Download App
24.7% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 21: Kenapa Dia Perlu Marah?

Chapter 21: Kenapa Dia Perlu Marah?

Selepas dari hospital, mereka terus balik ke rumah.

Ashley menerima balutan di setiap lukanya dia yang besar, terutamanya di bahagian siku dan lutut. Manakala luka lain hanya di letakkan ubat.

Di dalam kereta, telinga Ashley dicuci habis oleh bapanya.

Ashley hanya mampu mendengar saja tanpa berkata apa-apa. Dia berasa bersalah kerana telah menipu bapa dia. Tapi dia tidak mau bapa dia tau perkara sebenar.

Kalau bapa dia tau dia kena buli dengan Raquel gara-gara seorang lelaki, mesti bapa dia makin marah.

Nanti dia suruh Ashley buang semua gambar Kenzie dan lupakan lelaki itu.

Noo, bukan itu yang Ashley mau.

"Macam mana Elley bawa basikal ni, hah!? Macam mana boleh sampai jatuh? Kenapa Elley tak hati-hati??" bebel Mr. Adham.

Ashley hanya melontarkan pandangan dia ke luar tingkap kereta.

"Lepas ni Elley jangan naik basikal lagi. Eloklah kalau Elley naik bas ke sekolah. Tengok keadaan Elley sekarang."

"Elley dengar cakap bapa kah ni?? Elley tidak boleh naik basikal lagi. Bapa takut kalau perkara lain-lain terjadi lagi pada Ashley."

"Ya bapa... Elley dengar," balas Ashley dengan suara yang lemah.

Alamak, kalau bapa sudah larang saya naik basikal, macam mana saya nak pergi sekolah dengan senior Kenzie lagi? Kami baru saja pergi ke sekolah bersama-sama...

Aduh, macam mana ni?...

Sesampainya di depan rumah, Momy menolong Ashley untuk keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Mr. Adham terus memandu kereta ke dalam garaj rumah dan setelah siap, dia masuk ke dalam rumah juga.

Momy membawa Ashley terus ke bilik dia. "Elley duduk di dalam bilik dulu. Momy nak pergi masak. Nanti Momy hantar makanan pada Elley," kata Momy.

Ashley menggeleng kecil. "Tak perlulah Momy. Elley masih boleh berjalan lagi. Bukannya kaki Elley ni patah. Momy panggil saja Elley, Elley akan turun makan nanti."

Momy mengeluh dengan kata-kata Ashley. "Yalah, kalau Elley mau begitu."

Momy pun keluar dari dalam bilik Ashley dan terus ke dapur. Mr. Adham pula sudah tentunya berada di bilik kerja dia untuk melakukan kerja dia yang tergendala sebelum menghantar Ashley tadi.

Ashley kini bersendirian di dalam bilik dia.

Ashley memandang ke arah luka dia yang berbalut. Tak guna kau, Raquel. Nak membalas dendam pun... Sanggup nak buat orang cedera begini. Nasib baik saya sempat larikan diri sebelum dia buat yang lebih teruk dari yang ini. Kalau tidak... Heih, entah lah.. Saya malas nak fikir panjang-panjang. Yang penting saya sudah selamat sekarang.

Ashley terus berbaring di atas katil dia. Anak matanya merenung siling bilik yang putih.

Tidak sedar matanya terus tertutup dan dia terlelap di atas katil.

================================

Selepas makan malam, Ashley kembali ke bilik tidur dia untuk mengulang kaji.

Ashley teringat akan kata-kata Momy masa di meja makan tadi.

"Perogol bersiri yang ada di daerah sebelah tu, sudah terlepas ke daerah kita. Menakutkan lah... Pihak polis masih belum dapat menjejaki keberadaan dia. Bahayanya.... Jadi, Elley... Elley jangan balik terlalu lewat, okey? Elley kena pulang ke rumah sebelum malam tiba."

"Tapi Elley ada aktiviti kelab lepas sekolah. Jangan risau, Momy. Kawan-kawan lelaki Elley sentiasa hantar Elley pulang ke rumah."

"Kalau ada yang tolong hantar Elley sampai ke rumah, baguslah. Tapi Elley kena hati-hati juga. Sebab perogol bersiri ni bahaya."

"Baik, Momy!"

Ashley mengeluh seorang diri. Perogol bersiri tu sudah ada di sini?? Isshhh, kacau saja... Harap-harap Raquel terjumpa dengan perogol bersiri itu. Eh, apa saya pikir ni?

Ashley mengusir jauh fikiran buruk dia itu. Ashley berpindah ke arah meja belajar dia. Sebelum Ashley membuka buku pelajaran dia, Ashley mengambil diari dia di laci paling bawah.

Ashley mula membelek satu-persatu muka surat itu sambil dia tersenyum melihat semua gambar itu.

Terus saja fikiran Ashley kembali kepada Raquel. Bila dia teringat tentang Raquel, terus saja darahnya mendidih.

Tak apa, Raquel.. Kau boleh saja menang masa ni... Tapi saya tidak akan benarkan kau menang kedua kali...

======================

MASA sekolah akhirnya tiba. Setelah habis hujung minggu ini dia berehat, Ashley memaksakan diri dia ke sekolah.

Walaupun Momy sudah melarang dia banyak kali, namun Ashley masih berkeras.

Lagipun, kaki Ashley tidak sudah sakit berbanding dari hari pertama.

Ashley juga teringat akan tugas yang diberikan oleh Couch Dhin kepada dia, iaitu untuk mengambil fail kelab dari tempat Diani, assistant sebelum dia.

Seperti yang sudah diperintahkan oleh bapa dia, Ashley tidak menggunakan basikal dia untuk ke sekolah hari ini tapi dia naik bas sekolah untuk ke sekolah.

Basikal kesayangan Ashley pula sudah dikunci di stor mereka di belakang rumah.

Mau tidak mau, Ashley terpaksa juga naik bas ke sekolah. Momy hanya menemani dia menunggu di perhentian bas saja sebelum sehinggalah Ashley naik ke dalam bas.

Ketika melalui satu persimpangan yang selalu dia berhenti untuk menunggu Mellisa dan Kenzie, Ashley yang duduk di tepi tingkap itu terus melilau ke sekeliling.

Masa-masa macam ni, sepatutnya Kenzie dan yang lain sudah pun bergerak ke sekolah.

Tapi hampa pula dia rasa sebab dia tidak jumpa Kenzie atau kawan-kawan dia pada pagi itu. Tak apalah, saya boleh jumpa dorang di sekolah hari ini..

Ashley sudah memberitahu Mellisa melalui telefon semalam, yang dia tidak akan menggunakan basikal ke sekolah lagi.

Harap-haraplah Mellisa tidak akan menunggu dia.

Turun dari bas, Ashley terus bergerak ke sekolah dia. Hanya ada beberapa blok bangunan lagi sebelum dia sampai di sekolah dia.

Ashley terus pergi ke kawasan letak basikal. Di sana, dia melihat Mellisa tapi tidak melihat Kenzie dan kawan-kawan dia.

Dalam hati, Ashley mengeluh kesal tapi dia tetap tersenyum dan mendekati Mellisa.

"Morning, babe!" sapa Ashley.

Mellisa yang baru saja siap mengikat basikal dia dengan rantai terus menoleh ke arah Ashley.

"Morning, Ash--Astaga, kenapa dengan dahi kau ni, Ash??? Tangan kau pun berbalut lagi?? What happen? Are you okay?" tanya Mellisa dalam keadaan separuh teriak.

Beberapa orang pelajar yang berdekatan menoleh ke arah mereka kerana suara Mellisa yang lantang itu.

Ashley tersengih. "I'm okay, Mel.. Jangan risau. Dalam beberapa hari, luka ni akan sembuh lah!"

"Kenapa kau datang ke sekolah juga? You should stay at home. Kau belum sembuh lagi ni!" kata Mellisa.

Ashley tersenyum dengan keprihatinan kawan baik dia. "Saya okey saja, Mel.. Lagipun, saya ada benda yang kena settle hari ni di sekolah!" kata Ashley.

Mellisa hanya memandang Ashley dengan ragu-ragu. Dia taulah Ashley ni orang yang tahan dan tidak mungkin akan menyerah walaupun dia sakit, tapi seeloknya dia harus berehat lagi sampai luka dia ni betul-betul sembuh.

"Saya okey, Mel... Marilah kita ke kelas," kata Ashley. Dia menggenggam erat tangan Mellisa dan mencuba menarik tangan Mellisa.

Tiba-tiba ada orang yang berdiri di belakang Ashley dan cuba untuk menarik rambut Ashley tapi Mellisa yang melihat itu terlebih dulu terus menarik Ashley menjauhi orang itu.

Ashley yang terkejut itu terus memandang ke arah orang itu.

"RAQUEL!?"

Kenapa saya boleh lupa pasal dia ni?? Gumam Ashley dalam hati.

Mellisa terus memberikan pandangan tajam pada Raquel. Melihat kepada cara Raquel memandang Ashley, Mellisa tau yang Raquel tidak suka dengan Ashley.

Mellisa kenal dengan budak bernama Raquel ni. Dia ialah pelajar setahun lebih muda dari mereka dan boleh dikatakan pelajar nakal dan dia sangat 'liar'. Kawan-kawan Raquel semuanya adalah budak samseng. Jadi tidak hairan kalau perangai dia pun liar.

"Apa kau nak buat dengan dia!?" tanya Mellisa pula. Dia sudah berdiri di depan Ashley untuk menghalang Raquel daripada mencederakan Ashley. Sudahlah Ashley sakit macam ni, ada juga orang nak buli dia lagi.

Raquel hanya menjeling Mellisa. Dengan senyuman sumbing, dia memandang Mellisa. "Saya nak bercakap dengan perempuan hodoh ni. Tolong ke tepi!!!"

Raquel menolak Mellisa ke tepi supaya dia dapat mendekati Ashley namun Mellis menolak tangan Raquel dengan wajah selamba.

"Kalau saya tak nak, kau nak buat apa?? Kau nak tumbuk saya ke, hah!??? Kau nak apa dengan Ashley??" tanya Mellisa.

Raquel mendengus kasar bila Mellisa langsung tidak mau berganjak. Nanti karang ada yang kena tumbuk baru tau...

"Hei, ini masalah antara dia dengan aku, okey...!??? Kau jangan nak masuk campur. Atau kau nak terlibat sama dengan dia?" kata Raquel.

"Dia kawan saya. Kau nak berkasar dengan dia, saya akan balas apa yang kau buat. Jangan pikir tiada orang yang nak tolong dia walaupun kau buli dia," kata Mellisa lagi.

"Dasar perempuan tak sedar diri!! Kau ingat diri kau tu bagus sangat!?" kata Raquel dengan anak mata yang penuh dengan sindiran.

"Eh, at least kami lebih baik dari kau, alright? Kau ni dahlah liar... Selalu lepak dengan lelaki-lelaki samseng sana! Berani lagi kau cakap yang kami ni kurang bagus dari kau?" balas Mellisa pula.

Beberapa orang pelajar di sekeliling mereka mula memandang ke arah mereka.

"Sial betul mulut kau, eh betina!!??" kata Raquel. Dia cuba untuk menampar muka Mellisa namun Melissa lebih dulu menapak selangkah ke belakang.

Jadinya, Raquel hanya menampar angin saja, bukannya wajah Mellisa.

"Mel, jangan bergaduh dengan dialah... Diakan budak samseng. Nanti teruk kita dia belasah nanti," kata Ashley.

"So, apa saya kisah. Dia memang anak orang kaya tapi hidup dia bergelumang dengan orang samseng. Buat nama orang tua dia tercemar saja," perli Mellisa. Dari gaya suaranya, Ashley tau yang Mellisa juga tidak suka akan Raquel.

"Diamlah kau, betina. Kau tau apa pasal keluarga saya???" teriak Raquel lagi.

"Saya tak nak tau pasal keluarga kau okey?? Buat semak fikiran saya saja!" balas Mellisa.

"Eerghh, perempuan ni!!" Raquel berkata seraya dia maju ke depan, mau menyerang Mellisa.

Mellisa pula sudah bersedia untuk menghadapi semua serangan Raquel.

Belum sempat Raquel menyentuh Mellisa, dua orang lelaki terus berdiri diantara mereka.

Salah seorang menolak Raquel perlahan tapi cukup untuk membuatkan Raquel jauh dari Ashley dan Mellisa manakala yang satu pula berdiri di depan Mellisa untuk melindungi Mellisa dan Ashley.

Mellisa terkejut melihat lelaki itu. Dia tidak menyangka pula yang lelaki itu akan melindungi dia dari Raquel yang sememangnya buas itu. Dalam hatinya, dia bersorak gembira.

"Kamu berdua tidak apa-apa?" tanya Herry pada Mellisa dan Ashley. Dia lah yang berdiri di depan Mellisa tadi.

Manakala yang menolak Raquel tadi ialah Bryend.

"Kami--kami okey," jawab Mellisa malu-malu.

Ashley terus memandang ke belakang untuk mencari kelibat Kenzie. Akhirnya dia melihat Kenzie berdiri hanya di belakang Steven saja. Ashley tersenyum dalam diam.

"Bryend, apa ni!!?? Lepaskan sayalah!!! Kenapa kau halang saya dari dorang!??" teriak Raquel kepada Bryend.

"Saya tak akan benarkan kau cuba untuk cederakan dorang. Ini kawasan sekolah, Raquel. Jangan buat hal. Kau masuk bilik disiplin nanti," kata Bryend.

"Saya tak kisah.. Dorang berdua ni sudah cakap buruk pasal keluarga saya.. Takkan saya nak biarkan saja dorang cakap macam tu!?" kata Raquel pula.

Terus saja mata Mellisa dan Ashley mengarah ke arah Raquel. Kami burukkan nama keluarga dia? Sejak bila?? Dah memang nama keluarga dia sudah terjejas sebab dia.. Kenapa salahkan kami pula?

"But you shouldn't use violence. It's against the law of the school," balas Eden pula.

"Oh gosh, kenapa dengan siku dan lutut kau, Ash?? Kenapa sampai berbalut?" tanya Steven setelah dia melihat keadaan Ashley begitu.

Semua lelaki itu segera menoleh ke arah Ashley bila mendengar kata-kata Steven.

"Kau okey saja pun masa datang latihan dua hari yang lalu.. Kenapa sekarang kau datang ke sekolah macam ni?" tanya Jeremy pula.

Terdengar suara Raquel tersenyum sinis. "Korang nak tau kenapa dia jadi begitu??? Sebab saya yang buat lah!" kata Raquel mengaku yang dialah penyebab Ashley dalam keadaan teruk begitu.

Kali ini semua mata tertumpu ke arah Raquel, menjadikan Raquel seperti seekor mangsa yang akan diterkam oleh singa bila-bila masa sahaja.

"Kau apa??" kata Kenzie, akhirnya bersuara. Anak matanya yang kelihatan dingin itu memandang ke dalam anak mata Raquel.

Pandangan dingin itu membuatkan Raquel merasa gentar. Dia merasa pandangan itu sangat asing bagi dia.

"Kau buat apa pada dia?" tanya Kenzie lagi. Kali ini dia datang mendekati Raquel.

Raquel melangkah beberapa langkah ke belakang bila Kenzie merapati dia. Dia tiba-tiba menjadi takut bila melihat Kenzie datang ke arah dia dan memandang dia seolah-olah dia ini seorang pesalah.

Bukan ini yang Raquel mau...

Dia tidak mau Kenzie datang kepada dia dengan pandangan begini...

Jika Kenzie datang kepada dia dengan sebuah senyuman manis dan wajah lembut, Raquel pasti akan menjadi perempuan yang paling gembira sekali...

Tapi ini tidak, Kenzie datang kepada dia dengan wajah yang serius dan menggerunkan. Macam dia mau telan Raquel pun ada.

Ashley yang melihat Kenzie berubah menjadi lebih serius itu terlopong. Tidak pernah dia melihat Kenzie marah begitu. Sebaik saja Raquel mengaku yang dia lah orang yang mencederakan Ashley, Kenzie terus berubah menjadi marah. Kenapa dia perlu marah?

"Saya yang buat dia begitu... Saya yang buat dia luka macam tu. Puas??? Puas hati dengar saya mengaku??? Semua ni sebab dia sudah berani dekat dengan kau dan berusaha untuk dapatkan kau dari saya," balas Raquel.

Beberapa minit, keadaan sekeliling mereka sunyi saja. Macam ada malaikat sedang lalu di sana saja...

Kenzie terus mengeluarkan tawa sinis dia. Dia memandang Raquel dengan mata yang penuh dengan rasa tidak percaya.

Kenzie tidak percaya yang Raquel berani mencederakan Ashley hanya kerana dia cemburu.

"And you dare to hurt her??? Jadi, jawab saya, Raquel... Kalau ada apa-apa jadi dengan assistant kelab kami, kau nak tanggung denda dari Coach Dhin??" kata Kenzie.

"Itu------" Raquel tidak dapat menjawab. Tiba-tiba saja otak dia menjadi beku bila dia mendengar nama Coach Dhin. "Coach Dhin yang lantik dia untuk jadi assistant?? Is this some kind of joke? Coach Dhin tidak pernah lantik assistant kelab melainkan dari ahli kelab itu sendiri yang lantik," kata Raquel.

"Kenapa kau tidak tanya Coach Dhin sendiri??" balas Charles pula.

"Ashley adalah assistant yang Coach Dhin sendiri yang lantik sebab assistant sebelum Ashley, sudah letak jawatan. Jadi kalau kau macam-macam dengan dia, jangan salahkan kami kalau Coach Dhin jatuhkan hukuman pada kau!" kata Jared.

Raquel terkelu. Dia memandang wajah setiap lelaki itu dan mereka semua mempunyai raut wajah yang sama, serius...

Raquel memandang ke arah Ashley pula. Dia memberikan satu lagi pandangan amaran kepada Ashley sebelum dia berlaku pergi dengan wajah yang marah.

"Dia jalan begitu saja?? Minta maaf pun tidak?" kata Herry.

"Kau ingat perempuan macam dia mau minta maaf?" tanya Eden dengan suara sinis.

Bryend mendekati Ashley pula. "Ash, kau okey kah??? Jahat betul Raquel.. Sanggup dia buat kau begini," kata Bryend pula.

Ashley tersenyum saja mendengar kata prihatin dari Bryend. "Saya okey, saya okey..."

"Ashley, apa sebenarnya yang terjadi. Macam mana Raquel boleh kasih luka kau macam ni??" tanya Charles.

KRINGG!!

Belum sempat Ashley menjawab, loceng sekolah sudah berbunyi.

"Nantilah tanya dia. Mari masuk kelas dulu. Nanti cikgu marah pula," kata Steven.

"Jumpa nanti, Ashley.. Jaga diri, okey?! Kalau Raquel buli kau lagi, bagi tau saja kami!" kata Herry. Dia terus mengusap kepala Ashley dengan lembut.

Wajah Ashley menjadi merah bila Herry mengusap kepala dia. Yalah, Herry antara kawan-kawan dia yang popular. Bila Herry memperlakukan dia dengan begitu baik, tentulah Ashley jadi malu.

Melihat itu, Mellisa yang dari tadi hanya memerhati mula merasa cemburu. Dia tidak pernah ditegur oleh kumpulan lelaki itu, tidak pernah sebelum Ashley memperkenalkan dia pada mereka.

Dan sekarang mereka menolong Ashley dari Raquel dan salah seorang dari mereka telah menyentuh Ashley.

Apa tidak dia cemburu..

Kenapa bukan saya yang pertama kena sentuh dengan dia?

Setelah itu, mereka mengucapkan selamat jalan dan kembali ke kelas mereka masing-masing.

Selepas dari hospital, mereka terus balik ke rumah.

Ashley menerima balutan di setiap lukanya dia yang besar, terutamanya di bahagian siku dan lutut. Manakala luka lain hanya di letakkan ubat.

Di dalam kereta, telinga Ashley dicuci habis oleh bapanya.

Ashley hanya mampu mendengar saja tanpa berkata apa-apa. Dia berasa bersalah kerana telah menipu bapa dia. Tapi dia tidak mau bapa dia tau perkara sebenar.

Kalau bapa dia tau dia kena buli dengan Raquel gara-gara seorang lelaki, mesti bapa dia makin marah.

Nanti dia suruh Ashley buang semua gambar Kenzie dan lupakan lelaki itu.

Noo, bukan itu yang Ashley mau.

"Macam mana Elley bawa basikal ni, hah!? Macam mana boleh sampai jatuh? Kenapa Elley tak hati-hati??" bebel Mr. Adham.

Ashley hanya melontarkan pandangan dia ke luar tingkap kereta.

"Lepas ni Elley jangan naik basikal lagi. Eloklah kalau Elley naik bas ke sekolah. Tengok keadaan Elley sekarang."

"Elley dengar cakap bapa kah ni?? Elley tidak boleh naik basikal lagi. Bapa takut kalau perkara lain-lain terjadi lagi pada Ashley."

"Ya bapa... Elley dengar," balas Ashley dengan suara yang lemah.

Alamak, kalau bapa sudah larang saya naik basikal, macam mana saya nak pergi sekolah dengan senior Kenzie lagi? Kami baru saja pergi ke sekolah bersama-sama...

Aduh, macam mana ni?...

Sesampainya di depan rumah, Momy menolong Ashley untuk keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Mr. Adham terus memandu kereta ke dalam garaj rumah dan setelah siap, dia masuk ke dalam rumah juga.

Momy membawa Ashley terus ke bilik dia. "Elley duduk di dalam bilik dulu. Momy nak pergi masak. Nanti Momy hantar makanan pada Elley," kata Momy.

Ashley menggeleng kecil. "Tak perlulah Momy. Elley masih boleh berjalan lagi. Bukannya kaki Elley ni patah. Momy panggil saja Elley, Elley akan turun makan nanti."

Momy mengeluh dengan kata-kata Ashley. "Yalah, kalau Elley mau begitu."

Momy pun keluar dari dalam bilik Ashley dan terus ke dapur. Mr. Adham pula sudah tentunya berada di bilik kerja dia untuk melakukan kerja dia yang tergendala sebelum menghantar Ashley tadi.

Ashley kini bersendirian di dalam bilik dia.

Ashley memandang ke arah luka dia yang berbalut. Tak guna kau, Raquel. Nak membalas dendam pun... Sanggup nak buat orang cedera begini. Nasib baik saya sempat larikan diri sebelum dia buat yang lebih teruk dari yang ini. Kalau tidak... Heih, entah lah.. Saya malas nak fikir panjang-panjang. Yang penting saya sudah selamat sekarang.

Ashley terus berbaring di atas katil dia. Anak matanya merenung siling bilik yang putih.

Tidak sedar matanya terus tertutup dan dia terlelap di atas katil.

================================

Selepas makan malam, Ashley kembali ke bilik tidur dia untuk mengulang kaji.

Ashley teringat akan kata-kata Momy masa di meja makan tadi.

"Perogol bersiri yang ada di daerah sebelah tu, sudah terlepas ke daerah kita. Menakutkan lah... Pihak polis masih belum dapat menjejaki keberadaan dia. Bahayanya.... Jadi, Elley... Elley jangan balik terlalu lewat, okey? Elley kena pulang ke rumah sebelum malam tiba."

"Tapi Elley ada aktiviti kelab lepas sekolah. Jangan risau, Momy. Kawan-kawan lelaki Elley sentiasa hantar Elley pulang ke rumah."

"Kalau ada yang tolong hantar Elley sampai ke rumah, baguslah. Tapi Elley kena hati-hati juga. Sebab perogol bersiri ni bahaya."

"Baik, Momy!"

Ashley mengeluh seorang diri. Perogol bersiri tu sudah ada di sini?? Isshhh, kacau saja... Harap-harap Raquel terjumpa dengan perogol bersiri itu. Eh, apa saya pikir ni?

Ashley mengusir jauh fikiran buruk dia itu. Ashley berpindah ke arah meja belajar dia. Sebelum Ashley membuka buku pelajaran dia, Ashley mengambil diari dia di laci paling bawah.

Ashley mula membelek satu-persatu muka surat itu sambil dia tersenyum melihat semua gambar itu.

Terus saja fikiran Ashley kembali kepada Raquel. Bila dia teringat tentang Raquel, terus saja darahnya mendidih.

Tak apa, Raquel.. Kau boleh saja menang masa ni... Tapi saya tidak akan benarkan kau menang kedua kali...

======================

MASA sekolah akhirnya tiba. Setelah habis hujung minggu ini dia berehat, Ashley memaksakan diri dia ke sekolah.

Walaupun Momy sudah melarang dia banyak kali, namun Ashley masih berkeras.

Lagipun, kaki Ashley tidak sudah sakit berbanding dari hari pertama.

Ashley juga teringat akan tugas yang diberikan oleh Couch Dhin kepada dia, iaitu untuk mengambil fail kelab dari tempat Diani, assistant sebelum dia.

Seperti yang sudah diperintahkan oleh bapa dia, Ashley tidak menggunakan basikal dia untuk ke sekolah hari ini tapi dia naik bas sekolah untuk ke sekolah.

Basikal kesayangan Ashley pula sudah dikunci di stor mereka di belakang rumah.

Mau tidak mau, Ashley terpaksa juga naik bas ke sekolah. Momy hanya menemani dia menunggu di perhentian bas saja sebelum sehinggalah Ashley naik ke dalam bas.

Ketika melalui satu persimpangan yang selalu dia berhenti untuk menunggu Mellisa dan Kenzie, Ashley yang duduk di tepi tingkap itu terus melilau ke sekeliling.

Masa-masa macam ni, sepatutnya Kenzie dan yang lain sudah pun bergerak ke sekolah.

Tapi hampa pula dia rasa sebab dia tidak jumpa Kenzie atau kawan-kawan dia pada pagi itu. Tak apalah, saya boleh jumpa dorang di sekolah hari ini..

Ashley sudah memberitahu Mellisa melalui telefon semalam, yang dia tidak akan menggunakan basikal ke sekolah lagi.

Harap-haraplah Mellisa tidak akan menunggu dia.

Turun dari bas, Ashley terus bergerak ke sekolah dia. Hanya ada beberapa blok bangunan lagi sebelum dia sampai di sekolah dia.

Ashley terus pergi ke kawasan letak basikal. Di sana, dia melihat Mellisa tapi tidak melihat Kenzie dan kawan-kawan dia.

Dalam hati, Ashley mengeluh kesal tapi dia tetap tersenyum dan mendekati Mellisa.

"Morning, babe!" sapa Ashley.

Mellisa yang baru saja siap mengikat basikal dia dengan rantai terus menoleh ke arah Ashley.

"Morning, Ash--Astaga, kenapa dengan dahi kau ni, Ash??? Tangan kau pun berbalut lagi?? What happen? Are you okay?" tanya Mellisa dalam keadaan separuh teriak.

Beberapa orang pelajar yang berdekatan menoleh ke arah mereka kerana suara Mellisa yang lantang itu.

Ashley tersengih. "I'm okay, Mel.. Jangan risau. Dalam beberapa hari, luka ni akan sembuh lah!"

"Kenapa kau datang ke sekolah juga? You should stay at home. Kau belum sembuh lagi ni!" kata Mellisa.

Ashley tersenyum dengan keprihatinan kawan baik dia. "Saya okey saja, Mel.. Lagipun, saya ada benda yang kena settle hari ni di sekolah!" kata Ashley.

Mellisa hanya memandang Ashley dengan ragu-ragu. Dia taulah Ashley ni orang yang tahan dan tidak mungkin akan menyerah walaupun dia sakit, tapi seeloknya dia harus berehat lagi sampai luka dia ni betul-betul sembuh.

"Saya okey, Mel... Marilah kita ke kelas," kata Ashley. Dia menggenggam erat tangan Mellisa dan mencuba menarik tangan Mellisa.

Tiba-tiba ada orang yang berdiri di belakang Ashley dan cuba untuk menarik rambut Ashley tapi Mellisa yang melihat itu terlebih dulu terus menarik Ashley menjauhi orang itu.

Ashley yang terkejut itu terus memandang ke arah orang itu.

"RAQUEL!?"

Kenapa saya boleh lupa pasal dia ni?? Gumam Ashley dalam hati.

Mellisa terus memberikan pandangan tajam pada Raquel. Melihat kepada cara Raquel memandang Ashley, Mellisa tau yang Raquel tidak suka dengan Ashley.

Mellisa kenal dengan budak bernama Raquel ni. Dia ialah pelajar setahun lebih muda dari mereka dan boleh dikatakan pelajar nakal dan dia sangat 'liar'. Kawan-kawan Raquel semuanya adalah budak samseng. Jadi tidak hairan kalau perangai dia pun liar.

"Apa kau nak buat dengan dia!?" tanya Mellisa pula. Dia sudah berdiri di depan Ashley untuk menghalang Raquel daripada mencederakan Ashley. Sudahlah Ashley sakit macam ni, ada juga orang nak buli dia lagi.

Raquel hanya menjeling Mellisa. Dengan senyuman sumbing, dia memandang Mellisa. "Saya nak bercakap dengan perempuan hodoh ni. Tolong ke tepi!!!"

Raquel menolak Mellisa ke tepi supaya dia dapat mendekati Ashley namun Mellisa menolak tangan Raquel dengan wajah selamba.

"Kalau saya tak nak, kau nak buat apa?? Kau nak tumbuk saya ke, hah!??? Kau nak apa dengan Ashley??" tanya Mellisa.

Raquel mendengus kasar bila Mellisa langsung tidak mau berganjak. Nanti karang ada yang kena tumbuk baru tau...

"Hei, ini masalah antara dia dengan aku, okey...!??? Kau jangan nak masuk campur. Atau kau nak terlibat sama dengan dia?" kata Raquel.

"Dia kawan saya. Kau nak berkasar dengan dia, saya akan balas apa yang kau buat. Jangan pikir tiada orang yang nak tolong dia walaupun kau buli dia," kata Mellisa lagi.

"Dasar perempuan tak sedar diri!! Kau ingat diri kau tu bagus sangat!?" kata Raquel dengan anak mata yang penuh dengan sindiran.

"Eh, at least kami lebih baik dari kau, alright? Kau ni dahlah liar... Selalu lepak dengan lelaki-lelaki samseng sana! Berani lagi kau cakap yang kami ni kurang bagus dari kau?" balas Mellisa pula.

Beberapa orang pelajar di sekeliling mereka mula memandang ke arah mereka.

"Sial betul mulut kau, eh betina!!??" kata Raquel. Dia cuba untuk menampar muka Mellisa namun Melissa lebih dulu menapak selangkah ke belakang.

Jadinya, Raquel hanya menampar angin saja, bukannya wajah Mellisa.

"Mel, jangan bergaduh dengan dialah... Diakan budak samseng. Nanti teruk kita dia belasah nanti," kata Ashley.

"So, apa saya kisah. Dia memang anak orang kaya tapi hidup dia bergelumang dengan orang samseng. Buat nama orang tua dia tercemar saja," perli Mellisa. Dari gaya suaranya, Ashley tau yang Mellisa juga tidak suka akan Raquel.

"Diamlah kau, betina. Kau tahu apa pasal keluarga saya???" teriak Raquel lagi.

"Saya tak nak tahu pasal keluarga kau okey?? Buat semak fikiran saya saja!" balas Mellisa.

"Eerghh, perempuan ni!!" Raquel berkata seraya dia maju ke depan, mahu menyerang Mellisa.

Mellisa pula sudah bersedia untuk menghadapi semua serangan Raquel.

Belum sempat Raquel menyentuh Mellisa, dua orang lelaki terus berdiri diantara mereka.

Salah seorang menolak Raquel perlahan tapi cukup untuk membuatkan Raquel jauh dari Ashley dan Mellisa manakala yang satu pula berdiri di depan Mellisa untuk melindungi Mellisa dan Ashley.

Mellisa terkejut melihat lelaki itu. Dia tidak menyangka pula yang lelaki itu akan melindungi dia dari Raquel yang sememangnya buas itu. Dalam hatinya, dia bersorak gembira.

"Kamu berdua tidak apa-apa?" tanya Herry pada Mellisa dan Ashley. Dia lah yang berdiri di depan Mellisa tadi.

Manakala yang menolak Raquel tadi ialah Bryend.

"Kami--kami okey," jawab Mellisa malu-malu.

Ashley terus memandang ke belakang untuk mencari kelibat Kenzie. Akhirnya dia melihat Kenzie berdiri hanya di belakang Steven saja. Ashley tersenyum dalam diam.

"Bryend, apa ni!!?? Lepaskan sayalah!!! Kenapa kau halang saya dari dorang!??" teriak Raquel kepada Bryend.

"Saya tak akan benarkan kau cuba untuk cederakan dorang. Ini kawasan sekolah, Raquel. Jangan buat hal. Kau masuk bilik disiplin nanti," kata Bryend.

"Saya tak kisah.. Dorang berdua ni sudah cakap buruk pasal keluarga saya.. Takkan saya nak biarkan saja dorang cakap macam tu!?" kata Raquel pula.

Terus saja mata Mellisa dan Ashley mengarah ke arah Raquel. Kami burukkan nama keluarga dia? Sejak bila?? Dah memang nama keluarga dia sudah terjejas sebab dia.. Kenapa salahkan kami pula?

"But you shouldn't use violence. It's against the law of the school," balas Eden pula.

"Oh gosh, kenapa dengan siku dan lutut kau, Ash?? Kenapa sampai berbalut?" tanya Steven setelah dia melihat keadaan Ashley begitu.

Semua lelaki itu segera menoleh ke arah Ashley bila mendengar kata-kata Steven.

"Kau okey saja pun masa datang latihan dua hari yang lalu.. Kenapa sekarang kau datang ke sekolah macam ni?" tanya Jeremy pula.

Terdengar suara Raquel tersenyum sinis. "Korang nak tahu kenapa dia jadi begitu??? Sebab saya yang buat lah!" kata Raquel mengaku yang dialah penyebab Ashley dalam keadaan teruk begitu.

Kali ini semua mata tertumpu ke arah Raquel, menjadikan Raquel seperti seekor mangsa yang akan diterkam oleh singa bila-bila masa sahaja.

"Kau apa??" kata Kenzie, akhirnya bersuara. Anak matanya yang kelihatan dingin itu memandang ke dalam anak mata Raquel.

Pandangan dingin itu membuatkan Raquel merasa gentar. Dia merasa pandangan itu sangat asing bagi dia.

"Kau buat apa pada dia?" tanya Kenzie lagi. Kali ini dia datang mendekati Raquel.

Raquel melangkah beberapa langkah ke belakang bila Kenzie merapati dia. Dia tiba-tiba menjadi takut bila melihat Kenzie datang ke arah dia dan memandang dia seolah-olah dia ini seorang pesalah.

Bukan ini yang Raquel mau...

Dia tidak mahu Kenzie datang kepada dia dengan pandangan begini...

Jika Kenzie datang kepada dia dengan sebuah senyuman manis dan wajah lembut, Raquel pasti akan menjadi perempuan yang paling gembira sekali...

Tapi ini tidak, Kenzie datang kepada dia dengan wajah yang serius dan menggerunkan. Macam dia mau telan Raquel pun ada.

Ashley yang melihat Kenzie berubah menjadi lebih serius itu terlopong. Tidak pernah dia melihat Kenzie marah begitu. Sebaik saja Raquel mengaku yang dia lah orang yang mencederakan Ashley, Kenzie terus berubah menjadi marah. Kenapa dia perlu marah?

"Saya yang buat dia begitu... Saya yang buat dia luka macam tu. Puas??? Puas hati dengar saya mengaku??? Semua ni sebab dia sudah berani dekat dengan kau dan berusaha untuk dapatkan kau dari saya," balas Raquel.

Beberapa minit, keadaan sekeliling mereka sunyi saja. Macam ada malaikat sedang lalu di sana saja...

Kenzie terus mengeluarkan tawa sinis dia. Dia memandang Raquel dengan mata yang penuh dengan rasa tidak percaya.

Kenzie tidak percaya yang Raquel berani mencederakan Ashley hanya kerana dia cemburu.

"And you dare to hurt her??? Jadi, jawab saya, Raquel... Kalau ada apa-apa jadi dengan assistant kelab kami, kau nak tanggung denda dari Coach Dhin??" kata Kenzie.

"Itu------" Raquel tidak dapat menjawab. Tiba-tiba saja otak dia menjadi beku bila dia mendengar nama Coach Dhin. "Coach Dhin yang lantik dia untuk jadi assistant?? Is this some kind of joke? Coach Dhin tidak pernah lantik assistant kelab melainkan dari ahli kelab itu sendiri yang lantik," kata Raquel.

"Kenapa kau tidak tanya Coach Dhin sendiri??" balas Charles pula.

"Ashley adalah assistant yang Coach Dhin sendiri yang lantik sebab assistant sebelum Ashley, sudah letak jawatan. Jadi kalau kau macam-macam dengan dia, jangan salahkan kami kalau Coach Dhin jatuhkan hukuman pada kau!" kata Jared.

Raquel terkelu. Dia memandang wajah setiap lelaki itu dan mereka semua mempunyai raut wajah yang sama, serius...

Raquel memandang ke arah Ashley pula. Dia memberikan satu lagi pandangan amaran kepada Ashley sebelum dia berlaku pergi dengan wajah yang marah.

"Dia jalan begitu saja?? Minta maaf pun tidak?" kata Herry.

"Kau ingat perempuan macam dia mahu minta maaf?" tanya Eden dengan suara sinis.

Bryend mendekati Ashley pula. "Ash, kau okey kah??? Jahat betul Raquel.. Sanggup dia buat kau begini," kata Bryend pula.

Ashley tersenyum saja mendengar kata prihatin dari Bryend. "Saya okey, saya okey..."

"Ashley, apa sebenarnya yang terjadi. Macam mana Raquel boleh buat kau luka macam ni??" tanya Charles.

KRINGG!!

Belum sempat Ashley menjawab, loceng sekolah sudah berbunyi.

"Nantilah tanya dia. Mari masuk kelas dulu. Nanti cikgu marah pula," kata Steven.

"Jumpa nanti, Ashley.. Jaga diri, okey?! Kalau Raquel buli kau lagi, bagi tahu saja kami!" kata Herry. Dia terus mengusap kepala Ashley dengan lembut.

Wajah Ashley menjadi merah bila Herry mengusap kepala dia. Yalah, Herry antara kawan-kawan dia yang popular. Bila Herry memperlakukan dia dengan begitu baik, tentulah Ashley jadi malu.

Melihat itu, Mellisa yang dari tadi hanya memerhati mula merasa cemburu. Dia tidak pernah ditegur oleh kumpulan lelaki itu, tidak pernah sebelum Ashley memperkenalkan dia pada mereka.

Dan sekarang mereka menolong Ashley dari Raquel dan salah seorang dari mereka telah menyentuh Ashley.

Apa tidak dia cemburu..

Kenapa bukan saya yang pertama kena sentuh dengan dia?

Setelah itu, mereka mengucapkan selamat jalan dan kembali ke kelas mereka masing-masing.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C21
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login