Download App
88.88% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 8: Kisah Lama

Chapter 8: Kisah Lama

Bab 8

Khai... Kisah yang telah lama aku lupakan. Kini entah kenapa dia datang kembali di depanku. Aku tak tahu kenapa hatiku berasa cukup berdebar ketika memandang wajah lelaki itu. Seperti dulu.

Kisah 5 tahun lepas masih lagi berlegar di dalam otakku selepas pertemuan dengan Khai. Adakah ini pertandanya, dia benar-benar jodohku. Sebelum ini aku pernah melepaskan lelaki itu. Tapi kini dia datang kembali. Kata orang, jika cinta, lepaskan. Jika ia datang kembali, itulah cinta sebenar. Tapi, tak mungkin dan ianya sangat mustahil.

Entahlah, susah untuk aku percaya. Khaihan D bin Alimshah. Lelaki yang pernah menghuni hatiku 5 tahun yang lepas. Pertemuan kami berlaku ketika aku masih bergelar mahasiswi. Ketika itu, terdapat parti hari jadi Hanis. Ketika semua masih sibuk dengan parti tersebut, aku berjalan di tepi kolam untuk mengambil angin.

Ketika aku berjalan di kawasan itu, aku ternampak seorang lelaki yang mengenakan kot retro putih. Nampak sangat segak. Dia berdiri berhampiran dengan kolam sambil termenung. Aku tidak tahu kenapa hatiku terdetik untuk berjalan mendekati lelaki itu.

"Kenapa termenung kat sini? Taknak masuk dalam ke?", tanya ku selamba. Fuyoo, berani tahap dewa. Sebelum ni tak pernah-pernah pulak berani macam ni.

"Kenapa awak tanya saya? Awak pun taknak masuk dalam ke?", haa kena balik aku. Aku hanya terdiam tidak tahu untuk menjawab apa-apa. Dia tiba-tiba tergelak kecil melihat keadaan aku itu.

"Kenapa awak gelak? Apa yang lawak?", tanya ku tidak puas hati.

"Tak ada apa-apa. Jadi, siapa si manis depan mata saya ni", tanyanya lalu memandang ku dengan senyuman manis terukir di bibir. Oh ma ma my! Hati aku.

"Erm.. Im Lavendar, Lavendar Aumiel", kataku sambil membalas senyuman. Dia menyengetkan kepalanya keliru. Tau, aku tau, aku pun tak boleh brain dengan nama ku sendiri.

"Beautiful name, sesuai dengan owner nya", ceh! Mulut ada madu ke? Kalau aku kata nama aku Tandas Longkang, kau nak cakap nama tuk cantik macam owner ke?

"Im.. Khaihan D", Katanya terus menerus memandangku. Dia sebenarnya ada aura yang boleh buatkan orang bercakap dengannya rasa selesa.

"D tu.. Apa?", nak sambungkan percakapan, itu je yang aku fikir nak tanya.

"Family's name", kata Si Khaihan ni. Aku mengangguk. Begitulah segalanya bermula. Sehinggalah aku jatuh cinta dengan dia, dan dia jatuh cinta dengan aku. Tapi, pelangi takkan kekal selamanya di langit.

Perkara yang tidak diingini berlaku apabila, Khai dan aku terpaksa putus. Putus atas alasan terpaksa kerana keluarga Khai mahu Khai berkahwin dengan pilihan mereka. Malah, khai tidak pernah memberitahu keluarganya tentang aku. Aku juga tidak pernah menceritakan apa-apa tentang Khai kepada Ibu dan bapa ku.

Tambahan pula, mereka tidak mahu aku terlalu rapat dengan mana-mana lelaki. Lebih baik begitu kata mereka. Hmm..sampai sekaranglah aku membujang. Khai pula, mungkin sekarang dah bahagia. Dia nampak berseri-seri waktu aku berjumpa dengannya tadi.

Lamunan Aumiel terhenti ketika kepalanya dihentuk dengan bantal. Dia mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya dan memandang Lia yang sudah bercekak pinggang di depannya dengan tajam.

"sakitlah! Aeshhhh", rungutku kepada Lia

"Itulah, padan muka. Aku panggil berkali-kali tak dengar. Sakit tekak aku ni", bantah Lia pula. Memang kena balik aku. Aku hanya terdiam dan mengurut-urut kepala lalu berbaring di atas katil.

Aku mengeluh panjang. Entah kenapa hati ini terasa berat.

"Kenapa ni..? Kau.. Teringat kan dia ke?", Lia memang sahabat yang baik. Aku tak cakap pun dia tahu.

"Entahlah Lia. Aku tak pasti. Aku..."

"Dah dah lah tu. Tak payah di kenang kisah lalu. Dia sekarang pun dah ada life dia. Kau pun sama", ini lah yang aku suka rentang Lia. Belum apa-apa lagi dia dah cuba beri aku semangat. Aku tersenyum.

"Bukan kenang, terlintas. Aku dah tak fikir dah pasal dia. Aku tahu dia dah bahagia. Aku doakan yang terbaik untuk dia", aku memandang Lia.

"Hey, happy birthday. I hope you happy ever after", tambah ku pula. Buanglah topik Khai tadi.

"Thank you. Dah jom turun. Makan kek", Lia mengambil tanganku lalu menarik ku turun dari katil. Aku hanya menggelengkan kepala melihat karenah nya.

.........


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C8
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login