Download App
100% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 9: Gula-gula kapas

Chapter 9: Gula-gula kapas

Bab 9

"Kau balik bila?", tanya Lia kepadaku. Malam itu, kami bertiga melepak dekat ruang tamu sambil menonton movie.

"InsyaAllah dua hari lagi aku balik. Huh, lama jugak ae baru nak jumpa korang balik. Korang tak balik Malaysia ke?", kataku kepada mereka berdua. Lia nampak agak pucat kebelakangan ni. Aku tanya, dia kata "masalah perempuan". Aku tahu-tahu jelah. Tapi tak pernah pulak aku dengar orang datang bulan pucat macam tu.

"Aku kerja kat sini. Ada masa cuti nanti aku balik lah", kata Lia lembut. Entah kenapa aku rasa tak senang nak tinggalkan dua orang ni. Selama ni okay je. Kali ni rasa berat hati pulak. Mungkin sebab aku dah lama sangat dengan dua ekor ni.

"Ha'ah, alah apa ada hal. Nanti kau datang lah sini balik", kata Hanis sambil tergelak.

"Aku rindu Malaysia. Aku rindu nak balik sana. Aku rindu...", Lia tidak menghabiskan kata-katanya lalu mengeluh. Hanis mengusap belakangnya. Aku tak paham kenapa Lia ni tiba-tiba emo semacam.

"Can we stop talking about this. Come on, movie ni pulak yang tengok kita", kata ku dengan selamba.

.........

"Khai, dah siap kemas ke? Tak ada yang tinggal?", tanya Kak Az dengan tenang kepada adikknya itu. Khai mengangguk sambil tersenyum.

"Khai pergi dulu. Takut lambat nanti terlepas flight pulak", kata Khai sambil memandang kakak dan abangnya yang berdiri di depannya.

Aiman comel segera bergerak terkedek-kedek mendekati Khai sambil memegang kaki Khai.

"Alololo, Aiman nak pak cik aeh? Meh dekat sini pak cik peluk", Aiman terlompat-lompat kegembiraan. Khai terut tergelak. Khai menundukkan badannya dan memeluk Aiman.

"Betul ke taknak kami hantarkan?", tanya Kak Az lagi.

"Tak apa, Khai boleh pergi sendiri", kata tersenyum manis.

"Kalau dah macam tu, pergilah cepat. Aiman mari dekat sini", kata Zahify sambil memanggil Aiman. Aiman berlari-lari menuju ke arah Zahify. Gula-gula kapas tergolek-golek. Itulah yang terbayang dalam kepala otak Zahify bila dia melihat anaknya itu. Comel sungguh.

"Cis! Bertuah punya abang macam ni. Adik sendiri pun dia halau", Zahify hanya memandang Aiman dengan pandangan lembut sambil mengangkatnya. Khai geram kerana tidak di beri perhatian oleh Abangnya.

Kak Az tergelak. "Dah, dah. Hati-hati", Khai menyalami tangan Kak Az dan Zahify.

"Elok-elok sikit", kata Zahify. Alah dia bukannya kejam sangat dengan Khai. Khai yang mengada-ngada. Biasalah tu. Abang sendiri kot.

"Yelah.. Khai gerak dulu. Assalamualaikum", setelah Zahify dan Kak Az menjawab salam, Khai terus meninggalkan perkarangan rumah tersebut dan memecut laju. Zahify dan Kak Az bersama Aiman masuk ke dalam rumah bersama-sama.

"Fy tak pergi mana-mana ke harini?", tanya Kak Az.

"Tak", Zahify menjawab ringkas.


Load failed, please RETRY

New chapter is coming soon Write a review

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C9
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login