Download App
55.55% LAVENDAR DUCASSE / Chapter 5: Lelaki idaman

Chapter 5: Lelaki idaman

Bab 5

Aku tahu dia teruja. Kalau tak mana mungkin tangan aku ni rasa macam nak patah dia genggam. Hanis Hanis, tolonglah control.

Lelaki itu, apa nama dia tadi, haa Zahify menunjukkan skill memasaknya. Aku, maaf, tapi aku memang kagum. Sangat profesional. Tipu kalau aku cakap aku tak terpikat. Sekali dia masukkan bahan, nampak macam chef yang sangat-sangat berpengalaman. Style dia, Ya Allah aku dah tak boleh nak cerita. Cukuplah aku cakap, kalau dapat dia memang bertuah. Eh! Tadi aku cakap kak Az malang kan dapat dia. Aku tarik balik.

Aroma masakkannya sangat-sangat memikat hati. Ditambah lagi dengan bilik yang mewah seakan raja. Bagaikan permaisuri yang dimanjakan oleh rajanya. Dahlah aku ni kuat berangan. Sekali Hanis tepuk tangan aku, baru aku sedar dari lamunan.

"Dah kenapa?", bisik Hanis.

"Takde ape", jawab ku selamba. Kak Az ketawa kecil melihat ku. Pasti dia sedar. Aduh malunya.

Lelaki itu menghidangkan masakannya dibantu oleh pelayan yang lain dengan sangat cermat dan profesional. Ya Allah, aku rasa aku macam dilayan bagaikan anak raja. Stop it miel!! Tapi kan.. Tapi.. Dia tak senyum langsung. Tak mesra langsung.

Setelah selesai memasak dan menghidangkan makanan itu ala-ala chef profesional, dia mengambil tempat di sebelah Kak Az dan di depan aku. Depan aku wei!!!! Aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar. Aku malu kot. Memang lah malu, makan dengan orang yang tadinya bertengkar dengan kau. Siapa saja tak malu?

"Ehem.. Enjoy your meals", katanya. Aduh Hanis berhentilah kau genggam tangan aku. Sakit doh!! Hanis mengangguk lalu perlahan-lahan mengambil makanan. Aik! Boleh pulak dia control ayu kali ni.

"Miel, have a taste", kata Kak Az pula. Aku mengangguk perlahan dan segera menjamah makanan didepan ku dengan sopan. Aku memang makan macam tu. Bukan nak conrtol ayu, tapi memang aku jenis yang tak banyak bunyi bila makan.

Ketika merasa makanan itu, aku rasa roh aku dah melayang tinggalkan badan. Hanis pula rasanya dah nak pengsan. Gila weii!!! Aku rasa aku tak layak makan makanan macam ni. So delicious!! Over delicious!!

Aku tertanya-tanya, suami kak Az ni memang chef ke huh? Sedap sangat ni! Aku adalah mengintai tengok dia sikit waktu kitorang menjamu selera. Sikit je eh. Bila aku tengok dia, aku teringatkan apa yang Hanis cakap. Yang lelaki tu muda dari Kak Az. Memang pun, kalau tengok betul-betul memang nampak lagi muda. Tapi sebab dia jenis yang kedekut senyuman, so tak nampak sangat kalau sekali pandang. Macam manalah rupa dia senyum. Haishh! Aku kesah apa. Laki orang kot. Aku rasa kak Az memang suka lelaki muda. Kot.

Selesai makan dan dihidangkan dengan pencuci mulut which is puding. Aku rasa nak bersorak weh! Dahlah makan free ni. The best experience lah kalau macam ni.

"Kak Az, ermm.. Thank you for all of this. Saya tak tahu nak cakap apa, walaupun kita tak berapa kenal, tapi kak Az layan saya baik. Siap suruh suami kak Az masak lagi", kak Az terkedu sebentar mendengar kata-kata ku. Ape tak nye, macam buat ucapan selamat tinggal dah.

"Haishh, kau ni.. ", Hanis segera menyiku ku sedikit. Apa? Aku buat salah ke? Wajah Kak Az kembali tenang. Belum sempat Kak Az berkata lelaki itu terlebih dahulu bersuara.

"Taknak ucap terima kasih kat aku ke?", wehhh mamat ni!! Aku hempuk kang!! Nasib baik kau laki orang. Siap berbahasakan dirinya "Aku" pulak tuk. Macam lah aku rapat dengan dia. Pandai pulak menyakat. Kak Az tergelak kecil ketika memandangku yang tengah monyok.

"Zahify dah ceritakan kat Kak Az yang korang gaduh tempat parking. Takpe I get it. Zahify, jangan mengusik dia", kata Kak Az pula. Ohhh jenis yang mengadu ye!!! Cehh... Harap muka je maco tapi kuat mengadu.

"Ermm.. Takpelah Kak Az, kitorang gerak dulu. Terima kasih untuk semua ni", kata Hanis. Bagus tu nis, meh gerak cepat. Kak Az tertunduk semula dengan muram dan kembali memandangku dengan senyuman misteri.

"Boleh kak Az jumpa miel lagi?", tanya Kak Az. Aduh! Ingatkan aku takkan terjebak dengan diorang ni lagi. Hmm..

"Boleh InsyaAllah kalau ada masa", kataku. Hanis segera menarik ku keluar sebelum kakiku di dipeluk oleh makhluk kecil. Ya Allah, Aiman Comel!! Kenapa ni? Ketika Aiman memandang ku, matanya berair seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. Haih! Kenapa budak ni?

Aku segera melutut dan memeluknya dengan lembut. Dia sangat comel. Sungguh comel. Dia seperti gula-gula kapas. Haa sudah.. Ape-ape jelah.

"Aiman comel, nanti kita jumpa lagi ye", dia menggelengkan kepalanya. Kak Az segera berlari menuju ke arah Aiman dan mengambilnya dengan perlahan. Dia segera menangis.

"Aiman sayang... Kan kak miel cakap nanti dia jumpa Aiman balik....kan.. ", kak Az memandang Aiman seperti memandangnya dengan penuh makna. Entah apa lah mak dengan anak ni tengah rancang. Aiman terus tersenyum dan mengangguk laju. Setelah semuanya selasai, Hanis memandu pulang ke rumah.

Sampai je kat rumah, Hanis terus berlari-lari anak macam kanak-kanak riang. Aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Hanis. Kemaruk sangat dah tu.

"kau ni dah kenapa?", tanyaku sambil meletakkan beg dan kunci kereta. Aku tak paham kenapa dia tak rasa menyampah dengan lelaki tu.

"Miel... I think.. Im in love..", kata Hanis

"In love kepala hotak kau! Laki orang tu!", untuk menyedarkan kau nis, aku taknak kau punca rumah tangga orang rosak.

"Dia handsome kot!! Kaya pulak tu, baik and caring! Aku sanggup jadi bini nombor dua dia", katanya lagi. Terbeliak mata aku mendengar Hanis berkata begitu. Tak mungkin dia serius.

"Astaghfirullahalazim Hanis!!! Bawak mengucap babe!! Kau ni kan. Benda macam ni jangan bawa main boleh tak!", ambik kau nis. Benda macam ni boleh pulak dia main sebut je. Nasib baiklah aku tak menjerit.

"hey hey..chill lah.. Aku gurau je lah. Tapi aku tak tipu part dia handsome dan baik tu..", Hanis terbaring di sofa dan memandang siling sambil mengeluh.

"Kalaulah bukan laki orang, dah lama aku try. Siapa taknak orang macam tu",katanya lagi. Aku hanya menggelengkan kepala dan terus bergerak menuju ke bilik. Taknak aku melayan karut Hanis ni lagi. Siap dengan aku pulak yang mengarut nanti.

Kenapalah aku tak sedap hati sangat mendengar kata-kata Hanis tu. Kalau dia serius macam mana? Eh, tak mungkin. Dia tahu baik buruk. InsyaAllah tak. Ketika aku hendak mandi, telefon ku memekik menandakan mesej masuk.

Thank you for today my dear. Aiman miss you already. Akak harap miel dan Hanis selamat sampai kat rumah. -Kak Az

"Haih, aku baru je balik dia dah rindu. Rasa macam anak aku pulak dah. Hmm...", aku menggelengkan kepala dan membalas mesej tersebut.

Alhamdulillah kitorang selamat sampai. Kiss Aiman for me. I miss him too-Aumiel.

Selepas menghantar mesej itu aku segera bergerak ke bilik mandi untuk menunaikan kewajipan ku.

......

Malam itu ketika kami semua berkumpul, Lia segera menghulurkan 2 kotak kecil kepada Aku dan Hanis. Kami berdua agak teruja.

"Apa ni", tanyaku.

"Bukalah"

Sekali buka, aku sangat-sangat happy, tak terkata. Dalam box tu ada minyak wangi. Sah yang ni minyak wangi baru keluaran syarikat Lia. Tengok je pun dah tahu. Aku memang penggemar minyak wangi. Lebih-lebih minyak wangi dari syarikat Lia. Dulunya aku suka brand Enchanteur. Tapi aku dah tukar. Bukan dah tak suka brand tu, tapi sengaja nak try benda baru. Yang menjadi pilihan hati aku, brand Atmosfera. Jenama syarikat Lia.

"Wehh yang ni keluaran terbaru ke!! Wahh!! Wangi siot!!" kata Hanis yang dari tadi menyedut wangian itu. Baik sumbat terus dalam hidung.

"Ha'ah, korang suka tak?", tanya Lia.

"Suka. Mestilah. Wangi betul ni. Thank you so much Lia. ", aku melihat minyak wangi itu berwarna ungu, aku melihat kotaknya. It's Lavendar!!! Lagilah aku suka.

"Ha'ah, terima kasih!! Kaulah sahabat dunia akhirat ku", kata Hanis. Ketika itulah kami tergelak bersama-sama. Memang ku rindukan kenangan bersama mereka. Tak lama lagi aku nak balik, mesti aku rindukan saat-saat macam ni nanti.

Aku segera memeluk Lia. Lia agak terkejut melihat reaksi ku. Tapi aku taknak melepaskan Lia. Sebaliknya aku menangis. Lia banyak menjadi tempat ku meluah berbanding Hanis. Dia lebih pandai simpan rahsia. Hanis pula, bukan aku taknak, cuma aku lebih suka dia tidak tahu. Aku bersyukur dia selalu gembira dan aku taknak dia dibelenggu dengan masalah aku memandangkan dia jenis yang sensitif.

Lia dan Hanis sama-sama terkejut. Hanis segera menghampiri dan memeluk Lia dan aku. Dia pun tiba-tiba mengalirkan air mata. See? Aku dah cakap dia sensitif. Sebab tu aku tak suka cerita masalah aku dekat dia.

"Hey hey...korang ni kenapa? Hanis?", tanya Lia yang masih tertanya tanya. Aku tahu dia sebenarnya sedang susah hati. Aku melepaskan pelukan ku dan segera mengelap air mataku.

"Takdelah. Saja. Nanti aku rindu nak buat macam ni dekat korang", kataku sambil ketawa sedikit. Aku menepuk kaki Hanis yang entah kenapa boleh menangis jugak, aku pun tak tahu.

"Yang kau menangis jugak kenapa? Huh?", tanyaku kepada Hanis yang masih mengelap air matanya. Dia memandang ku dengan senyuman Tersengeh-sengeh.

"Dah kau nangis, aku ikut je lah", pulak dah. Haishh budak ni. Memang tak sah tak merepek. Lia ketawa berdekah dekah mendengar jawapan Hanis. Aku apa lagi, memang bagi penampar lah dekat bahu dia. Lembut je.

"Aku sayang korang", kata Lia. Memang menyentuh perasaan. Malam itu berlalu begitu sahaja. Kami semua dibuai mimpi yang indah.

......


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C5
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login