Download App
47.61% Lukisan Cinta Kita / Chapter 10: Chapter 10

Chapter 10: Chapter 10

Lyrine menuju ke dalam kelasnya. Dia memandang hairan ke arah blok tingkatan 4 , di mana kelasnya dan kelas tingkatan 4 berada.

Sunyi sepi?.

Tak.

Riuh adalah.

Kecoh pun ada mungkin?.

Dia nampak beberapa orang guru lelaki berjalan laju naik ke tangga dan ke blok tingkatan 4. Berabislah mereka naik tangga ke tingkat 3.

Apa yang berlaku?. Hatinya menyoal hairan.

"Apa yang berlaku?" Soalan yang sama keluar dimulut pelajar lain. Yang Lyrine yakin juniornya yang turut seperti Lyrine mahu ke kelas mereka.

"Jaha buat hal lagi" Kata pelajar perempuan yang lain. suara seperti sudah biasa melihat pergaduhan yang terjadi disebabkan oleh Jaha.

"Lagi?. Harap tak masuk kes polis lagi. Jaha baru keluar lokapkan?"

"Ya. Tapi kena tahan sehari je. Balik lagi buat hal" Rungut pelajar perempuan.

"Jaga mulut tu sikit kalau bercerita tentang Jaha" Tegur pelajar lelaki yang sempat terdengar perbualan pelajar perempuan itu.

Diam terus mereka. Tidak berani buka mulut.

Jaha bergaduh? Biar betul mamat tu?! Aku baru plan nak ajak dia date hari ni lepas sesi sekolah habis!. Jerit hati Lyrine.

Mana mungkin dia berani ganggu Jaha dalam mood teruknya? Tu bukan nak ajak date lagi. Tapi nak kubur free.

"Jaha gaduh kat kelas mana? Macam blok tingkatan 4 je?"

"Kat kelas 4A"

Terus tidak sedap hati Lyrine setelah mendengar nama kelasnya disebut.

Takkan kerana kelmarin?.

Dia cepat-cepat menuju ke kelasnya yang sesak dengan pelajar lelaki.

"Wei! Jangan sentuh aku! Aurat!"

Lyrine "....."

Aku nak lalu je kot. Tu pun kau dah nak menjerit macam aku ni bakteria?.

"Maaf dik. Saya nak ke kelas saya. Kat 4A" Dia melembutkan nada suaranya.

"Tak boleh ke sana sekarang. Cikgu tengah nak bawa Jaha ke bilik disiplin sekarang." Kata pelajar lelaki yang menjerit ketika Lyrine hampir tersentuh tangannya semasa nak naik tangga tu tadi.

"Dia betul-betul tumbuk orangkah tadi?" Soal Lyrine. Ingin tahu. Dia harap bukan kawan-kawannya yang ditumbuk oleh Jaha.

Wei...diorang main-main je kot cabar aku kelmarin!.

"Yup. Pelajar perempuan"

Kali ini Lyrine sudah pucat. Pasti kawan barunya!.

Dia tak jadi naik ke tingkat 3 apabila sekumpulan pelajar tingkatan 5 berbadan sado dan tinggi turun dengan wajah tak bersalah mereka.

Wajah teruja adalah.

"Hujung minggu ni kita ada aktiviti baru wei!"

"Aku nak ikut"

"Kalau abang kau yang polis tu tahu?"

"Comfirm dia tak tahu punya. Dia kan sibuk"

"Haraplah. Hari tu pun dia yang serbu kita."

"Kalau abang aku tak serbu. Boleh mati seorang wei"

"Iya juga"

Lyrine mencari kelibat Jaha dikumpulan pelajar lelaki itu namun tiada.

"Tumpang lalu!" Dia mengambil keputusan untuk naik juga ke tingkat 3.

"Berlalu!"

"Tepi sikit!"

"Dont touch me!"

Puas menjerit. Namun taklah kuat sangat sampai kecoh satu blok. Kuat untuk orang yang ada selangkah dua langkah dari dia je.

Gila dia nak jerit? Perempuan kot dia. Suara tukan aurat juga?😏. Akhirnya dia sampai juga.

Fuh! Lepas nafas lega dia.

Dari jauh dia nampak guru-guru berdiri kat luar kelas 4A dan dalam kelas. Wajah semua serius dan ada yang tenang sahaja.

Dia melangkah laju ke arah kelasnya.

Semua pelajar perempuan sekelasnya yang berdiri di balkoni tingkat 4 memandang Lyrine.

Lyrine memperlahankan langkahnya apabila melihat pandangan mata yang ditujukan ke arahnya.

Ada tidak puas hati.

Ada seperti tidak suka.

Ada terkejut melihatnya.

Dan ada seperti menyalahkan dia?.

Lyrine menggenggam erat tangannya sambil mengekal wajah yang tenang dan tidak peduli

"Haina apa yang dah berlaku?" Soal Lyrine kepada Hania yang berdiri memandang ke dalam kelas melalui tingkap kelas di luar.

Dia berpaling memandang ke arah pelajar baru yang baru sampai itu. Dia terkejut melihat Lyrine.

Pandangan yang sama seperti yang diberi oleh Adibah dan Wani tadi.

"Dah tahu. Pura-pura soal lagi" Kata pelajar perempuan sekelasnya yang lain. Suara menyindir sekali. Buat Lyrine merasa tidak senang.

Aku baru je kot beberapa minggu sekolah kat sini. Takkan aku dah nak dipulaukan oleh rakan sekelas aku?. Cemas terus dia. Dia tak suka ah.

Dia terima cabaran kawannya hari itu pun sebab dia mahu menjaga hubungan baik mereka!.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C10
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login