Download App
93.75% Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 15: Terungkap (part1)

Chapter 15: Terungkap (part1)

"Tapi, mengapa mesti aku?Kenapa kena aku jug yang kena gangguan ni,Han?Kau tahu semua?" aku mulai reda hati,lalu masuk ke dalam bilik asrama Nizam kembali.

"Sebab saka tu orang yang hantar untuk ganggu kau,Mir,"balas Borhan sambil melepas nafas dalam-dalam, mengumpul setiap bait-bait ingatannya.

"Orang?"aku gusar.Siapa pula yang sampai hati menghantarkan sesuatu yang sangat berbahaya seperti saka itu kepada aku?

" Takpe Mir.Kau dengar je dulu.Biar Borhan jelaskan satu demi satu. InshaAllah,lepas ini,amanlah kau,Mir,"tutur Nizam A'ziz tenang.Aku sekadar mengangguk lemah.

"Amir, sebenarnya kau dapat saka ni sebab orang yang hantar ni macam dia iri bah sama kau.Mungkin sebab kau pandai,sebab kau ni anak orang yang berada, terpelajar.. Ni semua sebab dengki hasutan syaitan bah,"ujar Borhan,memberikan penerangan awal kepadaku.Aku diam tidak menyampuk.

Dia meneruskan lagi, "Tapi, disebabkan iman kau kental Mir,makhluk tu hanya berupaya untuk mengasih lemah iman kau dengan menakut-nakutkan kau setiap malam.Dia tak upaya nak bawa kau,nak sesatkan kau dengan pelbagai cara seperti bawa kau jalan ka,apa ka..Dia indak mampu sebab kau orang kuat iman Mir."

"Dan sebenarnya akulah yang jaga kau setiap malam.Kawal semua 'benda-benda' tu.."katanya lagi.

"Jadi, kaulah yang selalu berjaga setiap malam ni?"aku menyatakan pengertianku.Borhan menganggukkan kepala, mengiyakan.

"Hmm.. Lagipun,kau dah dipengaruhi oleh 'Raffli' yang sebenarnya sudah tenang di alam sana," sampuk Nizam A'ziz.

"Raffi tu hantu ke selama ni?"soalku sambil memandang wajah bulat Borhan.Kulihat dia mengangguk,"Tapi dia datang untuk tujuan baik,Mir."

"Apa maksud kedatangannya Han?"tanyaku.Nizam mencelah,"Untuk halang saka tu kuasai kau secara menyeluruh."

"Maksud aku,Raffli seolah-olah melambatkan lagi saka tu untuk merasuk kau,"belum sempat aku memberi reaksi, Nizam pantas mengatur kata.

"Dia sudah tiada sebab hilang waktu perkhemahan 2 bulan lepas.Tapi,dia tidak tenang.Dia nak sampaikan juga sesuatu kepada kau,"ujar Borhan.Aku mengangguk kecil.

"Dan, apa yang dia nak sampaikan?"aku bertanya.Nizam menurut perbualan,"yang selama ni Fadi,kawan baik dia hantar saka kepada kau. "

Aku tergamam.'Fadi..?Fadi yang selama ni buat aku macam ni?!' bentak hatiku.Sungguh tidak ku sangka,Fadi yang kononnya mengaku sebagai rakan baik Anwar,adikku,juga aku sendiri ,rupa-rupanya merupakan pengkhianat terhadap persahabatan kami!

"Tapi,kenapa aku?!"aku mengetap bibir,begitu kesal terhadap pengkhianatan Fadi,kawan baikku yang hanya berpura-pura baik.

"Sebab kau,kau rampas sikap sayang Ustaz Hafizal.Sejak dua menjak ni,kau je yang selalu menjadi pelajar kegemaran Ustaz Hafizal,kan..?"Kata Nizam , membuatkan aku terlopong mulut.Gila! Hanya kerana itu dia sanggup membahayakan aku?

"Hasad dengki, Mir.Semua tu boleh berlaku sekelip mata."Kata-kata Borhan membuatkan aku sedar,aku juga adalah manusia biasa.Kemudian,aku melepaskan nafas panjang,' Terima kasih ya Allah untuk bantuan-Mu kepada hamba-Mu yang lemah ini."

........

........

......

( p/s. : Another one chapter and we'll meet the end of the story~bubyee. )


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C15
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login