Download App
23.07% Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 18: Bab 16 : Berhenti panggil Senior Daniel macam tu!

Chapter 18: Bab 16 : Berhenti panggil Senior Daniel macam tu!

Para pelajar perlahan-lahan mengisi kerusi kosong satu persatu. Mereka berjalan masuk ke dewan kuliah itu seorang demi seorang menuruni tangga untuk masuk ke barisan kerusi yang ada. Melintasi tempat Zara duduk.

Zara mengepal penumbuk. Nerd!Nerd!

"Berhenti panggil senior Daniel macam tu boleh tak?!Sekurang-kurangnya dia tu ada perasaan, prihatin untuk tahu tentang orang lain ...tak macam kau orang. Suka hati nak label orang tanpa mengenali diri dia orang dulu...jangan nak perasan bagus sangat lah""jeling Zara dengan marah.

"Hek eleh...over betul. Dah memang betul kan mamat tu nerd..tak nampak ke dia tu macam mana"cebik mereka dengan renungan menyampah.

Zara memukul permukaan meja dengan kepalan penumbuknya

"Sebelum aku sumbat kasut dalam mulut kau yang cantik tu...berhenti kutuk Senior Daniel!""tegas Zara.

Mereka yang dengar membuka mulut hendak bersuara sebelum satu suara muncul dari tepi Zara.

"Macam tu ke?"tegur suara lelaki yang mana membuatkan mereka di situ ternganga kagum.

Di tepi Zara berdiri seorang lelaki bersut dan segak tunduk memandang Zara.

Zara berpaling hanya untuk memandang sepasang kaki di depannya. Perlahan-lahan dia dongak memandang ke atas dan bertentang mata dengan wajah kacak milik lelaki itu.

"Kyaah!!!!"teriak pelajar perempuan di situ mengejutkan lamunan Zara dari tenungannya pada lelaki itu.

"Damon Benz lah!!!""fangirl mereka terhadap lelaki itu dengan teruja.

Semua di dalam dewan kuliah itu memandang Damon. Sewaktu perhatian lelaki itu sedang fokus memandang Zara.

Kening Zara mencerlung, dia pandang pelik ke renungan Damon sebelum duduk sandar pada kerusi dan memandang ke depan. Wajahnya bercemberut.

"Apa masalah dia sampai pandang aku macam tu?"gerutu Zara dalam hati.

Setelah itu, lelaki lampai tersebut jalan mendekati podium dan mula berdiri menghadap mereka dengan tegak mendabik dada.

Yakin dan penuh berkarisma. Itulah yang boleh dilihat melalui penampilan lelaki tu.

Damon baru sahaja berdiri di situ, sudah cukup membuatkan semua pelajar perempuan di situ terliur melihatnya.

Zara berkerut kening, dia termenung memikirkan suatu di kepala. Kenapa muka Damon Benz ni rasa tak asing bila tengok depan-depan. Asal rasa macam familiar?

Zara bertentang mata dengan Damon yang mana kebetulan turut sedang memandangnya. Zara terus tersentak, dia menjungkit kening sebab terkejut.

Melihat reaksi Zara, Damon tersengih kerana lucu melihat mata Zara yang bulat saat memandangnya.

Zara menjuling mata menyampah taktala Damon tersengih. Apa masalah lelaki ni?

"Selamat pagi semua...""muncul pensyarah mereka dari tepi podium lantas berdiri di sebelah Damon. "Seperti yang kamu ketahui kita menerima lawatan mesra dari Encik Damon Benz kita sebagai penghormatan buat beliau yang telah menyumbang untuk jabatan kesenian kita. Disamping itu dia ingin berkongsi serba sedikit kisah dan pengalamannya menjadi ahli perniagaan paling berjaya dan termuda di abad ni...tanpa buang masa. Kita persilakan encik Damon untuk sampaikan sedikit demi sedikit pesanan untuk kamu semua..."

Tanpa mengalihkan renungannya ke arah Zara, Damon bersuara.

"Selamat pagi."ucap lelaki itu dengan nada berkarismanya yang mana serta merta membuatkan semua pelajar perempuan di situ menopang dagu.

Cair mereka sebaik mendengar suara itu.

"Terima kasih kerana menerima saya  datang ke sini...untuk memberi sedikit syarahan mengenai strategi untuk menjadi seorang ahli perniagaan pada usia yang muda...""lelaki itu menarik sengih meleret mengancamnya saat memandang Zara buat seketika sebelum memandang ke sekeliling dewan kuliah itu.

Zara membuat muka kengerian. "Kau dah kenapa Pelik...pandang aku macam tu!"gumamnya di dalam hati.

Pelajar perempuan yang duduk berdekatan dengan Zara sudah kalut dan teruja sesama mereka. Mereka ingat Damon pandang mereka.

"Kau nampak tak...dia pandang aku tadi.."

"Mana ada...dia pandang aku lah.."

"Diamlah...dia tengah bercakap tu.."

"Ya ampun...kenapa dia kacak sangat...aku tak tahupula rupa reality dia lagi kacak.."

Zara membuat muka pelik apabila Damon acap kali mengerling ke arahnya.

"Dah kenapa dia pandang aku macam pervert pulak tu?""fikir Zara, berasa tidak selesa taktala perasan akan renungan lelaki itu sepanjang syarahan tu berlangsung.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C18
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login