Download App
21.42% My bodyguard be my lover / Chapter 6: Surat

Chapter 6: Surat

Vivi membuka pintu dan terkejut melihat Elita memaut lengan Gavin.

"Kenapa cik Elita?"Vivi bertanya pada Gavin.

Gavin membawa Elita ke ruang tamu dan tidak menjawab pertanyaan Vivi.

"Awak ok ke?"

Elita menggelengkan kepalanya.Peristiwa tadi sama seperti dulu hingga membuatkan dia semakin takut.

"Kalau macam tu saya tolong ambilkan air untuk awak"Gavin berdiri tetapi tanggannya dipegang oleh Elita.Dia duduk kembali di sebelah Elita.

"Tak payah"

Gavin mengangguk faham.

Vivi menuju ke arah mereka berdua.

"Cik Elita dan Gavin makanlah,Vivi dah sediakan makan malam untuk kamu berdua"

"Ok"Gavin hanya menjawab dengan ringkas.

"Elita jom makan"

"Saya tak nak!"

Gavin tetap berusaha untuk memujuk Elita.Gavin memegang tangan Elita dan membawanya ke dapur.Elita hanya mengikut arahan.

Gavin mengambil piring untuknya dan Elita dan meletakkan di meja.

Gavin menyaukkan nasi ke piringnya dan Elita.

"Makan tau"

Gavin menyuapkan makanan.

"Takpe!Saya nak sendiri je"kata Elita.

"Awak mesti ikut arahan saya kalau tak.."

"Kalau saya tak nak!Saya tak naklah!Yang awak nak ugut saya ni kenapa?!"

Suara Elita yang kuat itu membuatkan Vivi terkejut dan dia bergegas pergi dapur untuk mengelakkan mereka berdua bergaduh.

"Yelah.."balas Gavin dan makan tanpa mengabaikan Elita.

"Makan ya cik Elita"arah Vivi sambil mempamerkan senyuman pada Elita.Elita menganggukkan kepalanya.Jarang sekali dia mahu membantah arahan Vivi kerana dia mengangap Vivi seperti kakak kandungnya.Elita makan dengan gelojoh kerana lapar.Gavin ketawa kecil melihat Elita.

Setelah mereka berdua siap makan,Vivi menyuruh Gavin membiarkan sahaja dia mencuci piring mereka berdua.

Gavin berjalan beriringan bersama Elita dan tidak memegang tangannya lagi kerana tidak mahu membuatkan Elita marah padanya.

Elita menutup pintu biliknya dengan kuat dan sekali lagi Gavin terkejut.Nasib sahajalah Gavin masih bersabar dengannya.

Gavin mengetuk pintu dengan perlahan.

"Nak apa lagi?!"jerit Elita.

"kalau ada nak minta tolong panggil saya ok,goodnight Elita"

Elita tidak membalas ucapannya.Gavin berjalan menuju ke biliknya dan sedih.

Setelah Gavin beredar dari depan pintu biliknya,Elita membuka sedikit pintu biliknya.Elita tersengih kerana marah pada Gavin tadi.

"Thanks Gavin"bisik hatinya dan menutup balik pintu biliknya.

***

Pagi,Rabu.

Elita bangun pagi dan bersiap.Elita membuka pintu biliknya.

"Morning Elita"Gavin menegur Elita di depan pintunya.

Elita bercekak pinggang melihat Gavin.

"Awak ni dah kenapa tiba2 kat depan pintu bilik saya?"

"Saya tunggu awaklah"

"Buat apa?Kenapa awak tak tunggu je saya kat bawah?!"

"Sebab saya nak tengok muka awak yang comel bila marah"balas Gavin dan mempamerkan senyuman manis padanya.

"Jangan nak mengarutlah!"

"Haha ok kalau awak tak percaya takpe"

Gavin menghulurkan tanggannya pada Elita tetapi Elita menepis tanggannya.

Elita berjalan turun ke bawah dan Gavin mengekorinya dari belakang.

***

Semasa Elita hendak menuju ke arah keretanya dia ternampak satu surat diletakkan bawah keretanya.Tanpa melihat sekelilingnya,Elita mengambil surat itu.

"Siapa yang bagi pula ni?"kata Elita.

Elita terus membuka surat itu dan membacanya.

'Tak lama lagi awak akan mati!Awak akan mati bersama Haura',from:your enemy'

Elita terkejut selepas membaca surat itu dan jantungnya mula berdebar.

"Haura?Macam mana dia kenal Haura?Siapa dia???"Elita bercakap sendiri.

Gavin berjalan menuju ke arahnya.

"Siapa yang bagi surat tu?"

Elita menoleh ke arah Gavin.

"Orang ...orang lain"kata Elita cuba untuk menyakinkan Gavin namun Gavin tidak mempercayai kata Elita.

"Nak tengok surat tu boleh?"

"Tak boleh!"

"Kenapa?"

"Sebab.."Elita menundukkan kepalanya.Gavin mendekatinya untuk mengambil surat itu.Elita menolaknya.

"Ni peribadi,awak tak perlu tahu!"

"Kenapa?"

"Takde!hantar saya ke pejabat sekarang"arah Elita dan terus masuk ke dalam keretanya tanpa meminta pertolongan daripada Gavin.

Semasa dalam kereta,Elita hanya berdiam dan masih berfikir pengirim surat itu.Gavin memandu kereta dan menoleh ke arah Elita.

"Apa yang awak fikirkan tu?"

Elita melihat Gavin dengan pandangan tajam.

"Takdelah ,awak tak payah sibuk!"

"Kalau awak ada masalah,ceritakan je pada saya"

"Tak ada apa-apalah!"

Gavin mengangguk faham.Tidak mahu lagi bertanyakan soalan pada Elita.

Hati Elita tidak tenteram dan dia menoleh ke belakang.Terdapat kereta sedang mengekori mereka dari belakang.

"Pandu dengan cepat!"

Gavin melihatnya dengan muka yang sangat hairan.

"Kenapa?"

"Ada orang yang ikut kita"

Gavin menoleh ke belakang.Rupanya betul apa yang dikatakan oleh Elita.Gavin memecut laju kereta .Akhirnya mereka tidak diekori lagi.Elita melihat kembali ke belakang.Lega.

"Siapalah pula yang ikut kita tu?"tanya Gavin.

"Mungkin orang yang benci saya..mungkin dia nak bunuh saya"balas Elita.

"Jangan cakap macam tu..saya tak akan biarkan dia ganggu awak.Saya janji akan jaga awak"

Elita termenung seketika melihat ke luar cermin dan tidak membalas kata Gavin.

Kali ini Elita membuka pintu sendiri dan terus berjalan masuk ke dalam pejabat.Gavin berlari mengekorinya.

"Tunggu Elita"

Elita berhenti berjalan.

"Tak nak!"balas Elita.

Tiba-tiba Elmira berjalan ke arah Gavin dan terus memegang tangan Gavin.

"Morning Gavin!"sapa Elmira.

"Morning,boleh tak lepaskan tangan saya?"

"Saya rindu awak"Elmira senyum melihat Gavin.Elmira masih memegang tangan Gavin tanpa mengabaikan Elita seperti Elita tiada di sana.Elita sedih melihat Elmira memegang tangan Gavin.Gavin melihat Elita dan Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Saya nak masuk dulu bye"

Elita terus berjalan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Gavin bersama Elmira.

"Jom masuk"

Gavin menganggukkan kepalanya dan bersetuju untuk berjalan beriringan dengan Elmira.Gavin rasa bersalah terhadap Elita.Tapi kenapa?Sedangkan dia hanyalah pengawal peribadi Elita.

Kali pertama mereka bertemu di lapangan terbang,dia benci terhadap Elita dan sekarang hatinya makin lama makin sayangkan Elita walaupun Elita tidak melayannya dengan baik.

Ayita,Chandani,Afra merupakan peminat nombor satu Gavin berlari ke Gavin.Pekerja yang lain hanya melihat mereka dan beberapa pekerja perempuan tidak mahu menganggu Gavin sejak mereka melihat wajah Elita berubah

sedih tadi.Elmira menghalang mereka bertiga untuk mendekati Gavin.

"Eh cik Elmira ni tiba2 nak halang kami kenapa?"kata Ayita.

"This is my boyfriend"Elmira membalas dengan yakin.

Elita berdehem.Mereka terkejut melihat Elita.

"Ayita ni untuk awak siapkan kerja ni dan hantar kepada saya esok"Elita meletakkan tugasan itu di meja Ayita dan meninggalkan mereka.

Gavin melepaskan tangan Elmira.

"Maaf ya saya perlu ke bilik Elita sekarang nanti saya jumpa awak semua,sorry Elmira saya hanya anggap awak sebagai kawan saya dan tak lebih dari tu"Gavin terus berjalan ke arah bilik pejabat Elita tanpa mengabaikan mereka.

Mereka mentertawakan Elmira.

"Diamlah!"

"Lain kali jangan mengarut!"serentak Ayita,Afra dan Chandani membalas.

Gavin mengetuk pintu bilik Elita.

"Masuk!"

Gavin membuka pintu dengan perlahan.

"Kenapa datang sini lagi?"tanya Elita.

"Saya nak jaga awak"

"Tak perlu"Elita berjalan ke arahnya dan menyuruh Gavin keluar dari biliknya.

"Saya nak awak keluar sekarang juga!"

"Kenapa awak nak suruh saya keluar?Saya ni bodyguard awak dan perlu jaga awak!"

"Eh dah pandai menjerit pula dia ni awak tak sedar ke siapa sekarang kat depan awak?!Saya ni anak majikan awak!Faham!So now get out from here!"

"ok"

Gavin menutup pintu Elita dan keluar dari biliknya.Gavin terkejut melihat pekerja di sana melihat ketika mereka bergaduh.Gavin meminta maaf daripada mereka kerana menganggu.

Elita duduk di tempatnya.

"Salah ke saya marah dia?Biarkan jelah dia I don't care"bisik hati Elita.

Gavin menuju ke arah Elmira.

"Hi Gavin jomlah duduk kat sebelah saya"

Elmira meletakkan kerusinya di sebelahnya.

"Thanks"

"Sabar ok"

"Saya rasa macam nak berhenti tapi.."

"Tapi apa?"

"Saya perlu jaga dia"

"Awak jaga dia pun dia tak kisah dan tak berterima kasih pada awak"

"Saya tak kisah kalau tu takpe saya akan sabar"

Gavin berbual dengan Elmira dan saling berkenalan sehinggalah status hubungan mereka berubah kepada kawan rapat.


Chapter 7: Mungkir janji

"Aku akan bunuh dia!" kata lelaki itu yang memakai topeng muka hitam dan ketawa.

***

Elita menunggu Gavin untuk menghantarnya balik ke rumah.

"Ish!Lambatlah dia ni!"

Semua pekerjanya telah pun balik dan hanya dia seorang sahaja berada di pejabat ayahnya.

"Kalau dia tak bawa kereta saya dah lama saya nak balik! Bodyguard tak guna!Banyak cantik nak bawa kereta tuan sendiri!"

Elita menelefon Gavin tetapi tidak dijawab.Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 tetapi Gavin masih belum muncul.

"Dia janji takkan tinggalkan saya...tapi dia tipu!"

Air matanya mengalir perlahan.

***

Gavin dan Elmira melihat pemandangan bandar di atas bukit.

"Awak dah ada teman wanita ke?"tanya Elmira.

"Ada tapi kami dah lama berpisah"

"Saya pun macam tu"

Gavin menoleh ke arahnya.

"Dia kat mana sekarang?"

"Saya tak tahu.."

Mereka diam dan masing2 layan perasaan sendiri.

Gavin teringat tentang Elita.Dia terus melirik ke arah jam tangannya.

'Jam 10?'bisik hatinya.

"Elmira ,saya rasa saya patut hantar awak balik sekarang"

"Alahh saya nak tengok lagi pemandangan kat sini"

"Next time ok?"

"Yelah"

Mereka berdua menuju ke kereta dan Gavin menghantar Elmira balik ke rumahnya.

***

Gavin berhenti di parkir kereta dan terus menuju ke pejabat Encik Alvis.

"Dia dah balik ke?"

Gavin cuba untuk membuka pintu pejabat tetapi telah dikunci.

"Elita?"Gavin memanggil Elita berkali-kali tetapi tidak tiada.

"Mana dia?Mungkin dia dah balik"Gavin menenangkan hatinya untuk tidak terlalu cemas dan dia terus masuk ke dalam kereta.

***

Gavin mengetuk pintu rumah.Alden membuka pintu dan menumbuk mukanya sehingga Gavin jatuh.

"Kau buat apa kat sini tak guna?!"

Gavin bangun dan merenungnya tak puas hati.

"Saya nak pastikan kalau Elita dah balik"

"Tak perlu!Kau berambus dari sini sebab Elita tak nak tengok kau lagi!"

"Aku bodyguard dia dan kau tak ada hak nak halang aku jumpa dia!"

"Dia tu benci kau faham ke?!kau keluar dengan Elmira tapi kau tak ambil kisah tentang dia!Jenis bodyguard apa macam kau ni ek?!"

Alden menumbuk muka Gavin sehinggalah bibirnya berdarah.Vivi menarik tangan Alden untuk menghentikannya.

"Apa gaduh2 ni dahlah tu,nanti Elita marah lagi"

"Gavin awak masuk dan makan kat dapur"

"Saya nak jumpa Elita"balas Gavin dan terus masuk ke dalam walaupun Alden menghalangnya.

"Elita"Gavin berasa kasihan melihat Elita tidur di sofa dengan mukanya yang pucat.Elita terjaga dari tidurnya dan terkejut melihat Gavin.

"Awak nak apa lagi!Pergi dari sini!"

Elita membaling bantalnya ke arah muka Gavin.

"I'm sorry"

"Awak pergi jaga Elmira!Nak sangat kan?sampai awak lupakan saya!Saya benci awak saya benci awak!!!"

Alden senyum sinis melihat Gavin dimarahi oleh Elita.

"Saya tak akan pergi dari sini selagi saya masih pengawal peribadi awak"

"Maafkanlah dia,Elita.Tak baik kita berdendam kita perlu maafkan kesalahannya"kata Vivi untuk pujuk Elita.

"Orang macam dia ni tak perlu dimaafkan nanti dia akan ulang juga kesalahan dia tu!"balas Alden.Mahu menambah kemarahan Elita.

Alden berjalan menuju ke tempat Elita dan membelai lembut rambutnya.

"Saya dah nak balik,goodnight sayang"

"Goodnight,thank you so much"

Alden senyum manis keluar dari rumahnya.

Elita menjeling Gavin dan mengambil bantalnya tadi lalu terus masuk ke dalam biliknya.

"Tak apa,lama-lama nanti hati dia akan sejuk"Vivi mengusap bahu Gavin.

Gavin menganggukkan kepalanya.

"Awak makanlah sekarang"

"Takpe saya dah makan tadi"

Gavin senyum paksa dan menuju ke arah bilik air.Vivi simpati melihat Gavin.

Gavin mencuci darah di bibirnya.

"Maafkan saya, Elita"bisik hatinya.

Gavin keluar dari bilik air dan menuju ke ruang tamu.Gavin terkejut melihat pintu rumah terbuka dan dia berjalan ke arah pintu.

"Siapalah pula yang buka pintu ni?"

Gavin keluar dan ternampak Elita berdiri di luar.

"Dia tipu saya..dia mungkir janji.."Elita bercakap sendiri.

"Elita buat apa kat luar ni?Bahaya tau tak"Gavin menegurnya.Elita terkejut dan menoleh ke arahnya.

"Kenapa awak ikut saya kat sini?!"

"Saya nak pastikan keselamatan awak"

"Tak payah!"

Gavin berdiri di sebelah Elita.Jantung Gavin berdebar.

"Saya nak minta maaf,saya tau saya banyak salah saya janji tak akan buat kesilapan yang sama lagi"

"Tak perlulah awak berjanji sangat saya tak percaya pun!"

"Jadi awak nak saya apa?"

"Saya nak awak tinggalkan saya!"

"Macam mana saya nak tinggalkan awak kalau saya dah sayangkan awak"

Elita terdiam seketika.'sayang?Saya salah dengar ke?'

"Awak tipu lagi kan!"

"Tak"balas Gavin dengan yakin.Muka Elita berubah merah.Gavin senyum padanya.

"Awak tak nak percayakan saya ke yang saya sayangkan awak?"Gavin berbisik di telinganya.

Elita memukul bahu Gavin.

"Sakitlah.."Gavin mengusap bahunya yang dipukul oleh Elita.

"Tu hukuman untuk awak sebab awak mungkir janji!"

Elita ketawa melihatnya.

"Awak maafkan saya?"

"Kalau awak tak mungkir janji lagi..saya akan maafkan awak"

"Saya janji"

Elita senyum pada Gavin.

"Thank you"

"Sebab?"balas Elita.

"Sebab awak dah senyum bila tengok saya,pertama kali dalam hidup saya nampak awak senyum,saya suka"

Elita menundukkan kepalanya.Malu.

"Saya nak tidur malas nak bercerita dengan awak"

Elita masuk ke dalam rumah meninggalkan Gavin.Gavin tersengih.Gembira.

***

'Macam mana saya nak tinggalkan awak kalau saya dah sayangkan awak'

Ayat itu masih diingati oleh Elita.Malu tak berkata.

"Sayang?Dia sayangkan saya tapi sebagai apa?"Elita tersenyum malu.

"No!Saya tak akan percayakan dia!"

Elita tersenyum lagi dan mengingati ayat Gavin tadi.

"Malunya!Dia sayang saya?!"Elita menutup mukanya dengan bantal supaya tiada siapa yang mendengarnya.

"Macam manalah pula saya boleh berterus terang kat dia yang saya sayangkan dia?"

Gavin senyum.

"Senyumannya boleh cairkan hati saya.."Gavin termenung lama dan akhirnya tertidur lena.

***

Setiap hari Gavin menemaninya dan hubungan mereka semakin rapat walaupun mereka berdua sentiasa bergaduh.Hari ini ayahnya memberikan cuti pada mereka.Elita bercadang untuk keluar sendiri.

"Elita nak pergi mana?"tanya Gavin.

"Saya nak pergi shoppinglah!Kenapa?!"

"Saya nak ikut awak boleh?"

"Tak boleh!"

"Nampaknya awak dah tak ikut arahan saya"

Elita memandang tepat ke arahnya dengan pandangan tajam.

"Kalau saya cakap tak boleh!Tak bolehlah awak tak faham bahasa ke?!"

"Saya faham,tapi saya tetap nak ikut awak"

Elita berpeluk tubuh.

"emm...yelah.Cepatlah bersiap"

"Done"

"Macam tu je?"

"Yes"

"Ok let's go"balas Elita.Gavin mengekori Elita di belakangnya.

***

Elita membeli baju untuknya dan semua barangnya dibawa oleh Gavin.Bukan sikit tapi banyak.

"Menyesal ikut dia ni"bisik hati Gavin.

Gavin terpaksa menunggu Elita semasa Elita sedang memilih baju.Tiba2 Gavin ternampak sosok tubuh perempuan seperti Amelia,teman wanitanya.Gavin menyimpan barang-barang Elita dan berlari mendekati perempuan itu.

"Amelia?"

Perempuan itu menoleh ke arahnya.

"Sorry, saya bukan Amelia,saya Haura"

"Oh maaf saya tersilap orang"

"It's okay"balas Haura.

Haura melambaikan tangan padanya dan meninggalkan Gavin.Gavin pergi ke tempat Elita tetapi dia berhenti berjalan.

"Haura?Bukan ke dia adalah kawan Elita?"

"Gavin!"Elita menjerit memanggil namanya sambil membawa barang-barangnya yang banyak itu.

Gavin terkejut.

"Sorry"

"Awak mungkir janji lagi!Awak pergi ke mana tadi?!"

"Saya .."

Belum sempat Gavin menjelaskan semuanya,Elita menghulurkan barang-barangnya itu padanya.Gavin terus mengambil.

"Sekarang saya nak bawa awak ke suatu tempat"

Elita menarik lengan Gavin dan Gavin terpaksa mengikutinya.

"Fashion boy?"bisik hati Gavin dan membuat muka hairan.

"Kita nak beli apa kat sini?"tanya Gavin.

"Tukar gaya awaklaj,jom"Elita menarik lengan Gavin dan masuk ke dalam.

Gavin memang tak suka bergaya dan sentiasa memakai baju simple.

Elita memilih baju untuk Gavin.Setiap kali Gavin sendiri memilih baju pasti Elita menghalangnya kerana Gavin hanya memilih baju yang sangat simple.

"Saya nak awak cuba ni"

"Tapi saya tak minat gaya macam tu"

"Tak boleh!Awak mesti ikut apa saya cakap!"

"Yelah.."Gavin mengambil pakaian itu dan mencubanya.

Elita menunggu Gavin.

Gavin keluar dengan memakai pakaian yang disuruh oleh Elita.

"Macam mana?"tanya Gavin.

"No good,cuba yang kedua pula"

Gavin mengeluh panjang dan masuk ke dalam lagi untuk mengganti baju.

Gavin keluar dan berharap Elita akan menerimanya.

"Dah ok ke?"

"No!Cuba yang lain lagi"

"ok"

Elita ketawa kecil.

Sudah 6 kali,Gavin mengganti pakaian tetapi Elita masih dengan jawapan yang sama.

Berpeluh muka Gavin.Menyesal sangat mengikut Elita tadi.Kalau sekarang ni dia masih tidur ataupun main game.

"Macam mana Elita?"

Elita mengalihkan pandangannya ke arah Gavin.Elita terdiam dan senyum.

"Elita?"

"Ok"

Gavin duduk di kerusi yang disediakan.

"Saya dah penat"

Elita ketawa melihatnya.

"Cepatlah tukar baju ,lepas tu saya nak bawa awak ke suatu tempat lagi"

"Di mana?"

"Ikut je"

"ok"Gavin masuk dan menggantikan bajunya.

Setelah Gavin mengganti pakaiannya,Elita membantunya untuk membayar dan menyuruh Gavin membawa barang-barangnya itu lagi.

***

"Kita pergi kat sini"

Gavin berasa takut melihat tempat itu."kat sini??"

Ujar Gavin sambil menunding jari telunjuk ke arah Fun Fair.

"Yes"

"Kenapa kat sini?"

"Saya rindu nak pergi sini"

"Awak pergi jelah saya tunggu awak"

"No!"

Elita menarik lengan Gavin dan membawanya masuk.Gavin menolak ajakan Elita tetapi Elita tetap memaksanya.

Roller coaster,Ferris Wheel dan banyak lagi dinaiki oleh mereka berdua.Ketika itulah Gavin sangat takut ,nak memandang ke bawah pun takut sehinggalah Gavin berasa muntah.

Elita hanya ketawa melihatnya dan menghulurkan ais krim padanya.

Gavin mengambil ais krim yang diberikan oleh Elita lalu Elita duduk di sebelahnya.

"Best tak?"

Gavin menganggukkan kepalanya dan terus makan ais krimnya.

"Awak memang suka ke pergi sini?"

"Suka sinilah tempat saya selalu pergi dengan kawan saya dulu..."

"Haura?"

"Yes"

Gavin termenung dan teringat dengan perempuan tadi yang mengaku sebagai Haura. Gavin tidak menyedari ais krimnya terdekat dengan hidungnya.

Elita mengelap hidung Gavin dengan tisu.

"Thanks"balas Gavin dan mereka berdua saling berpandangan.

"Lepas ni kita nak pergi mana?"tanya Gavin.

"Naik lagi?"

"What?!"

"Haha I'm just kidding,sekarang saya nak awak yang cadangkan"

"Eh dah pandai berguraulah Elita ni"

"Mestilah nanti awak kemurungan haha"

Elita meninggalkannya dan keluar dari Fun Fair.Gavin mengejarnya.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C6
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank 200+ Power Ranking
Stone 0 Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login

tip Paragraph comment

Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.

Also, you can always turn it off/on in Settings.

GOT IT