Download App
57.14% Lukisan Cinta Kita / Chapter 12: Chapter 12

Chapter 12: Chapter 12

Lyrine berdiri tegak ketika melihat Jaha keluar dari kelas 4A dengan didahului oleh Cikgu Musa.

Jaha yang turut ternampak Lyrine memandang ke arahnya mengangkat kening. Sebelum memandang ke arah lain.

Lyrine menghembus nafas panjang. Meremang bulu roma ketika mata hitam itu memandang ke arahnya tadi.

"Siapa pelajar bernama Lyrine kat sini?" Soal Tuan Pengetua pula.

Lyrine yang baru menghembus nafas lega itu tersentak ketika mendengar namanya dipanggil.

Dia memandang Tuan Pengetua yang baru keluar dari dalam kelas.

"Dia cikgu" Maira pantas sahaja menolong Lyrine menjawab. Siap menunding jari ke arah Lyrine.

"Kamu Lyrine? Pelajar baru tu?" Soal Tuan Pengetua itu terkejut. Muka baik macam ni yang menyebabkan dua pelajar perempuan itu dibelasah tadi?. (A/n: Belasah? Macam dah terlebih pula tu🤔)

"Iya. Saya cikgu. Kenapa cikgu?" Dia menyoal dengan hati tidak sedap.

"Ke bilik disiplin juga sekarang" Kata Tuan Pengetua. Sambil menggeleng melihat Lyrine.

Lyrine terkejut terus. Dah apasal lagi ni? Aku baru datang je kot?!. Tidak faham dia kenapa dia turut disuruh ke bilik disiplin sekarang.

"Pelajar baru. Tapi dah buat hal, batu apikan orang. Perempuan pula tu" Lyrine pucat terus ketika mendengar sindiran dari Cikgu Nora.

Semua mata memandang ke arah Lyrine dengan pandangan yang lain.

"Kenapa tercegat lagi? Tak gerak sekarang?!" Kata Cikgu Nora lagi. Dia memandang jijik ke arah Lyrine.

Lyrine menggenggam tangannya kuat.

"Baik cikgu" Akurnya. Suara perlahan sekali sebelum dia melangkah meninggalkan tempat itu mengekori arah dimana Cikgu Musa membawa 4 pelajar lelaki itu ke bilik disiplin.

Jaha memusingkan kepalanya ketika sedar Lyrine turut menyertai mereka.

"Kau dah kenapa ikut kitaorang pula?" Hairannya. Suara ada kasar sikit. Mungkin menyangka Lyrine mengekori dia.

Lyrine memandang Jaha tajam. "Diamlah kau sana!" Marahnya.

"Apasal aku pula yang diam?! Kau yang ekori aku. Aku ada hak nak bising!" Marah Jaha balik.

Azrul, Haziq dan Zai memandang ke arah Lyrine dengan pandangan ingin tahu. Siapa budak comel ni?. Tak tahu pula mereka ada pelajar yang berwajah comel dan cantik macam tu ada sekolah kat SMK Seri ni.

"Biarpun aku suka kat kau. Tak ada hati aku nak ekori kau ke bilik disiplin!" Geram betul Lyrine.

"Jadi yang kau kat sini kenapa?!" Walau hampir tersedak dengan ayat awal Lyrine tadi namun dia cepat-cepat kembalikan wajah dinginnya.

"Aku kena suruh pergi bilik disiplin oleh Tuan Pengetualah. Dahlah diam kau. Aku tengah tak puas hati dan bingung ni"

Selepas itu dia menjauhkan diri dari Jaha. Penampilan Jaha yang selekeh itu buat matanya mahu rabun sahaja!. Terasa gatal nak bakar baju yang butang-butang dah hilang tu. Tak reti nak jahit butang baju yang dah tercabut tu kah?!.

Jaha mendiamkan diri juga selepas itu. Malas mahu ambil peduli dia berjalan bersama dengan kawannya ketika Cikgu Musa pusingkan kepala memandang dia tajam agar jangan berbual kat belakang. Ingat mereka nak berpiknikkah apa sehingga masih lagi sempat nak berbual kat belakang dia?. Marah hati Cikgu Musa.

"Siapa dia?" Soal Azrul.

"Jembelang Annabelle" Balas Jaha tanpa ada perasaan.

"Oh. Dia jembelang kelmarin tu.." Kata mereka bertiga pula. Mengangguk faham.

Lyrine yang mendengar perbualan kecil mereka itu hampir mengetap gigi kuat. Menyabarkan dirinya agar tidak melenting. Sabar. Dia tu lelaki kau suka. Tiga orang senior tu kawan lelaki yang kau suka. Sabar Lyrine. Sabar. Ini ialah cabaran yang harus kau hadapi ketika kau jatuh cinta kat 'Jahantu' tu!.😤


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C12
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login