Nicca pergi membeli barang di kedai dengan seorang diri.Selepas Nicca siap membeli barang,ada pencuri mengekori Nicca dari belakang tanpa Nicca sedar.Ketika Nicca menyimpan barang-barang di keretanya,pencuri yang mengekorinya tadi mendekatinya untuk membunuh dia tetapi ditumbuk oleh seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam dan memakai topi.
Nicca terkejut apabila dia menoleh belakang dan melihat pencuri itu ditumbuk oleh seorang lelaki.Mujur sahaja lelaki itu menyelamatkan Nicca,pencuri itu berlari kerana takut.
Nicca mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut dan lelaki itu hanya senyum.
Nicca teringatkan Alex ketika dia melihat lelaki itu dan Nicca ingin mengenali lelaki tersebut tetapi lelaki itu terus berlari meninggalkan Nicca.
Dari hari itu,Nicca tidak lagi mendapat bunga daripada pengirim 'secret' itu,John juga gembira tiada lagi yang memberikan bunga pada Nicca dan John mengambil peluang untuk meluahkan perasaanya terhadap Nicca namun Nicca tidak menerima cinta John kerana Nicca masih sayangkan pada Alex walaupun mereka telah lama tak berjumpa.
Nicca tidak mampu melupakan Alex walaupun Alex tidak mencarinya.
Namun setiap kali Nicca pergi ke kedai pasti sahaja dia akan diserang oleh beberapa lelaki namun seorang lelaki yang sama membantunya dulu sentiasa membantunya walaupun Nicca mampu melawan beberapa lelaki yang menyerangnya itu.
Nicca tidak memberitahu pada John tentang perkara itu.
Nicca terserempak dengan Melisa sewaktu Nicca melawat sepupunya sekali lagi di Hospital.
"Saya cuma nak cakap dengan awak yang saya dan Alex akan berkhawin tak lama lagi so saya nak awak jangan jumpa Alex lagi!"
Nicca hanya mengangguk dan menangis ketika balik ke rumah.
Melisa gembira kerana dapat menipu Nicca.
Nicca menerima cinta John dan Nicca melupakan Alex walaupun hatinya sakit untuk melupakan orang yang sangat dicintai.John juga mengajak Nicca untuk berkhawin namun Nicca belum bersedia.
Hari Sabtu
Aiman membantu ibu bapanya sewaktu cuti sekolah.Ibubapanya hanya membuka kedai runcit yang berdekatan dengan rumah mereka.
Ketika Aiman membantu ibubapanya,Nicca datang ke kedai mereka dan menegur Aiman.
Aiman gembira melihat Nicca dan memeluknya.
"Aiman rindu dengan cikgu"
"Cikgu pun rindu Aiman"
"Cikgu tak rindu abang Alex ke?"
"Kan abang Alex akan berkhawin dengan Melisa,jadi cikgu tak rindukan dia"
Aiman terkejut kerana Alex tidak pernah memberitahunya begitu.
"Abang Alex tak khawin dengan aunty Melisalah cikgu,abang dengan Melisa dah lama berpisah,aunty Melisa dah pindah tempat tinggal sekarang tapi tak tau kat mana.Abang Alex masih tinggal dengan kami cuma dia sentiasa sibuk dengan kerja dia"
Nicca hairan kerana selama ni dia tidak pernah tahu tentang Alex lagi.
"Betul ni?Tapi Melisa yang cakap dia akan berkhawin dengan abang Alex"
"Alah cikgu ni takkanlah tak tahu aunty Melisa tu tipu cikgu sebenarnya sebab dia tak nak cikgu berbaik dengan abang lagi"
"Betul ke ni?"
"Betul cikgu tapi abang Alex selalu balik lambat walaupun abang dah selesai bekerja"
"Emm ok cikgu balik dulu ok nanti cikgu akan lawat kamu lagi dan kawan2 kamu"
"Ok cikgu janji ya"
Nicca hanya menganggukkan kepalanya dan Nicca menuju ke keretanya untuk balik.
Nicca menyesal kerana percayakan pada Melisa selama ni.Nicca menelefon John tetapi John tidak menjawab panggilannya.John juga tidak berjumpa dengan Nicca dan semakin menjauhkan dirinya daripada Nicca.
Ketika Nicca berjogging di taman,Nicca perasan seseorang mengekorinya dari belakang.Nicca berlari tetapi lelaki itu menarik rambutnya,Belum sempat Nicca ingin menumbuk lelaki itu ,lelaki itu ditumbuk oleh seorang lelaki yang membantu Nicca pada minggu lepas dan lelaki itu juga menyuruh Nicca lari menyelamatkan diri tetapi Nicca tidak ingin meninggalkan dia tetapi lelaki itu memaksanya pergi.
"Cepat lari!"
Nicca berlari menuju ke keretanya.Nicca tidak sempat berterima kasih pada lelaki itu.Nicca tidak dapat berfikir lagi apa2 dan dia hanya berfikir untuk balik ke rumah.Nicca berharap agar lelaki yang membantunya tadi tak cedera.
Nicca baru sedar suara lelaki itu seperti Alex dan tertanya-tanya
"Siapakah dia?"