Alden melambaikan tangan pada Elita dan beredar dari situ.Gembira dapat bersama Elita tadi.Gavin masuk ke dalam kereta dan hairan kerana Elita masih belum masuk.Gavin melihat Elita ,rupa-rupanya Elita menunggu Gavin membuka pintu untuknya.Gavin melepaskan keluhan kecil memperhatikan Elita'Cerewet sangat'.Gavin keluar dan membantu Elita membuka pintu sebelah untuknya.
Elita masuk dengan selamba sahaja tanpa mengucapkan terima kasih pada Gavin.Gavin masuk dan memandu kereta Elita.Elita memasang radio dalam keretanya.'Benci2 lama-lama cinta!'.
Elita menutup radio.
"Kenapa Elita tutup?"Tanya Gavin.
"Tak best!Ceramah je lebih"
"Benci2 lama-lama cinta?Macam kita berdua pula kan haha"
"Jangan perasan!"
"Gurau je ,so Elita tak boleh benci saya nanti awak suka kat saya"
"Eh eleh dia ni kan nak saya tampar muka awak ke apa huh?!"
"Jangan macam tu Elita kita perlu bergurau kalau tak ada gurauan nanti kemurungan haha"
"Ceramah je tau"
Gavin tersengih melihat anak majikannya ini.Sentiasa serius.
***
Encik Alvis menyuruh Gavin untuk menghantar Elita awal balik ke rumah.
Vivi menyediakan makan malam dan Puan Jefina juga berada di dapur untuk belajar masak bersama Vivi.Elita pula sama sekali tidak berminat untuk belajar masak sekarang walaupun banyak kali disuruh oleh Puan Jefina.Dulu sahaja Elita rajin belajar memasak kalau sekarang tak.Walaupun mereka adalah orang kaya tetapi Puan Jefina tetap mahu belajar masak untuk menambahkan pengetahuannya.
Puan Jefina menyuruh Gavin memanggil Elita turun bawah untuk makan.
Gavin mengangguk faham dan naik ke atas.Gavin mengetuk pintu bilik Elita tetapi tiada sahutan darinya.Gavin tidak sengaja tertolak pintu bilik Elita.Pintunya tidak berkunci.Gavin membuka pintu Elita dengan luas dan mencari Elita.
Ternyata Elita masih di bilik airnya.Gavin duduk di katil Elita untuk menunggunya keluar.Gavin senyum melihat bilik Elita yang sangat kemas.
Elita keluar dari bilik air dan berpakaian jubah mandi.Elita terkejut melihat Gavin berada dalam biliknya.
"Awak buat apa kat sini?!"
Gavin berdiri.
"Erh sorry mama awak suruh awak turun bawah untuk makan"
"Get out from my room now!"
"Tapi mama awak suruh saya tunggu awak selagi awak tak turun"
"Tunggu saya di depan pintu je"
"Kalau saya tunggu awak kat sini je boleh?"
"Awak memang suka cari gaduh kan?!Awak nak saya tampar muka awak ke huh?!"
"Haha saya hanya bergurau,baiklah saya akan tunggu awak kat depan pintu tapi awak mesti cepat tau,saya tak suka tunggu lama sangat"
Gavin berjalan menuju ke arah pintu dan keluar dari bilik Elita.
Elita menutup pintu dengan kuat.
"Sabar Gavin,dia tu anak majikan awak ,sabar haish!"bisik hati Gavin kerana marah terhadap Elita membuatkan dia terkejut.
Elita ketawa kecil kerana dapat membuli Gavin.Entah apa lagi rancangan dia seterusnya.
Beberapa minit kemudian,Elita membuka pintu.
"Cepat pun"kata Gavin dan senyum manis melihat Elita walaupun dia masih marah terhadap Elita.
Elita menjeling dia dan turun ke bawah meninggalkan Gavin.
'Penat-penat tunggu dia kat sini dia pula bagi jelingan je'Gavin menggelengkan kepalanya.
***
"Macam mana hari pertama Gavin jadi bodyguard Elita?"tanya Puan Jefina.
"Happy"
"Walaupun Elita selalu marah Gavin?"kali ni Encik Alvis yang bertanya pada Gavin.
"Saya ok je"balas Gavin dan senyum walaupun dalam hatinya sudah benci dengan sikap Elita.
"Dia kata kan dia dah ada teman wanita namanya Amelia tak sangka kan orang lembab macam dia pun dah ada teman wanita"Elita menyampuk perbualan mereka dan senyum sinis melihat Gavin.
"Tak baik cakap macam tu Elita,Gavin tak lembab macam yang kamu fikirkan"kata Encik Alvis.
Elita menghabiskan makanannya tanpa mengabaikan nasihat ayahnya.
"Tambahlah lagi nasi ,Gavin .awak mesti makan banyak" pelawa Puan Jefina.
"Takpe aunty saya tak suka makan banyak ,tak ada selera"balas Gavin lalu berdiri membawa piringnya dan mencuci piring sendiri tanpa mengharapkan pada Vivi.
Gavin menuju ke luar rumah tanpa memandang mereka masih makan.
"Dia marah ke?I don't care hahaha I'm win!"Elita bercakap dalam hatinya.Gembira dapat membuli Gavin lagi.
***
"Awak kat sini rupanya Gavin"
Gavin menoleh ke arah Encik Alvis.
"Saya suka lepak kat sini"
"Sebab awak marah pada Elita?"
Gavin berdiam dan tidak menjawab pertanyaan Encik Alvis.
Encik Alvis mengusap bahu Gavin.
"Maaflah sebab sikap Elita sentiasa macam tu sebenarnya ada sebab kenapa dia begitu"
"Kenapa uncle?"tanya Gavin dengan penuh kehairanan.
"Dulu Elita tak macam ni sekarang,dulu dia sangat baik terhadap sesiapa pun.Tapi.."
"Tapi apa uncle?"
"Dulu Elita ada kawan rapat nama dia Haura,mereka sangat rapat macam adik beradik.Haura bekerja dengan Elita di pejabat uncle.Haura juga yang jadi pembantu Elita.Masa tu Haura dengan Elita balik lambat.Lepas mereka menyiapkan tugasan mereka berdua,Elita nak bawa Haura pulang ke rumah.Tapi,Elita suruh Haura ikut dia masuk balik ke dalam pejabat sebab ada barang dia lupa bawa.Tapi Haura malas nak ikut Elita jadi dia cuma tunggu kat parkir kereta.Tapi masa Elita keluar dari pejabat,tiba-tiba Haura tiada kat parkir kereta .Elita cari Haura tapi Haura langsung tiada.Elita laporkan kejadian tu pada polis dan memaklumkan pada ibu bapa Haura.Polis pun tak dapat cari Haura.Ibu bapa Haura marah pada Elita kerana Haura hilang.Sampai sekarang,Haura masih tak dapat dijumpai.Elita menyesal.Sejak dari tu,Elita sentiasa tertekan dan dia berubah.Dia berubah kerana hatinya sakit dengan kehilangan Haura.Elita benci dengan orang sekelilingnya dan dia sentiasa menyakitkan hati orang lain dan sebab tu ramai yang benci pada dia"
Gavin mengangguk faham.
"Uncle dan aunty sudah berusaha nak ubahkan sikap dia jadi baik tapi dia tetap macam tu,uncle harap sangat pada Gavin supaya bersabar dengan sikap dia dan dapat ubahkan sikap dia.Uncle tahu Gavin memang sakit hati dengan sikap jahat dia tu.Tapi uncle tak suka Elita bersama Alden"
"Kenapa uncle?"
"Bila dia bercinta dengan Alden,perangai dia semakin lama semakin jahat.Uncle tak berharap pada Alden dapat bantu ubahkan sikap Elita tapi uncle hanya berharap pada Gavin.Uncle tak sangka Gavin dah ada teman wanita.Tapi uncle berharap sangat pada kamu dan Elita dapat bersama dan Gavin halaukan Alden dari hidup Elita,Kalau kami dah berada di Rusia,uncle nak Gavin sentiasa jaga Elita dan uncle harap kamu dapat buka hati pada Elita"
Gavin berdiam.Berdiam untuk tidak menyakiti hati Encik Alvis.
Encik Alvis masuk ke dalam rumah meninggalkan Gavin bersendirian di luar.
"Buka hati untuk dia?"bisik hati Gavin.
Dari tadi,Elita bersembunyi di sebalik dinding dan mendengar perbualan ayahnya dan Gavin..Elita berlari menuju ke biliknya saat ayahnya hendak masuk ke dalam rumah.Nasib sahaja ayahnya tidak ternampak dia ketika bersembunyi.
***
Elita memeluk ibu dan ayahnya.
"Take care kat sana tau "
"Baiklah anak mama,dengar cakap Gavin tau jangan selalu bergaduh"
Puan Jefina membelai lembut rambut Elita.Gavin hairan melihat Elita berdiam.Selalunya dia akan membantah.
"Saya janji akan jaga dia untuk aunty dan uncle"kata Gavin dan bersalaman dengan mereka berdua.
Elita dan Gavin melambaikan tangan pada Puan Jefina dan Encik Alvis.
"Jom balik"kata Gavin menoleh ke arah Elita.Elita menganggukkan kepalanya.Malas nak bercakap.
Gavin memegang tangan Elita.
"Heh!kenapa awak pegang tangan saya?!"
"Saya bodyguard awak so saya perlu jaga awak macam jaga cinta"
"Jaga cinta?"
Gavin menggaru kepalanya yang tidak gatal.Terlepas cakaplah pula.
"Gurau je,dah jom"
Gavin berjalan sambil memegang tangan Elita.Entah kenapa Elita tidak melepaskan tangan Gavin dan dia berasa selesa saat tanggannya dipegang oleh Gavin.Malu+marah+suka.Itulah isi hati Elita.Lagi pula ramai yang melihat ke arah mereka tapi Gavin tak kisah langsung.
***
Gavin membuka pintu untuk Elita dan memegang tangan Elita.
"Boleh tak jangan pegang tangan saya lagi?!Saya tak suka!"
"Awak mesti ikut apa yang saya cakap kalau tak saya akan tinggalkan awak"
"Jangan nak ugut sayalah!"
"Ok awak tak nak dengar kan baiklah saya bagi 2 pilihan pada awak,awak masih nak saya jadi bodyguard awak ataupun tak"
Gavin tersengih melihat Elita dan melepaskan tangan Elita.
"Kalau dia berhenti memang happy tapi saya tak puas hati lagi nak buli dia!"bisik hati Elita.
"Saya tetap nak awak jadi bodyguard saya"
"Tapi ada 1 syarat"
"Apa dia?"
"Saya nak awak selalu ikut arahan saya ,awak setuju tak?"
"Ok saya setuju sekarang apa awak nak suruh saya buat?"
"Saya nak pegang tangan awak"
"Awak gila ke?Kenapa suka sangat pegang tangan saya?Awak tu bodyguard saya dan bukan boyfriend saya pun!"
"Nampaknya awak dah langgar arahan.Baiklah saya akan.."
"Yelah"
Gavin memegang tangan Elita dan membawanya masuk ke dalam pejabat.Elita terpaksa ikut arahannya.
Semua pekerja fokus melihat Gavin bersama Elita.Banyak pekerja perempuan tak berpuas hati melihat idola mereka iaitu Gavin sedang memegang tangan Elita.
"Morning cik Elita dan Gavin"ucap Elmira.Elmira senyum melihat mereka berdua.'sweetnya,takpe saya tetap akan rampas bodyguard dia'Elmira bercakap dalam hatinya.
"Bila awak nak keluar makan dengan saya,Gavin?"kata Elmira sambil membetulkan kolar leher Gavin.Sengaja mahu membuatkan Elita cemburu.Elita melepaskan tangan Gavin tetapi Gavin menahannya.
Gavin menolak tangan Elmira dengan lembut.
"Maaf ya Elmira masa belum mengizinkan lagi maybe next time,can?"
"Can,janji tau?"Elmira mengenyitkan matanya melihat Gavin.Elita berasa rimas melihat mereka.Cemburu?Maybe haha
"Janji"kata Gavin dan senyum paksa melihat Elmira.Walaupun senyumannya itu senyum paksa namun dapat mencairkan hati Elmira.
Ketika Gavin berjalan bersama Elita, semua pekerja di pejabat itu melihatnya dan ada juga perempuan yang senyum manis melihat Gavin dan mengenyit mata.Gavin mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Setelah Gavin masuk ke dalam bilik pejabat Elita,pekerja perempuan di pejabat itu berbisik.Mulalah berbawang.
"Bodyguard dia tu suka pada Elita ke?Tak percayalah"kata Ayita.
"Haah kita orang pun tak percaya,sejak bila pula Elita berani pegang tangan bodyguard dia?Dia kan dah ada Alden takkan nak rampas Gavin lagi?Haish kalau dah ada 1 orang tu cukuplah tak payah lagi nak lebih,dia ni merampas je idola kita" balas Afra.
"Kan kan"Chandani pula lagi menyampuk.
Elmira menghentakkan meja Afra.
"Diamlah nanti Elita dengar habiskanlah korang dengar Elita membebel nak ke?"
"Kita orang kan berbisik je bukannya kuat sangat pun suara kami"balas Ayita.
"Kalau nak berbawang tu bertempatlah nanti dia dengar!Kantoilah"
"Yelah"dengan serentak mereka balas.
Gavin berdehem beberapa kali.Elita melihat ke arahnya.
"Kenapa awak tengok saya?"tanya Elita.
"Saya nak keluar sekejap je boleh tak?"
"Boleh,saya tak kisah pun"Elita melihat komputernya.
"Kalau saya jumpa Elmira boleh ke?"
Elita melihat Gavin dengan pandangan tajam.
"Kalau awak nak jumpa siapa-siapa pun saya tak kisah!Awak bukan siapa-siapa pun untuk saya!Dan 1 lagi jangan banyak tanya pada saya!Saya banyak kerja sekarang!"
"Awak tak cemburu ke?"
"Tak langsung!"
"Betul ni?"tanya Gavin lagi.
Elita tidak membalas pertanyaan Gavin dan terus fokus menyiapkan tugasannya.
"Dia nak jumpa Elmira?Kenapa?Mungkin dia suka Elmira?Tapi.. takkanlah saya nak biarkan,eh!Tak guna! Kenapalah nak fikirkan tentang dia pula ni?"bisik hatinya.
Gavin tersengih dapat membuatkan Elita marah.Gavin berdiri dan membuka pintu.Gavin menutup pintu dengan perlahan.
Baru sahaja Gavin ingin mencari Elmira,dia sudah berada di depan Gavin.
"Hi"sapa Elmira.
"Hi awak buat apa kat depan pintu Elita?"
"Saya nak jumpa awaklah"
"Saya pun nak jumpa awak"
Berbunga-bunga hati Elmira saat dia mendengar kata Gavin.
"Yeke,untuk apa?Elmira tersipu-sipu malu di depan Gavin.Mukanya berubah merah.
"Saja nak bercerita dengan awak,boleh?"
"Boleh untuk awak saya sanggup"
"Awak tak busy ke?"
"Busy tu memang busy,tapi kalau awak nak duduk kat sebelah saya pun boleh,dapat juga awak tengok cara kami siapkan tugasan"
"Ok"balas Gavin dan senyum melihatnya.Gavin mengekori Elmira menuju tempat duduknya.
Beberapa pekerja perempan mula memandang mereka berdua.Elmira meletakkan kerusi di sebelahnya untuk Gavin duduk.Gavin duduk di sebelahnya.
"Kenapa awak tak nak duduk dalam bilik cik Elita?"
"Saya bosan,lagipun dia tu kan tak suka saya kat dalam bilik dia tu"
"Haha cik Elita memang macam tu, awak boleh duduk kat sebelah saya setiap hari boleh juga kita bercerita sementara tak ada Encik Alvis dan Puan Jefina di sini"
"Awak selesa ke kalau saya kat sebelah awak?"
"Selesa sangat2"
Gavin menganggukkan kepalanya.Gembira kerana selepas ini dia tidak akan berasa bosan.
"Tapi cik Elita kan cantik,kalau awak tengok dia setiap hari awak boleh jatuh hati kat dia haha"Usik Elmira.Saja mahu memastikan jika Gavin suka pada Elita.
"Awak rasa saya padan ke dengan Elita?"
"Mungkin tak"
"Sebab?"
"Awak lagi padan dengan saya"bisik Elmira di telinga Gavin.Gavin dan Elmira ketawa kecil.
"Baiklah haha"balas Gavin.
Elita menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Kenapalah pula saya terfikir tentang dia pula!Haish!"
Elita melihat kertas-kertas di sebelah bukunya.Kertas-kertas itu adalah tugasan yang diberikan oleh ayahnya kepada Elmira.
Elita mendapat ideanya.Dia bingkas bangun dari duduk dan mengambil kertas-kertas tersebut.
Elita membuka pintu dan berjalan menuju tempat Elmira.
Elita terkejut melihat Gavin berbual dengan Elmira.
Gavin menoleh ke arah Elita.
"Elita rindukan saya kan?"
"Jangan perasanlah!"Elita menjeling Gavin.Dia terus meletakkan kertas-kertas itu di meja Elmira.
"Kenapa awak tak ambil tugasan ni kat meja saya?"
"Oh maaf cik Elita,saya lupa"balas Elmira.
Elita mengangguk faham.
"Siapkan kerja ni jangan berbual je tau,nanti tak siap kerja ni,faham"
"Ok cik Elita"
Elita menuju ke biliknya meninggalkan Gavin dan Elmira.
Elita termenung.
"Sedar Elita!Dia tu cuma bodyguard awak.Awak tak boleh halang dia bersama Elmira"
Elita menenangkan hatinya.Sedih.
Tiba-tiba pintunya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu.
"Morning sayang"sapa Alden dan menutup balik pintu.Alden berjalan menuju tempat Elita dan duduk di depannya.
"Morning"balas Elita.
"Kenapa awak sedih ni?Any problem?"
"Nothing"
"Tak sangka kan bodyguard awak tu sedang berbual dengan pekerja awak,sweet je"
"Saya tak kisah pun"
"Tapi dia kan perlu jaga awak kat sini"
"Saya tak suka dia kat sini"
"Jadi awak lebih sukakan saya kat sini?"
"Mestilah"Elita senyum melihatnya.
"Saya happy awak tak suka Gavin tu kat dalam sini"
"Awak tak kerja ke?"Elita bertanya untuk bertukar topik.
"Nanti je,saya nak ponteng"Elita ketawa melihat dia.
"Nanti bos awak marah then pecat awak macam mana?"
"No problem,sebab saya boleh pindah kerja kat sini dan temankan awak"
"Awak mesti bergurau kan?"
"Mestilah"
Elita mencubit bahu Alden.
"Janganlah marah haha ,ok saya nak pergi kerja sekarang"
"Cepatnya?"
"Saya hanya dibenarkan keluar sekejap je"
"Erm..ok"
Alden mengucup dahi Elita.
"Bye next time saya ajak awak keluar"
"Ok"
***
Gavin mengetuk pintu dan membukanya.
"Sekarang dah tengah hari,jom kita keluar pergi makan"Gavin mengajak Elita.
"Saya tak nak!Awak ajaklah Elmira"
"Saya nak ajak awak seorang je,Elmira keluar dengan kawan2 dia"
"Bukan ke Elmira suka kat awak?Kenapa awak masih nak ajak saya?Awak ikutlah Elmira sekali"Elita berdiri dan berjalan ke arah pintu.Gavin sempat menghalangnya dan memegang tangannya.
Muka Elita berubah merah.
"Saya kan dah cakap yang saya tak akan tinggalkan awak dan saya akan jaga awak"
"Awak tipu!"
"Kalau saya tipu memang dah lama saya berhenti jadi bodyguard awak"
Elita mengetap bibirnya dan menghembuskan nafas panjang.
Gavin membawa Elita ke parkir sambil memegang tanggannya.Elita terpaksa mengikut arahan Gavin.
'Takpe kali ni awak yang menang ,nanti saya akan kalahkan awak!'kata Elita dalam hatinya dan menjeling Gavin.
***
Gavin termenung lama melihat Elita sedang makan.
"Comelnya dia ni"bisik hati Gavin da senyum melihatnya.
Elita berhenti makan dan rimas kerana Gavin hanya melihatnya.
"Boleh tak jangan tengok saya?"
"Salah ke?"
"Yes!"
"Saya suka tengok masa awak tengah makan sebab awak comel"
"Habiskan makanan awak tu!"
"Saya tak dapat habiskan makanan saya ni bila saya tengok awak,sejuk je mata"
Elita tidak mengabaikan Gavin dan menghabiskan makanannya walaupun Gavin sedang melihatnya lagi.
"Siap,tolong bayar ye"
Elita menghulurkan duit pada Gavin tetapi Gavin tidak menerimanya.
"Kenapa awak balikkan?"
"Saya belanja awak"
"It's okay saya yang belanja awak"
"Awak mesti ikut arahan saya"
"Yelah awak"
Selepas sahaja Gavin bayar,Gavin mengajak Elita untuk balik ke pejabat.Sekali lagi,Gavin memegang tangan Elita.
"Boleh tak jangan pegang tangan saya lagi?"
"Awak mesti ikut arahan saya"
Elita menjeling Gavin.
"Ok!"
Mereka berdua keluar dari restoran itu.Sewaktu mereka berdua ingin menuju ke kereta, Gavin ditegur oleh seorang nenek.
Gavin berasa kasihan melihatnya.
"Nenek nak pergi mana?"
"Nak pergi sana"
"Saya boleh tolong nenek"
Gavin melepaskan tangan Elita.Dia membantu nenek itu untuk melintas jalan.
Elita senyum melihat Gavin.
"Baiknya dia ni"
Nenek itu memberikan upah pada Gavin kerana membantunya.
"Takpe, nenek simpan sahaja duit ni,saya ikhlas tolong nenek"
"Terima kasih cu,nenek doakan yang terbaik untuk kamu"
Gavin menganggukkan kepalanya dan senyum melihatnya.Gavin melambaikan tangan pada nenek itu dan berjalan menuju ke arah Elita yang sudah menunggunya di depan kereta.
***
"Kenapa awak tak pergi duduk lagi kat sebelah Elmira?"tanya Elita kerana hairan.
"Saya nak temankan awak"
"Yelah"balas Elita.
Gavin mengangkat kerusi dan duduk di sebelah Elita.
"Jangan duduk kat sebelah saya!"
"Kenapa tak boleh ke?"
"Tak boleh"
"Saya cuma nak tengok je cara awak buat kerja"
Elita menjeling Gavin dan sambung menyiapkan tugasannya.
"Boleh tak jangan jeling saya?Saya nak awak senyum kat saya"
"Memang patut pun saya jeling kat awak,duduk kat sofa sana,jangan duduk sini!"
"Awak nak ke saya berhenti jadi bodyguard awak?"
Elita menoleh ke arah Gavin dan memandangnya dengan pandangan tajam.
"Yelah!"
"Thank you"balas Gavin dan memberikan senyuman manis.
Semasa Elita sedang menyiapkan tugasannya dia tidak sedar jaraknya antara Gavin semakin dekat.Elita fokus dengan tugasannya itu sehingga Gavin tertidur lena dengan meletakkan kepalanya di meja Elita.Elita ketawa kecil melihat Gavin.
Sehinggalah malam Elita menyelesaikan tugasannya dan akhirnya sudah siap.Elita melirik ke arah jam tanggannya.Elita terkejut kerana jam sudah menunjukkan tepat pukul 8 tetapi Gavin masih tidur.
Elita membangunkan Gavin dan Gavin terjaga dari tidurnya.
"Jom balik"
"Awak dah siap ke?"
"Ya!"
Gavin menguap.Elita bangun dan menyusun barang untuk dibawa balik.
Gavin menunggu Elita di depan pintunya.Rupanya hanya mereka berdua masih belum balik.
Elita keluar dari biliknya dan menutup pintu.
Gavin memegang tangan Elita walaupun Elita tidak mahu mengikuti arahannya.
"Gavin.."
Gavin melihat ke arahnya.
"kenapa?"
"Saya rasa takutlah macam ada yang tengok kita berdua sekarang"
Gavin melihat sekeliling.Manalah tahu jika dia nampak sesuatu.Tapi langsung tiada dia ternampak sesuatu yang mencurigakan.
"Tak ada apa-apa pun"
Elita memaut lengannya.Dia tidak kisah walaupun dia malu.
"Cepat bawa saya masuk kereta sekarang"
"Ok"
Gavin membawa Elita sehingga di depan kereta dan membantu Elita untuk membuka pintu kereta.
"Awak jangan takut,saya selalu ada dengan awak"
Gavin memegang tangan Elita kerana risau melihatnya semakin takut.
Elita menganggukkan kepalanya.
Paragraph comment
Paragraph comment feature is now on the Web! Move mouse over any paragraph and click the icon to add your comment.
Also, you can always turn it off/on in Settings.
GOT IT