. Tersedu-sedu, dia pegang dinding tu sambil berjalan.

Sesak betul dada dia masa ni!

FLOP!

Terduduk Xiana dekat lantai berkarpet permaidani di situ bila kasut tumit yang dipakai buatkan dia terpelecok dekat situ.

Dia tak boleh buat semua ni!

Dia tak boleh!

Tersedu sedan hendak dapatkan nafas, Xiana tunduk tercungap-cungap sambil tumbuk dadanya sendirian di situ.

Pada masa itu juga la tangan muncul lalu memeluk belakang bahu Xiana sebelum dibawa tubuh Xiana rapat ke dalam pelukan. Dengan erat tangan itu memegang belakang kepala yang bersanggul kemas.

Xiana menangis tanpa suara di atas bahu tu. "Sa-saya tak-..uhuk!"sedu Xiana sampai tak boleh nak cakap dengan betul.

"Shh...jangan menangis...atau kau akan rosakkan semuanya.."pujuk Mateo sambil usap belakang badan Xiana.

Xiana tolak diri dia jauh dari bahu Mateo lalu memandang marah ke Mateo. "Awak cakap senang la..saya yang hadap semua ni.."sedu Xiana sambil bercakap.

Mata Mateo bergerak-gerak sewaktu menilik wajah sedih Xiana sebelum tersenyum. "Kau pernah dengar, no pain no gain...anggap je la ni sebahagian dari bayaran untuk apa dia dah buat pada kau...sekejap je..lepas tu kau boleh enjoy tengok dia sakit.."air mata di pipi Xiana di seka dengan ibu jarinya. "Stop crying...chin up. And face him like nothing happen."pesan Mateo.

Terkedip mata Xiana masa pandang wajah handsome Mateo. Lelaki ni sememangnya sadis.

"Fine...lepas ni tolong jangan suruh saya jumpa dia lagi.."Xiana bangunkan diri dia dari lantai itu.

Mateo pegang lengan Xiana pada masa yang sama sewaktu berdiri. "Sure..."

Xiana seka air mata dari pipi dengan muka merajuknya semasa tunduk membetulkan kedutan pada dinner dress lalu angkat kepala memandang Mateo. "Teruk sangat ke muka saya?"

Mateo tolong kemaskan sikit rambut Xiana lalu buat thumbs up. "Good to go...cuma mata tu je merah sikit.."

Xiana gerak semula ke pintu masuk restoran tadi sambil toleh ke belakang memandang Mateo.

Mateo hanya berdiri di situ memerhati langkah Xiana sehingga la wanita itu masuk ke dalam.

Satu je langkah lagi. Lepas tu BOOM! Isaac dan keluarga lelaki tu akan rebah menyembah tanah. Lepas ni kurang seorang la  pesaing dia.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C25
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login