Download App
24.35% Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 19: Bab 17 : Man Is Trash

Chapter 19: Bab 17 : Man Is Trash

Senyap sunyi dan tenang bilik dorm yang temanya serba serbi pink dan putih itu. Hanya kedengaran bunyi deru angin dari kipas stand yang sedang bergerak kiri dan kanan dengan kadar kelajuan sederhana di hujung katil.

KEDEGANG!

Tak semenanya bunyi hempas pintu memecah kesunyian bilik tersebut.

Orang yang sedang tidur di atas katil tersentak bangun secara mengejut sambil memegang dada menahan rasa senak kerana sebu dengan bunyi kuat itu. Rasa hendak terkeluar biji mata dibuatnya.

Dinding dorm bergegar taktala daun pintu di tolak dengan kasar ke dalam sewaktu  Sarah berjalan masuk ke dalam bilik dengan muka masam mencuka seperti mahu membunuh seseorang.

Wajah Zara merah padam kerana darahnya menyirap naik terus ke otak.

"What the he*l! Kau apahal perempuan!" marah Zara dengan dada naik turun sebab terkejut. Dia tu baru sahaja terlena, datang pulak perempuan kepala angin tu masuk hempas pintu macam tak cukup tanah.

Sarah mencampak beg tangan Hermesnya ke lantai lalu diinjak-injak marah keberangan seperti beg itu tidak berharga langsung.

Setelah dia pijak, dia campak kasut tumit tinggi ke lantai, jaket di badan terus ditanggal dan dibuang ke atas katil dengan kasar.

Zara yang lihat berkerut kening. Hairan dengan tantrum yang dilontarkan Sarah tengah hari tu.

"Kau dah kenapa wei!"soal Zara yang rimas dengan semua itu. Tak boleh nak rehat langsung! Sekejap lagi dia kena masuk kerja.

"ARGH!!!!!! Man is trash!!!!"jerit Sarah tidak semena sebelum terduduk di atas lantai dengan rambut kusut masai macam perempuan gila. Dia hentak-hentak kaki meragam seperti anak kecil.

Zara terus turun dari katil dan mendapatkan rakannya dengan muka kerisauan.

"Wei...asal dengan kau ni?"soalnya sambil menggoncang bahu Sarah.

Sarah kemudiannya meraung menangis.

"Aku benci dia!Aku benci!"nangis Sarah dengan marah. Air mata berjuraian turun dari tepi mata.

Zara melutut depan Sarah lalu menarik rakannya ke dalam pelukan. Mengusap belakang badan rakannya dengan kening berkerut.

"Huhhuhuhuhu..."nangis Sarah. "Lelaki tak guna tu!"sedu Sarah dengan sebak. "Dia bersama dengan perempuan lain dekat belakang aku..." raung Sarah.

Zara yang dengar menjarakkan dirinya untuk menatap wajah Sarah. Memandang risau pada Sarah.

"Apa yang kau cakapkan ni?Huh Sarah?"soal Zara dengan kening berkerut.

"Zara..."rengek Sarah sambil mengoncang tangan Zara."...dia curangi aku...lepas apa aku buat untuk dia...dia bersama dengan perempuan tak guna dari jabatan kecantikan tu...""rintih Sarah mengenangkan teman lelakinya yang sudah dia bersama selama dua tahun di situ.

Zara menyeka air mata dari pipi Sarah dengan tapak tangan. Melihat mascara cair turun bersama dengan air mata itu membuatkan rupa Sarah hodoh sungguh!

Zara melepaskan keluhan panjang.

"Itulah kau...banyak kali aku dah beritahu kau dari awal lagi mamat tu tak boleh dipercaya kan?" pujuk Zara sambil menarik Sarah ke dalam pelukan semula. "Shhh....dah jangan menangis....semuanya akan baik-baik.." tepuknya pada belakang badan Sarah

Sarah meraung sekuat hati. Langsung tak peduli apa-apa lagi masa tu. Sebab hati dia betul-betul kecewa dan retak seribu.

"Aku nampak dia kiss perempuan tu bawah pokok tempat kita orang selalu dating tadi...lelaki tak guna tu....dia bercinta belakang aku tipu aku nak pinjam duit semua bagai hanya semata untuk perempuan tak guna tu..."luah Sarah lagi.

Zara menepuk belakang badan Sarah dengan kening berkerut. Berasa bingit dengan suara bising kawannya itu. Yalah dah nangis dekat betul-betul di telinga siapa tak bingit.

Zara mengangguk-angguk kepala."Ya-ya...aku dengar...umm...nangislah...it okay. Aku dekat sini..."pujuknya.

Sarah menyembamkan mukanya ke bahu Zara dan memeluk tubuh rakannya seerat mungkin.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C19
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login