Download App
61.53% MY LITTLE PRINCESS / Chapter 24: BAB DUA PULUH EMPAT

Chapter 24: BAB DUA PULUH EMPAT

Rumah Uncle Zahirman meriah dengan kunjungan sanak saudara yang hadir, meraikan majlis perkahwinan Shakira dan juga Hakimi. Jiran tetangga turut di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Rumah keluarga Shakira penuh sesak dengan kehadiran para tetamu jemputan mereka.

Vee sendiri sudah seminggu duduk bermalam di rumah Shakira. Dia turut membantu apa - apa yang patut bagi melancarkan majlis bersejarah temannya itu dengan sebaik yang mungkin. Awal pagi tadi dia sibuk membantu ibu Shakira, Puan Zulaika menyiapkan hidangan kuih - muih untuk para tamu.

Pukul sepuluh pagi pula, dia menjenguk ke kediaman pengantin lelaki untuk melihat persiapan yang di buat di sana bagi pihak Shakira. Namun tidak lama selepas itu, Ariel menghubunginya dan mengajaknya untuk bertemu. Ingatkan Ariel sudah pun berada di rumah Hakimi. Rupa - rupanya lelaki itu terlupa dengan majlis teman baiknya sendiri.

Bila Vee cuba menelefon talian telefon bimbitnya, talian itu senentiasa sibuk dan sukar untuk di hubungi. Malah telefon rumah lelaki itu juga sunyi tanpa jawaban. Menurut Hakimi keluarga Ariel berada di UK, menguruskan hal berkaitan pendaftaran Ery Saffiyah di sana. Pak Jak pula balik bercuti ke kampung. Bibik pula sibuk entah ke mana, sementara Ariel sendiri berada di Australia menguruskan urusan perniagaannya.

Vee sendiri kurang pasti dengan keadaan rumah Ariel, memandangkan dia sudah seminggu duduk berkampung di rumah Shakira. Papa dengan mama berada di Pulau Pangkor. Mereka tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Shakira dengan Hakimi kerana papa sedang melawat salah seorang dari keluarga pekerjanya yang baru sahaja kehilangan anak dalam kemalangan jalanraya baru - baru ini. Tiba di perkarangan rumah Shakira, Vee terus berlalu ke bilik pengantin perempuan.

"Vee, aku nervous lah…" Shakira yang sudah siap di hias cantik, berjalan mundar - mandir di dalam bilik pengantin.

"Calm down, Shak. Tarik nafas dalam - dalam, hembus… tarik..... aku tahu kau boleh. Jangan di layan sangat perasaan kau tu..."

"Cakap memanglah senang, Vee. Hari ni tak sama macam dengan hari - hari yang pernah aku lalui dengan Kimi dulu, tau… hari inilah yang akan memulakan episod dan detik terbaru dalam hidup aku. Sebab itu aku resah macam ni" ujar Shakira masih lagi gelisah di tempat duduknya.

Dia tidak senang duduk. Tidak sampai sesaat dua, dia kembali mundar - mandir semula dan mengadu senak perut pula.

"Aku tidak nampak pun sebab untuk kau nervous sampai ke tahap macam ni? Bukannya orang tak pernah lihat engkau dengan Kimi jalan berdua pun sebelum inikan. So, kau tenang aje... buat macam biasa" ujar Vee selamba tanpa memikirkan perasaan Shakira yang sebenar ketika itu.

"Hoi, makcik! Ini bukan soal first date atau hari - hari yang kami lalui bersama sebelum ni... today is different than those days!" ujar Shakira seraya bercekak pinggang, geram di hadapan Vee yang tersenyum manis padanya.

"Dah tu?"

"Kau takkan faham apa yang aku sedang rasa sekarang ni, Vee. Melainkan kau berada dekat tempat aku …" Vee jungkit bahu.

Dia tahu itu, dan sebab itu jugalah dia bercakap begitu dengan Shakira bagi melegakan sedikit perasaan gemuruhnya sendiri. Biarpun bukan dia yang akan melalui hari itu, tapi dia tidak dapat menolak perasaan gelisah dan gemuruhnya juga. Dia dapat membayangkan dirinya di tempat Shakira. Cuma dia tidak memperlihatkannya secara nyata di hadapan temannya itu.

"When you get married someday, you'll understand the feeling itself... perasaan yang kau sukar nak jelaskan dengan kata - kata... Rasa macam nak menangis pun ada, happy pun ada. Gemuruh dan gementar, tak payah nak cakap lagilah macam mana... The feeling is so different and is like everything is blend in together and..."

"And boom! You look lost and blank..." dahi Shakira berkerut. Vee kuntum senyuman manis dan lebar.

Vee...

bila kau lalui saat macam aku lalui sekarang ni... pasti kau akan faham dan mengerti, kenapa aku berperangai macam ni... Detik hati Shakira.

"Sudahlah, Shak. Tak payah serabutkan kepala kau tu. Smile and take a deep breath. A minute from now, you'll be someone's wife! I'm happy to share this moment with you..." ujar Vee sambil memeluk Shakira erat.

"Thanks,Vee. Aku pun gembira juga sebab kau ada, temani aku sepanjang majlis ini di buat dan berlangsung. Aku gembira dapat kongsi saat - saat macam ni dengan kau!… So... kau dengan Ariel bila lagi? Takkan kau nak terus bertunang dengan dia kot? Aku tak nampak pun batang hidung boyfriend engkau dan juga girlfriend dia. Apa lagi yang korang tunggu, kahwin ajelah. Korang pun sudah lama bertunang" ujar Shakira panjang lebar.

Dia mahu Vee bahagia bersama dengan Ariel. Dia yakin kedua temannya itu punyai banyak persamaan dan amat secocok untuk bersama.

"Ini bukan soal gf atau bf sesiapa yang muncul dulu, Shak. Masalahnya sekarang ni, dia cintakan akukah? Aku sendiri pun masih was - was lagi dengan perasaan aku sendiri... Bagi aku, perkahwinan itu cuma sekali seumur hidup. Aku tak nak berkahwin bagai nak rak, tapi tidak sampai setahun dua sudah bercerai - berai. Kalau macam itulah keadaannya, aku tidak kahwin terus pun tidak apa" ujar Vee panjang sambil melepaskan keluhan beratnya.

"Aku rasa aku faham maksud engkau tu, Vee. Ariel ada cakap apa - apa tentang pertunangan korang berdua selama ni?"

"Sebelum aku datang tadi, dia ada ajak aku keluar sekejap..."

"And?..."

"Tak ada yang menarik pun. Dia buat aku geram dengan dia adalah! Cuma sekarang ni, dia sudah pandai nak flirt dengan aku… pelik juga tengok dia, jiwa - jiwa macam itu tadi" Vee dan Shakira lantas berkongsi tawa semula.

Dulu bukan main lagi Ariel memujuknya dan sanggup bersetuju dengan apa sahaja syarat yang Vee kenakan dan berjanji tidak akan menggongkong kebebasan dan hak privasi Vee. Selepas hampir lapan bulan bertunang, Ariel semakin banyak berubah. Dia mula memperlihatkan sikap cemburunya. Lebih - lebih lagi terhadap Zariel Nazmie. Pantang nama itu di sebut sikit, pasti wajah dan emosinya akan terus berubah.

"Baguslah kalau macam itu. Sekurang - kurangnya engkau dan dia sudah ada something dekat situ…" Vee angguk kepala, mengiyakan ucapan temannya itu.

Siapa pun jodohnya nanti, dia berdoa biarlah dia di pertemukan dengan seseorang yang mampu menjadi imam dan suami untuknya sepanjang hayat.

Upacara membatalkan air sembahyang berlangsung penuh gemuruh dan meriah sekali. Usikan dari teman - teman dan juga keluarga, menggamatkan lagi upacara tersebut. Shakira turut kelihatan tersipu - sipu malu di tempat duduknya. Senyuman Shakira dengan Hakimi tidak lekang dan mereka berdua kelihatan begitu gembira dan bahagia sekali. Vee sendiri tidak melepaskan peluang untuk merakam beberapa keping gambar melalui telefon bimbitnya. Dia terlupa untuk membawa kameranya bersama.

Majlis Hakimi dengan Shakira berhenti rehat seketika. Majlis makan beradab mereka berdua akan di langsungkan di hotel pada waktu malam. Majlis keluarga Hakimi dengan Shakira di adakan serentak. Mereka takut tidak dapat membuat majlis sambut menantu selepas hari itu nanti kerana mereka akan sibuk dengan urusan kerja masing - masing selepas itu.

Jadi mereka berpakat untuk menyempurnakan majlis mereka sekali serentak, dengan mengadakannya secara gilang - gemilang di hotel bertaraf lima bintang dengan layanan eksklusif buat para tetamu yang hadir. Vee dan Ariel masih lagi menemani kedua pengantin di bilik rehat mereka. Sambil - sambil berbual kosong, Shakira sempat meminta Vee untuk mencuba gaun pengantin yang akan di pakainya pada malam itu nanti.

"Aku tak naklah, Shak. Lagi pun aku ni tinggi, tak sesuai. Gaun itu singkat sangat…" ujar Vee menolak baik permintaan Shakira.

"Alah, cuba ajelah. Aku teringin sangat nak tengok engkau pakai gaun tu…"

"Hurm, dari korang suruh aku cuba gaun ni, baik korang suruh mamat ni pakai baju Melayu elok - elok. Baru nampak sesuai dengan majlis korang berdua, hari ni! Ini tak… dia pakai kemeja macam dekat pantai…" ujar Vee sambil menyindir Ariel. Ariel sekadar ketawa mendengar kata - kata Vee.

"Mulalah nak laser lah balik mulut tu. Abang lupalah, sayang. Kalau abang ingat, jangankan baju Melayu... tengkolok dengan keris pun abang pakai tau! Tapi ini pun sudah cukup baik abang pakai baju dia…."

"Kalau setakat baju tapi seluar, seluar jeans buat apa! Ish…"

"Sudahlah tu… hari inikan big day aku dengan Shak. Kami tak naklah tengok korang berdua gaduh macam ni…"

"Betul tu… boleh tak Vee? Riel? Kita enjoy hari ni puas - puas, tak nak gaduh - gaduh…"

"Mestilah boleh, Shak! Kan Vee? … so, dah dapat tengok apa yang U nak sangat tengok tadi? Dah tangkap berapa banyak gambar dah?!" Vee ketap bibir, melihat Ariel yang mengenit mata nakal padanya. Senyuman lelaki itu juga membuat dia geram.

"Tengok apa? Gambar apa pulak tu, Vee?" soal Hakimi lanjut. Vee sekadar tersenyum sumbing.

"Tak ada apa - apalah Kimi, Shak. Korang jangan percaya sangat apa yang dia cakap tu.." dalih Vee dengan wajah yang mulai merah padam.

Dia malu kalau apa yang dia dan Ariel bualkan di dalam kereta tadi di bangkitkan semula oleh lelaki itu di hadapan Hakimi dengan Shakira.

"Apa dia, Riel… cakaplah"

"Ini hah! Anak gadis Tuan Victor Hashim….. nak sangat tengok, ko…"

"Eee, awak ni kan! Nama bapa jangan main tau! Suka hati kitalah nak tengok apa sekali pun… bukannya sakitkan mata awak!" ujar Vee pantas memotong ucapan Ariel.

Dia bertambah geram bila melihat senyuman lebar Ariel, semula... Arggh..... Jepun sesat ni kan!

"Inilah masalahnya bila kita dapat anak mat salih ni! Dua patah kita cakap, 44 patah dia jawab. Bila kita bergurau, dia kata kita jahat. Bila kita serius, dia kata kita main - main pulak... Lepas tu bila kita berfikir sejenak, mulalah dia kata kita blur, blank, pelbagai … sayang sihatkah tak ni? Kalau sihat cuba anggukkan sikit kepala tu. Kalau tidak, biar abang bawak pergi klinik, kita buat medical check up sekarang!" Hakimi dengan Shakira ketawa besar mendengar keduanya berbalah.

Ariel pula, memang semakin pandai mengusik sekarang. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk mengusik Vee. Malah apa sahaja yang di ucapkan oleh wanita itu akan di ajuknya sehingga membuat Vee bertambah geram dan sakit hati dengannya.

Vee sendiri berasa lucu dengan kata - kata Ariel itu. Tapi dia malu untuk ikut ketawa di hadapan mereka bertiga. Usikan Ariel kadangkala, memang membuat dia sakit hati dan geram sendiri, tapi dia sebenarnya cukup senang dan gembira dengan gurauan lelaki itu sekarang.

Berbanding dengan dahulu, dia mudah baran dengan apa sahaja yang di katakan oleh Ariel kepadanya. Sekarang perasaan barannya sudah semakin hilang dan di gantikan pula dengan perasaan bahagia. Vee kuntum senyuman lebar, melayan perasaannya sendiri. Kelakuannya itu mendapat perhatian dari Ariel yang memandang penuh minat. Vee menghela nafas perlahan - lahan. Matanya kaku tertancap pada Ariel yang sedang tersenyum manis padanya.

"Apa hal dengan awak ni?" Vee lantas menolak Ariel jauh darinya. Ariel yang masih lagi tersenyum, menggelengkan kepalanya.

"Awak memang tengah sakitkah... atau awak tengah berangan tengok putera idaman awak muncul dengan kuda putih... datang meminang awak … sarungkan kasut kaca dekat kaki awak tu…" Vee tarik muncung panjang. Dia lantas mencebik, geram.

"Pengantin sudah lama keluar dah. Yang asyik layan mimpi awak tu kenapa? U mimpi I yang naik kuda itukah?" sambung Ariel dengan tawa panjangnya. Vee ketap bibir.

"Amboi, sedapnya mulut dia ketawakan kita. Habis tu yang awak nak sangat berkepit dengan saya ni kenapa? Dah tak ada perempuan lain lagi yang awak nak jadikan bahan gurauan awak tu…" ujar Vee cuba menarik tangannya yang berada di dalam genggaman kejap Ariel.

"Sebab I nak U temankan I sepanjang hayat I lah, baru I nak berkepit macam ni dengan U…" ujar Ariel separuh berbisik ke telinga Vee. Wajahnya kelihatan serius. Vee memandang tidak berkerdip.

"Ada - ada sajalah awak ni! Merapu tak habis - habis. Lepaslah tangan saya tu… dah naik krem dah" balas Vee sambil mencuba untuk menarik tangannya semula. Namun tidak berjaya.

"No! I will never let go..."

"Awak…"

"No... unless you say you love me!" ujar Ariel dengan senyuman nakalnya.

"Grr, awak ni memang sah 200% gila tau! Mana saya nak letak bf saya kalau saya cakap macam itu dekat awak. Lainlah kalau awak tu memang kekasih saya, barulah saya boleh cakap macam itu. Lepaslah, Riel. Please…" ujar Vee merayu sekali lagi. Ariel menggelengkan kepalanya.

"Okey, fine! I'll say it... I love you! Puas hati?"

"Tak! Cara U bercakap macam orang tidak ada perasaan langsung. Tak romantik! Let start it again... kali ni I nak you feel it betul - betul. I nak dengar dari mulut U..." ujar Ariel sambil mencuit hidung mancung Vee.

Vee yang tidak sempat mengelak, menarik muncung panjangnya. Dia semakin geram dengan Ariel, bila tangannya di bawa ke dada lelaki itu, tanpa rela.

"Ready, sweetheart?" senyuman Ariel di balas dengan jelingan tajamnya.

"Iyalah, iyalah, saya cakap. Awak jangan nak perasan lebih - lebih pulak! Dah awak pandang dekat sana.." ujar Vee memberikan arahan.

"Nak buat apa pandang dekat situ, bukannya pokok itu yang nak cakap I love you pun dekat I. I nak renung wajah U puas - puas, takkan itu pun tak boleh kot? Lagipun U yang nak cakapkan… so make it sweet and nice, okey honey?!" Vee telan liur, pahitnya.

Jiwang karat Ariel semakin parah. Namun begitu, Vee menurut kehendak lelaki itu dalam paksa. Kalau dia tolak, semakin tidak putus - putus Ariel akan memintanya nanti.

"I... loo... ve... you! Puas hati?" Ariel pecah ketawa.

Dia geli hati mendengar kata - kata wanita itu. Genggamannya masih lagi utuh walaupun Vee meminta dia untuk melepaskan tangannya. Ariel tiba - tiba berubah menjadi serius. Renungan Ariel mengundang rasa gemuruh di dalam hati, Vee. Degup jantungnya tiba - tiba menjadi tidak menentu.

"I love you too, Sweety!" Vee tergamam.

Lantas satu kucupan hinggap di jemari tangannya terlebih dahulu sebelum Ariel melepaskannya. Ariel mencubit pipi gebu Vee seraya mengenit mata nakal..

Sweety??

Vee kembali menjadi keliru...

Jangan - jangan dia sengaja lagi nak buat aku syok sendirilah tu... Urm, macam ajelah dia tu Aloy! Tapi boleh tahan juga jiwang dia kali ni. Hehehe... Ariel... Ariel.

"Jomlah, apa lagi tercegat dekat situ.." Vee tersedar kembali. Dia lantas mengatur langkahnya keluar dari dalam bilik tersebut.

"Kahwin dengan I…" Langkah Vee terhenti.

Mereka sudah pun berada di separuh anak tangga menuju ke ruang tamu yang masih lagi sibuk dengan kelibat ahli keluarga Shakira dan juga Hakimi.

"Kenapa dengan awak ni? Bukankah awak masih tunggu little princess awak tu…" ujar Vee separuh berbisik.

Dia cuba untuk mengawal suaranya yang geram dengan sikap acuh tidak acuh Ariel. Ariel kembali menggengam erat tangan Vee dan kali ini, dia seolah - olah tidak mahu melepaskannya lagi. Degup jantung Vee kembali tidak normal.

"Stop it now, Ariel... kita sekarang ni dekat tempat orang tau!" ujar Vee geram. Pandangan mata Ariel membuat dia semakin keliru.

"I tak perduli… I dah tak nak dengan dia lagi dah. I cuma nak dengan U sorang je, Vee… please, marry me?!" Vee yang masih lagi terkejut dengan pengakuan tiba - tiba Ariel itu cuba untuk mengukir senyuman bagi melegakan perasaan hatinya yang sedang berdebar hebat. Vee cuba untuk melepaskan genggaman kejap Ariel darinya.

"Awak, saya serius ni… let my hand go, now!"

"I pun serius jugak! I takkan lepaskan tangan U kali ni…"

"What do you want?"

"I nak U kahwin dengan I…"

"Awak ni kan tak habis - habis nak ca…"

"I am serious! I memang nak sangat U sebagai isteri I… so marry me, Vee..." Vee hela nafas, kasar.

Sikap Ariel kali ini agak mencabar kesabarannya. Dia mengetap bibir. Cuba untuk mencari jawaban di balik anak mata lelaki itu yang bersinar galak.

"Soal ni, nanti sajalah kita bincang. Saya tak nak kita buat hal dekat majlis Kimi dengan Shak pulak! So, can you please..." Ariel menurut dan melepaskan genggaman tangannya terhadap Vee.

Dia akur dengan kata - kata wanita itu. Namun dia masih belum puas untuk melihat rajuk wanita itu terhadapnya.

Sebaik sahaja langkah mereka tiba di ruang tamu, sekali lagi tangan Vee menjadi sasarannya. Melihat perubahan pada wajah wanita itu, membuat dia ukir senyuman lebar. Dia tahu Vee marah dengan sikapnya, tapi itu saja cara yang dia ada untuk membuat gadis itu semakin rapat dengannya.

"Marry me..."


CREATORS' THOUGHTS
cupideclipse cupideclipse

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

Creation is hard, cheer me up!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

Like it ? Add to library!

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C24
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login