Download App
25.88% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 22: Kau Nak Mencabar Status Saya?

Chapter 22: Kau Nak Mencabar Status Saya?

Pada waktu rehat itu, Ashley tidak sempat pergi membeli di kantin kerana dia ingin mencari Diani untuk mengambil fail kelab di tempat dia.

Setelah bertanyakan beberapa orang kelas Diani, akhirnya Ashley baru tau yang Diani itu setahun tua dari dia.

Ashley pun berjalan mencari kelas Diani seperti yang dikatakan oleh pelajar yang mengenali Diani.

Setelah menjumpai kelas Diani, Ashley bertanya kepada pelajar di kelas itu siapakah Diani.

Pelajar itu menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang tidur di atas meja dia.

Ashley mengucapkan terima kasih dan dia berjalan mendekati pelajar itu.

Melihat pelajar itu tidur, Ashley mengetuk tiga kali meja dia.

Ashley melihat mata pelajar itu terbuka sebelum dia memandang Ashley yang sedang berdiri di samping meja dia.

"Kenapa?" tanya Diani acuh tidak acuh.

"Hai, saya Ashley, assistant baru kelab bola keranjang. Coach Dhin suruh saya ambil fail kelab yang kau pegang. Boleh saya minta?" tanya Ashley dengan sopan. 

Diani hanya memandang Ashley beberapa minit sebelum dia berjalan ke loker kecil yang diletakkan di belakang kelas. 

Ashley hanya mengikuti dari belakang. 

Diani mengeluarkan dua fail berwarna hitam dan biru dari dalam loker itu. Dia terus memberikan fail itu kepada Ashley dengan cara yang sedikit kasar. 

Ashley terkejut juga bila Diani menghentak fail itu ke perut dia. 

Setelah Ashley memegang fail itu, Diani terus berjalan ke bangku dia lagi dan tidur. 

Ashley pula yang terpinga-pinga. "Ter-terima kasih!" kata Ashley. Dengan memeluk fail itu di dada dia, Ashley terus berjalan ke arah pintu. 

"Kau janganlah perasan dengan jadi assistant dorang tu, kau boleh rapat dengan dorang. Satu masa nanti, dorang akan buang kau juga," kata satu suara perempuan di belakang Ashley. 

Ashley berhenti dan dia menoleh ke belakang. 

Diani masih lagi di sana sambil menutup mata dia. 

Ashley menjadi hairan. Siapa yang bercakap itu tadi? 

Bilq Ashley memandang sekeliling, semua pelajar di dalam kelas itu sedang bercerita. Jadi, siapa yang bercakap tadi tu?? 

Dan, kenapa dia cakap suatu masa mereka akan membuang dia?? Siapa yang mau buang siapa? 

Ashley jadi bingung. Malas mau berfikir, Ashley pun keluar dari sana. 

Perlahan-lahan, Diani membuka mata dia dna memandang figura Ashley yang sudah ada di luar kelas. Dia mengeluh kecil sebelum dia tidur lagi. 

Ashley terus berjalan ke kafe. Memandangkan dia masih ada sedikit masa untuk membeli makanan, dia mahu membeli sedikit makanan untuk mengalas perut. 

Ashley terus berjalan ke arah kaunter. Dia hanya meminta sekotak susu dengan bun coklat. 

Sedang dia menunggu, tiba-tiba Ashley merasa jantung dia berdegup dengan kencang. Dia merasa gementar macam lah ada sesuatu yang berlaku. 

Tapi Ashley tau kenapa dia boleh rasa begini.. 

Dengan cepat Ashley menoleh ke tepi dan di sana ada Kenzie bersama dengan Steven. 

Melihat Ashley, Steven terus menyapa Ashley. Ashley membalas sapaan itu dengan sopan dan senyuman yang manis. 

"Oh, kau pergi ambil fail kelab dengan assistant lama rupanya.. Patutlah kau lambat pergi membeli di sini!" kata Steven pula. 

Ashley memandang fail kelab yang ada di pelukan dia. "Ah, ya... Coach Dhin mau fail ni cepat-cepat jadi saya tolong ambilkan." 

"Kesian lah kau ni, Ash. Dahlah sakit begini, kau kena berjalan lagi mau ambil fail tu. Kenapalah bukan Diani sendiri yang hantar fail tu?" kata Steven pula. 

Ashley tersengih kecil. "Tak apa.. Saya masih larat nak buat kerja." 

"Kalau dah sakit tu, jangan lah buat kerja. Kan lebih baik duduk saja di rumah dan tunggu sampai luka tu sembuh. Kalau ada apa-apa nanti, tak menyusahkan kah?" kata Kenzie pula. 

Dia tidak memandang ke arah Ashley semasa dia bercakap begitu. Dia hanya memandang ke arah pekerja sambil dia memesan makanan untuk mereka berdua. 

Ashley terdiam mendengar kata-kata Kenzie. Kata-kata itu memang terdengar pedas kerana Kenzie berkata tanpa perasaan pun tapi memandangkan Ashley ni suka dengan Kenzie, semua dia abaikan. 

Apa yang dipesan oleh Ashley itu sampai lebih dulu. Ashley terus membayar harga makanan. 

"Ash,tunggu kejap.. Jom kita sama-sama balik kelas!" kata Steven. 

Ashley yang baru mau berjalan pergi itu terus berhenti dan dia memandang ke arah Steven pula. Kenzie langsung tidak mau menoleh ke arah dia dan hanya menghadap kaunter saja. 

"Oh okey!" balas Ashley. Dia berasa gembira dapat pulang balik ke kelas dengan Kenzie tapi dia kecewa juga. Kenapalah bukan Senior yang bawa saya balik kelas sama-sama? 

Setelah siap membayar, mereka berjalan meninggalkan kafe. Steven terus menolong Ashley mengangkat fail kelab itu memandangkan tangan Ashley luka. Steven juga menolong membuka pintu untuk Ashley. 

Kenzie hanya memandang mereka dari belakang, dengan wajah dia yang dingin. 

"Terima kasih!" kata Ashley. 

"No prob.." 

"So, Ashley... Kau tak nak cerita pada kami macam mana Raquel boleh buat kau luka macam ni!? Luka ni baru kemarin atau dua hari yang lalu?" tanya Steven. 

Ashley mendiamkan diri. Dia tidak tau sama ada dia harus memberitahu mereka tengah perkara sebenar. Lagipun, kalau dia beritahu, nanti Raquel cakap dia pelapor pula... 

"Jangan diam-diam saja, Ashley. Kami tau kalau Raquel yang buat kau cedera macam ni. Sebab kami sudah pernah nampak apa yang Raquel buat pada semua perempuan yang mendekati kami.. Kami juga rimas ada Raquel di dekat kami, tapi apa nak buat. Dia sudah obses dengan Kenzie," kata Steven. Dia sempat lagi ketawa kecil. 

"Hei, jangan salahkan saya. Saya tak ada kena-mengena dengan dia okey!" kata Kenzie dengan wajah yang bersahaja. 

Steven terus menumbuk perut Kenzie dengan lembut. Kenzie terus memandang Steven dengan wajah yang tidak puas hati. 

Ashley hanya ketawa melihat keadaan mereka. 

"So, you want to tell us or what?" tanya Steven lagi. 

"Ermm.." Ashley masih tidak pasti. Patutkah dia beritahu atau tidak... "Urmm, memang betullah dia buat saya begini sebab dia marah yang saya rapat dengan korang. Tapi jangan risau, saya okey saja." 

"Kau okey ke tidak, Raquel sudah berani mencederakan kau. Nanti lepas ni, dia akan buat kau jadi lebih teruk lagi. Kau kena hati-hati," kata Steven pula. 

Ashley hanya tersenyum kecil. "Okey." 

Ketika mereka berjalan, Ashley perasan ada beberapa orang pelajar perempuan sedang memandang dia dengan pandangan yang tajam. Mereka memandang Ashley seolah-olah Ashley ini adalah seorang penjenayah. 

Namun Ashley tidak mau ambil peduli. Dia tidak mau berburuk sangka. Ashley hanya memandang mereka dengan sekilas sebelum dia memandang ke tempat lain. 

Akhirnya mereka sampai di kelas Ashley. Steven memberikan Ashley fail yang dia pegang kepada Ashley. "Take care of yourself, girl!" 

Ashley tersenyum membalas kata-kata Steven. 

Kenzie hanya memandang Ashley dari belakang tanpa mengucapkan apa-apa. 

Manakala semua pelajar di dalam kelas Ashley sudah pun berkumpul dan saling ternganga melihat Ashley dihantar dengan dua orang pelajar paling terkenal di sekolah mereka. 

Tidak pernah dapat tahun-tahun sebelum ini, ada pelajar yang dihantar oleh dua orang pelajar ini sehingga ke kelas. 

Ashley adalah orang pertama yang pernah dihantar sehinggalah ke kelas dia. 

Kalau semua peminat Kenzie dan Steven tau pasal ni, tidak pasal-pasal Ashley kena serang nanti. 

"Thanks for helping me, Senior... Jumpa masa latihan nanti," kata Ashley. 

"Alright!" balas Steven. Sempat dia tersenyum dan melambaikan tangan kanannya kepada Ashley sebelum dia dan Kenzie pergi dari sana. 

Sebaik saja Ashley duduk di bangku dia, seluruh rakan sekelas Ashley mengelilingi dia. 

Semuanya sibuk bertanya macam mana Ashley tersangkut dengan dua orang pelajar popular itu. 

Ashley pula hanya selamba saja menjawab yang dia itu adalah assistant kelab bola keranjang. 

Mendengar itu, semua orang menjadi teruja dan mereka terus bertanyakan soalan pelik kepada Ashley. 

"Ash, kau assistant kelab dorang?? Wah, best nya!!!" 

"Macam mana dorang main?? Cool kah?? Saya selalu dengar dorang main sangat cool!!!" 

"Beruntungnya kau dapat tengok dorang latihan hari-hari." 

Ashley pula hanya menjawab satu-persatu soalan yang dilontarkan kepada dia. 

Dari jauh, Mellisa hanya memandang Ashley yang dikerumuni kawan sekelas dia. 

Dalam hati dia, dia sudah merasa cemburu. Berkawan dengan budak popular mungkin dia boleh terima, tapi bila dia melihat Ashley dihantar oleh Steven dan Kenzie ke kelas, dia mula rasa iri hati. Dia juga mau dihantar begitu oleh mereka. 

Kenapa Mellisa tidak mendapat layanan yang sama seperti Ashley?

Kenapa Ashley yang biasa-biasa saja ini dapat berkawan dengan kumpulan pelajar yang popular itu?? 

Kenapa dia, yang juga popular ini tidak dapat layanan seperti Ashley. 

Dan Mellisa melihat semua kawan sekelas dia mengelilingi Ashley dan bertanyakan pada Ashley tentang Kenzie dan Steven, menjadikan Ashley seperti seorang bintang popular yang dikelilingi oleh peminat dia. 

Mellisa tidak pernah dikelilingi oleh semua orang seperti itu. 

Dan dia juga mau dikelilingi seperti itu. 

Anak mata Mellisa merenung wajah Ashley dengan tajam. 

Ashley, kau pun nak jadi popular juga macam saya??? 

Kau nak mencabar status saya?? 

Di luar kelas Ashley, kelihatannya ada tiga orang pelajar perempuan sedang memandang Ashley dengan wajah serius. 

Tiada senyuman pun yang menghiasi wajah mereka. 

"Betul, dialah perempuan yang berkepit dengan Kenzie dan Steven tadi." 

Perempuan yang paling depan sekali, dengan wajah putih mulus, rambut hitam panjang paras dada dengan rambut depan paras kening itu, memandang Ashley dengan matanya yang semakin mengecil. 

Perempuan ni??? Dia biasa-biasa saja pun dibandingkan dengan orang kaya di sekolah ni... Tapi kenapa dia boleh berjalan dengan Kenzie dan Steven pula.. Lepas tu dihantar sampai ke kelas pula tu... 

Apa yang dia buat sampai dua orang lelaki itu sanggup menghantar dia ke kelas?? 

Pelajar perempuan itu mendengus geram sebelum dia berpaling ke belakang dan kembali ke kelas dia. Kawan-kawan dia mengikuti dia dari belakang. 


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C22
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login