Tatkala mata kami bertaut, Haniff mula melangkah ke arah ku. Matanya tak sedikit pun lari dari wajah aku. Mungkin dia bukan hendak menuju ke arah aku pun tapi menuju ke pagar mahkamah.
Tanpa aku jangka, dia berjalan lebih laju lalu mendukung aku.
" Haniff!! apa awak buat ni?!" jeritku yang masih lagi terkejut dengan apa yang dilakukan Haniff.
Dia hanya berdiam dan terus berjalan menuju ke keretanya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan
" Apa ni Haniff! Turunkan saya! Nanti kita lambat, Haniff!!" ucapku geram sambil memukul-mukul dada Haniff.
Dia membuka pintu kereta lalu memasukkan aku ke dalam perut keretanya.
"awak nak bawa saya pergi mana ni Haniff?!" soal aku tegas bersama renungan tajam.
Haniff hanya bertindak tenang dan menghidupkan enjin kereta.
" awak ikut je saya, saya bukan nak jual awak." Ucapnya tegas. ye sangat tegas. Sehingga mampu membuat aku terdiam. Sifat air batunya bagaikan kembali. Inilah nada yag aku sering dengar sewaktu awal perkenalan kami.
Aku hanya diam membatu. Telefon aku berdering menerima panggilan dari Hana. Pantas Haniff mencapai lalu menolak panggilan itu. Aneh, sungguh aneh. Wajahnya kaku, matanya runcing. Ada sedikit debar di dada aku. Apa yag dia hendak lakukan sebenarnya ni?
Dia memarkirkan keretanya di sebuah taman. Sunyi. Sekarang sudah pun menghampiri pukul 11 pagi, mana mungkin orang masih berjogging. Mentari sedah memanaskan bumi, manakala Haniff mendebarkan aku.
" Jom. keluar" ucap Haniff ringkas dan tegas.
Dia berjalan dihadapan aku. Aku hanya ikut kemana arah yang hendak dia tuju. Sampai la tiba di hadapan tasik. Haniff berhenti. Lalu menoleh memandang aku. Matanya sedikit redup berbanding tadi. Tiada lagi pandangan tajam.
" Qalisya Amani Binti Qhaliff, sebelum kita melangkah masuk ke mahkamah, sebelum hubungan kita terlerai, saya nak awak dengar penjelasan saya buat terakhir kali. Bagi saya peluang untuk ceritakan segalanya. Saya hanya nak awak dengar bukan ingin memaksa awak mengubah pilihan. Sejak dari awal pengenalan kita, memang awak menarik minat saya, sifat awak yang ceria, dan banyak mulut sedikit sebanyak buat hati saya terusik. Betul, saya melamar awak pada awalnya kerana ingin melindung. Tapi bukan hanya kerana awak adik Amira, tapi memang saya dah jatuh sayang pada awak. Kalau awak perasan, di awal perkahwinan kita, saya banyak mengelak. Bukan sebab saya ni tak normal, tapi sebab saya nak yakin kan perasaan saya. Disaat saya menyentuh awak buat kali pertama, disaat itu saya yakin hati saya sudah mengukir nama awak. Tentang bilik yang awak jumpa tu, bilik itu saya nak buat untuk kenangan awak. Saya simpan yang berkaitan Amira di dalam bilik itu untuk awak. Mengetahui awak banyak terlepas tentang dia, saya sehabis boleh ingin memberi kenangan buat awak. Kalau awak perasan, barang-barang itu, hanya tentang Amira bukan tentang saya dan dia. sebelum hari pernikahan kita, saya dan buang semua gambar, memori saya dan dia. keychain yang awak jumpa dalam kereta saya dulu pun, saya dah buang dah. Pasal gambar dalam wallet saya, itu memang jujur saya tak perasaan gambar itu masih terselit di situ. Saya tak tahu macam mana lagi saya nak buktikan yang saya cintakan awak Qalisya. " ucap Haniff sambil memandang aku
"Haniff.." keluhku lemah.
" Dengar dulu sayang,.. kisah saya dan Amira dah lama berakhir. Saya tak dapat nak putar balik waktu untuk tak kenal dia atau buang dia dari hidup saya. Boleh tak.. kita dah tak payah fikir pasal sejarah kita? Kita pandang ke depan cipta memori baru.
" Awak sayang saya?" soal aku kepada Haniff.
" sangat sangat." Jawab Haniff.
" sangat? Tapi 2minggu awak tak jumpa saya, tak mesej, tak call macam tak ada usaha pun nak saya." ucapku yang sudah 2minggu menhan perasaan. Dia kata sayang, tapi satu usaha pun aku tak nampak dalam tempoh urusan penceraian kami.
"saya takut. Takut saya lukakan awak lagi. Saya juga takut untuk dengar awak minta cerai lagi. Dunia saya bergegar setiap kali awak ucap kata cerai. Saya juga cuba ikut kehendak awak. Tapi tadi, saat saya renung wajah awak, saya jadi tak mampu untuk tunaikan hasrat awak untuk berpisah. Kerana awak dunia saya sekarang. Kalau awak rasa awak tiada siapa-siapa, Saya pun sama Qalisya. Saya hanya ada awak, isteri saya." kata Haniff bersama nafas berat.
Aku merenung dia kosong. Bukan aku tak terkesan dengan kata-kata dia, Tetapi aku kurang keyakinan. Ikhlas ke semua yang aku dengar ni?
" Tak apa, saya faham. Sukar untuk awak percaya saya. Jom la, lama orang tunggu kita nanti." ujar Haniff lalu melangkah pergi.
Aku menarik nafas dalam. Aku sendiri tak tahu keputusan apa yang patut aku lakukan?.
Notifikasi telefon aku berbunyi, Mesej dari Hamzah? Apa yang Hamzah hantar? Aku sendiri terkejut, tiba-tiba Hamzah menghantar mesej.
Tatkala aku membuka mesej tersebut, rupanya bukan mesej namun sebuah video. Hatiku penuh debar, Video apa yang Hamzah hantar ini?
Aku menekan butang mula, video tersebut merupakan video Haniff rupanya. Namun keadaan dia sangat tak terurus. Bukan seperti Haniff yang biasa aku lihat.
" Aku sayang dia sangat-sangat Hamzah, tapi aku tak layak untuk dia. Aku musnahkan kepercayaan yang dia bagi. " itulah kata-kata yang keluar dari bibir Haniff di dalam video tersebut.
Aku menerima panggilan daripada Hamzah. Pantas aku jawab.
" Alisya," panggil Hamzah
" Awak dengar la cakap saya ni, Haniff betul-betul sayang awak Alisya. Itu la keadaan dia sepanjang dua minggu awak tinggalkan dia. Saya nampak betapa bahagianya dia bila bersama awak. Dia berubah Alisya. Awak tahu, andai awak berpisah dengan dia, dia nak pindah keluar negara. Saya dah tak nak tengok Haniff yang dulu. yang siksa diri dia kerana dia kecewa. Saya yakin, dia rahsiakan dari awak juga sebab dia tak nak awak terluka. Awak bayangkan dia sorok tentang dia dah sebab tak nak kami risau. Hargai lah dia Alisya, both of you, berhak bahagia. tinggalkan kisah lama." ujar Hamzah.
Aku mematikan panggilan Hamzah. Fikiran ku kembali terbang mengingati memori kami berdua. Betul kami berdua bahagia. Tetapi kerana kisah silam, aku kecewa. Kejam ke aku untuk Haniff?
Aku menoleh mencari Haniff. Sayup-sayup aku melihat susuknya yang sedang berjalan lemah. Pantas aku berlari mengejar penghuni hati.
Kaki ku berhenti melangkah beberapa meter daripada Haniff.
" HANIFF MIKAIL!!" Jeritku dari belakang.
Haniff berhenti dan meoleh perlahan.
Pantas aku berlari dan mendakap dia kemas.
" Sampai ye hati awak, tak tunggu saya." ucapku yang masih memeluk dia erat.
"awak dah maafkan saya ?" soal Haniff teragak agak.
Aku mengangguk bersama senyuman.
" Tapi! janji dengan saya, jangan sorok apa-apa lagi dengan saya." ucapku tegas.
" kejap, boleh saya tahu apa yang buat awak maafkan saya?" soal Haniff lembut.
"erm...tak ada sebab spesifik. Tadi Hamzah hantar video awak. Saya tak tahu, tapi saya dapat rasa awak ikhlas. Awak tak pernah pun layan saya teruk, and saya pun tak yakin dengan penceraian saya boleh bahagia. " ucapku bersama senyuman.
Haniff mengukir senyuman lalu menarik aku kembali dalam dakapan.
"Thanks sayang. Saya akan hargai peluang yang saya bagi. again, I really love you . Remember this forever ok?" ucapnya lalu mencium lembut dahiku.
***
"Selamat kembali sayang.." ucap Haniff saat membuka pintu rumah.
" kejap.. awak tidur dekat sofa ke?" soal aku saat melihat sehelai selimut yang ada di atas sofa.
" saya tak tahu la saya tidur ke tak, tapi saya tak naik pun bilik kita. setiap sudut saya nampak awak." ucap Haniff sambil merangkul pinggangku dan meletakkan kepala di bahuku.
" Kesiannya orang tu.." ucapku lalu berjalan menuju ke sofa.
Aku ternampak sebuah buku di atas meja di hadapan sofa. Buku apa ni ye?
"Buku apa ni?" soal aku kepada Haniff.
"uish! tak ada apa la" jawab Haniff yang pantas mencapai buku itu.
" Tadi baru je janji.. tak nak sorok apa-apa dari saya.. tak sampai 2jam..dah mungkir janji.." ucapku yang konon-konon merajuk.
" Sayang.. ok.. baca la." ujar Haniff lalu duduk disebelah aku dan menghulurkan buku tersebut.
" good boy. " ucapku sambil tersenyum
Aku menyelak helaian buku itu, tak ada apa-apa melainkan nota biasa. Sampailah ke satu halaman. Aku membaca bait-bait yang ditulis oleh Haniff. Sambil mata memandang dengan pandangan terharu. Tulisan itu merupakan luahan hatinya sepanjang pengenalan, sampai la pertelingkahan kami. Tulisan-tulisan ini membuat aku semakin yakin, bahawa sayang dia hanya pada aku.
Aku menutup buku itu dan merenung Haniff sepenuh hati aku.
" Awak nampak cengkung.. awak tak makan ke masa saya tak da?" soalku sambil mengusap lembut wajahnya.
" tengok makanan pun tak lalu sayang. Terima kasih, bagi saya peluang, I am really appreaciate. Bertuahnya saya, dapat isteri sesempurna awak." ucap Haniff lalu dia mendukung aku ke dalam dakapannya.
" amboi.. 2minggu tak cukup makan, tapi macam makin kuat, dah dua kali ni dukung saya hari ni. Nak bawa pergi mana pula ni Encik Haniff?" soal aku sambil tersenyum
" awak rasa?" soal Haniff bersama senyuman nakal.
"Haniff! Gedik la!"
***
Beberapa bulan kemudian..
" Ratu Hati Abang where are you??" terdengar suara Haniff memanggil aku dari tingkat atas.
Aku yang sedang sibuk menanda kertas peperiksaan anak-anak muridku hanya menyahut ringkas.
" kat bawah ni sayang." jawabku ringkas.
" Buat apa tu, tanda kertas ke? " soal Haniff sambil menempelkan kepala dibahuku dari belakang.
" haah, awak dah siap tanda semua paper ke?" soal aku kepada Haniff.
" belum, " jawabnya ringkas lalu berlalu ke dapur.
" awak nak makan ke sayang? " soal aku kepada Haniff.
" tak lah. Nak cari aiskrim. Sayangnak?" tanya Haniff.
" Tak nak lah, nanti gemuk, ni pun lepas kahwin, saya naik 5kg dah baru 8bulan kahwin. Seram." luahku . manakan tidak ada beberapa baju aku yang dan terasa sendatnya.
" mana ada gemuk, seksi saya nampak..." sakat Haniff bersama aiskrim ditangan.
" Sayang! mengada laa" ucapku dengan wajah yang sudah pun merona merah.
" betul, mana ada saya tipu. Sayang.. sambung tanda nanti jela.. meh la layan saya." rengek Haniff sambil meniti jarinya di lenganku.
" Awak.. jangan la kacau, paper saya ni perlukan ketelitian.. lagi pun jumaat ni dah kena key in dalam sistem." ucapku sambil memuncungkan bibir.
" Alah.. saya pun tak siap tanda lagi. nah , rasa la aiskrim ni. sedap woo." ucap Haniff sambil menghulurkan aiskri vanilla jenama Cornetto.
" Tak nakk.. nanti gem..' belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata aku bibir merah jambu miliknya telah pun menyentuh dua ulas bibirku.
" manis tak?" soal Haniff bersama senyuman nakal.
" Haniff! ok fine, awak pun tak siap tanda lagi kan? " soal aku kepada dia.
"nope." ujarnya sambil menggeleng kepala.
" ok, saya hold malam ni, awak nak saya layan awak macam mana ni?" soal aku menahan geram
" jom keluar." ajak Haniff ceria sambil menghulurkan tangan
" keluar pergi mana?" soal aku kembali.
" Dating laaa" ucap Haniff menarik tangan aku.
***
"Cikgu.. bila nak dapat result kami?" soal Fatin
" Alah, esok kot. saya tak siap tanda lagi. saya janji sebelum jumaat ye." ucapku bersama senyuman.
Kalau tak kerana Pakcik Haniff Mikail semalam, mesti aku dah siap tanda dah kertas 5Aura ni.
" Lambatnya cikgu..selalu cikgu antara yang awal. Kertas math pun kita orang dah dapat." kata Hafiz.
" Awak dah dapat kertas matematik?!" soal aku terkejut.
" dah.. semalam Cikgu Haniff bagi. " Jawab 5Aura.
Amboi.... nak kena Haniff ni. kertas dia dah siap. Aku punya kerja pula disuruh tangguhnya.
" Eii Cikgu Haniff awak ni. Semalam cakap dekat saya.."
" Cikgu Haniff cakap apa?" soal Fatin.
"Hasih. Tak ada apa la. " ucapku.
***
Masam mukaku masuk ke dalam bilik guru. Sakitnya hati dengan Haniff ni.
"Amboi Alisya, masamnya." tegur Kak Maryam.
" haa Haniff, kamu buat apa dekat isteri kamu ni?" soal Kak Maryam kepada Haniff yang kebetulan baru masuk ke dalam bilik guru.
Haniff menjongketkan sebelah keningnya.
" hurm? saya buat apa?" soal Haniff terpinga-pinga.
Aku sedang mengemas barang untuk pulang. Sambil hati menahan amarah.
" ok la kak, Sya balik dulu eh. bye-bye kak, jumpa esok." pamitku
Melangkah je di kawasan tempat letak kereta, baru aku teringat aku datang bersama Haniff. Walau hati sedang marah, tak boleh nak buat apa la, tak akan la nak balik jalan kaki pula.
Aku menapak menuju ke taman sains sekolah yang hanya bersebelahan dengan tempat letak kereta.
Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi batu di situ.
" hai adik manis.. merajuk ka?" sapa seseorang dari belakang dengan nada ala-ala mamat Bangladesh.
Aku tahu itu suara Haniff. Malas aku nak menoleh. Tak ada mood.
"kenapa ni sayang?" bisik Haniff ditelingaku. lalu menghulurkan sekuntum bunga raya.
Ini mesti petik bunga sekolah. Macam budak sekolah bercinta.
" hish. awak la.. cakap tak siap tanda lagi, tapi dah siap kan?" rungutku.
" saya dah siap? siapa bagitahu awak? " soal Haniff
" 5Aura."
" haha. aduh isteri saya ni, yang dah siap tanda tu kertas 5Aura, kelas lain belum lagi. Suami awak ni mengajar matematikaa buk. Banyak kelasnya." ucap Haniff lalu mencuit hidungku sambil menggeleng kepalanya.
EYYY! Alisya! kau ni mengada tak bertempat la. kan dah kena. Tulaaa lain kali rasional la sikit.
" sorry sayang.. I Love You 3000" ucapku lalu memegang tangan Haniff sambil mengerdipkan mata beberapa kali.
" I Love You until my last breath. Dah jom balik." ucap Haniff sambil menggengam kemas tangan aku.
Terima Kasih Ya Allah kerana Hadirkan, lelaki yang cukup lengkap buatku. Moga aku sentiasa menjadi Ratu di hatinya.
TAMAT
2083 words
P/s: okeh tamat juga akhirnya. Sis harap semua pembaca happy dan berpuas hati dengan kisah ni. so, korang nak baca lagi ke kisah yang sis tulis? kalau nak .. komen tau!. Enjoy reading semua!
— New chapter is coming soon — Write a review