Download App
48.71% MY LITTLE PRINCESS / Chapter 19: BAB SEMBILAN BELAS

Chapter 19: BAB SEMBILAN BELAS

Malam mulai larut, namun Vee masih tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya jauh menerawang pada kejadian yang berlaku di muka pintu bilik tamu, rumah Ariel. Kejadian itu kerap bermain di ruangan matanya. Setiap kali dia cuba untuk memikirkan perkara yang lain, pasti kejadian itu yang akan menerjah di mindanya terlebih dahulu. Vee jadi malu sendiri bila dia teringat dengan kejadian tersebut.

Dia menekup wajahnya dengan kedua belah telapak tangan. Segaris senyuman turut terukir di bibirnya setiap kali dia teringat dengan kejadian itu. Bukan hanya setakat dia dengan Ariel saja yang berada di situ. Hakimi, Shakira dengan Ery Saffiyah turut menyaksikan kejadian tersebut dengan mata kepala mereka sendiri.

Vee ketap bibir. Malunya bukan sedikit waktu itu, tapi mereka bukannya sengaja pun. Kejadian itu juga tidak di ungkit atau pun di perbesarkan oleh mereka. Masing - masing tahu yang kejadian itu terjadi pun secara kebetulan saja... Hmmm....

Saat Vee membuka pintu bilik, dia tidak sempat untuk mengelak, Ariel yang kebetulan berada di hadapannya sebaik sahaja daun pintu bilik itu terbuka. Mata bundarnya membulat besar bila melihat wajah itu betul - betul berada dekat dengan wajahnya.

Dia dapat merasakan sentuhan pada kulit wajahnya. Vee yang langsung tergamam, tidak bergerak dari tempatnya berdiri, seketika. Degup jantungnya terasa terhenti berdenyut. Nafasnya juga terasa sesak tiba - tiba. Dia tidak menyangka yang malam itu, bibirnya akan menjadi mangsa Ariel..... Grrr.... Ariel! Why must him??

Perasaan malu, geram dan terkejut bercampur menjadi satu. Ariel juga seperti sengaja mahu mengambil kesempatan. Vee yang masih lagi kaku di tempat dia berdiri, sedar dari hipnosis panjangnya bila dia melihat Ariel mengenit mata nakal. Wajahnya terasa panas. Vee meraup wajahnya.

Dia melepaskan keluhan beratnya beberapa kali. Bayangan Aloy semakin lama semakin pudar dari ruang matanya. Dia menarik nafas sebelum berdiri untuk mengambil wuduk. Dia mahu menunaikan solat sunat malam itu. Namun niatnya terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Shakira pada skrin telefon bimbitnya.

"Apa perasaan kau sekarang, happy tak?" ujar Shakira ceria di dalam talian. Dia turut mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Vee yang bakal mengikat tali pertunangannya dengan Ariel tidak lama lagi.

"What do U think, Shak? Kau rasa aku layakkah rasa happy lepas semua ni jadi?" soal Vee dengan nada penuh emosi.

Entah hantu mana yang merasuknya sampai dia boleh bersetuju untuk membantu Ariel. Sedangkan dia amat jelas dengan masalah yang melanda lelaki itu. Sekarang dia baru rasa menyesal kerana membabitkan dirinya ke dalam masalah sendiri. Bagus kalau Ariel mengotakan janjinya. Kalau tidak, dia terpaksa lagi mengikut rentak lelaki itu untuk meneruskan pembohongan mereka sehinggalah ke peringkat akhir. Peringkat mereka akan mengaku kalah.

"Alah, kau janganlah emo sangat Vee. Benda yang jadi itu pun bukannya korang sengaja nak buat pun... korang pun lebih kurang sama tinggi, jadi tak hairanlah kalau benda macam itu jadi. Lebih lagi bila keadaan macam semalam, aku tidak hairan sangat pun…" balas Shakira lebih terbuka dan tenang. Vee ketap bibir. Kalau boleh dia mahu melupakan kejadian itu terus dari fikirannya.

"Hello, Vee?? are U still there? Kenapa kau tak bercakap ni? Kau tidak sihatkah?"

"Aku okey"

"Aik, lemah semacam je! Rilekslah sis, bukannya korang nak kahwin besok pun. Lama lagikan? Sementara itu, kau dan Ariel pandai - pandailah plan apa yang patut. Asal jangan sampai kantoi sudah"

"Tapi… Shak, aku risaulah. Papa aku serius sangat nak berbesan dengan Datuk Sri Zainal tu... tadi pun aku tengok dia bukan main gembira lagi bila Ariel cakap yang bukan - bukan depan family kami berdua. Aku tidak rasa, yang kami akan dapat lepas kali ni" ujar Vee meluahkan perasaan risaunya.

"Kau jangan peningkan kepala kau itu dulu, Vee. Pasti ada jalan penyelesaian itu nanti. Kau tidak percaya dengan Ariel?" Vee lepas keluhan kecil.

Dia percaya lelaki itu cintakan Sweet dan dia juga percaya yang lelaki itu akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan dia bertemu semula dengan little princess itu.

"Entahlah Shak, aku pun tak tahu nak fikir apa lagi dah…"

"Kau tenangkan diri kau tu dulu. Aku percaya yang Ariel seorang yang berpegang pada janji dia, jadi kau tak payah nak risau sangatlah! Dia pun dah janji tak akan ganggu privasi kaukan? Okeylah tu…

Tapi bagi aku, korang berdua memang sesuai sangat. Aku tak nampak pun jurang di antara kau dengan Ariel. Kalau akulah yang berada di tempat engkau sekarang ni, Vee.... aku happy sangat - sangat! Siapa yang tak nak kahwin dengan Ariel? Cuba kau cakap dengan aku. Ramai tau yang beratur nakkan tunang kau tu"

"Aish… kau ni! Dia belum jadi tunang aku lagilah, makcik!" Shakira pecah ketawa di dalam talian.

"Okey, aku minta maaf. Tapi memang betul pun, kau kira bertuah tau, dapat jadi tunang dia" Vee menarik nafas, kasar.

Kata - kata Shakira itu bukan menyenangkan dirinya pun, tapi menambahkan lagi serabut fikirannya adalah. Mereka berbual untuk beberapa ketika lagi. Shakira banyak mengusik Vee dengan mengaitkan Ariel dengan situasi yang di anggap romantis oleh Shakira. Vee turut sama ketawa bila kata - kata Shakira mulai kedengaran tidak masuk akal.

Temannya itu memang suka berfikir yang bukan - bukan dan dia juga gemar mengaitkan kisah - kisah cinta yang dia tonton di kaca TV dengan kehidupan yang sebenar. Memang dramatik bila Shakira mulai berangan - angan untuk jatuh cinta seperti mana adegan - adegan drama yang di gemarinya. Love at the first sight konon, itu yang menjadikan kisah cinta dan drama yang di tonton Shakira sebagai salah satu dari cara dia untuk berasa teruja bila jatuh cinta.

Selepas menamatkan perbualan mereka, Vee terus mengambil air wuduk dan meneruskan hajatnya untuk menunaikan solat sunat pada malam itu. Dia perlukan petunjuk dan ketenangan. Perasaan bersalahnya terhadap papa dan mama juga membuatkan dia tidak berasa tenang.

Dia di buru rasa bersalah yang teramat sangat. Vee duduk berteleku di atas sejadah. Fikirannya kembali tenang malam itu. Matanya juga sudah agak terlalu berat untuk di ajak terbuka. Akhirnya dia tertidur di atas lantai beralaskan kain sejadah dan juga telekung yang masih melekat pada tubuhnya. Dia bermimpi indah.

Tamat sahaja kelas yang terakhir, Vee dengan Shakira terus mengatur langkah menuju ke dewan kafeteria. Mereka betul - betul lapar dan tekak juga terasa kering akibat terperuk di dalam kelas selama dua jam cuba untuk menyiapkan tugasan amali projek mereka.

"Vee, apa kata malam ini kita keluar tengok wayang? Banyak movie baru dekat panggung sekarang ni. Lagipun sudah lama kita tidak keluar malam sama - sama. Kalau soal papa dengan mama engkau, kau jangan risau… biar aku yang cakap dengan dia orang berdua. Macam mana?"

"Hmm, aku okey je. Lagi pun tak jadi masalah kalau kau sanggup jumpa dengan papa dan mama aku! Tapi, aku kena tanya mamat ni dulu" ujar Vee sedikit berat hati.

Dia menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya kepada Shakira yang pura - pura terperanjat. Shakira menutup mulutnya yang terbuka luas dengan tapak tangannya.... Too much drama betullah minah Korea ni! Humm...

"Sejak bila pulak kau ada undang - undang baru ni, Vee?! I'm speechless, sis. Tak sangka kuat jugak pengaruh Ariel!" ujar Shakira sambil ketawa.

Vee tarik muncung panjangnya. Sejak bergelar tunang Ariel dua minggu yang lepas, papa seperti sudah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Ariel untuk menjaga dirinya.

Entah ubat jampi apa yang di pakai Ariel sampai papa boleh mempercayainya sepenuh hati. Kalau dulu bila dia mahu keluar kemana - mana dia cuma perlu memberitahu papa atau mama dan juga Mak Bibah saja. Sekarang dia perlu memberitahu Ariel perkara yang sama juga.

Ugh, menyampah betul! Itu belum kahwin lagi...baru pangkat tunang. Kalau sudah kahwin, alamat lebih lagilah yang aku kena buat. Hurm... papa cakap elok kalau belajar step by step dari sekarang. Bila dah kahwin besok, dah pandai. Kata papa... argh, meluatnya... grr, Ariel pun satu hal jugak. Privasi konon!! sekarang bukan main ber ia lagi dia nak aku report segala dekat dia...ugh, stress!

"Sudah masuk berapa kali kau buat macam ni? Maksud aku keluar, minta kebenaran dari Ariel, dah berapa kali?"

"Belum pernah lagilah, makcik! Kalau aku keluar dengan kau malam ni, baru first time aku nak cakap dekat dia… ugh… buat aku geram betullah!" Shakira pecah ketawa sekali lagi. Dia lucu melihat Vee geram sendiri dengan perangai tunangnya itu.

"Wow… geram sangat nampak!" Vee mencebik.

Dia sendiri tidak setuju, tapi mahu buat macam mana kalau papa sudah cakap macam itu dengan Ariel. Mereka ketawa semula bila Shakira membuat memek muka yang melucukan di hadapan Vee.

"So, kau dah buat list perjanjian engkau dengan Ariel?" Vee angguk.

Air bandungnya di teguk perlahan - lahan. Pinggan yang berisi mee goreng ayamnya tadi di tolak ke hadapan. Dia sudah kenyang dan perutnya juga sudah berhenti meragam.

"Mana? Bagilah aku baca, Vee…"

"Eh, mana boleh Shak. It's just between aku dengan Ariel. Lagipun kau dan Kimi dah banyak tolong kami berdua. Kali ini, biar korang berdua rileks" ujar Vee dengan nada lembut memujuk.

"Nanti kalau aku perlukan apa - apa bantuan, aku akan cari kau terlebih dulu. Aku harap engkau tak kecik hati dengan tindakan aku ni, sebab aku memang perlukan sokongan dan bantuan kau, Shak. Sebab kau sorang aje yang boleh faham aku..." Shakira senyum tipis. Lega hatinya mendengar kata - kata Vee itu. Sekurang - kurangnya temannya itu masih lagi menghargai dirinya.

"Aku hormati keputusan kau, Vee. Anytime, kau perlukan apa - apa bantuan, kau call aku je. I'll be there for you, always" balas Shakira sambil membalas pelukan erat Vee, seerat ikatan persahabatan mereka berdua.

"Ariel dah baca?" Vee kerut dahi seketika, sebelum…

"Shak!"

"Okey, okey. I'm just kidding... so malam ni macam mana?"

"Err…"

"Kaur nak atau tak nak, ni?"

"Aku nak. Tapi…"

"Great! Nanti aku call Kimi suruh dia cakap dengan Ariel pasal plan kita malam ni"

"Kenapa Kimi yang kena cakap dengan Ariel pulak?" soal Vee. Dia kurang setuju dengan cadangan Shakira itu.

"Iyalah, kita boleh keluar ramai - ramai. Double date! Bak kata orang putih, the more the merrier!" seloroh Shakira dengan tawanya. Vee akhirnya memberikan persetujuan. Itu pun kerana mereka berempat akan keluar bersama - sama, malam itu.

Memandangkan Vee tidak memandu ke kampus hari itu, dia terpaksa menunggu Pak Deris untuk menjemputnya balik. Ariel tidak dapat menghantarnya pulang kerana dia masih ada kelas lagi sehingga ke lewat petang. Ikutkan Vee, dia lebih suka menaiki kenderaan awam.

Tidak perlu menyusahkan Pak Deris untuk berulang - alik menjemputnya. Tapi papa melarang keras dia menaiki kenderaan awam bersendirian. Menurut papa, macam - macam perkara boleh berlaku kalau dia naik cab bersendirian nanti. Mencegah lebih baik dari mengubati, itu kata papa.... Hurmm...

Terlalu banyak kata peringatan dan juga protokol yang perlu dia patuhi dan ikuti. Kadangkala dia berasa rimas dan bosan. Tapi bila memikirkan kebaikan dari itu semua, dia akur dan menurut dengan rela hati. Pak Deris muncul saat Vee sudah mahu bergerak keluar untuk mencari teksi.

Dia meminta maaf beberapa kali kerana membuat Vee menunggu lama. Kereta tiba - tiba buat hal dan telefon bimbit Vee pula tidak dapat di hubungi. Vee lantas membuka begnya..... Laa... patut sangatlah senyap dari tadi. Rupanya low battery pulak!

"Takpe, bukan salah Pak Deris pun. Telefon Vee tak ada bateri" balas Vee ramah dan penuh pengertian. Bukannya selalu Pak Deris membuatnya tertunggu lama pun.

"Vee nak singgah pergi mana - mana tak sebelum balik?" soal Pak Deris sebaik sahaja mereka melewati jalan besar.

"A'ha, hampir Vee terlupa pulak Pak Deris. Pak Deris hantar saya pergi Syarikat Megah" terbit segaris senyuman pada wajah Pak Deris sebaik sahaja anak majikannya itu teringatkan sesuatu.

Ingatkan orang muda seperti Vee tidak mudah lupa, rupa - rupanya sama saja dengan mereka yang tua... Hurm... tua atau muda sama saja. Usia tidak pernah membezakan apa - apa dari segi ingatan mahu pun cara berfikir... Nak buat apa dekat Syarikat Megah?

"Nak buat apa pergi sana?"

"Vee nak jumpa dengan Zariel. Ada hal sikit dia nak bincang katanya" Pak Deris angguk mengerti.

Wajah anak majikannya itu di lihat melalui cermin kecil di hadapan kereta. Semenjak gadis itu bertunang, jarang benar dia melihat senyuman di wajah itu. Mak Bibah turut menyuarakan perkara yang sama kepadanya baru - baru ini. Kalau dahulu, wajah itu akan senentiasa mengukir senyuman walaupun dia jelas kelihatan keletihan.... Apa kurangnya dengan tunang dia? Bukankah mereka berdua pasangan kekasih sebelum bertunang dulu? Hai, budak - budak sekarang ni... terlalu banyak konflik!

"Nak Pak Deris tunggu tak?" soal Pak Deris sebaik sahaja mereka tiba di bangunan tinggi yang menempatkan pejabat Zariel Nazmie.

"Tak perlu. Pak Deris balik aje. Vee balik ikut Zariel je nanti" tanpa perlu bertanya lebih panjang, Pak Deris meminta diri dan lantas memandu pergi.

Vee melangkah masuk ke dalam bangunan itu sebaik sahaja kelibat kereta yang di pandu Pak Deris hilang dari pandangannya. Senyuman manis dari kakitangan Zariel Nazmie, ramah menyambut kehadiran Vee di situ.

"Cik Vee masuklah dulu. Sekejap lagi Encik Zariel akan sampai" pelawa setiausaha Zariel Nazmie ramah.

Vee menanti kehadiran Zariel Nazmie di dalam pejabatnya. Ruang pejabat Zariel agak luas dan dan sedikit mewah. Malah ruang itu juga di hiasi dengan pelbagai bentuk lukisan yang bermotif abstrak. Apa yang Vee tahu, Zariel Nazmie memang seorang penggemar seni. Malah lelaki muda itu juga punya galeri seni sendiri.

"U dah lama sampai?" Vee menggelengkan kepalanya. Dia menjabat tangan Zariel Nazmie, ramah.

"Can I get you something to drink, first?"

"Water please, thank you" seketika kemudian Zariel Nazmie menekan butang interkom dan meminta setiausahanya untuk membawakan mereka berdua minuman.

Perbualan mereka berdua banyak menyentuh tentang konsep pengubah suaian rumah dan juga hiasan dalaman, sehingga tidak sedar yang waktu pejabat sudah hampir berakhir.

"Bila Zariel nak tengok rumah tu? Vee dah buat appoinment dengan land lord dia besok... macam mana, Zariel ada masa tak, esok?" Zariel Nazmie diam seketika.

Dia merenung wajah wanita di hadapannya itu penuh minat. Raut wajah Vee banyak mewarisi darah keturunan papanya. Pasti ramai yang terkejut bila dia fasih berbahasa Melayu.... Cantik! Tapi dia tercipta untuk orang lain, bukan aku..... Zariel Nazmie senyum. Dia terkilan sebenarnya kerana wanita itu lebih memilih anak Datuk Sri Zainal berbanding dengan dirinya.

"Zariel? Awak okey tak ni?"

"Oh, ya… you're talking?" balas Zariel Nazmie yang kelihatan sedikit bingung.

Dia lantas ketawa dengan kesilapannya itu. Cuba untuk bertenang dengan menarik nafas perlahan - lahan, biar dia lebih rileks dan bersahaja di hadapan wanita itu. Namun fikirannya kembali jauh menerawang. Sewaktu majlis kesyukuran di rumah Datuk Sri Zainal, dia tidak dapat berada lebih lama di sana pada malam itu kerana dia terpaksa menguruskan sesuatu di luar negara. Alih - alih bila dia kembali ke tanahair, berita mengenai pertunangan gadis itu yang menyapanya terlebih dahulu.

Dia menyesal kerana lebih mementingkan kerjanya sehinggakan dia terlepas peluang untuk memiliki gadis idamannya. Siapa yang tidak akan jatuh cinta dengan Vee. Wajahnya sahaja sudah cukup membuat hati lelaki sepertinya berkocak hebat. Tapi itu bukan faktor dia sukakan gadis itu. Dia jatuh hati dengan Vee kerana tutur bicara gadis di hadapannya itu jauh lebih jujur berbanding dengan wanita - wanita yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini.

Waktu majlis anjuran papanya di hotel dahulu pun, gadis itu tiba - tiba lesap sebaik sahaja di perkenalkan kepadanya. Malah Vee juga menolak ajakannya untuk menari bersama dengannya dengan alasan, kakinya sakit. Zariel Nazmie tersengih.... Why must Ariel? Apa kurangnya aku jika di bandingkan dengan anak Datuk Sri Zainal yang masih lagi belajar itu? Vee.. if only you knew how much I want and need you in my life! Dammit Ariel!!!

"Besok, boleh tak? Sebab land lord itu dah setuju nak jumpa dengan awak" ujar Vee sekali lagi.

Keningnya bertaut erat semula bila melihat Zariel Nazmie, yang tidak memberikan sepenuh perhatian kepada perbualan mereka petang itu. Lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Owh, ooo… okey. I'll see you back.tomorrow than. Awak datangkan besok?" Vee angguk sambil kuntum senyuman.

"Mestilah saya datang. Sebab land lord tu tak kenal dengan awak pun!" balas Vee berlawak. Zariel Nazmie turut sama ketawa. Dia lantas tepuk dahi kerana terlupa sesuatu.

"Jom, I hantar U balik. Tapi U kena temankan I dinner dulu sebelum U balik, boleh? Sebab I dah lapar sangat ni…"

"Sure..." Mereka berjalan seiring menuju keluar dari bangunan tinggi itu.

Mereka kelihatan secocok bila berjalan berdua. Zariel Nazmie akui yang gadis itu punya aura yang kuat untuk menarik hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

"Vee, boleh I tanya U sesuatu tak? Tapi U jangan marah pulak…" Vee berpaling menghadap Zariel Nazmie yang duduk di bangku pemandu. Vee pantas menganggukkan kepalanya.

"Kalau U tak bertunang dulu… U akan terima I tak kalau I masuk pinang U?" Vee lantas menguntum senyuman tipis.

"Kenapa awak tiba - tiba tanya soalan macam tu? Bukankah awak sudah ada orang lain sebelum awak kenal saya dulu…" Zariel Nazmie ketawa.

Dia lantas berdehem kecil. Dia tidak sangka yang gadis itu mengetahui serba sedikit mengenai diri dan juga latar belakangnya.

"I tahu… cuma I nak dengar dari mulut U sendiri. Kalau Ariel tak masuk meminang U terlebih dahulu… U terima I tak?"

"Mungkin. Kenapa?"

"Tak ada apa - apa. Mungkin sudah nasib I kot, U jadi milik orang lain dan bukannya I" Vee terpegun bila hinggap satu cubitan halus pada pipinya. Matanya keliru melihat Zariel Nazmie yang tersenyum.

Apa maksud kata - kata dia ni? Aloy??? mustahil!... Vee kembali bingung sendiri. Mungkin Zariel Nazmie sengaja mahu menguji sejauh mana dia sanggup menunggu dan menanti kehadirannya selama ini. Tapi kalau betul Zariel Nazmie ialah Aloy, mengapa dia tidak pernah bercerita mengenai diri Sweet di hadapannya sebelum ini.... Aloy? Nama yang semakin hilang dari bibirnya.

"Mungkin kita tidak ada jodoh kot… sebab itulah saya bertunang dengan Ariel dan awak dengan kekasih awak tu…" ujar Vee berpura ceria dengan membuat lawak di hadapan Zariel Nazmie yang sedikit serius memandu di tepinya.

"Mungkin. Tapi I terkilan sangat bila U lebih pilih orang lain berbanding I…"

Wait!! Takkan dia ni memang Aloy kot?! Cara dia bercakap seolah sengaja nak aku ingat balik janji aku dulu dengan Aloy...Jangan Zariel! Kang tak pasal - pasal meletup pulak perang dunia antara aku dengan Ariel balik!

"Apa maksud awak sebenarnya, Zariel? Saya tak faham…" Zariel Nazmie tersenyum tipis. Dia kenit mata nakal.

"You don't have to understand everything, Vee. I cuma doakan U bahagia dengan pilihan hati U" Vee berdiri kaku di hadapan pintu pagar rumahnya.

Kata - kata Zariel Nazmie itu benar - benar membuat dia kembali dilema. Dia menapak masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mendengar namanya di panggil oleh Mak Bibah. Dia membuang fikirannya mengenai Zariel Nazmie jauh - jauh. Satu perkara yang dia pasti Zariel Nazmie bukan Aloy ialah, lelaki itu langsung tidak pernah bercerita apa - apa mengenai dirinya ketika dia masih kecil. Tidak seperti Ariel yang pernah berkongsi cerita mengenai diri Sweet, sehingga membuat dirinya kini menjadi tunang kepada lelaki itu sekarang.... Whatever... biar masa saja yang akan menentukannya nanti!


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C19
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login