Download App
52.5% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 21: bab21

Chapter 21: bab21

Aku merenung lama melihat laut, sambil ditampar lembut oleh angin yang seakan faham perasaan aku ini. Gelap malam tak aku rasa, fikirankan ku terbang memikirkan keputusan yang aku buat petang tadi,

Betul ke apa yang aku lakukan ini? Mampukah aku pupuk rasa cinta untuk dia buat selamanya? Apa cerita tentang Mira? Ahhh aku buntu.

Aku sedar, sepanjang perkenalan kami, Haniff bukanlah lelaki yang jahat,mungkin pada awal pengenalan kami, aku tak sukakan dia, namun lama kelamaan, aku boleh nampak dia seorang yang baik.

Mataku tertangkap pada satu susuk tubuh yang melambai ke arah aku.

Haniff? Aku yakin itu Haniff lelaki tinggi lampai yang memakai tshirt putih, melambai sambil tersenyum girang.

Pemandangan dari balkoni ini jelas terus menghadap laut, buat apalah si Haniff itu agaknya.

Tanpa sedar aku mengukir senyum melihat gelagatnya yang menari nari ,

Macam budak-budak!

Terasa telefon bimbit itu bergetar, tertera pada skrin, Haniff yang memanggil, aku mengerut dahi sambil memandang Haniff yang berada di pantai.

Dia membuat isyarat supaya menjawab panggilannya.

"herm, nak apa?" soalku acuh tak acuh.

"awak ok tak? Nak apa-apa tak?" soal Haniff yang kedengaran sedikit risau.

"saya ok, aik, tak cukup lagi ke, awak dah suruh staf hotel hantar macam-macam junk food dekat bilik saya?" soalku hairan. Manakan tidak coklat sahaja penuh peti.

"hehe, makanan tak sihat,elok makan masa kita beremosi,ok kalau macam tu, awak rehatlah, esok pagi kita breakfast sama-sama, kalau tak boleh tidur, bukak surah Rahman, insyaallah awak akan tenang, goodnight Qalisya," ucapnya lalu mematikan telefon.

Dia melambai dari bawah sambil tersenyum lalu berlalu pergi.

***

"Selamat pagi!" sapa Haniff saat aku baru turun dari bilik.

"selamat pagi, kerja ke? " soalku, kerana nampak Haniff keluar dari pejabat pengurusan,

Bangunan bilikku bertentangan dengan pejabat pengurusan.

"tak lah, saja je, tengok-tengok," jawabnya.

"dah breakfast?" soal Haniff kepadaku.

"belum, nak pergi kafe lah ni," ujar sambil menunjuk kearah kafe.

"cafe? Tak payah lah, jom ikut saya breakfast dekat luar." ucap Haniff seraya tersenyum.

"nak pergi mana? Saya nak keluar kejap lagi," ungkapku.

"keluar? Awak nak pergi mana? Nak balik ke?" soal Haniff yang terdengar kerisauan di hujung suaranya.

"saya nak pergi jumpa Hana, ada majlis sebelum dia nikah," ucapku kepada Haniff.

"Hana tahu tak apa jadi dekat awak?" soal Haniff lagi.

"tahu,tapi dia kan kawan baik saya, saya nak lah datang," ujarku.

"saya ikut eh,?" soal Haniff lembut.

"eh tak payah lah, nak buat apa? Ni kawan-kawan sekolah kami je lah." ucapku.

"saya hantar?" soal Haniff lagi.

"Haniff, saya tahu awak risau, walaupun saya tak tahu kenapa awak care sangat tentang saya, tapi saya tak suka awak nak masuk dalam semua urusan saya, saya ok, jangan risau." terangku bersama senyuman nipis.

"mestilah saya risau, awak bakal isteri saya, dan saya adalah pelindung awak." ucapnya lembut.

"tapi saya bukan isteri awak lagi., ucapku tegas.

Entahlah aku kurang selesa tatkala mengenangkan status hubungan kami, ye aku akui yang Haniff menarik dan aku ada rasa suka terhadap dia, namun rasa suka itu tak mampu untuk membuatkan aku selesa dengan hubungan sepantas ini.

"okay, saya hormati privasi awak, apa-apa call saya tau," ucapnya sambil matanya merenung dalam anak mataku.

"jom, breakfast," ajaknya bersama secalit senyuman.

***

Suasana ceria majlis bujang Hana tak mampu untuk buat aku berhenti tentang Haniff, kenapa dia sangat prihati soal aku? Benarkah dia cintakan aku? Adakah semua ini nyata atau hanya fantasi dan mimpi aku?.

"weh, fikir apa?" tegur Hana sambil menghulurkan sepotong kek.

"Hana..patut ke aku kahwin?" soal aku kepada Hana sambil menghadapnya.

"kahwin? Dengan siapa?" soal Hana yang terlihat sedikit terkejut.

"Haniff ajak aku kahwin semalam." ucapku mendatar.

"tiba-tiba? Dia tahu ke fasal kisah silam kau? Kau ready ke? Kau suka dia?" soal Hana lembut sambil menggenggam erat tanganku.

"aku tak tahu..tentang kisah silam aku, aku rasa aku boleh handle,aku terima semalam..tapi.. Entahlah, aku buntu." ucapku bersama perasaan serabut dan sugul.

"hrmm, macam ni, kau cuba buat solat istikharah,minta pertunjuk, Allah yang tahu baik buruk untuk kita,kalau kau tanya aku, aku boleh nampak Haniff tu lelaki yang baik,bertanggungjawab." ujar Hana bersama segaris senyuman.

***

Sampai sahaja di bilik hotel, aku merebahkan badanku dia atas katil, jam menunjukkan pukul lima setengah petang, mujurlah tadi aku menunaikan solat asar di tempat majlis Hana diadakan, bolehlah aku merehatkan badan sekejap.

Baru sahaja mata ini hendak tertutup, terdengar bunyi loceng dari luar pintu.

Mujurlah aku belum membuka tudung lagi, aku berjalan menuju ke pintu. Mengintai di lubang pintu, terlihat Haniff sedang berdiri di sebalik pintu ini.

Eh? Nak apa dia ni? Detak hatiku sangsi.

Aku membuka pintu lalu menjengahkan kepala keluar.

"hai! Dah lama ke balik?" soal Haniff ceria.

"hai.. Baru lagi, kenapa?" soalku sedikit sangsi.

"nak ikut saya tak? Kita pergi jalan-jalan?" soalnya ceria.

"jalan mana?" soalku.

"awak kan tak kenal saya lagi,masa ni lah nak kenal saya, jomlaa, saya tak ada niat jahat lah," rayunya sambil beriak comel.

Aku tanpa sedar, tersenyum melihat gelagat Haniff Mikail,.

***

Kami berjalan menuju ke arah sebuah bangunan yang terletak tidak jauh dari kolam renang. Bangunan itu tidak bersambung dengan mana-mana bangunan.

Sampai sahaja dihadapan pintu bangunan tersebut, terpapar tulisan.

    "HANIFF MIKAIL PUTERA KAMI"

"nama awak?" soalku sambil mendongak memandang Haniff.

Haniff tersenyum sambil mengangguk perlahan.

"bangunan ni, arwah mama dengan arwah papa bina untuk, potraitkan semua gambar saya dari kecil sampai besar." ucapnya tanpa memandang ke arahku, sambil kedua tangannya diseluk ke dalam poket.

"Ooo, bestnya, maksudnya, semua memori zaman kanak-kanak awak, disimpan dalam bentuk gambar,..saya ada sekeping je gambar masa saya budak-budak." ucapku sayu,aku teringatkan arwah ibu, rindu.

"jom," ajak Haniff lembut.

Masuk sahaja ke dalam bangunan tersebut, mataku tertangkap pada sekeping gambar pasangan suami isteri digantung cantik. Jika dilihat, Haniff lebih persis wajah ayahnya, putih, tinggi lampai, namun ibunya juga seorang yang cantik, memiliki wajah melayu yang lembut dan penuh sifat keibuan. Di bawah gambar tersebut, tertera nota,

"hari pertama mama dan papa tahu wujud putera kecil dalam rahim mama"

"tu parents awak?" soalku kepada Haniff.

"haah, " ucap Haniff bersama senyuman.

Pelbagai gambar yang digantung di sini, dari Haniff kecil sampailah mrningkat dewasa, namun aku perasan, sejak Haniff menginjak masuk ke sekolah menengah, gambar papanya bagaikan tiada lagi.

"Haniff saya nak tanya boleh, kenapa lepas awak masuk sekolah menengah, gambar papa awak macam dah tak ada?" soalku perlahan.

Haniff terlihat berfikir seketika, terlihat sukar untuk dia meluahkan.

"awak mesti tertanyakan kenapa saya nak sangat jaga awak, saya nak sangat jadi pelindung awak sebab, saya tak nak saya menyesal sebab tak dapat lindung wanita yang dekat dengan saya macam apa yang jadi pada wanita-wanita sebelum ni, salah seorang, adalah arwah mama sendiri." ucap Haniff berat dan luluh.

"sejak saya masuk sekolah menengah, keluarga saya dah tak sesempurna seperti sebelumnya, papa ada perenpuan simpanan, mabuk, dan mula pukul mama. Kalau saya ada, saya akan halang papa, tapi.. Malam tu... Saya ada kelas tambahan, mama seorang diri, papa pukul mama, bila saya balik, mama dah tak ada, saya gagal jadi pelindung mama.., kalaulah saya ada, mungkin mama masih ada hari ni " ucap Haniff bersama esakan tangis.

Aku terdiam seketika, tak aku sangka, terlihat hidupnya mewah, namun tetap juga ada kisah yang perit untuk di telan. Tak hairanlah waktu aku mula-mula kenal dengannya. Dia bagaikan lelaki tanpa emosi.

"awak..walaupun kisah saya tak sama macam kisah awak, tapi saya faham perit yang awak alami" ucapku lembut.

Haniff tersenyun nipis sambil mengesat air mata yang mengalir dipipi.

"Haniff, awak cakap, wanita-wanita, siapa lagi?" soalku teragak agak.

Haniff menarik nafas dalam.

"Mira,dia.. Kekasih saya masa zaman sekolah, dia selalu ada dengan saya selepas mama tak ada, tapi saya tak ada dengan dia waktu dia perlukan saya." ucap Haniff sayu.

Mira? Itulah nama yang aku menanti untuk dia ceritakan, nama yang penuh misteri, tapi kenapa bagaikan ada perasaan aneh yang menyapa diri saat Haniff bercerita tentang Mira?

"maksud awak?" soalku,

"cukuplah awak tahu yang Mira juga dah tak ada dalam dunia kita, dia ada jauh dan tak akan kembali, dah lah jom kita balik bilik, dah nak magrib ni" ucap Haniff lalu meninggalkan aku dibelakang.

BERSAMBUNG....

P/s: haiiii!! Sorry semua, sis bukan lupa nk update, tp lupa jalan cerita😅😅  ambik masa nk siapkan bab 21 ni,harapny oklah, enjoy reading semua! Jgn lupa vote. Komen byk2 dan share!! Byee love you!!


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C21
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login