Download App

Bab 18 : Kau nak tengok jer atau join sekali?

Petang itu Zara tak masuk kerja. Dia maklumkan pada Emily dia ada urusan nak buat. Yang mana Emily tak kisah untuk beri pelepasan pada dia.

Jadi selepas tenangkan Sarah dari meraung dan menangis selama berjam lamanya. Zara ajak Sarah untuk bersiap dan keluar dari dorm.

Dalam perjalanan, mereka singgah di hostel pelajar sukan. Pinjam barang sukan dari mereka. Setelah itu barulah mereka sambung perjalanan mereka untuk ke hostel pelajar lelaki.

"Nah..."serah Zara batang besi besbol pada Sarah.

Sarah pandang besi besbol itu dengan mata sembab kerana terlalu banyak menangis.

"Kita nak buat apa dengan benda ni?"tanya Sarah dengan suara rock lepas menangis dia

"Aku dengar BMW keluarkan kereta terbaru dia orang?"tanya Zara sambil jalan dengan gaya samseng bersama besi besbol di atas bahu sewaktu menyusuri laluan pejalan kaki menuju hostel pelajar lelaki.

Sarah yang kebingungan itu perlahan-lahan mula sedar.

"Ha'ah..."Sarah mengangguk kepala.

"Apa kata kalau kita buat lawatan sekejap?"aju Zara sambil memandang ke depan dengan senyuman jahat terukir di bibir. "Aku teringin pulak nak tengok kereta keluaran terbaru tu..." seloroh Zara sebelum menarik sengih meleret jahat dia.

Sarah yang dengar tersenyum dan kembali memandang ke depan dengan renungan nekad.

"Jom."ajaknya.

Mereka berdua kemudiannya tiba di tempat parkir kereta pelajar dimana tersusun kemas pelbagai jenis kereta berjenama di situ. Sarah dan Zara jalan melintasi satu persatu kereta di situ sebelum berhenti di sebuah kereta berkilat tanpa hood dengan plat nombor B124Y.

Gotcha!

Zara berdiri di depan kereta itu sebelum jalan mengelilingi kereta itu dengan jarinya dilalukan pada permukaan berkilat kereta itu.

"Yang ini ke hadiah hari lahir yang kau berikan pada dia tu?"Zara pandang Sarah yang sedang berdiri memandangnya.

Sarah memandang kereta itu dengan kening berkerut lantas mengangguk kepala. Sedih bila teringat akan memori yang tercipta bersama kereta itu. Memori dimana mereka berdua dating dalam kereta dan tengok hujan meteor bersama.

"Ya..ini keretanya.."

"Kau tahu..kau ada citarasa yang teruk tentang kereta?"komen Zara sambil mengetuk-ngetuk batang besbol di bahunya.

Kening Sarah berkerut tidak faham.

"Apa kata kita ubah sikit penampilan kereta ni?"aju Zara sambil melentokkan kepala sedikit saat memandang Sarah.

Disebabkan kereta tu bukan bawah nama Sarah,Sarah tak bolrh nak tuntut balik. Jadi Zara rancang untuk berikan sedikit 'sentuhan ajaib' pada kereta ni sebagai kenang-kenangan.

"Macam mana?"tanya Sarah.

"Well...senang je..""maklum Zara sambil menyanggul rambutnya masuk ke dalam topi di kepala yang dipakai secara terbalik ke belakang.

"Kau nak buat apa?"soal Sarah semasa memerhati Zara bersedia hendak lakukan sesuatu.

Zara mengerling ke Sarah dengan senyuman sinis di bibir. "

"Kejutan untuk dia."ujar Zara sebelum hayunkan batang besi itu ke udara dan menghempas permukaan cermin depan kereta tersebut sehingga retak seribu permukaan kaca itu.

Serta merta bunyi alarm kereta kedengaran.

BIP!BIP!BIPBIP!Riuh satu laman parkir tu dengan bunyi tersebut.

Mulut Sarah ternganga luas. Mata dia terbutang bulat.

Tanpa memandang Sarah atau berhenti Zara versuara."Kau nak tengok je atau join sekali?"tanya dia sambil menendang patah side mirror kereta tu.

Mulanya Sarah teragak-agak, bila dia lihat Zara macam seronok pulak.

"Aku join..."ujar Sarah dengan teruja sebelum ikut menjahanamkan kereta malang tidak bersalah tu.

Dengan liar dan buas, Sarah hempas batang besi besbol pada hood kereta sehingga kemik permukaan besi itu. dia pukul dan pukul dengan berang. Melempar segala rasa tidak puas hatinya pada kereta itu. Ibaray kereta tu adalah teman lelaki curang dia.

Zara yang lihat tersenyum bangga. Bangga melihat rakannya dapat lepaskan perasaan. Dan untuk sentuhan akhir, Zara keluarkan tin cat dari poket hoodienya. Dia sembur beberapa perkataan carut pada kulit kerusi kereta itu dan pada badan kereta tersebut.

"Woi! Apa yang kau orang buat hah!"teriak satu suara lantang dari arah belakang tiba-tiba.

Serta merta Zara berhenti, tetapi tidak Sarah. Wanita itu seperti sudah hilang kawalan yang mana Zara tidak peduli untuk hentikannya. Dia pandang pemilik suara tu dengan kening terangkat.

"Apa kau buat ni perempuan guna?!"deram Zack dengan berang.

Zara jalan ke arah lelaki itu dengan sassy. Dia berdiri menghalang lelaki berbaju putih dan berupa paras kacak itu sebelum menghunus batang besi besbol ke depan dada lelaki itu.

"Ah-ah..stop right there.."senyum Zara dengan jahat.

"Berhenti sekarang!"arah Zack dengan air muka tegang. Urat belirat timbul di leher dan pelipisnya saat dia cuba dekati Sarah.

Tetapi Zara hadang lelaki itu dan menolak dada lelaki itu dengan hujung batang besi besbol yang di pegangnya.

"Kau fikir nak ke mana hah?"soal Zara dengan sengih jahat meleret dia.

Mata Zack menjeling tajam ke Zara.

"Ni kerja kau kan!"bentak lelaki itu sambil mengepal penumbuk menahan sabar.

Zara berdengus kecil. Dia turun kan tangam kebawah malu menyilang tangan ke dada.

"Kalau ya kau nak buat apa? Dasar lelaki murahan!"ujarnya dengan nada benci.

Kening Zack mencerun tak faham.

"Kau cakap apa?Ulang balik?" kata Zack dibalik ketapan gigi.

"Dia cakap awak lelaki murahan..."sampuk Sarah di belakang secara tiba-tiba.

Zara yang dengar memberi jelingan tidak puas hati pada Zack sewaktu lelaki itu memandang belakangnya.

Zack gerakkan mata dia ke arah Sarah dengan renungan sedih dan kecewa. Tidak faham kenapa Sarah sanggup rosakkan kereta berjenamanya itu. Mana dia nak letak muka nanti depan semua orang kalau mereka semua tahu tentang kejadian ini.

"Sarah apa semua ni?Kau dah hilang akal ke!"marah Zack.

"Saya hilang akal?"Sarah berdiri di depan Zack sambil memegang dada.

Zara undur ke belakang untuk beri ruang untuk dua orang itu bersemuka. Dia duduk diatas hood depan sebuah kereta.

Sekiranya hal di luar kawalan baru dia masuk campur. Tapi Zara yakin, Sarah boleh handle semua tu sendiri tanpa masuk campurnya.

Zara sandarkan batang besi besbol tu pada kereta lalu meyilang tangan di dada dan kakinya setelah duduk. Memerhati situasi depannya dengan minat.

"Kenapa dengan kau ni! Tiba-tiba buat perangai macam ni?Tak boleh ker jadi normal. Jauhkan diri dari kawan perempuan tak betul kau...sebab ni lah aku makin malas nak hadap kau tahu tak!"Marah Zack dengan berang. "Perangai merimaskan macam ni buat aku muak!"

Air mata bergenangan di kelopak mata Sarah. Gadis itu menggigit bawah bibir menahan diri dari menangis, tapi air matanya tidak dapat dibendung dari mengalir turun.

"Sebab itu ke awak curangi saya?Bersama dengan perempuan lain...sebab saya pelik dan tak normal?Sebab awak muak dengan saya?"tanya Sarah dengan suara terketar-ketar.

Mulut Zack terkatup rapat selepas lelaki itu sedar. Sarah tahu dia bersama dengan perempuan lain.

"Mana ada.. Apa yang kau merepekkan ni?Siapa yang cakap macam tu?"Mata Zack terarah pada Zara setelah faham apa yang berlaku. "Ini mesti perempuan loser tak guna tu kan..dia fitnah aku dekat kau?"

Sarah ketawa kecil sambil air mata mengalir di pipi dia.

"Ahaha...Zack..Zack."gelengnya. "Bukan salah sesiapa. Jangan libatkan Zara dalam hal ni...dia tak ada kaitannya langsung. Semua salah awak sendiri sebab kiss perempuan tak guna tu depan mata saya sendiri...."jelas Sarah dengan marah.

Zack terkedu. Dengan susah payah dia telan air liur gemuruhnya.Sarah tahu?Tanpa berlengah dia angkat tangan nak pegang lengan Sarah.

"Sarah...aku boleh jelaskan..."kata lelaki itu yang sudah berasa cuak. Kalau Sarah berpisah dengan dia, habislah sumber kewangan dia nanti akan hilang.

Sarah menepis tangan Zack.

"Awak selalu beri pelbagai alasan pada saya setiap kali saya nak berjumpa dengan awak? Tapi dengan senang awak boleh jumpa perempuan lain?"soal Sarah dengan sedih.

Air muka Zack terus jatuh, dari lelaki itu marah terus menjadi cuak.

"Apa kau cakapkan ni?"

"Sarah menggeleng kepala. "Jangan nak berlakon. Saya tahu semuanya...saya tahu apa awak buat dekat belakang saya Zack.."ujar Sarah sambil menyeka air mata dari pipi dengan belakang tangan. "Dan apa saya buat hanya sikit...lepas ni awak akan lihat satu persatu apa yang awak miliki di tarik daripada awak..."kata Sarah dengan nada sinis jahatnya.

Zack terus mengetap rahang hilang sabar lalu memandang Zara.

"Kau!"Zack tunding jari ke Zara. "Perempuan si*l!Kau yang buat dia macam ni kan!" dengking Zack dengan berang. Pasti ini kerja Zara. Siapa lagi.

Dari awal lagi Zara bencikan Zack. Jadi mesti Zara hasut Sarah dan rosakkan hubungan mereka berdua.

Sarah yang dengar terus mengangkat penumbuk dan berikan tumbukan padu satu tepat di bawah rahang lelaki itu sampai tercampak lelaki itu ke belakang.

Zara yang menyaksikan kejadian itu hanya duduk bersahaja di hood kereta tu. Sikit pun tak tunjukkan reaksi terkejut dia.

Dengan dada naik turun keberangan,Sarah berdiri melangit di atas Zack yang masih terbaring di atas jalan.

"Kau tu yang si*l!Hidup aku sekali pun tak pernah senang lepas jumpa kau!Asyik demand itu dan ini macam aku bank. Sekarang tak lagi..pergi lantak la situ apa nak jadi dengan kau dasar lelaki tak guna..."ludah Sarah sebelum berpaling dan mendekati Zara.

Zara bangun dari hood itu lalu tersenyum sinis. Memerhati Sarah menghampirinya dan beredar dari situ dengan langkah bangga.

Zara memberi high five pada Sarah saat tersenyum senang dengan tindakan Sarah.

"Nice shot babe."puji Zara.

Sarah membalas high five itu dengan ketawa riang.

"Lama dah aku teringin nak buat macam tu.." luah Sarah dengan senyum lega.

Zara yang dengar ketawa senang.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C20
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login