Download App
64.51% Aku Di Dunia Elf / Chapter 60: Sentuhan Kulit

Chapter 60: Sentuhan Kulit

Semua mata Elf menatap ke arah Aubree saat gadis Elf itu melangkah masuk ke dalam dewan makan. Tidak kiralah yang sedang duduk makan ataupun berdiri beratur di depan kaunter, semua memandang ke arah Aubree.

Ini pertama kalinya mereka melihat Aubree berada di dewan makan kerana selama ini Aubree tidak pernah menjamu selera di dewan makan. Dia hanya makan di dalam biliknya saja.

Ini juga adalah pertama kali bagi yang lain melihat Aubree setelah perlawanan satu lawan satu Aubree dengan Hensel.

Kerana Aubree berlatih di bawah pengawasan Tuan Gildam dan sesi latihan Aubree dilakukan di tempat tertutup, ramai Elf yang tidak pernah melihat Aubree setelah itu.

Berbanding dengan keadaan Aubree ketika pertama kali dia datang ke tempat ini, sekarang ini aura Aubree sudah berbeza.

Semua Elf yang ada di sana terkedu melihat Aubree dan mereka tidak tahu hendak mengatakan apa. Beberapa hari yang lalu, mereka semua sering mengatakan benda buruk mengenai Aubree di belakangnya dan mereka juga bersedia untuk mencemuh Aubree jika mereka melihat dia di mana-mana tapi saat ini, mereka langsung tidak dapat mengatakan apa-apa.

Ini kerana aura yang dilepaskan oleh Aubree bukan biasa-biasa. Apalagi saat ini ada seekor Harimau Bertanduk yang berdiri di sebelah Aubree. Harimau Bertanduk itu memandang semua Elf yang ada di dewan makan dengan anak mata bengis, seolah-olah ia akan menerkam ke arah sesiapa saja yang berani mencemuh Aubree.

Suasana di dewan makan berubah menjadi senyap untuk beberapa minit sebelum suara bisikan mula terdengar di mana-mana.

Aubree tidak membuang masa dan dia menarik Della menuju ke kaunter makanan.

Beberapa orang Elf yang berdiri di depan kaunter memandang Aubree dengan wajah sinis. Mereka berpeluk tubuh dan memandang Aubree dari atas ke bawah.

"Oh, tak sangka pula penjaga Kristal Kehidupan yang kedua sanggup datang ke tempat ini... Bukan biasanya dia makan di bilik dia?" kata salah seorang dari mereka.

"Ah, maksud kau... Dia sepatutnya tinggal di dalam bilik dia saja daripada keluar di khayalak ramai? Mungkin dia tidak tahu yang semua Elf di sini sedang bercakap tentang dia dan dia pun boleh datang ke sini dengan beraninya?"

"Eih, apa yang kamu cakap ni? Janganlah kamu sibuk dengan hal dia... Sudah cukuplah dia membuatkan Puteri Meliani merasa sedih kerana cawan kesayangannya. Kalau dia tahu kamu bercakap pasal dia, nanti dia akan marah..."

Beberapa orang Elf yang lain pula ketawa saat mendengar kawan-kawan mereka bercakap. Mereka sengaja menguatkan suara mereka kerana mereka mahu Aubree mendengar apa yang mereka katakan.

Aubree yang tahu apa yang sedang dirancang oleh kumpulan Elf itu hanya tersenyum kecil. Dia tidak memandang ke arah mereka dan hanya bergerak ke kaunter makanan yang sudah kosong.

Della memandang kumpulan yang bercakap buruk tentang Aubree tadi dengan wajah bengis sebelum dia mengabaikan mereka. Della berjalan mengikuti Aubree dari belakang.

Melihat Aubree langsung tidak melayan mereka sama sekali, seolah-olah yang mereka tidak ada pun di tempat itu membuatkan kumpulan tadi menjadi marah.

Salah seorang dari mereka terus keluar dari kumpulannya dan mendekati Aubree. Dia tidak takut pun jika dia harus berlawan dengan Aubree.

Belum sempat lelaki itu mendekati Aubree, White sudah pun berhenti di depan lelaki itu dan dengan bengisnya White merenung lelaki itu.

Lelaki itu berhenti dan terundur beberapa langkah ke belakang. Dia memandang ke arah Aubree yang sudah pun mengambil makanannya.

Aubree memandang lelaki itu dan memandang ke arah White yang berdiri di depannya untuk melindungi Aubree. Aubree tersenyum kecil sebelum dia memandang ke arah lelaki Elf tadi.

"White agak sensitif dengan orang-orang yang ada di sekeliling saya. Ia akan tahu jika ada seseorang yang berniat jahat pada saya..." Aubree memandang lelaki itu dengan senyuman sinis pula. "Jadi, saya mahu sarankan kau agar menjauh dari saya jika kau tidak mahu salah satu dari anggota badan kau hilang. Kau mengerti?"

Lelaki tadi memandang Aubree dengan wajah yang terkejut. Dia terus berundur beberapa langkah ke belakang sambil memandang Aubree dan White berulang kali.

Della yang menonton dari belakang Aubree tersenyum sinis setelah dia melihat wajah ketakutan lelaki Elf itu. 'Padan muka... Dia ingat dia kuat sangat nak melawan seorang Permaisuri dari Kerajaan Iron Tulip?'

Aubree mengangguk kecil setelah dia melihat lelaki itu berundur ke belakang, sekali gus memberikan jalan untuk Aubree dan Della mencari meja kosong. "Baguslah kalau kau faham. Saya tidak mahu bertanggungjawab jika ada sesuatu masalah yang berlaku..."

Dengan itu, Aubree berjalan menuju ke meja kosong yang dia sudah nampak sejak tadi. Della dan White mengikuti Aubree dari belakang.

Lelaki tadi memandang Aubree dengan perasaan geram. Dia merasa sangat malu kerana belum sempat dia melakukan apa-apa, Aubree lebih dulu menghentikan dia. Bagaimana dia mahu menyembunyikan wajahnya setelah niatnya ingin membuatkan Aubree susah menjadi gagal?

Lelaki itu memandang ke kiri dan kanan dengan wajah tidak puas hati sebelum dia berjalan meninggalkan tempat itu. Kawan-kawan lelaki itu memandang Aubree untuk kali terakhir sebelum mereka mengikuti lelaki itu.

Semua Elf yang ada di dewan makan itu menjadi senyap dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan saat ini.

Setelah melihat bagaimana White melindungi Aubree dan bagaimana Aubree mengatakan yang salah satu dari anggota badan mereka akan hilang diserang oleh White jika mereka berani mengganggu Aubree, membuatkan setiap Elf meremang bulu roma.

"Saya tidak sangka pula yang kau akan berani masuk ke sini? Saya fikir kau akan berkurung di dalam bilik dan menunggu sampai semua masalah ini berkurang sikit..."

Aubree yang sedang makan itu mengangkat kepalanya, menatap di pemilik suara yang bercakap dengannya tadi.

Issac tersenyum kecil sebelum dia duduk di depan Aubree.

Della yang pada asalnya duduk di depan Aubree terpaksa berganjak ke tepi untuk memberi laluan kepada Issac. Mungkin kerana status Issac sebagai seorang Putera membuatkan Della duduk jauh ke hujung meja, meninggalkan Aubree seorang diri bersama Issac.

Aubree menjeling Della dari ekor anak mata sebelum dia memandang ke wajah Issac lagi. "Kenapa? Kau nak saya berkurung di bilik dan meratapi nasib malang saya setiap hari? Saya yakin semua Elf di sini gembira nampak saya berkelakuan seperti itu..."

Issac tertawa lembut dan tangannya dengan lincah mengambil sayur daun yang ada di dalam pinggan Aubree.

Aubree terus menampar tangan Issac dengan tangannya yang kosong. "Ini makanan saya. Kau tidak boleh sentuh. Kalau kau mahu, kau boleh ambil di kaunter makanan sana..."

Issac tidak merasa marah pun ketika Aubree menampar tangannya tadi, sebaliknya dia menyilangkan kedua tangannya ke atas meja.

"Saya tidak tahu pula kalau gadis Elf macam kau tidak suka berbagi makanan?"

Aubree memandang Issac dengan jelingan bengis. "Siapa yang suka berbagi makanan? Ini makanan saya, kalau kau nak pergilah ambil di kaunter sana..."

Kata-kata Aubree itu membuatkan Issac ketawa tanpa sedar.

"Kenapa kau ketawa pula? Apa yang lawak dengan yang saya cakap tadi?" tanya Aubree dengan wajah tidak puas hati.

"Tak ada yang lawak. Saya cuma lega bila nampak kau macam ni. Setidaknya, saya tidak terlalu risau jika kau akan terkesan dengan masalah yang baru-baru ini berlaku. Saya ingat kau akan tinggal di dalam bilik kau dan akan menangis... Tapi bila dengar kau bersikap seperti biasa, saya pasti kau tidaklah selemah itu..."

Aubree terkedu mendengar kata-kata Issac itu. Jantungnya terasa seperti berhenti berdetak saat Issac mengatakan yang dia risau dengan keadaan Aubree tapi semua itu hilang dan digantikan dengan perasaan marah bila Issac menyebutnya lemah pula.

Tanpa sedar wajahnya sudah pun berubah menjadi warna merah.

Jari telunjuk diluruskan ke wajah Issac dan wajah Aubree berubah menjadi garang. "Kau... Kau kata saya lemah?"

Dengan cepat Issac menangkap jari Aubree dengan tangan kiri dan menarik tangan Aubree ke tepi dengan lembut, sekali gus menyingkirkan objek yang menghalang pemandangannya untuk merenung wajah Aubree.

Della yang dari tadi kerap menoleh ke arah Aubree dan Issac itu terus ternganga dengan mulut besar saat melihat Issac memegang tangan Aubree.

Sudu yang dipegangnya terlepas dari tangan, menghasilkan bunyi yang kuat saat sudu berlaga dengan permukaan meja.

Ttaang!

Kenapa Della terkejut? Ini kerana dia melihat Issac menyentuh Aubree begitu saja sedangkan Della tahu Putera Pertama dari Kerajaan Timur itu membenci sentuhan kulit dengan Elf lain, terutama sekali sentuhan tangan.

'Jadi kenapa Putera Dingin ini tiba-tiba menyentuh Aubree begitu saja macam Aubree ini seseorang yang istimewa untuk dia? Eh, kejap... Betulkah apa yang saya fikir selama ini? Ada sesuatu yang berlaku diantara Issac dan Aubree?' Della yang berteriak histeria di dalam mindanya itu tidak sedar yang Aubree dan Issac sudah pun menoleh ke arah Della kerana bunyi sudu terjatuh tadi.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C60
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login