"Just kidding!"
Sekali lagi dahi aku cium spek hitam qayyum. Nasib tak merah dahi aku.
"So...ma girl....jom pergi date!" Laju qayyum berjalan. Aku dah termengah kejar langkah panjang si qayyum. Yeahh...nasib baik aku jenis yang tak kuat sangat perasan! Kalau tak...lagi malu tadi!
Mesti kena bahan dengan si qayyum!
"Qayyum! Tunggulah!"
Dan lepas tu....kami masuk dalam sebuah bangunan yang lagi besar. Valentino Y' company. Lagi besar dan lagi elegant dari tempat aku bekerja. Bila perhati elok-elok muka pekerja.
Dahi aku mula berkerut. Yeah....hampir semua pekerja berupa! Atau.....company ni...cuma ambik orang yang ada rupa saja?
"This is our newbie. Imana."
Rajin pulak si qayyum perkenalkan aku. Dari tadi sampailah sekarang. Puas dah aku cakap tak payah...tapi dia tayang muka tembok aje. So...malas nak cakap banyak. Bazir liur aje!
"Cute newbie....your girl?" Sorang mamat mana entah. Yang fashion ala-ala korea dengan muka dia pun sebijik macam artis korea....tiba-tiba peluk bahu qayyum. Sambil tersenyum pandang aku.
Dan sebab tak nak orang kata aku sombong....aku cuma tayang senyum ramah.
"Future maybe?" Selamba jawapan yang keluar dari bibir merah tu. Sambil si qayyum berbisik apa entah....rahsia orang lelaki kot....and then ketawa macam orang biul!
Ok.....malas nak layan. Sudahnya...aku cuma tahan bebola mata aku dari bergerak ke atas. Annoyed!
"Qayyum! Boleh kita gerak? Banyak stuff kena kemas...."
Aku mendekat. Bukan saja nak mencelah...tapi kalau dibiarkan.... Mungkin tambah lagi sejam aku jadi mak guard tak bertauliah dekat sini! Kaki aku pun.....dah rasa sakit! Menyesal pulak pakai heels!
"Okey then. " Bahu mamat korea, Qayyum tepuk sebelum dia senyum pada aku. "My cutie imana....dah panggil. Aku chaw dulu." Lepas tu qayyum macam biasa. Jadi penunjuk arah aku yang setia.
"Jaga elok-elok! Kalau tak aku rembat!" Lagi selamba jawapan mamat tu.
Qayyum angkat tangan ke atas. Macam bagi sign dekat mamat korea tu.
" Apa nama kawan awak tadi?"
"Ji Hoon? Kenapa? Kau berkenan dekat dia ke?" Qayyum masih jugak berjalan.
Aku berdecit. Suka hati dia aje cakap macam tu.
"Tak adalah suka. But....just basic knowledge. Lagipun dia kan kawan awak...."
Tak sempat aku nak habiskan ayat...qayyum dah berhenti berjalan tiba-tiba. Habis dahi aku terlanggar dada dia! Tapi....cam biasa.... Aku dengan cepat menjauh. Yeahh....ini bukan k-drama okey?
Qayyum pandang aku sambil senyum.
"So.... Do you like me?" Kening dia angkat berulang kali. Dan tanpa sempat aku tahan, bebola mata aku dah bergerak ke atas. Annoyed! Dah mula dah perangai kerek si qayyum!
"HaHaHaHa..."
Aku buat-buat ketawa. Lepas tu, makin laju aku berjalan. Macam tak nak tunggu qayyum aje kalau tengok dari gaya aku berjalan. Macam marathon pun ada!
Dari depan, aku dapat dengar suara qayyum yang seronok ketawa. Tak habis-habis nak usik aku!
"Pretty! Tunggulah!"
Dan tak sampai seminit, qayyum dah berdiri dekat sebelah. Manis muka dia sambil senyum. Well...muka qayyum selalu manis dengan senyuman! Macam biasa....
*****
" Twin! Camne kerja? Okey?"
Laju ain tanya aku. Lepas aje aku jawab salam dia, tak tunggu lama. Macam wartawan pun ada! Sampai nak tergelak aku dengan perangai ain! Comel!
"Okey laa.... Alhamdulillah. Berkat doa kawan baik cam ain.... Akhirnya imana dapat kerja!" Teruja aku bercerita. Dalam masa yang sama aku pandang sekeliling. Tak nak nanti timbul gosip liar pulak. Telefon, aku lekapkan ke telinga.
"I' m happy for you! Pape...nanti roger tau dekat ain! Ain nak tahu! Kalau ada orang buli imana....cepat report dekat ain... Nanti ain belasah dia dengan penyapu!"
Aku ketawa. Ain pun turut sama ketawa.
"Ada aje ain ni! Ain pun sama! Kalau ada orang buli ain dekat tempat kerja.... Bagitahu imana.. tak tunggu lama...imana pergi bagi tendangan maut dekat dia!"
Sekali lagi kami ketawa...tapi kali ni aku ketawa tak lama. Sebab dari jauh, aku ternampak seteru aku tengah berjalan ke sini. Muka bad mood aje! Entah apa lah masalah dia?
"Okey laa ain.... Nanti imana call balik. Bye. Assalamualaikum." Lepas dengar ain jawab salam, aku masukkan telefon ke dalam poket.
"Tak ada kerja ke? Asyik bergayut aje! Nak jadi monyet ke?"
Tajam mata aku pandang kawan ungka tu. See...ada aje ayat kurang ajar yang keluar! Tu ajelah dia! Kalau tak ayat kurang ajar...mesti sumpah seranah yang keluar. Tengoklah nanti kalau tak percaya.
"Bukan nak jadi monyet ke apa. Tapi sekarang kan lunch hour....saya tak pergi makan. So saya call laa kawan saya. Tak ada masalah kan?" Aku jawab sopan.
Dalam hati, hanya tuhan aje yang tahu...macam mana sekali aku cover urat muka sendiri. Supaya aku tak tertayang muka menyampah dekat mamat ni. Nanti tak pasal dia label aku biadap pulak!
"Cut the crap! Pergi masuk kerja! Bosan aku tengok muka kau! Dah lah buruk!" Lepas tu, laju encik tengku kepala batu tu berjalan. Tak toleh kiri kanan. Dia main redah aje.
Aku yang dekat belakang...rasa macam nak tendang aje dia! Biar dia tertonggeng dekat lantai. Geram!
" Benci betul!"
Baru aku nak melangkah, tetiba si qayyum terpacak depan aku. Dengan muka yang manis macam biasa. Sejuk jugaklah hati aku!
"Why baby? Masam aje muka? " Qayyum tundukkan muka dia ke muka aku. Iris biru cerah dia tepat merenung anak mata aku. "Wanna a love?" Dan bibir merah milik qayyum mula tarik satu garis senyuman.
Gulp. Aku telan liur. Tapi macam biasa...aku berundur ke belakang. Aku dah masak sangat...dengan perangai qayyum. Suka mengusik!
"Love?"
Qayyum mengangguk. Tangan dia dari belakang, dia bawa ke depan. Ada dua aiskrim dekat tangan qayyum. Dan dekat wrapper aiskrim tu...tertulis.
'love&live'
Patutlah...qayyum tanya nak love tak.....
"Nak bagi ke?" Aku pulak menyoal. Kali ni...qayyum tak cakap banyak...laju dia suakan ke arah aku.
"Tak lah. Nak jual."
Aku mengangguk. Sebelah tangan pegang aiskrim..dan sebelah lagi cari beg duit.
"Cari apa?"
"Duit?"
Qayyum dah tergelak. Kali ni dia siap ketuk kepala aku dengan aiskrim dia. Nasib berbalut lagi!
"Just kidding! Kau ni lawaklah!"
Aku jeling si Qayyum. Saja dia nak kenakan aku. Dah laa datang pulak bendul aku depan qayyum!
"Dah laa...jom pergi kerja." Aku laju berjalan. Tinggalkan qayyum yang tak habis lagi ketawa. Entah apa yang lawaknya?
Tiba-tiba ada kawan ungka lalu. Masam muka aku! Dia lagi! Rasa nak menjerit aje! Kenapa laa malang sangat nasib aku!
Bila lalu dekat sebelah....aku nak buat tak nampak aje. Tapi, rajin pulak kawan ungka ni tegur aku. Ada lah tu apa-apa yang tak puas hati!
"Kau nak semua orang tengok ke emoji atas kepala kau tu?"
Mendatar aje suara dia. Dahi aku pulak dah berkerut. Tak faham. Emoji apa?
"Ni." Laju jari panjang dia tarik sehelai sticky note yang melekat atas kepala aku. Lepas tu tayang. Nampak emoji monyet tengah tersengih.
Kureng punya qayyum! Takde orang lain dah! Sah! Mesti kerja qayyum!
"Kalau nak jadi pelawak....sila kerja dekat circus. Sesuai jugak dengan muka kau." Selamba dia bercakap sebelum berlalu.
Taguna! Kecik besar aje aku tengok seteru aku tu!