Download App
66.66% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 6: Pertemuan Semula

Chapter 6: Pertemuan Semula

Bab 6

"Dia cantik kan Fy? Kakak suka dia", kata Kak Az dengan penuh perasaan teruja. Zahify hanya duduk sambil memerhatikan resepi masakan yang dia tulis sendiri di depan matanya itu. Mereka kini berada di ruang tamu rumah agam milik Zahify. Malam-malam macam tu tentulah Aiman comel sudah tidur.

"Siapa? Hanis? Dia memang cantik? Bagi kakak semuanya cantik", kata Zahify dengan selamba. Dia sebenarnya malas melayan karenah kakaknya itu. Kakaknya monyok dan menampar lembut bahu Zahify.

"Bukanlah, Aumiel yang kakak maksudkan. Tapi, Zahify berkenan dengan Hanis ke?", tanya Kakaknya dengan lembut. Kakaknya memerhatikan adiknya itu membelek buku resepinya itu. Zahify tidak menjawab dengan segera. Kakaknya mula tidak sabar dan mengambil buku resepi di tangan Zahify dengan perlahan dan meletakkannya di atas meja.

"Kakak tanya ni..", tanya Kak Az lagi dengan nada yang lembut. Zahify memerhatikan kakaknya yang menunggu jawapan dari dia.

"Tak", ringkas sahaja jawapan Zahify.

"Baguslah. Maksudnya Aumiel ada peluang", kata kakaknya lagi. Zahify menggelengkan kepalanya kerana dia tahu apa yang bermain di fikiran Kakak sulungnya itu.

"Dah dahlah tu kak. Tak payah nak carikan isteri untuk fy. Fy pandai lah nanti uruskan semua tu", kata Zahify kepada kakaknya. Kakaknya pantang sekali nampak perempuan yang dia berkenan. Terus dia nak padankan dengan Zahify.

"Yelah tu. Akak rasa sampai ke sudah kamu tak berbini kalau kakak tak tolong carikan. Kamu tu dah berumur 29 tahun. Ingat tu. Lagipun, Aiman perlukan Ibu fy. Kamu tak fikir ke pasal dia? Aiman pun sukakan Aumiel", katanya dengan nada teruja. Memang Aiman seperti sangat-sangat sukakan wanita yang baru sahaja dia temui.

"Kakak kan ada", kata Zahify selamba. Kakaknya mula mengeluh.

"Takkan kamu nak suruh kakak jaga dia sampai dia dewasa. Kakak pun ada suami nak kena jaga. Aiman tahu yang kamu ayah dia, tapi takkan nak tipu dia yang kakak ni ibu kandung dia", kata Kak Az lagi dengan nada yang sedikit sedih.

"Aiman semakin membesar, dia perlukan perhatian fy. Kakak boleh jaga dia, tapi fy nak ke dia tak kenal fy sebagai ayah dia nanti?Abang Amir kamu tu tak kisah Aiman jadi anak kami berdua terus, tapi kamu nak ke macam tu? Lepas ni akak terus ke Arab untuk jumpa Abang Amir kamu. Dia suami akak, jadi akak kena ikut dia. Aiman takkan jumpa dengan kamu untuk jangka masa yang lama. Kamu tak kisah ke?", lancar je Kak Az mempersoalkan semuanya. Zahify tahu kebimbangan kakaknya itu.

"Fy minta maaf susahkan kakak. Tapi biarlah fy sendiri pilih pasangan fy", kata Zahify kepada kakaknya dengan sedikit nada serba salah. Kakaknya mengeluh lembut.

"Tak ada lah susah. Tapi, hmmm.. Takpelah, kalau fy dah cakap macam tu. Kakak faham", kata Kak Az sambil tersenyum manis dan bergerak menuju ke biliknya. Sebelum dia meninggalkan Zahify, dia menasihati Zahify sekali lagi.

"Kalau fy ubah fikiran, akak ada kat sini. Goodnight fy", Zahify mengangguk dingin. Selepas kakaknya beredar, dia segera bergerak menuju ke dalam biliknya juga. Zahify membaringkan tubuhnya di atas katil sambil mengeluh. Dia memandang ke siling sambil berfikir panjang.

"Lavendar... ", Zahify menggelengkan kepalanya apabila dia tersedar dia menyebut nama wanita itu.

......

"Kau nak pergi mana? Nak ikut", halah time2 macam ni pulak si Lia ni nak ikut. Kenapalah dia ambil cuti hari ni. Eh lupa birthday dia. Haa, sebab tu jugak aku nak keluar. Nak dapatkan kek dia.

"kau duduk kat rumah je. Tak lama. Kejap je", kataku. Sambil segera mengambil beg tangan ku dan berlari keluar dari bilik meninggalkn Lia seorang di situ.

"Miel!!...laaa... Kau tinggal aku...hari ni birthday aku tau!!", jerit Lia. Aku tergelak mendengar kata-kata Lia. Aku tahu lah birthday dia. Mana mungkin aku lupa.

Aku memandu menuju ke arah kedai kek yang agak popular di situ, Melerina Bakery. Walaupun aku tak pernah datang situ, Tapi Aku tahu lah kedai tu famous.

Lebih kurang 30 minit aku memandu, sampai jugak kat kedai tu akhirnya. Ramai gila orang kat situ. Berduyun-duyun. Tapi of course lah aku tak payah tunggu. Sebab aku dah order kek tu awal. Tapi aku rasa aku nak cuba jugak lah ais krim kat sini. Macam best je dia punya ais krim.

Masuk je aku kat kedai tu, tengok orang berbaris panjang dah kat ruang ais krim. Haih! Nak beli macam mana ni? Takpelah, ambil kek jelah. Masa aku gerak kat kaunter, aku terpandang satu susuk tubuh seseorang yang aku kenali. Tapi, fikir-fikir balik, salah orang kot. Depan kaunter tu, aku segera memandang pelayan di situ dengan senyuman.

"Hello miss, what can I get for you?", tanya gadis muda itu.

"Uhmm, can I get my Sweety choco mint cake that I order yesterday?", tanya ku kepada pelayan itu. Pelayan itu tersenyum.

"Oh, miss Lavendar?", dia segera bertanya. Aku menggangguk. "Yes miss, wait for a second",katanya dan aku mengangguk. Dia segera memberitahu rakannya itu mengambilkan kek tersebut. Dia meminta ku untuk menunggu di meja.

Aku menarik kerusi yang berada di dalam kedai itu. Fuhh! Aroma bau kek, gila kalau ku kata aku tak terliur. Sebab tu lah aku ni cepat naik berat badan. Tak boleh tahan godaan manisan ni.

"Ehem.. Excuse me, Lavendar?", tiba-tiba suara seorang lelaki menegurku. Aku berpaling ke arahnya dan memandang wajah tersebut. Dia agak tinggi dan berkulit cerah. Rambutnya panjang diikat. Memang sah orang yang aku nampak tadi betul! Memang dia. Aku segera berdiri dan memandangnya.

"Khai..khaihan.. ", aku agak terkedu melihat lelaki itu. Dia melihatku dan tersenyum manis. Dia segera bergerak ke arah meja tempat aku duduk.

"May..I have a sit?", tanyanya. Aku yang dari tadi memandangnya terus mengelipkan mata dan menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Yea ..yea.. Sure", sambil aku mempersilakan dia duduk, aku pun turut duduk sekali. Aku terus segera memandangnya. Di tersenyum manis lalu berkata

"It's been a long time. Awak apa khabar? Sihat?", tanya khaihan kepada ku.

"Alhamdulillah, saya sihat. Awak?", tanyaku semula.

"Tengok awak depan mata, bertambah sihat saya", ucapnya sambil tersenyum. Haishhh!! Asal lah dia macam ni? Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Main ayat-ayat sweet pulak dia ni.

"Takkan lah tengok saya awak makin sihat. Sihat tu kan Allah yang bagi. Tak ada kaitan dengan saya", cewahhhh.. Ambik kau.

"Kena balik saya. Awak memang tak berubah langsung", dia tertawa manis. Lama aku tak tengok senyuman tu. Manis sangat. Ya Allah, apa aku merepek ni!

"Apa yang nak di ubah nye. Sama je dari dulu sampai sekarang. Macam awak jugak. Masih je handsome dan bermulut manis macam dulu", tanpa segan aku berkata begitu. Dia sedikit terkejut.

"Handsome ke?", tanya nya semula. Untuk beberapa saat kami terdiam sebelum salah seorang pelayan datang membawa kek yang aku pesan.

"Here miss.. Ohh.. Sir.. ", dia memandang lelaki tersebut. Khaihan segera memberi signal batuk-batuk tipu. Pelayan itu seperti faham sesuatu dan terus pergi dari situ. Heran jugak aku.

"So, birthday Lia right?", tanya Khaihan. Wow, dia ingat jugak rupanya. Tapi lama kot tak jumpa, cam mana dia boleh ingat. Aku agak terkejut di situ.

"Well... How do you know?

"Alahh, tak susah mana nak ingat, tiga hari lepas birthday saya, birthday Lia", oh ya tak ya jugak. Hmm.. Apalah aku.

"okay then.. I need to go now", kataku segera untuk bergerak keluar.

"Wait wait! Lavendar, can I get your phone number? ",hmm.. Nilah yang aku malas. Lantak jelah.

"Sure. This is my card", kataku sambil menghulurkan kad tersebut. "gotta go now!", aku segera melambai dan bergerak pergi.

"Dia memang tak pernah berubah", kata Khaihan sendiri sambil tersenyum. Dia memandang kad yang Aumiel berikan kepadanya.

......

Semasa dalam perjalanan kembali ke rumah, Aumiel tidak boleh berhenti memikirkan lelaki yang dia temui tadi. Segala macam memori terbayang dalam kepala otaknya. Dia betul-betul tidak menyangka dia akan berjumpa lelaki itu lagi. Hilang semua fokusnya untuk memandu. Ketika lampu isyarat bertukar merah, Aumiel berhenti dan mengeluh.

"Ape nii... Kenapa aku perlu jumpa dia kat sini", katanya lembut pada diri sendiri. Dia memejamkan matanya.

Kenapa sekarang dia datang. Kenapa aku rasa semacam bila jumpa dia. Ya Allah, aku mohom kau kuatkan hatiku.

Pep! Pep!

Bunyi hon kereta memecahkan lamunan ku. Cis! Tak reti sabar. Aku terus memandu dengan cermat. Cuba untuk larikan semua fikiranku tentang dia. Ketika aku sampai di rumah, Lia dan Hanis sudah menunggu ku di bahagian meja makan. Well, macam tau-tau je aku bawa balik something.

Aku terus tersenyum melihat mereka. Senyuman pahit. Tetapi mereka tetap segera memanggil ku untuk segera masuk.

"Haa...tercegat kat pintu tu buat apa? Masuklah cepat", kata Hanis. Memang jenis tak sabar budak ni. Lia hanya tergelak kecil mendengar kata-kata rakannya itu. Aku terus masuk dan meletakkan bungkusan kek di depan mereka.

"Wahh! Kau beli ke ni?", tanya Lia.

"Eh tak lah, aku pancing tadi", kataku dengan nada poyo. Hanis tergelak riang diikuti wajah muncung manja Lia.

"Mestilah aku beli. Kau ni", nak jugak aku explain.

"Thank you. Sayang kau", kata Lia. Aku hanya tersenyum dan membuka kek tersebut.

"Fuyoo! Sweety Choco mint, ma fav", kata Lia. Tersenyum girang dia. Hanis hanya menggelengkan kepalanya.

"Mestilah, takkan nak bagi kau makan benda yang kau tak suka", kataku dengan perlahan. Patut tak aku bagitahu mereka ni tentang Khaihan ni tadi. Dilema.

"Hoi! Kau kenapa?", tanya Hanis memecahkan lamunan ku. Aku perlu bagitahu mereka.

"Sebenarnya tadi kan.. Aku.. Terjumpa Khai waktu ambik kek ni", kataku dengan nada tersekat-sekat. Entah kenapa aku rasa berdebar pulak bercerita tentang Khai.

Hanis memberhentikan aktiviti makan keknya selepas mendengar kata-kataku. Lia pulak agak terkejut dan meletakkan sudu untuk memandangku.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C6
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login