Download App
9.41% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 8: Perpustakaan

Chapter 8: Perpustakaan

"Jadi, kau nak buat macam mana?" tanya Mellisa.

"Saya akan pastikan Senior nampak Raquel tu macam mana," balas Ashley.

"Yalah... Tapi macam mana?" tanya Mellisa lagi.

"Nanti saya pikirlah macam mana nak buat begitu..."

Mellisa mencebik bila Ashley bercakap begitu. Hermm, cakap mau tolong Senior dia... Plan pun belum ada...

"Aduh, saya lupa.. Saya ada perjumpaan kelab bola jaring pula lepas ni.. Ash, saya pergi dulu, okey? Jumpa di kelas," kata Mellisa. Dia berdiri, membawa tray makanannya dan pergi dari sana.

"Bye!" Ashley hanya melambai sambil memandang Mellisa beredar. Herm, syoknya Mellisa ni ada aktiviti kelab.. Kelab saya hanyalah kelab fotografi tapi tidaklah seaktif kelab bola jaring...

Tinggallah Ashley di sana seorang diri dan menghabiskan makanannya. Setelah habis, dia membawa tray makanannya dan meletakkannya di tempat yang disediakan.

Ashley keluar dari kafe dan berfikir ke mana dia akan pergi lagi sementara menunggu waktu rehat habis.

"Herm, gelanggang basketball lah.. Di sana saya boleh tengok Senior main..."

Ashley pun melangkah menuju ke gelanggang bola keranjang di mana ia terletak di sebelah dewan besar di sekolah mereka. Ketika Ashley tiba di sana, dia tidak melihat Kenzie di mana-mana. Kawan-kawan dia pun tiada di sana.

Ashley merasa hampa.. Senior tidak latihan di sini hari ini? Dia ke mana pula?

Ashley bergerak ke kawasan lain untuk mencari Kenzie di setiap tempat yang selalu dia pergi namun dia tidak menjumpai lelaki itu di mana-mana. Ashley berasa hampa dan dia sudah penat kerana terus berjalan mencari Kenzie.

"Kalau macam ni, saya ke library lah.. Syok lagi baca buku daripada berjalan macam ni..."

Ashley pun berjalan menuju ke perpustakaan sekolah mereka untuk menghabiskan masa-masa rehat mereka.

Bila Ashley masuk ke dalam, Ashley tidak melengahkan masa dan terus mencari buku yang ingin dia baca.

Setelah itu dia mencari tempat duduk yang selesa.

Sebaik saja dia duduk tiba-tiba jantungnya berdegup dengan kencang dan dia merasa gugup. Perutnya juga merasa aneh seolah-olah ada rama-rama di dalamnya.

Petanda ini...

Ashley terus mengangkat kepalanya untuk memandang ke sekitarnya. Namun dia tidak melihat sesiapa yang ingin dia cari. Dia tiada di sini? Tapi saya yakin dia ada di sini...

Ashley memandang ke arah depannya, di mana ada banyak pelajar berada di kawasan meja itu.

Ketika itulah seorang lelaki berambut pendek dan berkaca mata berdiri dari tempat dia duduk.

Di meja sebelah, seorang pelajar lelaki yang berwajah dingin pun muncul di pandangan Ashley sehingga membuatkan Ashley terlopong.

Ashley terus mengangkat buku yang ada di depannya dan menutup wajahnya dengan buku itu. Astaga, malunya.. Senior Kenzie memang betul-betul ada di sinilah!

Ashley menurunkan buku itu sehingga hanya menampakkan matanya saja. Ashley merenung Kenzie yang sedang tekun belajar itu.

Saya lupa periksa library tadi.. Rupanya memang dia ada di sini... Hati Ashley berbunga bahagia. Tidak sangka yang dia akan menjumpai Kenzie di sana...

Ashley terus merenung Kenzie. Kenzie yang masih memasang wajah dingin itu tampar bersinar di mata Ashley. Dia sedang tekun belajar dan matanya fokus ke arah buku.

Oh ya, selain daripada aktif dalam bola keranjang, Kenzie juga adalah seorang pelajar yang cemerlang meskipun dia tidak menduduki kedudukan pertama dalam peperiksaan.

Ashley tersenyum lagi bila dia merenung Kenzie lama-lama.

Tiba-tiba, Kenzie mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Ashley.

Ashley yang gelabah itu terus menundukkan kepalanya dan memandang ke arah bukunya... Berpura-pura untuk membaca....

Pipinya kini mula bertukar warna menjadi merah kerana malu. Kalaulah dia kedapatan merenung Kenzie, mana dia nak letak muka dia lepas ni...

Kenzie yang sedang belajar tadi, merasa ada orang sedang memerhati dia. Jadi Kenzie pun segera mengangkat mukanya untuk mencari siapa yang sudah merenungnya begitu lama. Sebenarnya, dia sudah biasa dengan renungan mata dari setiap orang yang asyik memperhatikan dia, tapi renungan yang ini terasa lain.

Seolah-olah ia adalah sebuah magnet yang menarik perhatiannya sehingga membuat Kenzie menoleh.

Kenzie tidak pernah menoleh atau memandang ke arah lain jika ada seseorang yang menegurnya atau memperhatikan dia... Tapi kali ini berbeza dan Kenzie sedar itu.

Kenzie tidak melihat sesiapa yang sedang merenungnya. Malah dia hanya melihat seorang pelajar perempuan duduk seorang diri di meja hadapan. Ada satu lagi meja yang diletakkan di antara meja mereka dan meja itu kosong. Jadi, Kenzie dengan lebih senang melihat Ashley dari tempat dia duduk.

Kenzie menggaru kepalanya dengan selamba. Perempuan ni yang kena serang dengan Raquel semalam, kan? Saya tidak sedar pula sejak bila dia ada di sana...

Kenzie tidak lagi memperdulikan Ashley dan dia kembali fokus ke arah bukunya.

Ashley sedar Kenzie tidak lagi memandang ke arahnya lalu dia mengangkat wajahnya untuk melihat Kenzie lagi. Kalau hari-hari saya boleh nampak dia macam ni, boleh melting lah hati ni...

Ashley tersengih macam orang bodoh pula di sana sambil memerhati Kenzie. Mau saja dia berdiri dan menuju ke arah Kenzie, mengambil tempat duduk di depan Kenzie dan terus memandang dia. Eh, tak boleh, Ashley.. Nanti dia ingat kau peminat gila dia sampai kau nak duduk begitu sekali...

Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan yang cantik:Mata bulat, bulu mata melentik, kulit sawo matang, dan mempunyai senyuman manis. Dia mengambil tempat duduk di depan Kenzie sekali gus menghalang pandangan Ashley ke arah Kenzie.

Wei, apa ni!! Kenapa tiba-tiba datang nak duduk sana.. Berambuslah! Kacau daun betul...

Ashley pun terpaksa berganjak ke kerusi sebelah supaya dia dapat melihat Kenzie. Tak guna punya perempuan...

Kenzie mengangkat kepalanya dan memandang ke arah pelajar perempuan itu. Pelajar itu terus melemparkan senyuman manis kepada Kenzie bila Kenzie mengalihkan pandangannya ke arah dia.

Kawan-kawan Kenzie juga mengalihkan pandangan mereka ke arah pelajar perempuan itu.

"Hai, Kenzie... Saya Anastasia... You can called me Ana.. Saya dari kelas 4B"

Kenzie dengan wajah dingin, dia merenung Anastasia.

"Oh, Ana... Kau ada apa-apa nak cakap ke?" tanya Steven pula. Dia ialah kawan kepada Kenzie dan dia ialah orang yang paling memahami Kenzie.

Anastasia tersenyum ke arah Steven dan dia memandang ke arah Kenzie lagi. "Saya dengar ada perempuan yang confess dengan Kenzie. Betulkah?" tanya Anastasia dengan wajah sedikit cemas.

"Oh, kau nak tau pasal tu saja kah? Kalau pasal confess tu memang adalah..." balas Jared.

"Wah, tak sangka ramai yang tau pasal hal tu. Cepat betul berita pasal ada orang confess pada Kenzie tersebar di sekolah," kata Bryend pula.

Yang lain hanya ketawa mendengarnya.

"Jangan bising, guys... Kita ada di library sekarang," tegur Eden.

"Kenapa kau nak tau pasal tu?" tanya Steven pula.

Anastasia tersenyum, tapi lebih kepada senyuman menggoda... "Tiada, saya saja nak tanya..."

Anastasia memandang ke arah Kenzie lagi. Lelaki itu masih tidak senyum ke arah dia. Anastasia sedikit hampa...

"Kenzie.. Kalau saya boleh tanya, petang ni, kau ada nak buat apa-apa?"

Mendengar pertanyaan itu, kawan-kawan Kenzie yang lain terus membuat bunyi sumbang dan mengusik Kenzie.

Pelajar lain yang ada di sana memandang mereka dengan wajah tidak puas hati kerana mereka sangat bising.

Sekali lagi Eden terpaksa memberi isyarat senyap kepada mereka.

Kenzie merenung Anastasia tapi di matanya jelas terlihat yang dia kurang senang.

Anastasia terus merenung Kenzie untuk menunggu jawapan dari lelaki itu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C8
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login