Download App
10.58% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 9: Masa Lalu Kenzie?

Chapter 9: Masa Lalu Kenzie?

Apa? Dia tanya Kenzie buat apa petang ni dan kalau Kenzie cakap yang dia tidak buat apa-apa, perempuan ni akan bawa dia for a date? What the fish... Saya tak akan benarkah itu terjadi...

Ashley mengepal genggaman jari-jemari kerana geram. Sambil itu, matanya tajam saja memandang ke arah Anastasia.

Please Senior, jangan ikut cakap perempuan ni!

"Saya ada latihan bola keranjang petang ini.. Tapi saya rasa apa yang saya buat ni tiada kaitannya dengan kau.. Kenapa kau nak tanya?" kata Kenzie masih dengan wajah dinginnya.

Steven mengeluh melihat kelakuan Kenzie yang dingin itu. Dia faham kenapa Kenzie jadi begitu jadi dia tidak dapat menolong Anastasia yang kini sudah pun merasa sedih dengan layanan Kenzie.

"Kau ada apa-apa nak minta tolong dari kami? Kalau ada, kami mungkin boleh tolong sekejap," balas Steven. Berbanding dengan Kenzie, Steven mempunyai wajah gentle dan sentiasa tersenyum sopan kepada sesiapa saja.

Jika Kenzie berwajah dingin jadi dia ialah seorang yang berwajah lembut dan menenangkan hati.

Anastasia tersenyum lagi. "Tak, saya tidak minta tolong apa-apa, saya cuma mau tanya saja. Korang latihan di mana? Boleh saya join sekali?"

Steven tersenyum kecil. Dia faham apa yang ingin Anastasia lakukan. Dia mahu mendekati Kenzie.. Tapi bila Steven merenung wajah Kenzie yang masih dingin itu, dia tau Kenzie tidak berminat dengan Anastasia.

Tapi macam mana dia mau beritahu Anastasia dengan cara baik kalau Kenzie tidak suka diganggu seperti itu. Steven tidak suka menyakitkan perempuan dan tidak mau membuat mereka sedij, berbeza dengan Kenzie yang tidak kisah jika ada perempuan yang terasa dengan apa yang dia cakap.

Peliknya, masih ramai yang minat Kenzie walaupun lelaki itu sagat dingin...

"Urm... Bukan tidak boleh... Tapi latihan kami sangat strict. Coach kami tidak mau ada sesiapa yang datang untuk menonton sebab takut nanti latihan kami terganggu," kata Steven pula. Dia merasa bersalah pula mau membohongi Anastasia tapi dia terpaksa, lagipun Kenzie tidak akan pernah memberi perhatiannya ke arah Anastasia kalau perempuan ini datang.

Malah itu akan membuatkan Anastasia sedih pula nanti. Steven tidak mau hal itu terjadi.

Anastasia terus menjuihkan bibirnya kecewa. Dia mengangguk kecil. "Saya faham...."

He eleh... Kau ingat kalau kau buat mulut itik kau tu, Senior akan jatuh hati dengan kau. Eih, hello.... Sedarlah diri sikit... Diri kau tidak setanding Senior Kenzie, okey! Kutuk Ashley dalam hati. Dia memfokuskan pandangannya ke buku padahal dia sedang mencuri dengar perbualan Anastasia dengan kumpulan lelaki itu.

"Kau boleh tengok kami masa pertandingan nanti... Jangan sedih, okey?" kata Steven pula. Dia memberikan senyuman pada Anastasia agar perempuan itu tidak lagi bersedih.

"Yalah, Anna... Kau boleh datang ke tournament kami nanti dan kau boleh sokong kami," balas Jeremy.

"Nanti, kau kena sokong kami dengan kuat, okey?" kata Herry pula.

Anastasia tersenyum lagi dan dia mengangguk. "Saya pasti akan menyokong korang!" kata Anastasia sambil mengangkat tangannya, menunjukkan semangatnya yang tinggi.

"Good!" balas Steven, ketawa kecil dengan sikap Anastasia.

Anastasia melirik ke arah Kenzie yang duduk di sebelah Steven namun lelaki itu masih tidak memberi apa-apa reaksi. Masih diam di sana dan memandang ke arah bukunya. Nampaknya Kenzie dari tadi hanya memandangkan bukunya dan membiarkan Steven yang melayan Anastasia. Tak guna....

Ashley semakin suka apabila melihat Kenzie tidak memberi reaksi kepada Anastasia. Dalam hatinya dia tertawa jahat sekali. Padan muka kau.. Sedar diri dululah sebelum nak bercakap dengan Kenzie...

Anastasia mengeluh kecewa. Sebenarnya dia datang ke sini dengan harapan untuk bercakap dengan Kenzie. Namun, dia kecewa kerana Kenzie tidak melayan dia, malah kawan-kawan dia pula yang bercakap dengan Anastasia.

Anastasia mau Kenzie yang bercakap dengan dia. Anastasia mau bercakap dengan Kenzie dan kalau boleh dia mau bawa Kenzie berjalan-jalan pada petang ini, namun Kenzie langsung tidak memberi reaksi kepada dia.

Akhirnya, Anastasia berlalu dari sana dengan wajah yang hampa dan hati yang sedih.

Bila Anastasia sudah pergi, Bryend terus menepuk belakang Kenzie. "Kau ni jahat betullah, Kenzie.. Ana sedang bercakap dengan kau tapi kau biarkan dia begitu saja. Terpaksa Steven lagi yang layan dia demi pihak kau.."

Kenzie hanya memandang mereka dan memandang ke arah bukunya lagi. "Saya sudah tau apa yang akan dia cakap. Kalau saya cakap saya tiada buat apa-apa petang ni, nanti dia ajak saya keluar... Which I don't like to do."

"Sudahlah, guys... Korang pun tau kan yang Kenzie tidak mau ada perempuan kacau dia... Dia masih nak hidup bersendirian..." balas Steven.

"Kenzie masih lagi teringat dengan masa lalu dia? Tapi itu kan sudah lama.. Tak perlu di ingat lagi, Ken... Nanti kau yang sakit hati lagi," kata Charles.

"Apa? Pasal perempuan tu?? Eih, itukan sudah lama, setahun yang lalu... Lagipun, perempuan tu kan sudah tiada di sini," kata Jeremy pula.

"Yalah, perempuan tu kan sudah tiada di sini..." kata Jared lagi.

"Guys, janganlah kacau Kenzie. Suka hati Kenzie kalau dia masih ingat dengan masalah itu atau tidak.. Lagipun, apa yang kena dengan Kenzie memang menyakitkan hati. Perempuan tu sepatutnya tidak buat Kenzie begitu," kata Eden pula.

"Korang ni, kita sudah janji untuk tutup mulut pasal hal ni, kan? Kenapa diungkit lagi?" kata Steven kesal.

Kenzie tidak lagi melayan kawan-kawannya dan dia terus menuju ke rak buku untuk mengembalikan buku yang dipegangnya.

Steven dan yang lain memandang Kenzie berlalu. Mereka merasa bersalah kerana bercakap dengan masa lalu Kenzie. Mereka sudah berjanji untuk menutup mulut tentang hal itu dan tidak akan pernah mengungkitnya lagi, namun mereka terlepas cakap lagi.

"Tengok, Kenzie sudah marah... Kan kita sudah janji tidak akan cakap pasal hal ni," kata Herry pula.

"Tak sengaja terlepas cakap.." balas Charles.

"Ya betul tu, terlepas cakap..." sokong Bryend.

"Terlepas cakap pun tiada guna... Kenzie sudah merajuk," balas Eden.

Steven dan yang lain saling berpandangan dan mereka mengeluh. Mereka tau masa lalu Kenzie dan jika mereka mengungkit masa lalu itu kembali, Kenzie akan terus pergi tanpa berkata apa-apa pun.

Ashley yang masih mendengar itu merasa sedikit hairan. "Perempuan? Kenzie ada girlfriend ke sebelum ini? Apa yang terjadi setahun yang lalu?"

Ashley mau tau tapi dia tidak berani mau bertanya kerana jika dia bertanya, nanti Kenzie akan semakin marah. Malah dia ada nampak lagi Kenzie pergi tadi dengan wajahnya menahan marah. Mesti Kenzie sangat marah kerana kawan-kawannya mengungkit lagi kejadian setahun yang lalu.

Tak mengapa... Saya akan berusaha mencarinya nanti..

Tidak lama kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat suda habis.

Ashley menunggu sehingga Kenzie dan kawan-kawannya beredar dari perpustakaan baru lah dia keluar dari perpustakaan itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C9
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login