Download App
80.85% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 38: bab38

Chapter 38: bab38

      "aip!  Buat apa dekat luar tu haa Encik Zafrel? " soalku, pabila terpanah dek sepasang mata yang merenung ku dari luar pintu kaca.

"Eh kantoi eh? " ucap Zafrel sebaik sahaja pintu bilikku dikuak,

"kantoi lah, ingat saya tak nampak ke? " kataku sambil tersenyum..

"alaaaa, saya rindu isteri saya lah..apa kata awak pindah bilik saya? " ucap Zafrel manja sambil melentokkan kepalanya.

"ey mengada!  Tak nak!  Tak ada privacy langsung!" jawabku sambil menjuihkan bibir kepada Zafrel.

"alorh.. Sayang..jom lunch? " ajak Zafrel sambil menongkat dagu di atas mejaku lalu mengerdipkan kedua-dua kelopak matanya.

"haha, awak ni, gediklah, awak ajak lah Encik Suf ke, saya malas lah nak keluar, kejap lagi saya ada meeting dengan klien. " ucapku, tak ada mood pula aku nak makan, yelah, klien yang aku maksudkan itu, adalah Husna,walaupun,kisah aku dan dan 2tahun berlalu, tapi memang rasa sakit dikhianat sahabat sendiri sukar untuk aku nafikan.

"alorh, kalau macam tu, sayang nak makan apa?  Abang belikan, siap dengan pakej hantar dan suap, " tanya Zafrel lalu tersenyum nakal.

"ikutlah, saya tak kisah, kalau dapat hati Encik Zafrel pun macam sedap" sakatku bersama ketawa.

"eh, yang tu Puan Saira dah dapat dah tapi bukan untuk makan,untuk dibelai-belai,  jaga elok-elok tau! " ujar Zafrel bersama kenyitan mata lalu berlalu keluar.

***

Tok-tok..

Pintu bilikku diketuk perlahan dari luar.kelihatan Kak Nita disebalik pintu itu.

"Saira,.. Puan Husna dah sampai, nak suruh dia masuk sekarang? " soal Kak Nita bersama segaris senyuman.

Aku menarik nafas dalam saat mendengar nama tersebut, lebih tepat lagi, kawan yang bertukar menjadi lawan.

"haa suruh Puan Husna masuk, akak tolong buatkan air boleh? " pintaku kepada Kak Nita.

"baik adikku sayang" balas Kak Nita mesra.

"Assalamualaikum" sapa seseorang yang telah dua tahun aku tidak mendengar suara ini, apa tah lagi kisahnya.

"wakalaikumsalam,duduklah Puan Husna. " ujarku bertindak biasa.

Husna mengambil tempat dihadapanku.aku sedari, mata milik wanita ini, tidak lekang memandangku, apa rindukah dia dengan aku, atau ada yang dia fikirkan?

"Dina, aku tahu, kau tahu tu aku bila kau baca nama aku. Tipu lah kau tak ingat aku. Kau happy lah kan sekarang.akhirnya kau dapat tengok rumahtangga aku hancur, dan kau pula yang handle kes aku. " ucap Husna sinis,

Eh tahu-tahu pula dia aku tengah bahagia, tapi bahagia aku ini tak ada kena mengena dengan penceraian yang bakal berlaku ke atas dirinya, malah aku juga tak berminat nak ambil tahu tentang hubungan mereka.

"Puan Husna boleh tukar lawyer lain, kalau puan tak selesa dengan saya. " balasku, bagaikan tidak terkesan sikitpun dengan kata-kata Husna sebentar tadi.

"kau tak payah nak berpuan sangat lah dengan aku, aku tahu kau happy, lepas ni bolehlah kau bina balik cinta kau dengan Rafiq yang tergendala dulu tu" kata-kata pedas itu meluncur laju dari bibir milik Husna yang telah membakar pankal hatiku.

"ehem, Puan Husna, kalau puan datang sini nak ungkit isu lama, saya rasa tak perlu, oh ya, saya tak terkesan pun, sama ada puan bercerai atau tidak, kalau puan tak tahu, saya dah bersuami, dan alhamdulliah kebahagian saya ada bersama dia bukan dengan Rafiq, "ucapku tegas, sakit benar hatiku apabila dituduh bahagia apabila sebuah masjid hendak runtuh, inikan pula hendak menjadi yang ketiga, memang jauh tersimpang dari prinsip hidupku.

"kau dah kahwin? Tapi Rafiq bagitahu aku, yang dia nak kahwin dengan kau" soal Husna separuh terkejut.

Aku tersenyum sinis mendengar soalan Husna, tak aku sangka, lelaki yang pernah aku cintai dulu, dah berubah menjadi penipu, entah bila pula aku hendak kahwin denganku, seingatku, kali terakhir aku bertemu Rafiq adalah sehari sebelum aku bergelar isteri kepada Zafrel.

"Husna, dahlah, sekarang, nak proceed atau tidak, kalau nak tukar lawyer saya boleh minta pembantu saya uruskan, "ujarku lembut, malas hendak berbincang tentang perkara Yang sudah pun berlalu. Lagi pula kelihatan Kak Nita sedang menuju ke bilikku sambil menatang dulang bersamanya. Tak mahu lah aku Kak Nita tahu kisah lama tentang diriku.

Belum sempat Kak Nita melangkah masuk ke dalam bilikku, pintu bilik dikuak kasar, dek kerana keadaan itu, habis selerak air yang ditatang Kak Nita kerana terkejut.

Sekarang berdiri di hadapanku satu susuk tubuh lelaki yang baru sahaja menjadi bualan aku dan Husna.

"kau apa hal datang jumpa bakal bini aku perempuan?! "soal Rafiq kasar kepada Husna lalu mencengkam belakang tudung Husna, sungguh aku terkejut dengan apa yang berlaku.

"Rafiq!  Kau dah gila ke buat wife kau macamtu,?! "jerkahku kepada Rafiq, mana tidaknya, sampai tertarik ke belakang Husna dibuatnya, kini aku mengerti, kenapa wajah Husna pucat dan kelihatan tak bermaya.

"Dina, kenapa awak masih berlembut dengan dia?!  Dia ni lah punca kita putus, kalau tak sebab dia, awak dah jadi milik saya Dina, tolong lah Dina, jangan dengar apa yang perempuan ni cerita. " ucap Rafiq separa merayu.

"tak Rafiq, kita putus bukan sebab Husna tapi sebab awak dan Husna, kau sendiri yang nak putus, tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi Rafiq, dah lah, kau tak ada hak nak halang apa-apa Rafiq, dan kau kena ingat, ni firma guaman, jangan buat suka hati kau, " ucapku sambil menahan suara.

Rafiq melepaskan cengkaman dia terhadap Husna, namun penggelangan aku pula yang dipegangnya, belum sempat aku hendak melakukakan apa-apa,Rafiq terlebih dahulu terjerumus ke belakang.

Aku menoleh ke bahagian kanan,mataku tertangkap pada susuk tubuh tagap milik Zafrel. Entah bila pula dia sampai, raut wajah putihnya yang sentiasa tenang telah bertukar merah dan bengis, belum pernah lagi aku lihat raut wajah Zafrel sebengis ini.

"berani kau sentuh kulit isteri aku! Siapa kau?! Masuk pejabat aku suka hati, buat kecoh,pegang isteri orang, kasar dengan perempuan,kau tunggu!  Sampai surat saman dari aku, aku dah cakap aku memang tak hebat berlawan, tapi sekali isteri aku kau sentuh, nahas aku kerjakan. " ucap Zafrel kasar sambil dadanya turun naik, menandakan dia memang sangat marah, namun aku puji, dia bukanlah orang yang bertindak tanpa berfikir, dan masih mampu mengawal keadaan.

****

"sayang ok? " soal Zafrel lembut, sambil ibu jarinya mengusap lembut pergelangan tanganku yang disentuh Zafrel.

"saya oklah, awak tu, ok ke?  Betul ke awak nak saman dia? " soalku kepada Zafrel.

"why not? Dia sentuh isteri saya, tak akan saya nak diam" ucap Zafrel serius.

"awak ni, selalu hero-hero drama, kalau orang kacau heroin dia, dia bertumbuk, tapi awak saman pula, " ucapku bersama sengihan

"haha, saya buka tak boleh berlawan, tapi, kalau saya sentuh ex awak tu, a.k.a langau hijau tu, kira saya pun sama-sama tak fikir panjang, kalau ikut amarah, mati langau tu saya krenyek.

"eleh, entah-entah awak memang lembik" sakatku, sambil menjuihkan bibir.

"eh, silap lah, abe Zaf ni, champion silat tau, " ujar Zafrel sambil mendabik dada.

"yelatu, mana bukti awak kuat?" dugaku sambil merenung mata bundar milik Zafrel.

"awak nak bukti yang macam mana? " soal Zafrel nakal lalu mencuit hujung hidungku.

Ting!

Bunyi notifikasi telefonku, menanda ada mesej yang diterima.

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua!  Lambat lagi ye minggu ni, tulah, susah btul nk on time,maaf ye, haa, kita dah nk msuk konflik2, nnti kita tengok utuh lagi ke cinta diorang ni, Rafiq jeke penghalang?  Kita tengok nanti, apa2 pun, jgn lupa vote, Komen and share,!  Yang positif je tau, enjoy reading semua!!  Sayg semua!


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C38
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login